Anda di halaman 1dari 7

PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

Pengenalan

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami
berkan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."
(Surah al-Baqarah : ayat 172). Allah swt telah menerangkan bahawa Dia telah menciptakan langit dan
bumi serta segala isinya untuk faedah dan manfaat semua manusia. Islam tidak benci keduniaan, naluri
atau alam semulajadi. Islam bukannya anti pembangunan dan akhlak juga bukanlah sesuatu yang
bertentangan dengan sola-soal pembangunan dan keduniaan. Oleh itu, sungguhpun Islam memberikan
ruang kepada manusiamencapai kesenangan dan kejayaan di dunia, usaha mengejar kemewahan dunia
tidak boleh dipisahkan dari aspek akhlak yang bertindak selaku mengawas, demi mengelakkan
kerosakan kepada manusia itu sendiri.

Dalam menuju abad ke21 ini, dunia Islam melalui pembangunan semula dan mulai mendapat perhatian
dunia. Begitulah juga satu kesedaran baru Islam d negara kita termasuk di kalangan para pemuda kita
mulai meningkat. Walaupun negara kita Malaysia telah menerima ISlam sejak beberapa abad yang
lampau, namun oleh kerana peredaran masa dalam beberapa dekad ini ditambah pula dengan
pencemaran budaya dan tamadun barat yang banyak menyimpang menyebabkan fahaman masyarakat
dan pentadbiran negara telah mengalami kepincangan dan kemuraman. Jadi tidak keterlaluan ditegaskan
di sini bahawaberlakunya kerosakan di muka bumi Allah ini.

Sebaliknya, jika didalami Islam ini, Allah telah memberikan amaran kepada golongan yang melakukan
kerosakan dalam firmanNya yang bermaksud : "...dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka
bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan." Oleh itu, untuk
mengembalikan semula kedaulatan negara dan umat Islam, maka tidak ada pilihan lain selain dari
kembali kepada ajaran Islam yang maha suci dan lurus ini. Ini telah ditegaskan oleh Allah swt melalui
firmanNya yang bermaksud : "Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh
perbuatan tangan manusia, supaya dengan itu Allah menjadikan mereka sebahagian dari akibat
perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang sebenarnya." Islam ialah salah satu tenaga dunia
hari ini yang progresif, yang berdaya saing dan yang bercorak kemanusiaan serta boleh memberikan
sumbangan besar kepada kemajuan, perpaduan dan keamanan dunia. Dalil yang menunjukkan Islam
menggalakkan perpaduan adalah menerusi firman Allah yang bermaksud : " Dan bersepadulah kamu
semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai."

Konsep Pembangunan dari Perspektif Islam

Apabila disebut sahaja pembangunan, di kepala kita akan terlintas pertumbuhan ekonomi, modenisasi,
industrialisasi, hak-hak asasi dan persekitaran. Secara umumnya inilah merupakan definisi
pembangunan yang dikatakan pada hari ini. Pembangunan dalam Islam boleh ditakrifkan sebagai
menerima pembangunan asing, barat dan timur yang dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa-
apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai-nilai hidup Islam. Menurut Muhammad Akhir dan Hailani
dinyatakan bahawa "Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan
perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari semua aspek moral, kebendaan dan kerohanian
untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat".

Jika kita menyelami model pembangunan yang berteraskan ekonomi sekular, moral, kerohanian dan
agama dianggap berasingann daripada kegiatan ekonomi, politik, sosial dan budaya. Nilai moral,
kerohanian dan agama diberikan penilaian yang rendah berbanding dengan perkara-perkara lain.
Dengan kata lain, Barat lebih menekankan unsur ekonomi sebagai penggerak dan matlamat
pembangunan mereka. Sebaliknya aspek kerohanian diketepikan dan Pencipta dianggap tidak
mempunyai peranan dalam pembangunan manusia.
Ini amat berbeza dengan konsep pembangunan yang cuba diterapkan oleh Islam kerana menurut Islam,
pembangunan adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Pembangunan dalam Islam adalah
keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya sama ada di dunia
mahupun di akhirat dalam satu proses yang harmonis dan dinamis. Fokus utama dalam pembangunan
Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu sendiri. Pembangunan yang cuba diketengahkan oleh
Islam adalah pembangunan yang datangnya dari kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling
bekerjasama dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil.

