Anda di halaman 1dari 22

1

1.0 PENGENALAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan yang utama seorang guru dalam
menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan
sebagai tidak menjalankan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau seorang
guru yang komited di luar bilik darjah dan di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan
dikatakan sebagai pemain bola sepak sekiranya sekadar duduk di luar padang walaupun
mempunyai kemahiran yang tinggi. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan
baik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif di
dalam bilik darjah.
Pada asasnya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar
untuk dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru-guru.
Namun, teori yang telah dipelajari adalah berbeza dengan situasi sebenar apabila berada di
dalam bilik darjah. Tetapi sekiranya kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari dapat
dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Guru hendaklah pandai dalam
menyesuaikan diri di dalam bilik darjah dan berhadapan dengan murid-murid. Apabila guru
sudah terbiasa berhadapan dengan murid-murid, pengurusan bilik darjah akan menjadi
sesuatu perkara yang mudah bagi guru tersebut.
Fungsi utama seorang guru adalah berusaha untuk memotivasikan murid-murid
untuk belajar. Ianya boleh berlaku sekiranya guru memastikan setiap pelajarnya memberi
sepenuh perhatian, berdisiplin dan bertingkah laku baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Guru hendaklah pandai dalam mengawal tingkah laku murid
yang distrutif iaitu murid-murid yang menggangu sesi pembelajaran di dalam kelas. Apabila
guru dapat mengawal tingkah laku tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lancar dan teratur.
Oleh itu, pengurusan bilik darjah ini amat penting untuk dilakukan oleh seorang guru
kerana cara seseorang guru menguruskan bilik darjahnya menunjukkan kepercayaan serta
keyakinannya terhadap kandungan yang hendak disampaikan kepada muridnya.
Pengurusan yang berkesan akan membawa kepada pengajaran yang berkesan.



2

2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di Malaysia memerlukan
kepada pengurusan yang berkesan bagi memastikan pelajar-pelajar selesa dan mudah
untuk belajar di dalam kelas. Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa memastikan
suasana bilik darjah berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan efektif dan berkesan.
Ramai guru sekarang berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah hanya menjurus kepada
pengurusan disiplin pelajar di dalam kelas semata-mata. Sebaliknya, pengurusan bilik darjah
hendaklah dilihat sebagai satu bidang yang lebih luas termasuklah semua perkara yang
perlu dilakukan oleh seorang guru dalam menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelajar
dalam melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah.
Moore (2001) memberi pendapat mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah ialah
satu proses mengatur dan melaksana segala urusan bilik darjah bagi memastikan
pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna. Menurut Lemleech
(1988) pula, beliau berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai
orkestra dalam kehidupan bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,
penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Pengurusan bilik darjah ini amat
penting dan perlu diambil berat oleh guru di sekolah terutama di sekolah rendah supaya
murid-murid dapat belajar dengan berkesan dan menyumbang kepada pencapaian
akademik yang lebih tinggi.
Menurut Richards (1990) pula, beliau mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai
organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa
pembelajaran berlansung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Menurut Alberto & Troutman (1986) pula, pengurusan bilik darjah adalah kemahiran guru
menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam
menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini tentang konsep pengurusan bilik darjah
adalah bagaimana seseorang guru itu berupaya untuk mewujudkan suasana bilik darjah
yang kondusif, sihat dan selamat untuk digunakan serta memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.
Bagi memastikan bilik darjah dapat diurus dengan baik, guru hendaklah sentiasa
memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan yang selesa, kondusif dan selamat untuk
digunakan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan pelbagai aspek
seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah dan
3

