Anda di halaman 1dari 13

Isu Boikot Barangan Israel

7 August 2014 by Hazmin Hamudin 33 Comments


Sekarang ni tengah hangat dengan isu boikot barangan Israel. Ramai yang marah dengan
kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestine di Gaza. Salah satu
cara sokongan kita kepada perjuangan rakyat Gaza adalah dengan melakukan boikot
barangan Israel.
Aku pun setuju juga kita melakukan kempen boikot ni memandangkan banyak syarikat-
syarikat tersebut memberikan dana kepada Zionis. Tapi yang aku kurang gemar, dalam kita
memboikot ni janganlah sampai menampakkan kebodohan diri kita sendiri.
Setiap tindakan yang kita buat tu biarlah bijaksana, jangan mencerminkan kita emosional dan
tidak rasional, sebaliknya perlu profesional dan biar usaha boikot kita itu mencapai matlamat
yang diinginkan.
Ini tak. Aku tengok benda ni dah semakin panas apabila terdapat segelintir manusia yang
terlalu emosi sehingga bertindak di luar batasan dalam melakukan boikot terhadap produk
Yahudi ni. Sepatutnya dalam melakukan boikot ni, jangan sampai kita sampai melakukan
kesalahan yang menyalahi undang-undang.
Kalau dah memboikot sampai ke tahap mengganggu premis McDonalds, membaling objek
keras serta menggoncang pintu kedai McDonalds tu kira dah tahap melampau la bagi aku.
Kawan, pekerja McDonalds tu tak bersalah apa pun. Majoriti pekerja dekat situ pun rasanya
orang Melayu Islam kita juga. Diorang pun kerja cari duit yang halal juga. Islam pun tak ajar
buat perangai macam tu. Nak boikit, boikot je la.
Janganlah pula sampai orang luar atau bangsa lain lihat Islam ni agama yang ekstrim dan
ganas pula. Cara macamtu sah-sah dah melanggar peraturan hingga menyebabkan tindakan
vandalisme. Kalau dalam tu ahli keluarga kita macam mana pulak rasa?
Sepatutnya Islam tu lemah lembut, bukan ganas macam tu. Nak boikot cuma tak payah
makan atau guna barangan Israel je cukup dah. Ni terlalu rajin sangat sampai nak pergi
kumpul luar premis McDonalds tu. Dah tu sampai buat kecoh lagi. Biar jela premis tu dekat
situ. Tak payah nak pergi makan lagi cukup dah. Jangan tunjuk Islam ni agama yang ganas.





Baitulmaqdis

Israel tidak mahu membahagikan Baitulmaqdis yang kononnya dianggap sebagai pusat
politik dan agama orang Yahudi berdasarkan Undang-undang Asas Israel. Ketika rundingan
pada 2000 dan 2007, rejim Zionis mencadangkan pertukaran beberapa kawasan tambahan
terpencil.
Palestin mahu menjadikan Baitulmaqdis Timur yang pernah diduduki Jordan sebelum
dikuasai Israel pada 1967 sebagai ibu negara selepas penubuhan negara itu.

Garis Sempadan 1967

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pernah bersetuju untuk menggunakan garis
sempadan 1967 sebagai asas rundingan semula jika Palestin membatalkan usaha untuk
memohon keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2011.
Bagaimanapun, segelintir anggota Parti Likud pimpinan Netanyahu menolak idea
penyelesaian dua negara untuk menamatkan konflik sejak lebih empat dekad lalu. Palestin
menetapkan rundingan terbaru itu perlu berdasarkan garis sempadan 1967, bermakna
Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Gaza yang akan membentuk sebuah negara.

Penempatan haram Yahudi

Palestin terus menggesa Israel supaya menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi
di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat, namun rejim angkuh itu tetap mengambil tindakan
provokasi. Mereka sengaja meluluskan lebih banyak projek pembangunan di kawasan
terbabit hingga mencetuskan kemarahan penduduk Palestin kerana tanah dirampas dan
rumah mereka dirobohkan sewenang-wenangnya. Israel juga enggan memperbaharui
pembekuan separa penempatan sebagai pra-syarat untuk kembali ke meja rundingan. Ia
terus menjadi punca utama rundingan damai antara kedua-dua negara itu tertangguh
hingga kini.