Di samping itu, pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara
keseluruhannya dari segi zahir dan batin. Sekali lagi ingin ditegaskan di sini, konsep pembangunan yang
cuba diketengahkan oleh Islam adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Pembangunan dalam Islam hendaklah ditangani secara bertahap dan hikmah. Malah Islam itu sendiri
amat mementingkan sesuatu perkara dilakukan secara hikmah. Ini jelas difirmankan oleh Allah swt yang
bermaksud : "Serulah kepada jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan
berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih
mengetahui orang yang akan sesat daripada jalannya. Dialah yang lebih mengetahui orang yang
mendapat hidayah."

Pembangunan dalam Islam hendaklah dijalankan secara dua tahap iaitu peringkat pembangunan
kerohanian dan satu lagi ialah pembangunan peringkat fizikal. Pembangunan pada perigkat kerohanian
merupakan pembangunan yang paling asas dalam Islam. Akal dan jiwa manusia perlu dibangunkan
terlebih dahulu sebelum sesuatu pembangunan fizikal dilakukan. Ini adalah bagi melahirkan insan yang
mempunyai pemikiran yang bersih, suci dan pekerti mulia. Tumpuan utama pendekatan Islam adalah ke
atas kejiwaan, moral dan etika-etika pembangunan yang mencakupi masa yang amat panjang dan
mereka amat prihatin terhadap proses pembangunan Islam. Proses pembangunan bermula dengan
moral, spiritual dan perkembangan mental manusia yang akan menjadi agen perubahan yang aktif dan
bertanggungjawab menentukan kejayaan dan kegagalan hidupnya sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Skop Pembangunan Menurut Islam dan Barat

Pembangunan adalah mewujudkan kehidupan yang selesa atau sejahtera bagi manusia. Kehidupan
yang selesa atau sejahtera bagi manusia adalah kehidupan yang memenuhi keperluan atau hajat
manusia. Skop pembangunan dalam Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu Rohani dan Jasmani kerana
manusia terdiri daripada dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Untuk memenuhi keperluan jasmani,
manusia memerlukan pembangunan dari segi fizik yang dapat memenuhi keperluan manusia yang
berbentuk material seperti makan, minum, tempat tinggal, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan
lain. Manakal untuk keperluan rohani manusia memerlukan pembangunan dari segi mental dan akhlak.
Kedua-dua aspek tersebut amat penting kerana kalau hanya mementingkan keperluan material sahaja
tidak akan dapat menjamin keselesaan hidup begitulah juga sebaliknya.

Kekayaan sesuatu negara dari segi kebendaan atau material semata-mata tidak menjamin keselesaan
hidup jika tidak disertai dengan ketinggian moral atau akhlak. Iaitu tanpa sebarang kezaliman atau
penganiayaan, bebas dari perasaan takut dan tekanan jiwa, kebebasan berfikir dan berpendapat dan
sebagainya yang merupakan asas bagi ketenangan, ketenteraman dan harga diri manusia. Kita tidak
akan merasa selesa, aman dan sejahtera meskipun dalam keadaan fizikal (material) yang cukup
sekiranya dalam masyarakat terdapat anggota yang hilang maruah, moral apatah lagi jika terdapat
perasaan saling membenci, permusuhan, tamak, kezaliman dan sebagainya.

Di samping itu, segala keperluan kebendaan yang pada pandangan kita sudah cukup memenuhi
keperluan, tetapi keperluan atau keinginan yang lain pula akan muncul dan begitulah seterusnya.
Sehingga manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang sudah diperolehinya kerana nilai
kebendaan tersebut bersifat relatif atau fleksibel dan akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.
Hanya keimanan terhadap Allah yang merupakan fungsi dan matlamat yang boleh menimbulkan
perasaan syukur serta dapat memberikan ketenangan dalam jiwa manusia. Oleh itu, pembangunan yang
diinginkan oleh Islam adalah pembangunan yang seimbang dan mengarah kepada mewujudkan
kemakmuran dari aspek material dan ketinggian moral atau akhlak manusia.

