Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, kami merafakan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan video Bahasa Arab ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga sebagai pelajar dan sekaligus dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab kami. Sehubungan itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Tarmizi kerana sudi memberi tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Hasil tugasan ini merupakan hasil kontribusi beberapa pihak. Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan kami sendiri iaitu Qaedi Nadhilah, Nur Zulaika, Liyana Athira, Nur hanani, Faizatul Nazrah dan Nur Amira Syafiqa di atas komitmen yang diberikan dan gabungan ideaidea yang bernas. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dari segi kewangan sepanjang kami menjalankan tugasan ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak dalam memudahkan lagi tugasan kami ini. Akhir sekali, kami berharap agar hasil kerja kami ini dapat menjadi rujukan kepada generasi akan datang. Amin.

Anda mungkin juga menyukai