hubungan antara aspek pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadi bilik darjah lebih
kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru hendaklah mempunyai sifat-sifat
seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin (Muhamad
Suhaimi Taat, 2012).
Sebagai seorang guru yang cemerlang, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk
mewujudkan suasana dan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif bagi
menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan
sempurna. Pengurusan bilik darjah yang berkesan lebih memfokuskan kepada kepada
aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan penglibatan pelajar yang aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga prinsip yang perlu dilakukan oleh
seorang guru dalam memastikan bilik darjah dapat diurus dengan baik. Prinsip yang
pertama adalah hubungan baik antara guru dengan pelajar. Prinsip kedua adalah
kepercayaan dan sikap optimis guru. Prinsip ketiga pula adalah bersikap adil dan positif
kepada semua pelajar (Muhamad Suhaimi Taat, 2012).
Dalam memastikan pengurusan bilik darjah menjadi lebih berkesan, guru tersebut
hendaklah terlebih dahulu mempunyai ciri-ciri seorang guru yang efektif dan
bertanggungjawab. Seorang guru yang efektif adalah seorang yang sentiasa bersemangat
dan proaktif dalam menjalankan tugas di dalam bilik darjah dan di sesebuah sekolah. Murid
akan lebih percaya dan menaruh harapan yang tinggi supaya dapat mendidik mereka di
dalam bilik darjah sekiranya guru tersebut menunjukkan keyakinan dan ketabahan kepada
mereka. Sekiranya guru bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan proses pengajaran, ianya akan memberi perspektif yang buruk daripada
pelajar terhadap guru tersebut.
Seterusnya, seorang guru yang efektif adalah seorang guru yang sentiasa peka
perbezaan cara belajar dan keperluan setiap muridnya di dalam bilik darjah. Guru hendaklah
pandai dalam memilih teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai supaya peluang
pembelajaran dapat diwujudkan untuk semua murid di dalam kelas tersebut. Dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai, murid-murid akan terdorong untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru dan mereka
lebih seronok kerana keperluan murid-murid diberi perhatian oleh guru mereka.
Kemudian, seorang guru yang efektif merupakan seorang guru yang mempunyai
sifat yang peramah, mesra dan berusaha untuk mengenali semua murid-muridnya. Sifat-
sifat murni perlu dimiliki oleh setiap guru kerana melalui sifat tersebut, murid-murid akan
menjadi mudah untuk menerima apa-apa yang disampaikan oleh guru tersebut di dalam
kelas. Selain itu, sebagai seorang guru, mereka hendaklah berusaha untuk mengenali
4

semua murid-muridnya di dalam kelas. Hal ini kerana, apabila murid-murid dikenali dan
nama mereka sering disebut, mereka akan merasakan diri mereka itu penting dan secara
tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan di antara murid dengan guru. Situasi
seperti ini akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna
dan murid-murid berasa seronok untuk belajar di dalam kelas tersebut.
Strategi pengurusan bilik darjah yang berkesan banyak bergantung kepada
bagaimana seseorang guru mampu untuk mengawal dan menyusun aktiviti pengajaran di
dalam sesuatu bilik darjah. Terdapat beberapa langkah atau strategi yang boleh
dilaksanakan oleh seseorang guru dalam memastikan bilik darjah dapat diurus dengan lebih
berkesan. Langkah yang pertama adalah dengan menetapkan rutin dan peraturan bilik
darjah. Langkah ini lebih kepada bagaimana seseorang guru mengawal tingkah laku pelajar
dengan menggunakan isyarat atau bahasa yang mudah difahami dan mampu untuk diikuti
oleh semua murid. Rutin atau peraturan yang telah ditetapkan hendaklah dipersetujui,
diamalkan dan dipatuhi oleh semua warga di dalam bilik darjah. Contohnya apabila guru
menyebut kelas, murid-murid menjawab ya cikgu dan semua murid terus diam setelah
menyebut perkataan tersebut. Contoh yang lain adalah seperti murid hendaklah
mengangkat tangan terlebih dahulu apabila hendak bertanyakan soalan atau bertanyakan
tentang sesuatu isi pelajaran yang tidak difahami oleh mereka.
Langkah yang kedua pula adalah guru menetapkan prosedur pengurusan yang
tegas. Untuk menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan dan berketerampilan,
seseorang guru hendaklah tegas dalam melaksanakan segalan peraturan dan rutin yang
telah ditetapkan dan dipersetujui oleh guru dan murid. Ketegasan di dalam bilik darjah
bermaksud guru tersebut perlu bijak dalam memperjelaskan ekspetasinya kepada pelajar.
Para pelajar sekarang sentiasa menilai dan mudah mengesan kelemahan dan kurang
keyakinan seorang guru dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Dari permulaan seorang
guru melangkah masuk ke dalam bilik darjah, guru perlu mempamerkan rasa tidak
gementar iaitu yakin terhadap diri sendiri. Ini adalah sebagai isyarat kepada pelajar supaya
mereka bertingkah laku seperti yang dikehendaki dan tidak memberi peluang kepada
mereka untuk melampaui garis peraturan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama-
sama.
Pelajar yang melanggar peraturan dan rutin yang telah ditetapkan harus dihukum
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan dalam
melaksanakan segalam rutin dan peraturan yang telah ditetapkan itu akan mengurangkan
rasa hormat seorang pelajar terhadap guru dan sambil lewa dalam melaksanakan rutin atau
peraturan bilik darjah tersebut. Namun, pelaksanaan dendaan atau hukuman yang
5

dijalankan oleh guru hendaklah sesuai dan dijalankan dengan penuh kebijaksanaan agar
tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Apa yang lebih penting adalah pelajar
tersebut menyedari akan kesalahan dan kesilapan mereka dan berjanji tidak akan
mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang dan inilah yang dikatakan Disiplin
Kendiri.
Dan langkah yang ketiga adalah memberi dorongan positiif kepada para pelajar. Hal
ini penting bagi menarik perhatian mereka dalam bilik darjah. Kebanyakkan pelajar lebih
suka melakukan sesuatu perkara sekiranya perkara yang dilakukan tersebut mendatangkan
manfaat atau kelebihan untuk diri mereka sendiri. Menurut Glenn (2001), guru pelatih perlu
menunjukkan contoh sikap yang baik kepada pelajar seperti mengambil berat,
bertanggungjawab dan hormat-menghormati agar pelajar turut bertindak seperti apa yang
guru mereka pamerkan. Contohnya, apabila guru memberi soalan kepada murid-murid dan
jawapan yang mereka berikan itu adalah betul, guru hendaklah memberi peneguhan kepada
mereka sama peneguhan tersebut berbentuk pujian atau benda maujud seperti makanan
atau alat tulis. Ini adalah untuk menaikkan semangat mereka untuk cuba menjawab sesuatu
soalan yang diberikan. Murid-murid akan berasa seronok dan mempunyai keinginan untuk
menjawab lagi soalan-soalan yang lain pada masa akan datang.
Bilik darjah akan nampak lebih teratur sekiranya guru pandai dalam mengurus
persekitaran bilik darjah tersebut supaya menjadi lebih kondusif dan sesuai dengan tahap
umur murid-murid dan menjadikan mereka boleh berkerjasama, berkomunikasi dan
berkongsi idea dengan lebih selesa. Apa yang dikatakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif ialah sesuatu tempat yang membolehkan murid untuk melibatkan diri, mengambil
bahagian dan menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa mampu untuk merangsang minat dan
semangat murid untuk terus belajar. Ianya juga mampu untuk memotivasikan murid-murid
ke arah untuk mencapai matlamat pembelajaran atau objektif guru tersebut.
Dalam mengurus bilik darjah supaya menjadi berkesan, terdapat dua aspek atau ciri-
ciri bilik darjah yang berkesan yang perlu diambil kira oleh guru iaitu aspek persekitaran
fizikal bilik darjah tersebut dan persekitaran psikososial. Kita lihat dari sudut persekitaran
fizikal bilik darjah. Ianya melibatkan dan merangkumi aspek aspek seperti susunan dan reka
bentuk fizikal dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, mempunyai ruang atau sudut
pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot di dalam bilik
darjah dan dari aspek kebersihan bilik darjah tersebut. Aspek-aspek tersebut amat penting
dan perlu diambil perhatian oleh guru-guru di sekolah bagi memastikan pengurusan bilik
darjah berjalan dengan lancar dan sempurna.
6

Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah memerlukan seorang guru yang bijak dalam
mengatur dan menyusun penggunaan ruang di dalam bilik darjah. Susunan di dalam
sesuatu bilik darjah hendaklah susunan yang memudahkan guru untuk bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain dan elakkan daripada susunan yang boleh menggangu
pergerakan guru di dalam bilik darjah tersebut. Selain itu, kedudukan meja guru hendaklah
berhampiran dengan murid supaya dapat memberikan peluang kepada guru untuk
berinteraksi dengan murid-muridnya di dalam kelas tersebut. Seorang guru juga perlu bijak
dalam mengatur kedudukan pelajar-pelajarnya di dalam kelas tersebut. Guru hendaklah
memastikan penglihatan murid ke hadapan kelas adalah jelas dan tidak terhalang oleh
sesuatu seperti rakan mereka yang tinggi diletakkan di kedudukan hadapan.
Selain itu, ruang trafik di dalam bilik darjah hendaklah selesa dan sesuai dengan
murid-murid. Apa yang dimaksudkan dengan ruang trafik di sini adalah susun atur bilik
darjah tersebut sama ada baik ataupun tidak. Ruang trafik yang baik adalah pergerakan
murid-murid di dalam kelas tersebut selesa dan mudah dan tidak mempunyai sebarang
halangan. Ruang trafik yang baik akan memudahkan murid-murid untuk bergerak sekiranya
terdapat aktiviti berkumpulan untuk dilakukan. Ruang trafik ini berkaitan dengan bagaimana
susun atur meja dan kerusi di dalam bilik darjah tersebut sama ada susun atur secara
tradisional, kumpulan kecil atau susun atur secara seminar. Susun atur meja dan kerusi
tersebut bergantung kepada guru yang mengajar dan hendaklah sesuai dengan aktiviti-
aktiviti yang akan dilaksanakan.
Aspek yang kedua adalah aspek persekitaran psikososial. Psikososial merujuk
kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Aspek
psikososial ini lebih merujuk kepada iklim di dalam sesuatu bilik darjah. Iklim bilik darjah
yang sihat mengamalkan hubungan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan
murid, semangat bekerjasama, tolong menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan,
penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk
menguruskan iklim bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik
darjah dan diamalkan oleh murid-murid akan mewujudkan persekitaran psikososial yang
membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Abraham
Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu
bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara baru, memanipulasi
keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.
Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi
agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru,
7

memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan
yang terbaik.
Dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang selesa, hubungan guru dengan murid
hendaklah baik dan tidak mempunyai salah faham di antara mereka dan cara-cara guru dan
murid berkomunikasi hendaklah betul dan menggunakan bahasa yang sesuai. Kemahiran
komunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran menghantar maklumat dan
kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat merujuk kepada
bagaimana sesuatu maklumat itu disampaikan kepada orang lain dengan menggunakan
pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Selain itu, guru hendaklah
memandang ke arah murid apabila hendak bertutur dengan mereka. Manakala kemahiran
menerima maklumat pula merujuk kepada seseorang guru memberikan perhatian terhadap
percakapan murid atau pandangan yang mereka berikan. Dengan itu, murid-murid akan
merasa dihargai dan dihormati kerana guru memberikan perhatian kepadanya. Guru
hendaklah memberikan respon yang sesuai dengan soalan atau pertanyaan daripada murid.
Oleh itu, mereka akan merasa senang dan bermotivasi untuk meneruskan sesi
pembelajaran.
Terdapat beberapa ciri-ciri komunikasi yang berkesan yang boleh ditunjukkan oleh
guru di dalam bilik darjah. Yang pertama, guru hendaklah menggunakan bahasa yang
mudah difahami oleh semua murid dan bahasa yang digunakan itu hendaklah bahasa yang
sopan. Yang kedua, guru hendaklah memberikan perhatian dan sentiasa peka dan
menghormati setiap pandangan dan pendapat yang diberikan oleh murid-murid. Guru juga
hendaklah menjadi pendengar yang aktif iaitu guru mendengar setiap pandangan yang
diberikan oleh murid dan bukan setakat murid-murid yang terpilih sahaja. Seterusnya,
sebagai seorang guru yang berkebolehan, guru hendaklah menggunakan pergerakan fizikal
seperti tangan dan mimik muka supaya murid-murid seronok dan tidak mudah merasa
bosan terhadap guru tersebut. Guru juga hendaklah sentiasa bersemangat semasa
mengajar dan menggunakan suara yang jelas yang boleh didengari oleh semua ahli kelas.
Sebagai penghormatan kepada murid, guru hendaklah memanggil murid dengan
menggunakan namanya sekiranya guru hendak memberikan soalan atau apa-apa yang
berkaitan. Dan ciri-ciri komunikasi berkesan yang terakhir adalah memandang ke arah murid
apabila bercakap dengan murid tersebut iaitu mempunyai kontak mata di antara guru dan
murid tersebut.
Oleh itu, jelas di sini bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang
perlu dikuasai oleh guru dan memerlukan kepada pengetahuan, kemahiran, kesabaran, dan
komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.
8

