Anda di halaman 1dari 9

Skrip “USAHA TANGGA KEJAYAAN”

BABAK 1. INT. BILIK PEJABAT RAADHIKA (DEPAN JENDELA KACA) - SIANG

Matahari kelihatan bersinar indah di kaki langit biru. Bangunan-bangunan tinggi hingga mencakar
langit kelihatan memenuhi seluruh bandar raya Kuala Lumpur. Jalanraya penuh sesak dengan
kenderaan.

Sesungguhnya hidup ini adalah satu perjuangan. Apabila fajar menyinsing di kaki langit di pagi hari
maka kita akan melangkah dan terus melangkah meneruskan kehidupan. Raadhika sedang
menghayati sepenuhnya kata-kata itu

Kelihatan Raadhika sambil menarik nafas yang panjang dan sedang melemparkan pandangan kearah
bangunan-bangunan tinggi melalui jendela kaca. Kisah silam yang pernah dialaminya pada suatu
ketika dahulu masih segar mengais-ngais di ingatannya. Seperti kata pepatah rajin dan usaha itu
adalah tangga kejayaan. Kalau orang lain boleh berjaya dalam hidup mengapa kita tidak boleh.
Kerana mereka juga sama macam kita manusia. Di kurniakan akal dan kudrat.

BABAK 2. EXT. RESTORAN - SIANG

Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Nak berjaya dalam hidup kita kena gigih berusaha.
Kejayaan tak akan datang sekelip mata. Malahan jauh sekali kejayaan akan datang bergolek. Dalam
mencapai kejayaan sudah pasti ada pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa dihadapi. Semua
itu sudah menjadi lumrah dan asam garam dalam mencapai kejayaan yang diimpikan.

Haarshini
“Apa? Kau nak belajar lagi?”
(Terkejut apabila Raadhika memberitahu yang dia hendak belajar lagi.)

Raadhika
“Ya!”
(dia menjawab sambil mengangguk-anggukan kepala.)

Raadhika
“Dengan belajar sajalah yang akan meningkatkan kerjaya aku pada masa yang akan datang,”

Tergelak Haarshini apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Raadhika itu. Haarshini lalu berasa
pelik. Dengan gelagat yang ditunjukkan Raadhika itu.

Haarshini
“Kau ingat belajar ni senang. Hah! Mana nak bagi masa baca buku... Mana nak bagi masa kerja lagi,”

Raadhika
“Bagi aku itu bukan satu halangan... Yang penting aku kena bijak bahagikan masa... Antara kerja dan
belajar,”

Haarshini
”Cakap memang lah senang, Raadhika… Aku bukannya apa... Takut kau sekerat jalan saja nanti... Sibuk
dengan kerja kesudahannya belajar kau tinggalkan,”
BABAK 3. INT. RUANG PEJABAT - SIANG

Ternyata Haarshini tidak memberikan semangat dan perangsang kepadanya. Sebaliknya seperti mahu
mematahkan semangatnya. Tak mengapalah Haarshini bersikap sedemikian. Sudah menjadi lumrah
manusia. Perkara yang baik tidak semestinya mereka memberikan sokongan. Bagi Raadhika dia
menjadikan apa yang dikatakan Haarshini itu sebagai pembakar semngat untuk mencapai cita-citanya.

Geetha
“Baguslah kau nak belajar lagi,”

Raadhika
“Aku dah daftar online pengajian luar kampus,”

Geetha
“Kau ambil bidang apa?”

Raadhika
“Aku ambil Ijazah Pengurusan dan Sumber Manusia,”

Geetha
“Universiti mana?”
(Geetha tak putus-putus menyoal.)

Raadhika
“Universiti Putra Malaysia... Pengajian aku selama 4 Tahun,”

Geetha
”Aku doakan semoga kau berjaya, Raadhika,”

Raadhika
“Terima kasih, Geetha!”
(dia mengangguk-anggukkan kepala.)

BABAK 4. INT. BILIK PEJABAT RAADHIKA – SIANG (sambungan)

Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti. Apabila kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk.
Dia yang berdiri di tepi jendela kaca kemudiannya lalu berpaling kearah pintu.

Raadhika
“Masuk!”
(Dia kemudiannya mengatur langkah kearah kerusi dan lalu duduk.)

Pintu biliknya lalu terbuka. Dewi setiausahanya muncul sambil membawa surat-surat untuk diminitkan.

Dewi
“Ini surat-surat untuk Puan Raadhika minitkannya,”

Raadhika
“Letakkan atas meja. Nanti saya minitkan,”
Dewi lalu meletakkan semua surat itu di atas meja.

Dewi
“Ada apa lagi, Puan Raadhika?”
(soal Dewi dengan hormat.)

Raadhika
“Tak ada!”
(sebaliknya menggeleng gelengkan kepala.)

Raadhika
“Awak boleh pergi,”

Dewi lalu beredar meninggalkan biliknya. Sambil tersandar di kerusi pusing Raadhika menyambung
semula lamunannya yang terhenti buat seketika.

BABAK 5. EXT. RUANG TAMU RUMAH RAADHIKA - MALAM

Raadhika
“Permohonan saya untuk belajar telah diterima,”

Ibu Raadhika
“Ya ke, Raadhika? Tahniah,”
(sambut ibunya pula dengan rasa penuh gembira.)

Raadhika
“Saya akan mula mendaftar sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia pada awal bulan depan,”

Ibu Raadhika
“Ibu rasa gembira sangat... Bila kamu dapat melanjutkan pelajaran di universiti... Ibu doakan semoga
kamu akan mendapat kejayaan yang cemerlang.”
(Rasa kegembiraan semakin jelas kelihatan menebal di wajah ibunya.)

Raadhika
“Terima kasih, Ibu!”
(angguknya pula dengan pantas.)

Raadhika
“Saya akan jadikan kata-kata dan doa ibu itu sebagai pembakar semangat untuk saya berjaya,”

BABAK 6. EXT. RESTORAN - SIANG

Memang banyak cabaran yang terpaksa dihadapinya apabila dia mengambil pengajian luar kampus.
Namun dia bukanlah seorang yang mudah mengalah apabila berdepan dengan apa yang dinamakan
sebagai cabaran dalam hidup ini. Dia berpegang teguh kepada prinsip sekali dia melangkah ke depan
dia tak akan berundur ke belakang semula.
Raadhika
“Malam tadi sampai pagi aku tak tidur,”

Geetha”
Kenapa pulak?”

Raadhika
”Nak siapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Minggu depan dah nak kena hantar,”

Geetha
“Banyak ke?”
(Tanya Geetha dengan penuh rasa penuh minat.)

Raadhika
“Banyak!”
(angguknya.)

Raadhika
“5 tugasan aku kena buat,”

Perbualan mereka yang rancak lantas terhenti. Apabila pelayan muncul sambal membawa dulang
yang berisi makanan dan minuman. Pelayan lelaki meletakkan makanan dan minuman yang dipesan
di atas meja.

Geeta
“Terima kasih!”
(sambil memandang wajah pelayan.)

Pelayan
“Sama-sama, Cik! Silakan!”
(jemputnya sambil memandang wajah Geeta dan Raadhika silih berganti)

Geetha dan Raadhika sebaliknya lalu membalas dengan mengangguk-angguk diam.

Geetha
“Hah, makanlah! Aku belanja... Sebagai meraikan kejayaan kau dapat sambung belajar di universiti,”

Raadhika rancak berbual dengan Geetha sambal menikmati hidagan yang dipesan.

Geetha
“Macam tulah belajar. Aku dulu pun macam tu jugak... Memanglah ada cabaran dalam pengajian jarak
jauh ni... Sebab kita bukannya sepenuh masa… Tambah pulak kita terikat dengan kerja… Yang penting
kita komited… Kita pasti berjaya,”

Raadhika sebaliknya mendiamkan diri saja. Apabila mendengar kata-kata kawannya itu.