Pelarian Palestin

Israel menolak idea bahawa pelarian Palestin yang terpaksa meninggalkan negara itu akibat
pencerobohan Israel yang turut digelar sebagai Hari Nakba (Malapetaka) untuk kembali
pulang ke kampung halaman mereka. Menurut Israel, tindakan tersebut kononnya akan
memusnahkan demografi wilayah Israel. Palestin tetap mengekalkan tuntutan hak untuk
kembali dan enggan mengiktiraf konsep yang menganggap Israel sebagai sebuah negara
Yahudi.


Keselamatan

Israel khuatir jika negara Palestin akan jatuh ke tangan gerakan Hamas atau digunakan
untuk menyerang rejim Zionis. Mereka mengambil langkah meluaskan kawalan keselamatan
termasuk di Lembah Jordan. Bagaimanapun, Palestin berpendapat isu keselamatan itu
hanya dapat dicapai melalui penyelesaian dua negara.

Kronologi rundingan damai Palestin- Israel sejak 1993

1991
1 Nov: Persidangan Damai Madrid menetapkan rangka kerja proses damai

1993
13 September: Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menandatangani Deklarasi
Prinsip Autonomi selepas beberapa bulan berunding secara rahsia di Oslo.

1994
4 Mei: Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin dan Presiden Palestin, Yasser Arafat
menandatangani perjanjian autonomi di Kaherah. Proses rundingan damai itu tergendala
selepas Rabin dibunuh pada 1995.

2000
11-25 Julai: Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton menjadi tuan rumah menganjurkan
rundingan antara Arafat dan Perdana Menteri Ehud Barak di Kem David yang
membincangkan isu berkaitan Baitulmaqdis dan pelarian Palestin yang didakwa telah
mencetuskan intifada (kebangkitan).

2001
21 Januari: Rundingan di Taba, Mesir gagal untuk memulihkan proses damai.

2003
4 Jun: Pelancaran pelan tindakan untuk menubuhkan negara Palestin pada 2005 pada sidang
kemuncak di Jordan yang dihadiri Presiden AS, George W Bush, Perdana Menteri Ariel
Sharon dan Perdana Menteri Palestin, Mahmoud Abbas.

2005
2 Feb: Sharon dan Mahmoud mengadakan pertemuan di Sharm el-Sheikh, Mesir dan
mengisytiharkan untuk menamatkan permusuhan.

2007
27 November: Mahmoud dan Perdana Menteri Ehud Olmers memulakan semula rundingan
secara rasmi di Annapolis, Maryland.

2008
27 Disember: Israel melancarkan tindakan ketenteraan selama 22 hari ke atas Genting Gaza
hingga menyebabkan Palestin terpaksa menangguhkan rundingan.

2010
2 September: Presiden AS, Barack Obama melancarkan rundingan langsung di Rumah Putih
bersama Mahmoud dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
26 September: Pembekuan sebahagian projek penempatan haram di Tebing Barat
ditamatkan, sekali gus menyebabkan rundingan langsung gagal.

2011
19 Mei: Obama mengesyorkan supaya pembentukan negara Palestin dibuat berdasarkan
sempadan 1967 meliputi kawasan Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur
sebagai ibu negara, namun ia ditolak oleh Netanyahu.

23 September: Kuartet dianggotai AS, Rusia, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan rancangan untuk melancarkan semula rundingan
termasuk dialog semula dalam tempoh sebulan serta komitmen untuk mencapai perjanjian
damai menjelang akhir 2012.

31 Oktober: Palestin diterima sertai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). Israel mengumumkan pembinaan 2,000 unit rumah di
Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat serta membekukan dana Pihak Berkuasa Palestin (PA).

2012
3 Januari: Perunding Palestin dan Israel mengadakan pertemuan rahsia di Jordan.
10 Jun: Pegawai dari kedua-dua negara dikatakan telah mengadakan sesi dialog secara
rahsia.

2013
30 April: Liga Arab menandakan satu aras dalam Inisiatif Keamanan Arab 2002 yang
menggabungkan idea berkaitan pertukaran tanah secara bersama.

18 Julai: Pegawai Palestin mengumumkan rundingan damai bersama Israel tidak semata-
mata bergantung kepada keputusan rejim Zionis yang bersetuju untuk menghentikan projek
penempatan haram mereka.
19 Julai: Pada lawatan akhir Kerry di Timur Tengah, beliau mengumumkan satu perjanjian
telah dicapai untuk menyambung semula rundingan antara Palestin dan Israel.
ISU BOIKOT MEMBOIKOT MC DONALD AND BARANGAN
ISRAEL
Harini kiter bincang skek pasal issue serious yang sekarang rata-rata orang cakap pasal nak
boikot barang-barang Israel. Korang boleh Google sendiri and akan jumpa beratus-ratus
barangan Israel yang terkenal termasuklah dari jenama makanan, pakaian, barangan
kesihatan, produk kecantikan, kebersihan diri dan rumah, mainan, barang-barang baby and
semua-semua lah.
Yang kiter nampak sekarang cuma Mc Donald dengan Starbucks je. Itu yang too obvious we
Malaysian selalu cakap PADAHAL kiter tak sedar ada banyak lagi jenama dari Israel yang
kiter guna seharian. Lepas tu cara mengutuk orang pergi Mc Donald macamkan dia tak
pernah guna langsung barangan Israel.
So, sebelum I cakap lebih panjang, demi untuk membuka mata kiter semua dan supaya
lepas ni jangan dah cakap menda boikot barangan Israel ni sarcastically and berkobar-kobar
tunding jari meludah orang makan Mc Donald depan-depan and pandang dia dengan
pandangan jijik, kiter cek dulu diri kita adakah kiter benar-benar layak untuk menghina orang
lain yang makan Mc Donald/KFC padahal dalam rumah kiter pon melambak barangan
Israel. Ok?
I senaraikan yang POPULAR sahaja ok? Ini maybe only 20% out of another 100% brand
Israel out there. Untuk full products kena rajin Google sendiri. I sendiri bila tengok list ni slap
forehead sampai lebam. So, here we go.

Rokok Philip Morris
Marlboro, Benson & Hedges, Winston, Dunhill
Makanan/Minuman/Restoran Segera
Coca-Cola, Mc Donalds, Burger King, Pizza hut, Light Coke, Fanta, Sprite, Schweppes,
Minute Maid, Nestea, KFC, Chilis (Good bye molten chocolate cake)
Nestle
MILO (yes. Milo), Kit Kat, Nescafe, Maggie (Ye Maggie ok?) Nestea, Friskies, Smarties,
Lion, Coffee Mate, Milkmaid, Carnation, Milkybar
Disney
Disneyland (Woo Hoo!) Good bye Disneyland Hongkong, Japan, Baju jenama Disney
Pasaraya, Pakaian & Kasut
TESCO, Carrefour *Big Smile, Nike, Reebok, Converse, cK, GAP, Boss, Ralph Lauren,
banana republic, H&M (Perrrghhhhhh)