3.0 REKACIPTA RUTIN (KUMPULAN 1)
AHLI KUMPULAN :
1) ENGKU ARIFFIN BIN ENGKU ZAIMI
2) MOHD SAID BIN NURDIN
3) MOHAMAD ZUL FAKAR BIN MOYANG
4) WAN MOHD HANIF SAIFUDDIN BIN WAN AHMAD

Nama rutin SILENT CLASS
Tujuan rutin - Menarik semula perhatian murid-murid.
- Memastikan kelas senyap dan memberi tumpuan kepada guru.
Langkah-
langkah
pelaksanaan
1) Apabila murid dalam keadaan yang bising dan tidak memberi perhatian
kepada guru, guru akan menyebut perkataan "" yang merupakan
perkataan arab yang membawa maksud diam atau senyap.
2) Setelah guru menyebut perkataan tersebut, ianya diteruskan dengan guru
meletakkan jari di bibir dan membuat seolah-olah seperti mulut tersebut dizip.
Sambil guru zipkan mulut, ianya disertakan dengan bunyi zzzzzzzzip.
3) Apabila guru menyebut sahaja perkataan tersebut dan membuat gaya
mengunci mulut, murid-murid akan faham dan terus duduk di tempat masing-
masing dan senyap.
4) Guru akan mengulang semula perkataan dan perbuatan tersebut sekiranya
murid-murid kembali bising dan tidak memberi perhatian.
Kelebihan rutin - Guru dapat menarik perhatian murid-murid.
- Kelas akan menjadi senyap dan guru boleh meneruskan sesi pengajaran
dengan selesa.
- Murid-murid akan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru di hadapan.
Kelemahan
rutin
- Murid-murid yang degil akan meneruskan dengan perbuatan mereka dan
tidak dengar terhadap arahan guru tersebut.
9

Nama rutin MAY I GO OUT!
Tujuan rutin - Membolehkan murid-murid untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum
keluar kelas atau pergi ke tandas.
Langkah-
langkah
pelaksanaan
1) Sebelum keluar dari kelas, murid-murid perlu mengangkat tangan terlebih
dahulu.
2) Setelah mengangkat tangan, murid-murid dikehendaki untuk membuat
gaya menggunakan tangan di mana pergerakan tangan tersebut adalah
seperti kaki yang berjalan.
3) Setelah membuat gaya tersebut, murid-murid boleh keluar dari kelas
sekiranya guru pada waktu itu mengizinkan untuk keluar dari kelas.

Kelebihan rutin - Pengurusan keluar dari kelas akan menjadi lebih tersusun dan sistematik.
- Murid-murid untuk mengikuti rutin tersebut kerana ianya mudah untuk
dilakukan dan diikuti oleh murid-murid.
Kelemahan
rutin
- Sebahagian murid-murid mungkin tidak dapat untuk mengikuti rutin ini
kerana sudah terbiasa dengan rutin yang sebelumnya seperti meminta izin
dengan menggunakan ayat Cikgu, saya nak pergi ke tandas










10

Nama rutin SPIRIT SPIRIT STUDENT
Tujuan rutin Ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab soalan daripada guru
Langkah-
langkah
pelaksanaan
1) Murid-murid yang berjaya menjawab soalan daripada guru akan diberi
semangat oleh rakan-rakan yang lain.
2) Murid-murid yang lain hendaklah membuat gaya seperti yang terdapat di
dalam cerita kartun dragonball.
3) Sambil membuat gaya tersebut, murid-murid akan menyebut perkataan
Ohhhhh Yeahhhhhhhhh.
4) Perkataan Yeaahhhhh hendaklah ditujukan kepada murid yang berjaya
menjawab soalan ambil semua tangan murid-murid yang lain ditujukan
kepada murid tersebut.
5) Semua murid kembali kepada keadaan asal setelah selesai memberikan
semangat kepada murid tersebut.
Kelebihan rutin - Melatih murid untuk berani dalam menyuarakan pendapat atau menjawab
soalan yang diberikan.
- Suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan ceria.
- Murid-murid lebih bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran.
Kelemahan
rutin
- Suasana bilik darjah akan menjadi bising sekiranya murid-murid tidak
dikawal dengan sempurna oleh guru kerana mereka mungkin akan melakukan
perbuatan tersebut berulang kali.
- Murid yang pasif akan mendiamkan diri dan tidak turut serta dalam
perbuatan rutin tersebut.





11

4.0 LAPORAN KAEDAH / RUTIN
Pada 8 Februari 2014 yang lepas, semua Semester 3 Ambilan Januari 2013 telah
mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Pengurusan Bilik Darjah siri I yang bertempat di
Dewan Idris Al-Marbawi yang mana bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.00
petang. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar semester 3 yang terpilih.
Bengkel tersebut telah di hadiri oleh semua pelajar semester 3 dan semua pensyarah yang
mengajar subjek EDU 3104 untuk semester 3 ini. Bengkel pengurusan bilik darjah ini telah
disampaikan oleh pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Dr. Azma. Di dalam bengkel
tersebut, beliau telah memperkenalkan kepada kami semua mengenai Power Teaching
iaitu bagaimana guru hendak menguruskan bilik darjah dengan teratur dan berkesan.
Selepas selesai bengkel pengurusan bilik darjah tersebut, semua pelajar semester 3
diberikan tugasan Kerja Kursus yang mana antara tugasan yang perlu dilakukan adalah
merekacipta kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan dan membuat persembahan
kaedah yang dicipta itu dihadapan pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain. Pelajar
dikehendaki membuat kumpulan terlebih dahulu dan mereka cipta 3 kaedah pengurusan
bilik darjah seperti yang telah didedahkan di dalam bengkel pengurusan bilik darjah yang
lepas. Setelah selesai membuat persembahan, semua pelajar dikehendaki untuk membuat
laporan berkenaan dengan kaedah atau rutin yang telah dicipta. Setiap pelajar perlu memilih
satu rutin yang terbaik dalam kumpulan mereka dan dua lagi rutin daripada kelas yang lain
seperti yang telah mereka saksikan ketika persembahan.
Hasil daripada pemerhatian yang saya lakukan semasa sesi persembahan rutin dari
setiap kelas, saya telah memilih satu rutin dari kumpulan saya sendiri yang saya rasakan
terbaik, satu lagi dari kelas PISMP 3.06 dan satu lagi rutin saya ambil dari kelas PISMP
3.09. Ketiga-tiga rutin ini telah saya baca dari segi tujuan, cara pelaksanaannya, kelebihan
dan kelemahan setiap rutin-rutin tersebut.






12

4.1 RUTIN SATU ( KUMPULAN SAYA )
Rutin yang pertama, saya telah memilih rutin yang ketiga dari kumpulan saya iaitu
rutin yang bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar yang berjaya menjawab
soalan yang diberikan oleh guru.
Nama Rutin
SPIRIT SPIRIT STUDENT
Tujuan Rutin
Sebagai ganjaran kepada murid yang berjaya menjawab soalan daripada guru.
Langkah-Langkah Pelaksanaan Rutin
1) Murid-murid yang berjaya menjawab soalan daripada guru akan diberi semangat oleh
rakan-rakan yang lain.
2) Murid-murid yang lain hendaklah membuat gaya seperti yang terdapat di dalam cerita
kartun dragonball.
3) Sambil membuat gaya tersebut, murid-murid akan menyebut perkataan Ohhhhh
Yeahhhhhhhhh.
4) Perkataan Yeaahhhhh hendaklah ditujukan kepada murid yang berjaya menjawab
soalan ambil semua tangan murid-murid yang lain ditujukan kepada murid tersebut.
5) Semua murid kembali kepada keadaan asal setelah selesai memberikan semangat
kepada murid tersebut.
Kelebihan Rutin
Antara kelebihan rutin ini adalah untuk melatih murid supaya berani dalam
menyuarakan pendapat atau menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, rutin ini juga dapat
mewujudkan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan ceria. Disebabkan itu, murid-
murid akan lebih bersemangat untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan Rutin
Antara kelemahan rutin ini adalah suasana bilik darjah akan menjadi bising sekiranya
murid-murid tidak dikawal dengan sempurna oleh guru kerana mereka mungkin akan
melakukan perbuatan tersebut berulang kali. Selain itu, murid yang pasif akan mendiamkan
diri dan tidak turut serta dalam perbuatan rutin tersebut.
13

























14

4.2 RUTIN DUA ( KULIAH PISMP 3.06 )
Rutin yang kedua ini, saya telah memilih rutin yang dicipta oleh pelajar dari kuliah
PISMP 3.06 yang mana rutin ini bertujuan untuk murid-murid meminta kebenaran terlebih
dahulu sebelum hendak mengeluarkan idea atau pendapat.
Nama Rutin
Woohooo
Tujuan Rutin
Rutin ini bertujuan supaya semua murid berpeluang untuk menyuarakan pendapat dalam
keadaan teratur.
Langkah-Langkah Pelaksanaan Rutin
1) Guru akan mengajukan soalan kepada murid mengenai apa yang diajar. ) (...
2) Jika murid semua berlumba-lumba untuk menjawab, guru akan cakap ) (..
peraturan kedua.
3) Murid-murid akan membuat gaya jari telunjuk kanannya berputar, dan kemudian kedua-
dua tangannya menggayakan seperti action kamen dalam cerita Shin Chan dan
menyebut woohoo.
4) Kemudian guru akan memberi peluang kepada murid yang melakukan rutin untuk
menjawab.
5) Jika murid salah jawab. Guru akan menggunakan kaedah () tukar, yang mana murid
akan mengajar antara satu sama lain dengan rakan sebelah.
Kelebihan Rutin
Antara kelebihan rutin ini adalah murid akan lebih beradab dengan guru terutama
sekiranya murid-murid hendak bertanya atau mengeluarkan pendapat dan idea mereka.
Selain itu, murid-murid tidak akan dalam keadaan yang bising sekiranya mereka berlumba-
lumba untuk bertanya soalan atau memberi pendapat.
Kelemahan Rutin
Antara kelemahan rutin ini pula adalah ianya kurang sesuai kerana berkemungkinan
murid kan terlupa akn jawapan yang hendak diberikan kerana terlampau fokus kepada rutin.


15







16

4.3 RUTIN KETIGA ( KULIAH PISMP 3.09 )
Rutin yang ketiga ini saya telah memilih rutin yang telah dicipta oleh pelajar dari
kuliah PISMP 3.09 yang mana rutin ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid
sekiranya mereka tidak memberikan perhatian kepada guru dihadapan.
Nama Rutin
Kasih Sayang, Fokus !
Tujuan Rutin
Tujuan rutin ini adalah untuk menarik semula perhatian murid, membuatkan pelajar
kembali fokus kepada guru dihadapan kelas dan bertujuan untuk mengurangkan masalah
kurang memberi tumpuan di dalam kelas.
Langkah-Langkah Pelaksanaan Rutin
1) Guru memberi kata panggilan kasih untuk murid perempuan dan kata panggilan
sayang untuk murid lelaki. Manakala kata panggilan kasih sayang bermaksud
panggilan untuk kedua-dua murid lelaki dan perempuan.
2) Apabila guru memberi isyarat tangan sebelah kanan serta menyebut panggilan kasih,
maka kesemua murid perempuan akan menyebut fokus dengan kadar segera dan
menumpukan sepenuh perhatian kepada guru. Dalam masa yang sama,
semuamuridperempuanakanberadadalamkeadaanbersediadanmemberhentikansegalaa
ktiviti yang mereka sedang lakukan pada waktu itu.
3) Apabila guru memberi isyarat tangan kiri dan menyebut panggilan sayang, maka
semua murid lelaki akan membuat langkah kedua seperti yang dilakukan murid
perempuan.
4) Jika guru menyebut kasih sayang, maka murid lelaki dan perempuan akan menyebut
...Dalam masa yang sama, semua murid akan berada dalam keadaan bersedia
dan memberhentikan nsegala aktiviti yang mereka sedang lakukan pada waktu itu.
Kelebihan Rutin
Antara kelebihan rutin ini adalah dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik
darjah. Selain itu, ianya dapat memudahkan guru untuk mengawal murid dan sesi
pengajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Dan
murid akan berasa dikasihi oleh guru apabila guru menggunakan kata kasih sayang

17

Kelemahan Rutin
Antara kelemahan rutin ini adalah guru akan memerlukan masa yang panjang untuk
mendapatkan perhatian daripada semua murid.










