Anda di halaman 1dari 21
Aasbal) cu) gluall (Selawat Tobibiyah) ee Be eel toe Les ete Lb tb, Still at} we ol Jobe ay Jee pace| s oy all ts a Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada Junjunganku, Kekasihku, Pengubat hatiku, jiwa dan ragaku iaitu Junjunganku yang menjadi Utusan Allah, Muhammad ibni ‘Abdillah, insan yang jujur dan terpercaya. Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat Baginda. Sudilah Memandang Kami Abdul Mutalib telah bernazar untuk korbankan seorang zuriatnya Maka jatuhlah ia pada Abdullah anaknya yang paling indah wajahnya * Kebesaran Allah yang menunjuk jalan ditukarkan dengan dikorbankan unta * Maka selamatlah anaknya Abdullah disyukuri dengan linangan yang suci Abdullah pemuda kacak dan tampan dikahwinkan Aminah, puteri rupawan Maka mengandung ia akan Baginda yang penuh kemuliaan dan keberkatan * Ayahnya Abdullah dipanggil Tuhan berduka Aminah, anaknya yatim * Rabi‘ul Awwal lahirlah bayi yang mulia yang bersujud pada Allah Yang Esa Amat sempurna indah memancar cahayanya menyinari seluruh alam Seluruh makhluk langit dan bumi mengucap salam atas kewujudannya * Abdul Mutalib menatap bayi yang indah terpilu hati melihat yatim tiada berayah * Dibawa cucunya tawaf di Kabah berdoa pada Tuhan sepenuh hati Maka mendengarnya bisikan pada galbi namakan Muhammad, diainsan terpuji * Apabila Halimah Sa'adiah memandang Baginda kasihnya mekar dipangkunya pulang * Padahal ketika itu tiada yang mahu menyusunya kerana Baginda anak yatim yang tiada kekayaan Barakah rezeki melimpah pada keluarga Halimah kerana cinta mereka pada Baginda Bayi yang barakah dikembalikan pada Aminah lalu dibawa menziarahi pusara ayahnya Abdullah * Kesedihan menimpa lagi Baginda yang kecil ibunya Aminah pula meninggal diperjalanan * Dipelihara pula datuknya sehingga meninggal dipelihara pula oleh Abu Talib yang amat miskin Hidup kecilnya sudah berdikari itulah susunan Allah Yang Maha Penyayang * Mengembala kambing jauh di gunung tiada pernah merungut akan kesusahan * Kelaparan dan kesunyian adalah kehidupannya haiwan dan gunung menjadi teman penghiburnya Gelaran AlAmin diberikan padanya hidupnya sucittiada berdusta Dilamar Siti Khadijah sebagai suami melihat akhlak indah menguruskan dagangannya * Di gua Hira’ Baginda berkhalwah sayu Maka didatangi Jibril membawa wahyu

Anda mungkin juga menyukai