Ciri-ciri Pembangunan Islam

Pembangunan yang disyariatkan dalam Islam adalah pembangunan yang boleh memberi kesan kebaikan
kepada manusia. Perlaksanaannya adalah menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan seperti
moral, kerohanian dan kebendaan (berkaitan ekonomi, soaial dan akhirat). Pembangunan jenis ini
bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan keadilan pada manusia. Matlamat akhir yang hendak
dicapai adalah menjamin kualiti kehidupan manusia sebagaimana sabda Rasulullah saw iaitu : "Dari Abi
Tha'labah al-Khusyani bin Nasyir r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah telah
mewajibkan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu meninggalkannya, dan telah menentukan
beberapa batas, maka janganlah kamu melampauinya, dan telah diharamkan beberapa perkara maka
janganlah kamu melanggarnya, dan Ia telah diam dari beberapa perkara sebab rahmat bagimu bukan
kerana lupa maka janganlah kamu membahaskannya."

Panduan Dalam Pembangunan

Islam telah menetapkan beberapa garis panduan dalam melaksanakan pembangunan yang diredha Allah
iaitu:

Pertama : Kita tidak boleh melupakan tugasyang telah diwajibkan ke atas kita oleh Allah Ta'ala iaitu tidak
meninggalkan perintah yang telah diwajibkan seperti mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat atau
membelanjakan harta benda ke jalan Allah, melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar iaitu mengajak
manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta lain-lain ibadah sama ada ibadah umum
atau ibadah khusus.

Kedua : Dalam melaksanakan pembangunan, kita tidak boleh melupakan bahawa kedudukan kita adalah
sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan segala apa yang kita miliki adalah hak Allah dan apa yang
kita miliki itu hanyalah pinjaman semata-mata. Manusia adalah makhluk yang diberi kepercayaan oleh
Allah untuk mentadbir atau membangunkan milik Allah. Maka kita tidak boleh mentadbir melainkan
dengan cara-cara dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah swt . Semua arahan tersebut
terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah, iaitu menjalankan pembangunan dengan cara yang tidak
merosakkan muka bumi dan memelihara alam yang diamanahkan dari sebarang kerosakan dan
pencemaran sebagaimana yang telah berlaku pada hari ini.

Ketiga : Dalam melaksanakan tugas-tugas pembangunan, kita mesti menanamkan nilai-nilai agama dan
akhlak iaitu melaksanakan tugas tersebut bukan dengan cara yang buruk dan bercanggah dengan
syariat, menjauhkan perbuatan penganiayaan dan kezaliman atau peniuan dan lain-lain. Ini kerana
pembangunan yang demikian tidak diredhai oleh Allah swt dan tidak dianggap sebagai ibadah malah
dianggap sebagai maksiat.

Keempat : Kita hendaklah menjadikan pembangunan itu sebagai sumber kekuatan dan bukan sebagai
sumber kelemahan. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : "Dan hendaklah takut kepada Allah
orang-orang yang seandainya meninggalkan sesudah mereka zuriat (anak-anak) yang lemah, yang
mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada
Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar." Contohnya jika kita memiliki
pembangunan yang dibawa oleh kuasa asing yang mana mereka menjadikan kita sebagai alat untuk
mengugut atau memaksa kehendak mereka ke atas kita dan menjadikan diri kita sebagai kerbau yang
dicucuk hidung. Dengan berbuat demikian kita akan meninggalkan zuriat dan anak cucu kita dalam
keadaan lemah kerana menjadi tenaga kerja yang berada dalam genggaman orang asing (Yahudi dan
Nasrani) dan terpaksa tunduk serta taat kepada perintah dan kehendak mereka sehingga sanggup
menjual agama dan maruah sebagaimana yang berlaku hari ini.

Kelima : Kita harus memastikan bahawa pembangunan tersebut mencapai tujuan dan matlamat yang
berdasarkan hukum-hukum syara' dan nilai-nilai akhlak yang diperintah oleh Allah swt. Apa yang
dimaksudkan di sini ialah kepimpinan mestilah berada di tangan orang-orang yang memenuhi syarat iaitu
yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang diperlukan selain taat kepada Allah, memahami hukum
hakam dan segala tuntutan syariat, bertaqwa, jujur, wara', adil dan lain-lain sifat yang tidak akan
menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan peribadi tetapi sebaliknya untuk kepentingan semua.

Berdasarkan kelima-lima panduan tadi, jelaslah kepada kita bahawa Islam tidak mengharamkan
pembangunan malah Islam menetapkan beberapa panduan agar kita tidak melanggar batasan syarak
apatah lagi meninggalkan agama dan akhlak dalam menjalankan pembangunan. Sebagaimana kita lihat
apa yang dilakukan oleh Barat, mereka menjalankan pembangunan dengan mengenepikan nilai-nilai
moral dan agama mereka sendiri. Mereka berpendapat bahawa "Jika kita ingin maju dalam
pembangunan maka kita mesti menyingkirkan nilai-nilai agama dan moral." Mereka mengatakan bahawa
selagi seseorang berpegang dengan nilai-nilai moral dan keagamaan maka seseorang itu tidak akan
maju. Inilah yang merosakkan masyarakat malah bangsa mereka itu sendiri kerana di sebalik kemajuan,
mereka berselindung dengan gejala-gejala dan kemusnahan yang sebenarnya menghancurkan mereka.

Pembangunan Yang Diharamkan Islam

Pembangunan yang diharamkan dalam Islam ialah pembangunan yang mendatangkan kesusahan
kepada manusia. Pembangunan jenis ini berdasarkan kepada kebendaan semata-mata. Contoh
kesusahan yang terhasil dari pembangunan yang diharamkan ialah memberi kezaliman kepada manusia,
mengancam kesejahteraan sejagat, menjadikan manusia lupa tanggungjawab sebagai khalifah dan lain-
lain.

Sesiapa manusia yang menganjurkan pembangunan yang diharamkan ini akan diberi dendaan atau dosa
dan sesiapa yang membantu menganjurkannya pula digolongkan sebagai subahat dan dosanya sama
berat dengan dosa penganjur. Contohnya membina rumah judi, pelacuran, hiburan dan lain-lain adalah
berdosa dan pembinaan kemudahan-kemudahan ke pusat-pusat tersebut juga adalah berdosa. Ini
adalah sebagaimana hadith Nabi Muhammad saw iaitu :

"Dari Abi Abdillah bin Basyir r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :
Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan sesuatu yang haram itu juga jelas, dan di antara
keduanya itu ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka
barangsiapa yang menjaga dirinya dari perkara-perkara yang samar-samar itu maka ia telah
membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh ke dalam melakukan perkara
yang haram itu maka ianya diibaratkan seperti penggembala di sekeliling tanah larangan dan lambat laun
ianya akan memasukinya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan
Allah adalah apa-apa yang diharamkanNya."

Prinsip Pembangunan Islam


Apabila kita memikirkan tentang pembangunan negara, secara automatik kita akan terfikir kepada
masyarakat dan juga kepimpinannya. Meskipun kepimpinan merupakan tunjang kepada pembangunan
sesebuah negara, namun kita tidak boleh memperkecilkan tanggungjawab dan peranan umat Islam yang
bermastautin dalam sesebuah negara Islam itu sendiri. Peranan dan tugas mereka cukup besar. Ini
kerana tanpa sumbangan mereka, pembangunan yang ingin dimiliki tidak akan menjadi kenyataan. Umat
Islam adalah aset penting dalam membangunkan sesebuah negara Islam mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Rasulullah saw dalam usahanya menegakkan negara Islam di Madinah iaitu selepas hijrah, Baginda
telah membina tapak yang teguh bagi negara Islam dan mewujudkan tiga bentuk hubungan yang penting
iaitu :

1. Hubungan dengan Allah swt.

2. Hubungan sesama umat Islam.

3. Hubungan umat Islam dengan orang bukan Islam dan negara bukan Islam dalam rangka
menyampaikan risalah Islam serta menentukan sikap mereka terhadap Islam.

Berdasarkan hubungan yang telah direncanakan oleh Rasulullah saw tersebut, jelas bahawa selain dari
hubungan dengan Allah, hubungan sesama umat Islam juga menjadi asas utama dalam pembentukan
sebuah negara Islam. Hubungan tersebut menjadi satu ikatan yang boleh memperkuatkan lagi benteng
yang telah dibina. Ini oenting untuk mempertahankan negara dan agama Islam dari diancam dan
dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang sudah pasti tidak senang apabila melihat Islam membangun
dan kuat. Allah swt telah berfirman yang bermaksud : "Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah
bersama-sama dan jangnlah pula berpecah belah."

