Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SG PETANI, KEDAH

PENTAKSIRAN AKHIR DISEMBER 2020

PROGRAM PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


(Programme) PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN
(Intake)
JUN 2020
SEM
(Sem)
SEMESTER 1
ANGKA GILIRAN
(Index Number )
2020252310018
NO.K/
PENGENALAN 021105-02-1100
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
(Course Code)
GKK1043

NAMA KURSUS
(Course Title)
KESIHATAN DIRI DAN KECERGASAN
TARIKH
PEPERIKSAAN 28 DISEMBER 2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial saiz 12/ Traditional Arabic saiz 18/ Jawi saiz 18, serta
langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor
angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan
header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
NO A.G : 2020252310018 KOD KURSUS: GKK1043

Bahagian A

Soalan 1

Secara umumnya , obesiti dapat didefinisikan sebagai pengumpulan lemak


berlebihan dalam badan seseorang. Obesiti juga dianggap sebagai satu penyakit yang
menjadikan tisu –tisu lemak berlebihan dan boleh menganggu atau mencederakan
organ- organ badan serta menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Berdasarkan
statistik Institut Jantung Negara (IJN) , kajiannya melaporkan bahawa lebih kurang 60
peratus rakyat Malaysia telah menghidap penyakit jantung disebabkan masalah obesity.
Persoalannya , apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan
rakyat Malaysia?

Antaranya , para remaja yang tidak mempraktikkan amalan pemakanan yang


seimbang. Pada zaman revolusi perindustrian ini , terdapat banyak syarikat makanan
segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi telah berkhidmat untuk rakyat bagi
menyempurnakan kelaparan mereka. Hal ini kerana , syarikat-syarikat makanan segera
pada zaman ini mendapat keuntungan yang pesat. Hal ini kerana , ibu bapa yang
menghadapi kesibukan dalam pekerjaan maka mereka lebih cenderung terhadap
pembelian makanan daripada pengeluaran syarikat-syarikat tersebut. Misalnya , KFC ,
Pizza , makanan ringan dan sebagainya sering dimakan oleh masyarakat kini. Ibu bapa
juga tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke
tempat kerja. Senario ini dapat digambarkan melalui Unit makanan dan Kesihatan
Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi
remaja. Kajian ini telah mengeluarkan keputusannya bahawa remaja yang ibu bapanya
bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian. Jelaslah
bahawa, ibu bapa pada zaman moden ini , tidak mengamalkan pemakanan seimbang
yang telah menatijahkan obesiti dalam institusi keluarga.
NO A.G : 2020252310018 KOD KURSUS: GKK1043
Selain itu , masalah obesiti berpunca daripada rakyat Malaysia yang kurang
melibatkan diri dalam bersukan dan beriadah. Rakyat pada masa kini malas untuk
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Contohnya mengabaikan diri daripada bersukan
dan aktiviti-aktiviti riadah. Hal ini kerana , masyarakat Malaysia lebih minat dengan
kemudahan teknologi seperti telefon pintar , computer , televisyen dan sebagainya.
Tamsilnya , kanak-kanak atau remaja yang cenderung bermain permainan dalam gajet
dalam tempoh masa yang lama dan hanya bergerak mata dan jari mereka sahaja. Hal
ini, badan mereka tidak bergerak secara langsung dan masalah obesiti mudah dihidapi
oleh kalangan tersebut. Tegasnya bahawa , rakyat Malaysia yang kurang gemar
bersukan dan beriadah akan menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda
Malaysia pada alaf baharu ini.

Di samping itu , kehamilan merupakan antara punca yang menyebabkan


golongan wanita mengalami masalah obesiti. Hal ini demikian kerana , berat yang
diperoleh semasa kehamilan boleh menjadi sukar untuk hilang dan akhirnya akan
membawa kepada obesiti. Sebagai contoh , ibu yang hamil sentiasa kurang peka
dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung. Kebanyakannya
akan makan mengikut nafsu dan akibatnya berat badan naik mendadak serta berpotensi
untuk menghidap masalah obesiti dan diabetes. Dalam tempoh ini juga , golongan ibu
mengambil makanan yang lemak dan berkalori tinggi seperti coklat , keju, mentega dan
sebagainya. Jelasnya , kehamilan merupakan pencetus bagi golongan wanita mudah
mengalami masalah obesiti.