Raadhika
“Memang benar apa yang kau katakan itu.., Geetha. Dalam hal ni kita kena bijak… Waktu kerja kita
kerja… waktu belajar kita belajar… Jangan di campur aduk… Baru kita dapat fokus kedua-duanya.
Geetha
“Eloklah macam tu… Tapi dalam kau berjaga untuk menyiapkan semua tugasan tu kesihatan kau pun
kena jaga jugak… Sebab bila kita kurang rehat secukupnya kita mudah dapat sakit… Hah! Kau ingat
pesan aku tu,”

Raadhika
“Baik, Geetha... Aku ingat pesan kau tu… Dalam sibuk bekerja dan belajar aku tak lupa untuk
bersenam… Bila badan kita sihat otak kita pun cergas,”

BABAK 7. EXT. KAWASAN KAMPUS – SIANG

Bagi Raadhika untuk mendapat keputusan yang cemerlang perlu rajin membaca dan bertanya
pensyarah apabila tidak faham apa yang diajarkannya. Dia berasa begitu amat seronok apabila
mengikuti pengajian jarak jauh. Banyak ilmu dan penemuan terbaru ditemuinya melalui pembelajaran
yang diikutinya.

Pensyarah
“Keputusan awak dalam peperiksaan sangat baik... Tahniah… Saya harap awak terus kekalkan prestasi
ini… Saya yakin… Awak akan menjadi pelajar yang cemerlang apabila tamat belajar nanti,”

Raadhika
“Semua ini hasil tunjuk ajar Dr… Terima kasih, Dr… Saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan
yang lebih banyak lagi… Pada masa yang akan datang,”
(Janjinya)

BABAK 7. INT. BILIK PEJABAT RAADHIKA – SIANG (sambungan)

Sekali lagi lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti. Bila kedengaran pintu biliknya diketuk.

Raadhika
“Masuk!”

Sebaik-baik pintu terbuka Raj melangkah masuk ke dalam bilik sambal tangannya memegang borang
yang dimasukkan dalam envelop saiz A4 berwarna perang.

Raadhika
“Hah, awak Raj duduklah,”

Raj
“Terima kasih, Puan Raadhika,”
(sambil menarik perlahan kerusi dan kemudiannya lalu duduk.)

Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh ruang bilik.

Raj
“Saya sebenarnya nak sambung belajar di peringkat master, Puan Raadhika… Jadi sebagai pegawai
atasan saya nak dapatkan kelulusan daripada Puan Raadhika untuk cuti belajar,”
Raadhika berasa amat gembira mendengar apa yang dikatakan Raj itu.

Raadhika
“Bagus! Inilah peluang yang sangat baik untuk awak meningkatkan lagi kerjaya awak pada masa
depan… Saya luluskan permohonan awak ini,”

Raj
“Terima kasih, Puan Raadhika… Ini dia borang yang perlu Puan Raadhika tandatangan sebagai
menyokong permohonan saya,”

Raadhika lalu menyambut borang yang dihulurkan Raj itu dan membaca isi kandungannya. Setelah
membaca isi kandungannya lalu menurunkan tandatangan pada borang itu dan menyerahkannya
semula pada Raj.

Raadhika
“Bila ada master peluang kenaikan pangkat awak amat cerah… Saya harap semua kakitangan di
syarikat ini akan mengikut jejak langkah awak mengambil pengajian luar kampus… Demi untuk
meningkatkan diri dan kerjaya,”

Raj
“Baik, Puan Raadhika… Terima kasih kerana meluluskan permohonan saya… Saya tak akan sia-siakan
peluang ini… Saya yakin… Kakitangan yang lain pasti akan menyahut saranan Puan Raadika… Dengan
menjadikan ilmu sebagai kunci utama untuk berjaya di masa depan,”

Raadhika
“Baguslahkalau macam tu!”
(anggukkan kepala)

Raadhika
“Satu hari nanti saya akan bersara… Kalau tiada masalah awaklh yang akan menggantikan tempat
saya… Memang sewajarnyalah saya meberi kelulusan kepada awak untuk belajar lagi… Sebagai
pegawai atasan kita perlu ada ilmu penuh di dada… Untuk mebawa syarikat kearah kecemerlangan,”

Raj
“Terima kasih, Puan Raadhika… Kerana telah memberikan suntikan semangat kepada saya… Kalaulah
sautu hari nanti Tuhan mengizinkan saya untuk menggantikan tempat Puan Raadhika saya akan
berusaha untuk membawa syarikat ini kearah kecemerlangan dan penuh visi berbekalkan dengan ilmu
yang saya ada,”

Raadhika
“Saya dulu pun macam awak jugak, Raj… Bermula daripada bawah… Kemudian saya ambil keputusan
untuk belajar lagi… Sebab bagi saya tak akan selama-lamanya saya akan menjadi kerani… Lepas dapat
ijazah saya kembangkan lagi ilmu yang saya dapat dengan ambil master selama 2 tahun… Dengan
master yang ada saya berjaya menjadi pegawai atasan,”

Raj
“Saya akan jadikan Puan Raadhika sebagai contoh pegawai atasan yang berilmu dan cemerlang,”

Raadhika
“Saya juga berharap awak berjaya menjadi seorang pelajar yang cemerlang,”
Raj
“Terima kasih, Puan Raadhika… Kalau tak ada apalagi saya mohon pergi… Sebab banyak kerja lagi
yang perlu saya selesaikan… sebelum saya mula bercuti,”

Raadhika
“Baguslah macam tu, Raj… Sekurang-kurangnya orang yang akan mengambil alih tempat awak nanti
tidaklah menanggung beban kerja yang awak tinggalkan,”

Raj kemudiannya lalu pergi dan meninggalkan bilik Raadhika sambal membawa borang yang telah
ditandatangan ketua jabatannya.

BABAK 8. EXT. RESTORAN – SIANG

Berbanding dengan sewaktu dia mengambil ijazah dulu. Dia masih lagi dapat menumpukan perhatian
terhadap kerja walaupun dalam masa yang sama mengikuti pengajian luar kampus di Universiti Putra
Malaysia. Tapi master lain kerana komitmen seratus peratus ditagih untuk menyiapkannya sehingga
selesai.

Haarshini
“Macam mana dengan pelajaran kau setakat ini?”

Raadhika
“Semuanya baik dan taka da masalah. Aku juga dapat memberikan komitmen pada kerja dan belajar
dalam satu masa.”

Haarshini
“Sekarang bolehlah kau cakap sebab kerja tak banyak lagi... Bila kerja dah banyak nanti dan kena siap
cepat tambah pulak waktu tu peperiksaan dah nak dekat barulah kau pening kepala... Fikir pasal kerja
fikir lagi pasal baca buku,”
(Haarshini tersenyum)

Seperti biasa dia memgambil apa yang dikatakan Haarshini itu sebagai cabaran dan pencetus
semangat. Untuk membuktikan yang dia mampu menjadi pelajar cemerlang dengan mengambil
pengajian luar kampus. Apa yang dikatakan Haarshini itu memang tidak dapat dinafikan. Macam-
macam kerja baru yang dating. Kerja yang lama belum siap lagi.

BABK 9. EXT. KAWASAN KAMPUS – SIANG

Hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun. Pejam celik pejam celik sedar-sedar dia telah
Berjaya menamatkan pengajian dengan memperolehi Ijazah Kelas Pertama dan menerima anugerah
sebagai pelajar cemerlang.

Raadhika
“Akhirnya, Ibu. Saya dah pun dapat ijazah. Sepertimana yang saya impikan selama ini,”
(suara yang penuh gembira)
Setelah menerima ijazah dan anugerah sebagai cemerlang dalam majlis koncokesyen yang diadakan
di Universiti Putra Malaysia.

Ibu Raadhika
“Ibu pun tumpang gembira dengan kejayaan kamu. Inilah hasil yang kamu dapat daripada penat lelah
dan pengorbanan kamu selama ini,”

Selain daripada ibunya, pensyarahnya juga turut tumpang gembira dengan kejayaan yang telah
diperolehinya itu.

Pensyarah
“Tahniah, Raadhika!”
(sambil mengangguk-anggukkan kepala dan berjabat tangan dengan Raadhika)

Pensyarah
“Memang saya dah duga... Sejak dari awal semester lagi awak telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang... Anugerah ini sewajarnyalah menjadi milik awak... Inilah habuan yang awak dapat. Hasil
daripada usaha keras awak selama ini,”

Raadhika
“Terima kasih, Dr… Dengan segala nasihat dan tunjuk ajar yang Dr. berikan saya telah Berjaya
mendapat kejayaan sepertimana pada hari ini… Saya tak tahu macam mana hendak mebalas segala
budi baik dan jasa Dr. hanya Tuhan sajalah yang akan membalas kebaikan yang telah Dr. lakukan pada
saya,”

Pensyarah
“Itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pensyarah. Untuk memastikan pelajaran pelajar saya
di university berjaya… Memandangkan awak begitu cemerlang dalam pelajaran saya cadangan supaya
awak menyambung dalam peringkat master pula,”

Raadhika
“Master?”

Pensyarah
“Ya! Ini untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan awak,”

Raadhika
“Saya nak ambil tajuk apa, Dr?”
(dengan penuh minat)

Pensyarah
“Awak ambil tajuk tentang komunikasi… Saya akan jadi penyelia… Saya yakin… Dengan keputusan
cemerlang yang awak dapat dalam pengajian luar kampus awak mampu untuk menyudahkan
pengajian dalam peringkat master pula,”

BABAK 10. EXT. BILIK PEJABAT RAADHIKA – SIANG (sambungan)

Dengan peransang dan dorongan daripada pensyarahnya dia menyambung pula pengajian di
peringkat master sehingga selesai. Sementara itu Haarshini berasa malu kerana selama ini merendah-
rendahkan kemampuannya untuk menyambung belajar lagi.
Haarshini
“Maafkan aku, Raadhika… Kerana selama ini memperkecilkan kau… Dengan ijazah yang ada kau dah
naik pangkat… Sekarang kau buat master pulak… Tentu kau naik pangkat lagi…,”
(luahnya dalam nada suara yang perlahan)

Raadhika
“Sudahlah tu, Haarshini... Kau tak ada salah apa pun dengan aku… Satu hari nanti kau akan naik
pangkat juga… Rezeki naik pangkat ini Tuhan yang menentukan,”
(sambil tersenyum dan memegang lembut bahu kawan sekerjanya itu yang tunduk kebawah)

Perlahan-lahan Haarshini mengangkat semula muka dan mengangguk-angguk diam sambil


memandang wajah Raadhika. Sebagai tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan kawan sekerjanya
itu. Mereka sama-sama masuk bekerja sebagai kerani di syarikat itu. Cuma Raadhika saja sekarang
yang naik pangkat sebagai pegawai atasan. Dia masih lagi kerani walaupun sudah bekerja hampir 10
tahun.

Haarshini
“Aku dah ambil keputusan… Nak ikut macam kau sambung belajar lagi… Bila ada ijazah nanti dapatlah
aku naik pangkat… Itu pun kalau ada rezeki,”

Raadhika
“Aku sokong, Haashini,”
(Dia berasa amat gembira dan menepuk bahu kawan sekerjanya itu beberapa kali)

Raadhika
“Aku harapkan semoga cita-cita kau itu akan tercapai… Lagi satu walaupun sekarang aku dah naik
pangkat kau jangan bimbang… Aku tak akan berubah… Kau tetap kawan aku… Sama-samalah kita
bekerja dalam semangat satu pasukan… Demi untuk syarikat ini,”

Dia masih lagi tersandar di kerusi sambil menengadah ke siling. Mengimbau kisah silam yang baginya
terlalu indah. Yang pernah dilaluinya pada suatu ketika dahulu. Seperti dikatakan pensyarahnya ilmu
ini perlu terus digali. Setelah memperolehi ijazah dan master dia menyimpan hasrat untuk
menyambung pengajian di peringkat PHD pula.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai