Anda di halaman 1dari 5

1) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN POSITIF GURU DAN MURID

PENAMPILAN DAN BAHASA BADAN GURU


Penampilan seorang guru merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
hubungan guru dan murid. Murid menilai guru berdasarkan cara guru berpakaian.
Oleh itu, penampilan guru perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan
mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pakaian juga melambangkan kepribadian dan disiplin seorang guru. Hal
ini kerana, penampilan guru yang profesional, berimej guru dan berwibawa akan
memberikan persepsi yang baik kepada pelajar terhadap guru.
Bahasa badan seorang guru juga penting bagi membina hubungan yang baik
dengan pelajar. Guru perlu mempunyai kontak mata secara menyeluruh kepada
pelajar supaya mereka berasa dihargai. Sekiranya seorang guru berpakaian
selekeh, tangan mendakap diri dan tiada kontak mata dengan pelajar, murid akan
membuat tafsiran bahawa guru tersebut tidak berminat untuk mengajar dan tidak
mempunyai keyakinan diri.

TINGKAH LAKU GURU


Tingkah laku seorang guru juga merupakan faktor mempengaruhi hubungan
positif guru dan murid. Guru perlu menunjukkan tingkah laku yang positif kepada
murid dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan supaya murid lebih
menghormati guru. Guru yang kasar dan tidak sopan akan menimbulkan rasa takut
dalam diri pelajar untuk mendekati guru tersebut. Hal ini akan menyebabkan
hubungan positif antara guru dan murid tidak akan tercapai.

MENUNJUKKAN CONTOH TELADAN YANG BAIK


Perlakuan seorang guru sentiasa diperhati kerana guru merupakan suri teladan
kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu menunjukkan minat ketika mengajar di dalam
kelas supaya mereka juga berminat untuk belajar. Guru yang menunjukkan
teladan yang baik akan memberikan mesej kepada murid tentang tingkah laku
yang baik yang perlu dituruti oleh pelajar.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH


Suasana bilik darjah yang selesa dan baik juga membantu dalam membina
hubungan positif antara guru dan murid. Jika persekitaran bilik darjah berada
dalam keadaan yang kondusif, guru dan murid mudah untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hubungan guru dan murid yang bersifat
demokratik dan mesra akan menjadikan murid tenang dan berasa selamat ketika
berada di dalam kelas.
2) STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF GURU DAN MURID

TUNJUKKAN KEPRIHATINAN
- Guru yang mengambil berat terhadap keperluan pelajar akan membantu
membina hubungan yang positif. Apabila seseorang guru mengambil berat
terhadap pelajar, mereka akan berasa dihargai dan disayangi oleh guru
tersebut. Guru tidak boleh bersikap memilih kasih dan hanya mengambil berat
kepada pelajar tertentu sahaja. Hal ini akan menyebabkan pelajar lain berasa
disisihkan dan diabaikan oleh guru. Seorang guru haruslah berlaku adil dan
menunjukkan keprihatinan sama rata kepada semua pelajar. Pelajar juga
secara tidak langsung akan turut bersikap prihatin terhadap persekitarannya.
Pelajar juga akan lebih selesa untuk berkongsi masalah yang dihadapi bersama
guru.

MASUKKAN UNSUR KECINDAN DALAM KOMUNIKASI


- Guru yang pandai berjenaka dan mengambil hati murid akan menyebabkan
murid tersebut berasa seronok dan selesa untuk belajar. Jenaka yang
digunakan haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar dan tidak
mengandungi unsur menghina atau mengejek pelajar-pelajar. Jika guru
tersebut mengajar dengan santai dan selesa, ia boleh membantu membina
hubungan yang mesra antara guru dengan murid.

MENANAMKAN SEMANGAT CINTA TERHADAP KELAS/ BILIK DARJAH


- Menanam sifat cinta terhadap bilik darjah dapat memupuk motivasi intrinsik
dalam diri pelajar. Mereka akan lebih bersemangat untuk datang ke sekolah
dan belajar. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan pelajar terhadap kelas
melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama seperti menentukan moto atau
cogan kata kelas. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menimbulkan
hubungan positif antara guru dan murid.

INGAT NAMA MURID DAN PANGGIL MURID DENGAN NAMA MASING-MASING


- Guru yang boleh mengenali dan mengingati nama pelajar-pelajar akan
menimbulkan rasa bangga dalam diri pelajar terhadap guru. Situasi tersebut
menunjukkan bahawa guru tersebut menghargai dan merasai kewujudan
mereka di dalam kelas. Guru yang mengingati nama pelajar-pelajar akan lebih
cepat menjalinkan hubungan positif sesama mereka.

AGIHKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


- Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memikul tanggungjawab
bersama-sama untuk menjaga kesejahteraan kelas. Guru dan pelajar boleh
berbincang mengenai peraturan yang perlu ditetapkan secara bersama untuk
dipatuhi dan diikuti oleh pelajar di dalam kelas tersebut. Agihan
tanggungjawab dan membuat keputusan bersama-sama akan mewujudkan
hubungan positif antara guru dan murid.
3) DINAMIKA BILIK DARJAH

Anda mungkin juga menyukai