Kesimpulannya , beberapa faktor telah dbincangkan menjadi pencetus masalah


obesiti di negara kita. Masalah ini kian serius dan juga membimbangkan semua pihak.
Oleh itu , ibu bapa perlulah menggalakan anak-anak mengamalkan makanan yang
berkhasiat dan masyarakat juga melakukan anjakan paradigma supaya menjamin tubuh
badan yang sihat.
NO A.G : 2020252310018 KOD KURSUS: GKK1043
Soalan 2

Secara galibnya , kesihatan fizikal merupakan individu yang mempunyai


ketahanan terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh badan.
Kesihatan fizikal dapat menjamin kesihatan organ-organ tubuh dan meningkatkan tahap
kecergasan yang optimum. Kesihatan fizikal memanfaatkan deria tubuh mendapat
ketajaman untuk berfungsi dengan baik.

Kepentingan aktiviti senaman atau fizikal terhadap tubuh badan seseorang


individu ialah dapat mengurangkan penghidapan penyakit kronik. Contohnya , sakit
jantung , darah tinggi dan sebagainya. Antara penyakit lain yang boleh dibendung
melalui aktiviti senaman ialah mencegah sakit belakang , obesiti dan lain-lain. Senaman
berterusan dan mengamalkan diet yang seimbang dapat membantu mengawal masalah
berat badan yang berlebihan. Aktiviti senaman juga dapat mengurangkan kesakitan
semasa kedatangan haid .Hal ini kerana , keimunan badan menjadi stabil apabila
melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Jelasnya , dengan melibatkan diri dalam aktiviti
senaman dapat membantu dalam komposisi badan yang merangkumi peratusan berat
badan , berkaitan lemak serta mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang serius.

Aktiviti fizikal mampu membantu jantung berfungsi dengan baik serta


memperbaiki kecekapan paru-paru mengambil oksigen dari udara. Apabila melakukan
aktiviti fizikal juga membantu dalam ketahanan kardiovaskular atau kemampuan
aerobik. Hal ini akan menyebabkan otot jantung berfungsi dengan berkesan untuk
membolehkan kita bekerja atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti dalam jangka masa
yang panjang tanpa merasa terlalu letih serta meningkatkan pengaliran darah ke seluruh
tubuh badan seseorang individu. Senaman dapat menguatkan tulang dengan cara
meningkatkan kandungan mineral , sekali gus dapat mengurangkan risiko mendapat
osteoporosis dalam jangka masa panjang. Hal ini kerana , osteoporosis dapat
menyebabkan tulang menjadi haus dan lama-kelamaan akan rapuh merta mudah patah.
Oleh itu , aktiviti fizikal berperanan untuk menguatkan tulang dan otot-otot dalam badan
supaya mudah melakukan pergerakan yang kompleks.
NO A.G : 2020252310018 KOD KURSUS: GKK1043

Seterusnya , dari segi fisiologi, aktiviti-aktiviti fizikal berperanan untuk


meningkatkan koordinasi badan. Hal ini dibuktikan , apabila seseorang sering melakukan
aktivit fizikal akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya, Sebagai contoh ,
senaman Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh badan , mempertingkatkan
kapasiti kardiovaskular , memperkuatkan jaringan otot dan sebagainya. Pada masa yang
sama , aktiviti bersenam menjadi ejen untuk membentuk kepantasan seperti berjalan
pantas dan jogging perlahan yang boleh meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.
Aktiviti senaman juga meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badan melalui aktiviti
berenang atau marathon. Aktiviti fizikal seperti larian zig zag mampu membantu terhadap
ketangkasan seseorang. Ketangkasan merupakan keupayaan untuk menjadikan
pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. Aktiviti bersenam juga membantu
dalam meningkatkan masa tindak balas. Hal ini kerana , aktiviti bersenam mampu
menjadikan seseorang cepat bertindak balas terhadap stimulus dan semakin
mempercepatkan dirinya terhadap masa tindak balasnya.

Di samping itu , aktiviti-aktiviti fizikal dapat mambantu untuk meningkatkan


keupayaan fleksibiliti dalam badan. Fleksibiliti yang cekap dapat mencegah daripada
berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan ototdan juga dalam organ-organ tubuh
badan yang lain. Senaman ini dapat menjadikan tubuh menjadi mudah lentur dan
aktiviti regangan pula membabitkan otot dan tisu yang juga menentukan keseimbangan
tubuh.