Umat Islam merupakan pemangkin kepada sesebuah negara Islam. Tidak kiralah dari golongan dan
pangkat apa sekalipun. Setiap individu dalam masyarakat itu mempunyai peranan dan tanggungjawab
masing-masing. Di antara tanggungjawab yang dimaksudkan di sini ialah tanggungjawab dalam memberi
sumbangan kepada proses pembangunan dalam apa bentuk sekalipun, sama ada dari segi fizikal,
material ataupun intelektual. Sebagai contoh, golongan intelek atau cendekiawan boleh menyumbangkan
idea dan kepakaran mereka untuk membentuk pembangunan selain dari ilmu untuk tatapan golongan
lain bagi memandu ke arah kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

Untuk menuju ke arah pebangunan mengikut ajaran Islam, setiap individu muslim dalam masyarakat
Islam itu sendiri [erlulah mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang mulia. Jika diri setiap individu
telah dipenuhi dengan akhlak yang baik maka secara totalnya perhubungan sesama manusia akan
menjadi baik. Secara automatik setiap umat Islam akan tahu tanggungjawab mereka kepada ibu bapa,
saudara maranya, jiran tetangganya dan lain-lain lagi. Seterusnya kan membentuk sikap suka menolong
orang, cinta kepada Allah, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Seandainya
perkembangan akhlak telah baik maka perhubungan persaudaraan juga menjadi baik. Maka keadaan
sesebuah negara akan juga menjadi baik dan sempurna. Ini akan membawa kepada kesejahteraan
negara dan kepesatan pembangunan negara yang maju mengikut acuan Islam yang sempurna.

Dalam pembentukan umat Islam yang berjaya dan sekaligus membantu ke arah pembangunan, selain
individu sepertimana yang telah dibincangkan tadi, institusi keluarga juga memainkan peranan penting.
Keluarga merupakan institusi kecil yangg akan menunjangi atau yang akan mencorak sesebuah
masyarakat Islam. Di antara ciri-ciri keluarga yang digariskan oleh Islam ialah :

1. Keluarga yang sihat, dinamik, cergas dan mampu melahirkan insan yang bersih rohani dan
jasmaninya.

2. Keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai agama dalam semua aspek kehidupan.
Di sini dapat kita lihat bahawa setiap umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing bagi
membentuk keluarga yang cemerlang tidak kiralah anak, ibu mahupun bapa. Jika mengikut prinsip etika
keluarga, tanggungjawabb adalah secara menyeluruh diletakkan di atas bahu ketua keluarga iaitu bapa,
tetapi lebih baik sekiranya setiap individu dalam keluarga itu memahami tanggungjawab masing-masing
agar bebanan yang dipikul oleh bapa menjadi lebih ringan.

Apa yang ingin dijelaskan di sini bahawa setiap umat Islam mempunya peranan tersendiri yang mana
Islam lebih menitikberatkan pembangunan rohani sebelum menuju kepada pembangunan material.
Pembangunan material akan lebih sempurna dan efektif sekiranya akhlak dan kerohanian setiap umat
Islam mampan. Ini termasuklah pemahaman segala aspek yang dipentingkan oleh Islam dalam
membentuk negara Islam yang embangun contohnya seerti memahami politik yang berteraskan Islam,
perniagaan, perbankan, ekonomi,pentadbiran, sosial, pendidikan, kebudayaan, perlembagaan, undang-
undang dan sebagainya.

Matlamat Pembangunan Dalam Islam

Dalam Islam, pembangunan mempunyai beberapa matlamat penting yang mana jika dikaji dengan
terperinci, kesemua matlamat tersebut akan membawa manusia ke arah satu tamadun yang lengkap,
aman dan damai manifestasi daripada ajaran Islam itu sendiri. Matlamat-matlamat tersebut adalah
seperti berikut :

1. Pembangunan Peribadi dan Keupayaan Manusia : Seperti yang kita semua sudah sedia maklum,
Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap yang betul menerusi pendidikan,
kepimpinan dan lain-lain yang berdasarkan nilai-nilai Islam. Jika seseorang itu patuh sepenuhnya kepada
ajaran Islam dan menjadikan Islam itu sebagai 'The Way of Life', maka segala amalan yang dilakukannya
tidak akan bercanggah dengan larangan-larangan yang telah ditetapkan. Dari sini dapat dilihat bahawa
pembangunan peribadi dapat menigkatkan lagi keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbangkan
tenaga dan buah fikiran yang bersih dan mantap ke arah membangunkan negara Islam mengatasi
negara-negara lain di dunia. Firman allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana."

2. Menghasilkan Keluaran yang Berguna : Keluaran berguna yang dimaksudkan oleh Islam adalah
makanan dan benda-benda asasi yang lain, keluaran untuk pertahanan Islam dan barang-barang untuk
kegunaan sendiri. Satu perkara yang paling penting dititikberatkan oleh Islam terhadap bahan-bahan
keluaran yang dihasilkan tersebut ialah ianya mesti mampu dibeli oleh orang-orang miskin dan
berpendapatan rendah. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : "(Oleh itu) kekayaan ini
janganlah hanya dikuasai oleh segelintir manusia..."

3. Meningkatkan Kualiti Kehidupan : Islam mementingkan kesejahteraan sama ada dalam bidang
ekonomi, soaial mahupun politik. Kesejahteraan ini adalah gambaran kualiti kehidupan umat Islam. Kualiti
kehidupan ini boleh dicapai dengan tiga cara iaitu :

o Mewujudkan peluang pekerjaan mengikut pengubahsuaian institusi, teknologikal, pelaburan dan


pendidikan.
o Melaksanakan jaminan sosial secara meluas khususnya kepada golongan yang tidak dan kurang
berupaya. Matlamat ini boleh dicapai dengan sistem zakat.
o Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil supaya dengan ini boleh
merapatkan jurang ketaksamaan yang berlaku di kalangan masyarakat.
4. Mencapai Pembangunan yang Seimbang : Islam menganjurkan pembangunan tanpa bersyarat
kepada sempadan (desa atau bandar), taraf hidup (miskin atau kaya) dan lain-lain. Tujuannya supaya
dapat mengelakkan ekonomi dualisme dan dapat mengeratkan perpaduan.

5. Membangunkan Teknologi yang Sesuai : Islam juga mementingkan pembangunan teknologi.


Teknologi yang ingin dibangunkan itu mestilah sesuai dengan persekitaran tempatan iaitu sesuai dengan
keperluan atau aspirasi negara Islam. Islam menggalakkan merekacipta, memperbaiki dan
mengubahsuai teknologi yang ada kepada teknologi yang lebih canggih.

6. Mengurangkan Pergantungan dengan Negara Luar : Pergantungan dengan negara Barat banyak
merugikan negara itu sendiri. Sistem kapitalisme yang dicipta oleh Barat boleh meruntuhkan bukan
sahaja sistem ekonomi Islam, malah politik dan sosial juga terlibat. Oleh itu negara Islam perlu
meningkatkan integrasi menerusi :

o Meningkatkan kebebasan ekonomi.


o Meningkatkan rasa hormat diri sendiri.
o Memperkuatkan negara Islam

Ketiga-tiga matlamat di atas pula dapat dicapai dengan cara :

o Menghentikan penerimaan modal dari Barat


o Menggunakan pendekatan 'multi-objective' supaya ke arah 'problem-oriented'.
o Meningkatkan penyelidikan yang ideal dan berfaedah kepada Islam.
o Meningkatkan semangat tolong menolong di kalangan umat Islam.

7. Mengintegrasikan Pembangunan Moral, Kerohanian dan Agama dengan Pembangunan


Kebendaan : Pembangunan Islam mengamalkan hasanah fid dunya, hasanah fil akhirah atau
bermaksud kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Islam tidak memisahkan antara pembangunan
untuk dunia dan juga akhirat sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam pelbagai bab dahulu
bahawa Islam menerapkan keseimbangan dalam segala perkara tidak kira aspek apa sekalipun begitulah
juga dalam konsep pembangunan. Oleh itu, pembangunan yang disyariatkan oleh Islam adalah
pembangunan yang bertunjangkan aspek pembangunan rohani dan jasmani

Anda mungkin juga menyukai