18

5.0 RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, pengurusan bilik darjah amat penting untuk dikuasai oleh
setiap guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna. Tanpa pengurusan yang sempurna, murid-murid akan berasa
tidak selesa untuk belajar dan mungkin akan merasa bosan dan jemu. Guru hendaklah
menguasai setiap kemahiran dalam pengurusan bilik darjah agar murid-murid mudah untuk
menerima pelajaran dan guru akan mendapat satu pengalaman yang menyeronokkan
semasa berada di dalam bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah ini adalah kemahiran guru dalam menguruskan masa, ruang,
sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang
sesuai untuk pembelajaran. Pengurusan bilik darjah ini juga merangkumi kebolehan guru
dalam merancang, mengelola, menilai dan membuat refleksi agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu, guru hendaklah
mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar mudah untuk
menguruskan bilik darjah kelak.
Pada masa yang sama, guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai-
nilai tertentu untuk menjadikan seorang guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah.












19

6.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan keizinan-Nya
jualah saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Tugasan
ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu. Pertamanya, saya ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing selaku pensyarah yang
mengajar subjek EDU 3104 yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada
saya dan rakan-rakan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin
mengucapkan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan sekelas yang telah banyak
membantu dan memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugasan yang telah
diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari kelas lain yang turut sama membantu
terutama semasa bengkel pengurusan bilik darjah siri II yang lalu. Terima kasih saya
ucapkan kepada mereka.
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak input, ilmu dan pengalaman baru
yang saya dapat. Antaranya adalah mengenai power teaching. Sejujurnya, saya tidak
mengenali dan mengetahui mengenai power teaching sebelum ini sehinggalah Dr. Azma
menerangkan kepada kami semua semasa bengkel pengurusan bilik darjah siri I yang lalu
mengenai konsep dan cara pelaksanaan power teaching ini di dalam bilik darjah. Kaedah
power teaching ini amat berkesan dan amat sesuai untuk dilakukan di dalam bilik darjah
dalam memastikan bilik darjah dapat diurus dengan baik dan sempurna.
Selain itu, sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya juga dapat merasai pengalaman
yang baru iaitu membuat persembahan pengajaran di hadapan ramai orang termasuk
pensyarah-pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Ianya merupakan pengalaman yang
bermakna kepada saya dan dapat saya aplikasikan ketika saya ditempatkan di sekolah
kelak. Mengenai power teaching ini, ianya merupakan salah satu cara untuk guru mengawal
bilik darjah secara berkesan. Oleh itu, setiap rutin dan kaedah yang telah dicipta amat
sesuai dan boleh digunakan sekiranya mengajar di sekolah kelak.
Seterusnya, sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, saya menghadapi beberapa
masalah tetapi alhamdulillah ianya dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. Antara
masalah yang saya hadapi adalah tentang mereka cipta kaedah pengurusan bilik darjah.
Walaupun reka cipta rutin atau kaedah nampak mudah, tetapi ianya perlulah kepada rutin
yang sesuai dan boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah. Setiap langkah dan cara
pelaksanaannya hendaklah sesuatu yang mudah dan mampu untuk diikut oleh semua
murid. Selain itu, rutin itu mampu memberi kesan dan impak kepada murid sekiranya
mereka melakukan rutin tersebut.
20

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Harapan saya adalah agar rutin atau kaedah yang
dicipta dan dikumpulkan itu dapat disimpan supaya boleh dilaksanakan dan diapliskasikan
sekiranya ditempatkan di sekolah kelak.





















21

7.0 RUJUKAN
Buku
Ainon Mohd, Abdullah Nassan. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah. PTS
Consultants Sdn Bhd.
Christopher Bowring-Carr, John West-Burnhem. (2009). Belajar Secara Berkesan Di
Sekolah. Attin Press Sdn Bhd. Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Khalid Bin Mohamad Nor. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Cahaya Pantai (m) Sdn
Bhd.
Mel Silberman. (2004). Pembelajaran Aktif 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek.
Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, Shaffe Mohd Daud. (2010). Karakter Guru.
Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar. (1996). Motivasi Dalam
Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Jurnal
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam
Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 188. ISBN 978-983-3850-54-9.
Akhbar
Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusoff Abdullah, Baharom Mohamad, Roslee Talip, Abdul
Said Ambotang, Shukri Zain (2012). Pengurusan Bilik Darjah Berkesan. Utusan
Borneo






22

Anda mungkin juga menyukai