Anda di halaman 1dari 24

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

RANCANGAN TAHUNAN/ SEMESTER/MINGGUAN

KOMPONEN DALAM RPH


PENDAHULUAN
Guru perlu membuat perancangan utk sesi
pengajarannya.
Perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kpd
keputusan yg dibuat mengenai mengelola, melaksana
& menilai pengajaran. Burden & Byrd (1999),
Proses guru membuat keputusan tentang cara
memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran
yang dapat memaksimumkan pencapaian serta
kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995).
Perancangan pengajaran merupakan keputusan yang
harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak
diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat
difahami pelajar. (Esah Sulaiman, 2004),.

Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru
di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.


Kepentingan Perancangan Pengajaran

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang


positif kepada pembelajaran pelajar.
Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan
jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik –
topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan
oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti. 
Memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang
setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini
dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa
yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan
tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa
yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan –


bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan
kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan
perlu lengkap dan menepati kehendak kurikulum yan g telah
ditetapkan

Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan


dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan
pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui
sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.
Jenis Perancangan Pengajaran
Perancangan pengajaran terbahagi kepada
 perancangan pengajaran tahunan
 perancangan pengajaran mingguan dan
 perancangan pengajaran harian....

• Bagi menyediakan rancangan pengajaran ini, guru


perlu membuat persiapan yang sepatutnya .
Langkah Penyediaan Perancangan Pengajaran
Langkah pertama setelah mengetahui subjek yang
perlu diajar, guru perlu menyenaraikan minggu
persekolahan mahupun minggu pengajian selama
setahun.
Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh guru
ialah guru perlu mengenalpasti hari cuti awam dan
cuti persekolahan. Ini adalah bertujuan bagi
memastikan pengajaran tidak terganggu dengan
kehadiran cuti awam dan cuti persekolahan serta guru
dapat mencapai objektif pengajaran tepat pada masa
yang ditentukan.
Guru juga perlu menyemak jadual pengajaran
dan membuat pengiraan waktu mengajar bersih
dalam tempoh setahun waktu persekolahan.

Langkah terakhir perlu dilakukan oleh guru


dalam menyediakan perancangan pengajaran
adalah merancang aktiviti yang ingin dijalankan
dan mengenalpasti waktu yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti tersebut.
ASPEK –ASPEK YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM
PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN

Meneliti Sukatan Pelajaran /Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP)

Sukatan pelajaran terdiri daripada matlamat, objektif organisasi dan kandungan

kurikulum mata pelajaran berkenaan. Huraian sukatan pelajaran haruslah dinilai

dan dijadikan sebagai rujukan oleh guru bagi menerangkan dan memperjelaskan

perkara-perkara yang terkandung dalam sukatan pelajaran.


Mentafsir DSKP / Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang

mengandungi susunan topik-topik yang disediakan untuk sesuatu

mata pelajaran.

Ia mempunyai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK).

Terdapat kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-

kemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap mata

pelajaran.

Guru perlu merancang strategi PdP utk dptkan HP yg opuimam


Guru seharusnya dapat menguasai kemahiran merancang
rancangan kerja berdasarkan penelitian dan pentafsiran
sukatan pelajaran yang telah diluluskan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Aspek-aspek penting dalam sukatan pelajaran seperti unit-
unit pembelajaran, objektif-objektif pengajaran dan
kemahiran-kemahiran yang ingin dicapai. Strategi dan aktiviti
pengajaran pembelajaran yang akan digunakan haruslah
bersesuaian dengan minat dan tahap keupayaan pelajar.
Selain itu, penggunaan sumber serta bahan pengajaran
haruslah juga dirancang dan disediakan memandangkan ia
yang merupakan alat bantu mengajar yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan Rancangan Kerja

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk


menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
merancang isi pelajaran, teknik mengajar, alat bahan bantu
mengajar (ABBM) agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan.

Menyediakan Rancangan Mengajar

Bagi memulakan sesuatu pengajaran, guru harus menyedia dan


merancang persediaan mengajar sebelum sesi pengajaran bermula.
Persediaan mengajar haruslah dibuat lebih kurang sehari sebelum
pengajaran supaya guru lebih bersedia dan yakin dengan
pendekatan, kaedah, teknik serta bahan dan alat yang digunakan.
KESIMPULAN

Oleh itu, perancangan tahunan/mingguan


/RPH merupakan satu kaedah yang sistematik dan
berkesan bagi melahirkan guru yang cemerlang selaras
dengan profesion keguruan yang mana dokumen
rasmi tersebut akan dirujuk dan disemak oleh pihak
pengurusan sekolah dan pegawai Jabatan Pendidikan.
Komponen dalam RPH
- Tema/Tajuk
- Kemahiran/Fokus
- Pengetahuan sedia ada
- Standard kandungan
- Standard pembelajaran
- Objektif pembelajaran
- Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
- KBAT
o I think
o HOM
o KBKK
TEMA/ TAJUK
Tajuk atau tema merupakan topik yang akan diajar
pada hari berkenaan

Tema dan tajuk dapat dikenal pasti berasaskan


rancangan pengajaran tahunan dan rancangan
mingguan.

Perlu ditulis secara spesifik


KEMAHIRAN / FOKUS
Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah
Rendah adalah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan
asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping
penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan
tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini.
Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina
kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu
peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid
dapat membuat perbandingan tentang pengalaman
manusia dan seterusnya berupaya memahami diri
mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah
masyarakat.
Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan
cinta akan negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Untuk bahagian ini boleh dimasukkan
penyataan tentang fokus bagi setiap tajuk seperti
mana yang terdapat dalam DSKP.

Setiap tajuk mengandungi fokus yang berkaitan


dengan standard kandungan dan standard
pembelajaran
 Sebagai contoh untuk tajuk Warisan Negara
kita, fokus untuk topik ini ialah :
- institusi Raja
- Agama Islam
-Bahasa Melayu
KEMAHIRAN
 Kemahiran yang boleh dikuasai pelajar meliputi
kemahiran isi kandungan
kemahiran pemikiran sejarah
Keusahawanan
KBAT
Standard Kandungan
Standard Kandungan - Pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.
 standard ini berkaitan dengan tajuk dan sub
tajuk atau isi kandungan tajuk tersebut.
Standard pembelajaran
Standard Pembelajaran pula merujuk pada suatu
penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan
Standard ini adalah berkaitan dengan hasil
pembelajaran bagi setiap tajuk / topik yang
terdapat dalam DSKP mengikut tahun
persekolahan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada
pelajar bagi memudahkan perancangan dan
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran .
Guru boleh mengemukakan soalan untuk mengetahui
sejauh mana pengetahuan murid tentang tajuk yang
akan diajar.
Pembelajaran yang lepas juga boleh menjadi bukti
tahap pengetahuan yang ada pada pelajar.
Objektif pembelajaran
Ini merupakan penyataan tentang hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh
pelajar pada akhir pengajaran
PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Proses mendapatkan maklumat tentang sejauhmana
murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
• Pentaksiran berasaskan sekolah juga boleh
dilaksanakan sepertimana yang ditetapkan oleh
Lembaga
Peperiksaan
KBAT
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin
tahu,berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan.
Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang
diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai
kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti
sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir
Guru perlu memasukkan elemen KBAT di dalam
rancangan pengajarannya

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk


mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT adalah merujuk kepada kemahiran


mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap
kurikulum mata pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai