Anda di halaman 1dari 7

Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Sukrizal Bin Md. Suaimi

Hubungan Guru & Murid


Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosiemosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat.

Kepentingan membina hubungan guru & murid


Menjalinkan hubungan mesra Membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan Murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah

Memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin diri di kalangan mereka Mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran P&P Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang menarik

Guru-guru akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan merasa seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan

Faktor-faktor pengaruh hubungan guru & murid


penampilan dan bahasa badan guru tingkah laku guru menunjukkan contoh teladan yang baik persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

Strategi membina hubungan positif guru - murid


ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik Darjah agihkan tanggungjawab bersama tetapkan jangkaan yang realistik tunjukkan keprihatinan masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

Anda mungkin juga menyukai