Anda di halaman 1dari 8

CABARAN DAN ISU

SEMASA
DUNIA
NAMA AHLI KUMPULAN : THACHAINI A.P TANGGAMANY
: TEH KER YING
KANDUNGAN
KRISIS KEWANGAN GLOBAL

Huraikan punca & kesan krisis kewangan global kepada


negara

 Definisi krisis kewangan global kepada negara


 Punca krisis kewangan global kepada negara
 Kesan krisis kewangan global kepada negara
Definisi krisis kewangan global
kepada negara

 Keadaan yang berlaku atas satu sebab, aktiviti ekonomi bagi sesebuah negara merosot
hingga beberapa bulan.
 Kejatuhan dalam pasaran stok dan matawang , pelabur asing hilang keyakinan meteka
terhadap sesebuah negara
 Berkait rapat dengan masalah lain dalam mikroekonomi itupun pengangguran dan
juga inflasi.

Mikroekonomi = jelaskan tentang bagaimana unit2 kegiatan ekonomi di dalam pasaran


menjalankan kegiatan ekonomi.
PUNCA
 Pinjaman sub prima yang meminjam wang kepada pembeli rumah tanpa mementingkan
sama ada peminjam itu mampu atau tidak membayar hutang tersebut. Banyak rumah
terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu membayar . Malah kesan ini berjangkit ke
negara kita.

 Krisis harga barang dunia juga menyumbang kepada krisis ini. Harga bahan makanan
dunia meningkat serta diperdagangkan di Bursa saham untuk mendapat keuntungn lebih
besar. Harga minyak yang tinggi menyebabkan kos perbelanjaan isi rumah yang tinggi.
 Peranan spekulasi mata wang , terutama daripada dana – dana kewangan yang bergerak secara
rahsia dan mengawal wang sangat banyak.

 Tabung kewangan Antarabangsa (IMF) , mendakwa krisis ini timbul kerana kurangnya ketelusan
dan ketiadaan muafakat politik perniagaan di negara- negara Asia.

 Beberapa ahli ekonomi dan beberapa akhbar telah mengemukakan kewangan ini adalah
berpunca daripada sikap tidak menentu dan kejahilan para pelabur dan penasihat- penasihat dan
tindak- tindak IMF yang tambah memburukan lagi keadaan.

 Penarikan balik dana secara mendadak oleh pengurus dana asing dan kemudian diburukan lagi
oleh kekurangan penyertaan perdagang saham tempatan.
KESAN
 Krisis kewangan global menyebabkan ketidakstabilan dalam kadar pertukaran
asing telah mengakibatkan negara-negara yang tidak mempunyai rizab asing
yang kukuh tidak mampu mempertahankan nilai matawang mereka dalam pasaran
spekulasi.
Contohnya, di antara tempoh 14 Julai 1997 hingga 7 Januari 1998, nilai
ringgit telah jatuh dari RM2.50 terhadap US$1 kepada RM4.88 terhadap
US$1
 Pertumbuhan KDNK merosot dari sekitar 7% pada tahun 1997 kepada sekitar -7% pada tahun 1998.

Ekonomi negara berada dalam kedudukan yang lemah memandangkan sektor korporat mengalami
kesukaran dalam mendapatkan kredit dan pada masa yang sama mengalami peningkatan hutang
yang semakin tinggi.

 Pengeluaran ouput adalah rendah di semua sektor yang utama dan perbelanjaan pengguna juga adalah
lemah.
Krisis kewangan ini membawa kesan terhadap segala kegiatan ekonomi di Malaysia. Kegiatan
ekonomi yang hampir terhenti telah menyebabkan ramai penduduk menganggur dan seterusnya
kadar pengangguran di Malaysia turut meningkat. Permintaan domestik menurun lantas
melembapkan pengeluaran
 Dari segi Imbangan Pembayaran, kejatuhan nilai Ringgit meningkatkan jumlah eksport dan mengurangkan
jumlah import. Secara tidak langsungnya, ia mengurangkan saiz defisit dalam akaun semasa.
Bagi sesetengah produk seperti minyak petroleum yang diniagakan dalam nilai US dollar, kita
menampakkan satu peningkatan yang mendadak dalam hasil pendapatan negara dalam nilai Ringgit.
 Kebanyakan pengimport asing menghendaki pengeluar di Malaysia memberikan diskaun atas barangan yang
diimport oleh mereka. Jadi, ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai barangan eksport negara Malaysia.
Keadaan ini telah mengurangkan keuntungan pengeluar Malaysia.
Kenaikan harga dalam barangan import turut meningkatkan harga barangan pengguna secara
keseluruhan. Kesannya, pendapatan isirumah berkurangan dan ini menurunkan kuasa membeli
penduduk Malaysia.

 Kejatuhan dalam pasaran stok dan matawang menyebabkan pelabur asing kehilangan
keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia.

Kekurangan pelaburan asing amat menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia. Pendapatan


negara daripada pelaburan asing turut menurun

Anda mungkin juga menyukai