Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SG PETANI, KEDAH

PENTAKSIRAN AKHIR DISEMBER 2020

PROGRAM PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


(Programme) PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN
(Intake)
JUN 2020
SEM
(Sem)
SEMESTER 1
ANGKA GILIRAN
(Index Number )
2020252310018
NO.K/
PENGENALAN 021105-02-1100
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
(Course Code)
GCI1022

NAMA KURSUS
(Course Title)
CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA
TARIKH
PEPERIKSAAN 20 DISEMBER 2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial saiz 12/ Traditional Arabic saiz 18/ Jawi saiz 18, serta
langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor
angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan
header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022
Soalan 1

Berdasarkan pernyataan di atas , konflik-konflik antara Israel dengan Palestin


sukar diselesaikan. Pada awalnya , dengan menyentuh persoalan penduduk asal
Palestin, mengatakan bahawa bangsa Palestin yang merupakan penduduk asal tanah
yang terdiri daripada dua bangsa Arab iaitu bangsa Kanaan dan Filistin. Masyarakat
Kanaan tidak bersatu tetapi sebaliknya cenderung menjadi kelompok-kelompok
masyarakat yang bersifat autonomi antara satu sama yan lain. Dalam peredaran masa
bangsa Filistin dan Kanaan menyebabkan pembentukkan suatu entiti baru yang dikenali
sebagai bangsa Palestin. Penyatuan ini kerana berhadapan dengan orang Israel yang
tiba kemudiannya dari Mesir. Orang-orang Israel ini telah menakluki Palestin di bawah
kepemimpinan Yoshua.

Konflik ini tercetus apabila British ingin kekal di Timur Tengah dengan terus
mentadbir wilayah Palestin. Hal ini , British berhasrat untuk memperlahankan proses
pembentukan negara Israel di Palestin. Namun demikian selepas Perang Dunia Kedua ,
kuasa maritime British menjadi lebih lemah.Negara-negara jajahan British mula
membebaskan diri. Contohnya , India telah Berjaya mendapatkan kemerdekaan.
Penentangan terhadap Zionis di Palestin menjadi lebih kuat dalam kalangan negara-
negara Arab terutama Arab. Perkembangan ini telah memberikan sokongan alternatif
kepada Zionis dalam usaha menawan Palestin. Bagi negara Israel yang belum terbentuk
secra rasmi , pembunuhan terhadap penduduk asal Palestin dilakukan oleh pihak Zionis
dengan tujuan mengusir mereka dari tempat kediaman. Pembunuhan telah dilakukan di
Ain ez Zaitoun dan Salah ed-Deen merupakan tindakan terancang seperti yang
diistilahkan sebagai ‘ pengusiran melalui keganasan’. Pembunuhan dilakukan di bandar
dan perkampungan seperti Iqrith, Al-Tirah , Abu Ghosh , Kafr Qasim dan Acre.
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022
Pada pandangan saya , terdapat beberapa faktor menyebabkan konflik Israel
dan Palestin sukar menyelesaikan. Antaranya ,ialah faktor agama mencetuskan
golongan Israel mengambil langkah untuk menubuhkan gerakan Zionisme sebagai
gerakan keagamaan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Hal ini menyebabkan
keadaan tersebut ingin mendapatkan negara atau kawasan untuk menjadikan pusat
penyebaran agama mereka. Orang-orang Yahudi juga percaya pusat penyebaran agama
berpusat di tempat-tempat dturunnya kitab Injil di kawasan Palestin. Konflik ini mula
tercetus apabila Israel dimasukkan ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Penubuhan ini telah berusaha untuk menyelesaikan masalah pelarian yang terdiri
daripada golongan Yahudi .Hal ini mencadangkan supaya rakyat Palestin dimasukkan
dan diterima menjadi rakyat Israel tetapi cadangan ini telah ditolak oleh golongan
Yahudi. Hal ini demikian kerana golongan Yahudi ingin negara Israel dihuni oleh
golongan yang beragama Yahudi sahaja dan menolak pemerimaan golongan
Islam.Keadaan ini telah mencetuskan berlakunya perebutan tanah di Palestin yang
menyebabkan konflik Israel dan Palestin sukar diselesaikan.Golongan Yahudi merebut
untuk tanah suci yang dimiliki oleh golongan Palestin. Jelaslah bahawa , faktor agama
merupakan punca kepada Israel dan Palestin tercetus peperangan dan kematian.