Telefon
Nokia, Apple (iPhone, iPad, Macbook)
Danone
Evian, Jacob Biscuit, Danone Yogurt, HP Foods (kicap sos segala), Oreo
Kesihatan & Penjagaan Diri
Johnson& Johnson (Big slap to your face!)
Cosmetic/Designer
MAC, Revlon, LOREAL, Biotherm, Garnier, Maybelline, Redken, Giorgio Armani, Lancome,
Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Bobbi Brown, Kate Spade
News Corporation
CNN, 20
th
Century (Lepas ni tengok movie made in Malaysia jer ok?) Fox, Star, National
Geographic
Kimberly-Clark
Huggies (huggies ok?) Kotex, Kleenex, Scottex
Produk kesihatan dan kebersihan diri
Head & Shoulders, Pampers (Yes Mommies, pampers), Lux, Palmolive, Pringles, Vicks
(Yang dok sapu kat dada anak time batuk selsema tu), Oil of Olay
MARS INC
Bounty (coklat kelapa), M&Ms, Snickers, Mars, Twix, Whiskas, Pedigree
HASBRO
Parker, Pokemon, Gillette, Star Wars Episode I, Monopoly, Tiger
GILLETTE
Duracell, Oral-B, Paper-Mate, Parker
COLGATE & PALMOLIVE
Ubat gigi Colgate (perghhhhhhh!!!) Ajax, Palmolive
Makanan
Haagen Dasz, CAMPBELL, Kelloggs & HEINZ (Ok Shein, say goodbye to your Puree)
Barangan lain
FAB, Dynamo, Neslac, Lactogen, Twisties, Sunkies, Cheezal, Toy R Us (Perrgh), Famous
Amos, Harley Davidson (Papa, U naik motor Jaguh jer la eh?), 7-11, Levis, GUCCI
Undang Luak Jelebu.
Yang Teramat Mulia DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN DATO' MUSA BIN
WAHAB dilahirkan pada 4 September 1937 di Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan.Beliau
merupakan Undang Jelebu ke 15.Beliau berasal dari Suku Biduanda Waris Berundang Perut
Sarin.Beliau telah dilantik sebagai Undang Jelebu pada 4 Februari 1980 oleh Dato'Menteri Sah
Mangku Alang Raja Sari,Pesaka Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman.

UNDANG LUAK REMBAU
Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMMAD SHARIF BIN
HAJI OTHMANdilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat,Chembong
Kecil,Rembau,Negeri Sembilan.Beliau telah dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 21 pada
21 November 1998. Sebelum itu beliau merupakan Orang Besar Undang yang bergelar Dato'
Shahbandar iaitu gelaran yang terkanan di antara empat Orang Besar Undang.Beliau berketurunan
Lela Maharaja Suku Biduanda,Waris Nan Dua Carak(Perut Tebat).

UNDANG LUAK JOHOL
Yang Teramat Mulia DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN
DATO' HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI dilahirkan pada 10 Ogos 1940 di Kampung
Ulu,Pekan Gemencheh,Negeri Sembilan.Pada 13 Mac 2007,beliau telah diisytiharkan sebagai Undang
Luak Johol ke 14 setelah Dato' Undang ke 13 meninggal dunia.Pengisytiharan tersebut dibuat oleh
Dato' Jenang Saidin Bin Abd Aziz dan disaksikan oleh ibu waris,wakil kerajaan negeri serta pegawai
kerajaan.
UNDANG LUAK SG UJONG
Yang Teramat Mulia DATO' KLANA PETRA SRI JAYA DATO' MUBARAK BIN
DOHAK dilahirkan pada 11 November 1961 di Kampung Telaga Udang,Batu 9,Pantai,Negeri
Sembilan.Beliau merupakan anak tunggal kepada Allahyarham Thahak@Dohak Bin Dato' Sutan Nara
Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah Binti Dato' Amar Setia Alwi.Dilantik sebagai Undang Luak Sungai
Ujong pada 29 Disember 1993.

TUNKU BESAR TAMPIN
YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri,D.T.N.S.,P.H.F.,J.P.

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban.Baginda
telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Isteri Sharlita binti Omar pada 14 Mei 1992.Baginda
dilantik sebagai Tunku Besar Tampin setelah kemangkatan ayahandanya Tunku Syed Idrus pada 26
Disember 2005.Tugas mengisytiharkan perlantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia
Dato' Abdul Razak Bin Tambi,Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dan disaksikan oleh YBhg Tuan
Haji Mohd Yusof Bin Yunus.


YANG DIPERTUAN AGONG KE 14
Biodata Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan
Badlishah

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November
1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim adalah anakanda ketiga
Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan
Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

Biodata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

* Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.

* Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah, Kolej Sultan
Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dari Wadham College, Oxford,
United Kingdom.

* Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.

* Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.

* Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.

* Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.

* Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).

* Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).

* Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri Diraja Tunku Sarina
(kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri
Intan Safinaz.

* Hobi membaca buku dan bermain golf.






ISU MH 17

Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya
menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia
Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai
Donetsk Peoples Republic mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah
melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat
pengangkut besar tentera Ukraine.

Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik
Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine
pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

Kami sudah memberi amaran (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang
di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.

Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting
berkenaan. - AFP

GURU KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
Senarai tugas
Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang
kemaskini.
Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan
mingguan.
Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata
pelajaran .
Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir
sekolah dan PPD.
Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut
keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu.
Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahanbahan rujukan
untuk Pusat Sumber Sekolah.
Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas
jawapan.
Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke
bilik cetak.
Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan
dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang
tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang
dirancangkan oleh pihak sekolah.
GURU KANTIN

Menjadikan SMK Tun Ismail sebagai sebuah institusi pendidikan yang
mempunyai sebuah kantinyang ceria, berkualiti, dan mesra pelanggan.2.

IMembina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalammenjalani hidup seharian di kalangan warga sekolah.3.

IMeningkatkan keprihatinan warga sekolah terhadap kantin sekolah.4.

IMewujudkan suasana kantin sekolah yang kondusif.5.

Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bertoleransi dengan pihak
kantin untukmencapai matlamat amalan mesra kantin.6.

Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan
sekolah dan kantin

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
Menghadiri mesyuarat penyelarasan.
Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah dan memberi taklimat kepada PS.
Mengadakan penataran peringkat sekolah
Mentaksir kerja calon.
Menyelaras skor calon di sekolah.
Mentaksir semula kerja calon jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN /
PKw.
Menyerahkan skor kepada SUP
Memastikan eviden calon pindah diterima oleh sekolah baru.
Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon.
Menyimpan rekod dan eviden di tempat selamat.
Tempoh penyimpanan adalah selama 6 bulan selepas keputusan diumumkan.
Memastikan PS memasukkan skor dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM
Memberi kerjasama kepada PN / PKw dalam urusan penyelarasan
Menyelesaikan kes-kes khas






SINAR HARIAN ONLINE: Apakah GST itu sebenarnya?

WAN SAIFUL: GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan
perkhidmatan yang kita beli. Ia bukan satu perkara baru sebenarnya. Lama dah ada tapi kita
tak perasan. Kita panggil sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Apa yang dicadangkan oleh pihak kerajaan, ialah untuk menyatukan dua bentuk cukai
menjadi Goods and services tax (GST).

Sebelum ini, kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi juga. Satu 6 peratus (%), satu lagi
10%. Tapi apabila GST diperkenalkan ataupun jika GST diperkenalkan, kalau tak silap saya,
kadar cukai yang sedang dibicarakan sekarang 4% lebih kurang. Jadi, kalau satu lagi cara
kerajaan nak mempelbagaikan sumber pendapatan, yang mana semua orang sepatutnya kena
bayarlah.

SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, berapa sebenarnya kadar yang sesuai dikenakan jika ia
mahu dilaksanakan?

WAN SAIFUL: Untuk menentukan kadar cukai ini sebenarnya, bukan satu proses yang
mudah, yang boleh kita kata, okey 5%. Ia bukan seperti itu. Yang pastinya, banyak perkiraan.
Kadang-kadang bukan perkiraan ekonomi semata-mata. Ada juga perkiraan politik yang
perlu diambil kira. Contohnya, katalah kadar yang sepatutnya bila dikira dari segi ekonomi
sepatutnya 10%. Kemudian, timbul persoalan dari segi politik. Adakah 10% ini akan
menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan kerana tiba-tiba mengenakan cukai tersebut.
Maka, kerajaan kena ambil kira dua-dua perkara. Jadi, hubungan antara politik dengan
ekonomi tidak dapat dinafikan dan ia satu fakta.

Saya rasa, mahu atau tidak mahu ia akan bermula dengan satu kadar yang rendah. Tetapi jika
dilihat dari negara-negara yang lain, sebenarnya kadarnya lebih tinggi. Di UK sekarang tak
silap saya lebih kurang 20%, di AS kadarnya berbeza mengikut negeri. Kadar itu suatu
perkara yang berbeza-beza antara satu negara dengan negara lain.

Yang hampir pasti adalah sekali dimulakan, setiap tahun pasti akan naik. Kalau tak naik
tahun ini, pasti naik tahun depan. Cukai ini, sekali wujud mesti akan naik. Jadi, saya
jangkakan apabila dimulakan, saya hampir pasti akan dimulakan, ia akan bermula dengan
kadar yang rendah. Yang sekarang disebut-sebut oleh orang ramai adalah 4%.

SINAR HARIAN ONLINE: Apa impak pelaksanaan GST kepada kerajaan?

WAN SAIFUL: Dari segi pelaksanaan GST, yang pastinya harga barangan akan menjadi
berbeza daripada sekarang. Jadi, yang pastinya, jika harga sekarang RM10, apabila dikenakan
GST sebanyak 4%, maka harga pasti akan naik sebanyak 4%. Itu tidak dapat dielak sebab ada
cukai baru. Tetapi ia boleh diseimbangkan. Sekiranya kerjaan mengatakan bahawa mereka
menghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, jadi, mungkin akan berlaku proses
penyeimbangan di situ, di mana apabila cukai diperkenalkan, ada cukai dihapuskan. Jadi,
mungkin ia akan turun jadi tengah-tengah balik. Akibatnya, kalau naik pun, akan naik sedikit.
Malahan ada juga ahli ekonomi yang kata apabila kajian dibuat, sekiranya GST
diperkenalkan, maka harga barang akan turun dulu sedikit. Kerana GST diperkenalkan
kadarnya lebih rendah daripada gabungan cukai jualan dan pekhidmatan. Jadi, impak kepada
harga barangan secara segera kita tak dapat nak jangka sekarang sebab ia bergantung kepada
kadar yang ditentukan.

Tapi dari segi kerajaan pula, impak yang pasti akan berlaku adalah kerajaan akan dianggap
tidak popular sebab rakyat akan mula mengatakan bahawa kerajaan mengenakan cukai.
Sebelum ini tak ada cukai. Itu tak betul. Sebelum ini dah ada cukai, sekarang ini ditukar
dalam bentuk cukai yang lain.

Tapi saya sebenarnya secara prinsipnya, secara umumnya, saya agak tidak menyukai cukai-
cukai baru. Sebab bagi saya, rakyat bekerja keras untuk mendapatkan sumber pendapatan
masing-masing, tiba-tiba kerajaan mengenakan cukai sebab kerajaan tak cukup duit. perkara
ini pada saya agak janggal berlaku. Kerajaan belanja berlebihan, rakyat pula kena bayar. Tapi
walau bagaimanapun, dalam hal GST ini ada sedikit pengecualian yang mana saya rasa GST
ini bagus dilaksanakan. Sebab, orang ramai bercakap mengenainya. Sebelum ini, istilah yang
sering kita gunakan ialah duit kerajaan. Sedangkan duit kerajaan itu tak wujud. Sebenarnya ia
duit rakyat. Apabila rakyat merasakan mereka membayar cukai dan dia sedar bahawa
kerajaan mengenakan cukai maka, bagi saya, apa yang akan berlaku ialah rakyat menuntut
lebih banyak akauntabiliti daripada kerajaan. Walaupun secara umumnya, saya tidak
menyukai pengenaan cukai pada rakyat tapi dalam hal ini, saya rasa ada faedah dari segi
jangka panjang, demokrasi dan akauntabiliti dalam negara, ia agak positif.

SINAR HARIAN ONLINE: Implikasi pelaksanaan GST terhadap golongan pertengahan ke
bawah dan tidakkah GST ini akan menambah beban rakyat berpendapatan rendah?

WAN SAIFUL: Saya rasa masih terlalu awal untuk kita nak jangka, ia menambah beban
rakyat atau mengurangkan beban rakyat sebab ia amat bergantung kepada kadar yang
dikenakan. Jika kadar rendah dan dihapuskan cukai jualan dan perkhidmatan, maka harga
barang mungkin turun. Jadi, ia bergantung pada kadar yang dikenakan. Saya rasa kita tak
boleh buat judgement awal terhadapnya. Tapi yang pastinya ialah, kalau rendah sekalipun
sekarang dalam masa 5, 10, 15 tahun, saya pasti ia akan naik.

SINAR HARIAN ONLINE: Negara Asean yang melaksanakan GST dan bagaimana
kesannya kepada negara dan rakyat itu sendiri?

WAN SAIFUL: Biasanya, kebanyakan negara memang ada GST. Di sebelah selatan, di
Singapura, memang ada. Banyak juga negara lain yang melaksanakan GST.

Dari segi kesannya kepada sumber kewangan negara sudah tentu ini mengurangkan
kebergantungan kerajaan kepada satu-satu sumber tententu. Contohnya, dalam konteks
Malaysia, kalau kita nak mempelajari pengalaman daripada negara lain. Kita amat
bergantung kepada pendapatan daripada minyak dan gas. Jadi, dengan adanya, cukai seperti
GST, maka diharapkan kebergantungan kita kepada Petronas boleh berkurangan. Petronas
boleh menggunakan pendapatan untuk pelaburan dan membangunkan syarikat kepada lebih
baik.

Dalam bahasa mudahnya, asas cukai, sumber pendapatan negara akan menjadi lebih luas.

SINAR HARIAN ONLINE: Jika GST mahu dilaksanakan, apa sebenarnya yang kerajaan
perlu ambil perhatian?

WAN SAIFUL: Saya rasa pendidikan terhadap rakyat itu amat penting. Sekarang ini, saya
juga agak kecewa melihat kualiti perdebatan kita sebab apa-apa isu timbul, terus nak
dijadikan isu politik kepartian. Satu parti kata nak buat, satu parti bantah. Satu parti bantah,
satu parti kata bantahan itu salah. Ia menyebabkan kualiti perbincangan kita turun kepada
satu tahap yang amat rendah sebenarnya. Iaitu sama ada parti aku yang betul atau parti kau
yang betul, tak ada cara tengah-tengah. Mungkin sebenarnya, ada fakta yang dilupakan.

Saya rasa dalam proses persediaan ini, kita perlu meningkatkan kualiti penyampaian kita.
Saya rasa peranan media sebenarnya amat besar untuk memastikan rakyat faham bahawa
GST ini ada kebaikan dan keburukan. Impaknya pasti akan ada. Pada peringkat awal, harga
barang mungkin turun. Saya tak pasti. Bergantung kepada kadar. Tapi dalam jangka panjang,
ia pasti akan naik.
Jadi, pendidikan itu amat penting. Pendidikan itu perlu disertakan dengan proses
menyedarkan rakyat bahawa sekarang apabila anda semua membayar cukai, maka anda perlu
menuntut lebih banyak kebertanggungjawaban daripada kerajaan, jangan sambil lewa,
seolah-olah duit itu tiada kena mengena dengan kita.

SINAR HARIAN ONLINE: Encik Wan menyebut mungkin kerajaan akan menghapuskan
cukai jualan dan perkhidmatan, jadi kemungkinan itu...

WAN SAIFUL: Saya rasa memang tujuan kerajaan mewujudkan GST untuk menggantikan
cukai jualan dan perkhidmatan.

Anda mungkin juga menyukai