Kesimpulannya , aktivti senaman atau fizikal haruslah dilakukan secara perlahan-


lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur-beransur. Oleh itu , aktiviti senaman atau
fizikal berperanan untuk memberi manfaat dan faedah kepada tubuh badan kita supaya
menjamin kesejahteraan hidup.
NO A.G : 2020252310018 KOD KURSUS: GKK1043

Soalan 3

Sejak kebelakangan ini , isu kemurungan dan depresi menjadi polemik yang
dibincangkan dalam masyarakat mutakhir ini. Masalah depresi dan kemurungan adalah
berpunca daripada stres yang berpanjangan , keterlaluan dan tiada kemampuan daya
tindak seseorang individu masalah tersebut. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan
seluruh dunia mengalami stres dan konflik dalam menjalani rutin kehidupan seharian.
Oleh itu , kita haruslah mengetahui cara-cara mengurus stres dalam kalangan
masyarakat pada masa kini.

Perintah Kawalan Pergerakan pada pandemik Covid-19 menyebabkan penjawat


awam turut mengalami stress dalam penilaian kendiri. Masyarakat haruslah melakukan
penilaian kendiri dari semasa ke semasa untuk menilai kebolehgunaan dan
kebolehfungsian masyarakat. Penilaian kendiri haruslah merangkumi aspek pemikiran ,
emosi dan tingkah laku dan mengawal kemarahan . Antaranya , bagi mengurus stres
pada pendemik Covid-19 golongan pekerja dalam sesebuah syarikat haruslah berkongsi
stres diatasi dengan berkongsi masalah tentang perkara yang dilalui secara bersemuka
atau menggunakan kemudahan teknologi . Sebagai contoh , apabila majikan memarahi
pekerja tentang tugasan yang diberikan , pekerja tersebut berasa tertekan dan tidak tahu
cara untuk menyelesaikan masalah terbabit untuk mengurangkan stress .Oleh itu , bagi
mengurus stres dalam pekerjaan pekerja boleh mencari rakan sekerja untuk berbincang
tentang jalan penyelesaian terbabit. Langkah ini dapat mengurangkan stress dan dapat
tahap professional yang lebih baik daripada majikan pekerja tersebut. Jelaslah bahawa ,
meluahkan masalah kepada teman sekerja dapat mengurangkan stres dengan mengikut
Prosedur Operasi Standard.
NO A.G : 2020252310018 KOD KURSUS: GKK1043

Seterusnya , dengan mengikut PKP masyarakat tidak benar untuk pergi ke rumah
ibadat secara beramai-ramai. Oleh itu , rakyat boleh mendekatkan diri kepada Tuhan
dengan bersembahyang dalam rumah sahaja. Hal ini , dapat mengurus stres yang
dihadapi. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan meringankan bebanan dan
remaja juga dapat menerima hakikat bahawa masalah yang datang adalah sesuatu
dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang. Umumnya bahawa ,
dengan berdoa merupakan cara untuk mengurus stres dan juga menyelesaikan konflik-
konflik yang dihadapi dengan sabar.

Justeru , pengubahsuaian rutin harian merupakan cara yang cekap bagi


mengurus stres pada pendemik Covid-19. Pengubahsuaian rutin harian bertujuan untuk
memenuhi masa lapang yang wujud dalam PKP. Masyarakat haruslah menyusun
semula komponen aktiviti di rumah seperti mempertingkatkan ilmu , tugasan pejabat ,
urusan rumah tangga, hiburan dan sebagainya. Hal ini dapat mengelak kita daripada
tekanan dan kemurungan serta kebosanan. Tegasnya bahawa , menyusun rutin harian
dengan sistematik dapat mengurangkan stres terutamanya terhadap golongan wanita.

Dari segi komponen perhubungan antara ahli keluarga merupakan cara untuk
mengurus stres pada alaf baharu ini . Hal ini kerana, saling memotivasikan ahli keluarga
untuk bersama-sama menghadapi situasi yang mencabar iaitu penularan pandemik
Covid-19. Masyarakat boleh menggunakan aplikasi teknologi seperti ‘Skype’ dan
panggilan video bagi berkomunikasi atau berkongsi konflik dengan ahli keluarga yang
jauh serta hendaklah memastikan emosi ahli keluarga dalam keadaan terkawal melalui
kata dan tata kelakuan yang positif dan tidak menyakitkan hati .Jelasnya , ahli keluarga
merupakan ejen untuk mengurus stres dalam era pandemik ini.

Akhirulkalam, masyarakat pada masa kini terpaksa menghadapi beberapa


cabaran pada pandemik ini .Hal ini meningkatkan kadar stress yang drastik terhadap
kalangan masyarakat. Oleh itu , semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk
menerokai cara-cara untuk mengurus stres dalam kalangan masyarakat pada pandemik
Covid-19 ini.

Anda mungkin juga menyukai