Selain itu , perebutan tanah juga salah satu faktor yang menyebabkan konflik
antara Israel dengan Palestin mula meningkat. Golongan Zionis iaitu golongan Israel
menganggap tanah Palestin terutamanya Jurusalem merupakan tanah yang suci bagi
agama Yahudi dan mereka berhak atas tanah-tanah tersebut. Orang-orang Yahudi juga
mempercayai bahawa mereka mempunyai hak kebebasan beragama dan tidak
mempunyai paksaan dalam menganuti agama. Namun , insiden-insiden sebaliknya
berlaku apabila golongan tersebut tidak memegang dan menafikan prinsip-prinsip agama
dan melakukan kezaliman atas rakyaat Palestin contohnya rampasan tanah , pengusiran
secara paksa dan sebagainya.Dari segi aspek sejarah yang berperanan sebagai faktor
tercetus konflik Israel dengan Palestin sukar diselesaikan.Hal ini kerana, Bani Israel
mendakwa untuk memerintah di kawasan Palestin kerana mereka lebih lama mentadbir
dalam kawasan-kawasan Palestin tersebut.Majoritinya , golongan Yahudi telah keluar
dari tanah Palestin dan memutuskan hubungan dengan Palestin selama berkurun-kurun.
Keadaan ini mula berubah apabila golongan Israel mencetus kembali dengan
mengatakan
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022

bahawa tanah Palestin berhak golongan Yahudi dan mengusir penduduk Palestin
dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun 1948.

Seterusnya , bagi pemikiran saya, ideologi Zionisme menyebabkan hubungan


Israel dan Palestin sukar diselesaikan. Pada mulanya , seorang wartawan , Theodor
Herzl(1860-1940) dari Australia telah membawa ideologi zionisme dalam agenda dunia
pada akhir abad ke-19.Herzl dan pengiringnya melihat ‘keyahudian’ sebagai sebuah
nama ras bukan sebuah masyarakat beriman dan mengatakan bahawa golongan Yahudi
menjadi ras hidup dan juga amat mustahak mereka untuk mambangun tanah air mereka.
Ideologi Zionisme juga menekankan bahawa golongan Yahudi tidak hidup dengan damai
antara bangsa- bangsa lain. Jelaslah , hubungan Israel dan Palestin menjadikan
keadaan di bumi Palestin huru-hara.

Di samping itu , perjanjian Balfour antara faktor bagi tercetus konflik Israel dan
Palestin. Pada umunya , Britain telah mencampuri urusan penting dalam konflik Israel
dengan Palestin . Misalnya , perjanjian Balfour memberi impak yang sangat drastik ke
atas bumi Palestin. Tentera Britain yang diketuai oleh Geberal Allnby telah memasuki
kawasan Palestin. Pada 2 November 1917 , deklarasi Balfour berlangsung antara Arthur
James Balfour Menteri Luar Britain dengan Lord Rothschild dan pemimpin Zionis Britain.
Hal ini juga , Israel telah mendapat naungan yang sungguh besar daripada kuasa-kuasa
yang luar biasa. Tamsilnya , seorang saintis bernama Chaim Weizzman telah
menghasilkan bahan kimia Acetone bagi digunakan sebagai cordite.Daripada
penghasilan tersebut , Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizzman tatapi
Weizzman menolak dan ingin menguasai Palestin.
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022

Justeru , faktor ekonomi mencetuskan hubungan Israel dengan Palestin semakin


terjejas. Terusan Suez yang menggabungkan dua bahagian utara dan selatan tasik
besar Bitter.Implikasi kekhuathiran Israel terhadap Revolusi Mesir pada tahun 1952
menyebabkan persahabatan yang erat antara Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Mesir
Gamal Abdul Naseer. Walaupun Israel bercadang untuk berperang tetapi risau terhadap
persahabatanya terhadap Amerika Syarikat. Ben Gurion menggantikan sebagai
pemerintah telah menyerang pusat Mesir dan hampir 40 orang Mesir terbunuh. Hal ini
menyebabkan Abdul Naseer tidak berpuas hati lalu memiliki Terusan Suez yang
mempunyai kepentingan yang besar terhadap Israel dan penyokongya. Umumnya
bahawa , pemiliknegaraan Terusan Suez dimiliki oleh Abdul Naseer menyebabkan
ketidak puasaan oleh Israel lalu melancarkan serangan ke atas Mesir. Hal ini
disebabkan, Israel mempunyai kepentingan ekonomi terhadap terusan Suez yang
berperanan sebagai mengangkut senjata perang yang diimport dari Perancis ,
menyebabkan Israel bertekad untuk menyekat kuasa Mesir dan keadaan tersebut
mewujudkan persengketaan antara Mesir dengan Israel yang semakin rumit.

Kesimpulannya , menyantuni konflik Israel dengan Palestin bukanlah suatu


perkara yang mudah menanganinya. Sehingga kini , konflik-konflik antara Israel dengan
Palestin tidak boleh selesaikan. Oleh itu , PBB haruslah menekankan Israel untuk
mematuhi keputusan-keputusan rasmi yang diperuntukkan oleh Majlis Keselamatan PBB
supaya boleh mengurangkan konfliki-konflik dan juga berusaha memulakan era
masyarakat yang boleh hidup secara damai.
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022

Soalan 2

Pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia membawa banyak krisis


ekonomi dalam Malaysia. Hal ini telah menjerumus kepada kemerosotan ekonomi yang
amat buruk. Majoritinya , berpendapat bahawa krisis wabak Covid -19 telah membawa
bahala yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis-krisis lain
seperti perang dagangan China-Amerika Syarikat. Berdasarkan Pelan Pemulihan
Ekonomi Jangka Pendek menganalisis kesan impak terhadap sektor ekonomi terjejas
oleh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan Covid-
19. Impak penularan wabak Covid-19, turut menyumbang secara langsung terhadap
kerencatan aktiviti ekonomi dalam aspek pendapatan , pelabuhan , pengeluaran ,
permintaan dan sebagainya. Secara umumnya terdapat beberapa implikasi rantaian
ekonomi terjejas dengan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Antaranya , dari segi aspek aktiviti ekonomi , sektor pelancongan terjejas akibat
sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakkan yang menjejaskan
aktiviti pelancongan domestik. Kerajaan hari ini mendedahkan sektor pelancongan
merupakan antara yang paling terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 di
Malaysia. Berdasarkan laporan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz bahawa, statistik menunjukkan majoritinya , pekerjaan dalam sektor
pelancongan menghadapi implikasi buruk akibat pandemik itu. Misalnya, Langkawi
merupakan tempat pelancongan yang telah terjejas setelah menguatkuasakan Perintah
Kawalan Pergerakan. Di Langkawi jumlah pelancong menurun pada era pandemik
Covid-19 . Hal ini juga , beberapa hotel yang terpaksa menutup operasi dan juga hilang
pendapatannya. Jelaslah bahawa , sektor pelancongan yang terjejas dari segi
pembatalan tempahan telah menyumbang kepada kerencatan ekonomi dalam sektor
perkhidmatan.
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022

Selain itu, sektor pelabuhan dan lapangan terbang yang dirangkumi oleh sektor
ekonomi mengalami kesekatan barang dalam ekoran PKP. Tamsilnya , Majlis
Perkapalan Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa kerisauan terhadap isu
pergerakan kargo semakin jejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan .Hal ini
juga , barangan-barangan untuk mengeksport tidak mendapat kelulusan dari
Kementeriaan Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sektor pelabuhan juga
mengalami implikasi dalam pengecualian atas caj berkaitan kontena iaitu penyimpanan ,
penyingkiran kerana kelewatan pengumpulan kargo dalam tempoh PKP. Jelaslah ,
industri perkapalan dan logistik telah berada dalam dilemma dalam tempoh PKP ini.
Kebimbangan ini telah mengakibatkan majlis Perkapalan Kebangsaan Malaysia
meminta kerajaan untuk memberi kebenaran perkhidmatan logistik diteruskan tanpa
halangan.

Seterusnya , sektor komoditi telah mengalami kejatuhan permintaan khususnya


minyak mentah , sawit dan getah. Dari segi aspek komoditi , kita boleh berpendapat
bahawa sektor pertanian mengalami kesusahan dalam meningkatkan penghasilannya.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan terhadap
permintaan kelapa sawit dijangka menurun menjelang separuh pertama tahun 2020. Hal
ini kerana , permintaan dari negara-negara lain dengan Malaysia terjejas. Pada masa
yang sama , operasi yang melibatkan komoditi getah masih berjalan seperti biasa
sepanjang PKP. Tidak dinafikan bahawa PKP memberi kesan kepada pengeluaran
getah di Malaysia dan permintaan juga berkurang.

Justeru , pasaran kewangan dan matawang telah mengalami kesan buruk dalam
krisis ekonomi di Malaysia. Tamsilnya , penggunaan swasta telah wujud keadaan
pasaran pekerja yang lembap dan sekatan pergerakan yang lemah. Hal ini
menyebabkan penabungan negara berkurang kerana dasar-dasar kewangan telah
memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi , contohnya bantuan tunai kepada isi
rumah yang mudah terjejas , kelonggaran untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium untuk pembayaran balik pembayaran
pinjaman akan meningkatkan pendapatan boleh guna dan menambah balik aliran tunai
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022
untuk isi rumah. Walaubagaimana pun , pendapatan isi rumah memberi kesan baik ,
tetapi penabungan wang dalam dasar ekonomi negara terjejas. Hal ini , tidak mendapat
peluang

untuk penambahbaikan infrastruktur negara. Perbelanjaan bagi isi rumah yang panik
juga menyebabkan herotan pasaran yang akan memberi impak negatif kepada
ekonomi.Bank Negara Malaysia juga berpendapat harga minyak menurun lebih rendah
dan inflasi asas mencerminkan pelbagai tekanan yang lemah dan jangkaan output yang
negative dalam tempoh PKP ini.

Di samping itu , sektor pembuatan juga memberi implikasi buruk kepada sektor
ekonomi di Malaysia. Pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia berpendapat bahawa
isu pandemik telah memberi kesan secara langsung kepada industri pembuatan
termasuk di Malaysia. Beberapa sektor pembuatan dibolehkan juga meneruskan operasi
dengan kelulusan Makanan dan Minuman, peralatan keselamatan kebakaran dan
pakaian perubatan dan semua bahan kimia , ubat-ubatan, bahan
pembungkusan ,percetakan, peranti perubatan , pembedahan serta alat perubatan
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini . Jelaslah bahawa , permintaan yang
tinggi terhadap elemen-elemen kesihatan dalam sektor pembuatan meningkatkan kos
operasi dan juga menyebabkan sektor pembuatan tidak mempunyai sumber pendapatan
yang mencukupi untuk melengkapi permintaan-permintaan tersebut.

Idea konkrit yang lain , sektor pengilangan juga mengalami banyak risiko dari
segi aspek pengangguran. Misalnya , Kementerian Sumber Manusia menegaskan
pekerja tidak diberhentikan dan dibayar gaji penuh sepanjang PKP menimbulkan
kegelisahan dalam kalangan majikan yang melihatnya sebagai tidak adil. Keluhan para
majikan ternyata diberi perhatian oleh pihak kerajaan apabila mengumumkan subsidi
upah telah meningkat daripada RM 600 kepada RM1, 200 bagi setiap pekerja. Hal ini
juga , kerajaan juga menggalakkan rundingan antara majikan dengan pekerja. Jelas
sekali, pengumuman ini memberi kelegaan yang cukup besar bagi para majikan yang
mengalami pengurangan pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang
dikuatkuasakan secara langsung dalam penularan wabak Covid-19.
NO.AG : 2020252310018 KOD KURSUS: GCI1022

Kesimpulannya , Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan sektor ekonomi


mengalami banyak krisis-krisis yang sukar menanganinya. Oleh itu , semua pihak perlu
bekerjasama bagi menjayakan delegasi utama iaitu mengekang penularan wabak Covid
-19 dengan menghentikan jangkitan ke paras rendah kerana hal ini sahaja boleh
mengurangkan implikasi negative Covid-19 terhadap ekonomi di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai