Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : THACHAINI A/P TANGGAMANY


2021252340017

Angka Giliran :

No. K/P : 021105-02-1100

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2021

Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU P21A

Nama Pensyarah : DR ROSLI BIN HAMID

Tarikh Hantar : 29.9.2022

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: THACHAINI Tarikh : 29/9/2022


PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas Tuhan dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya, DR Rosli Bin Hamid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
SOALAN

 Tugasan ini adalah di bawah konsep Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna


(KPPB) dan menggunakan tema big idea “Pencegahan Menjamin Kesempurnaan”.
Berdasarkan big idea “Pencegahan Menjamin Kesempurnaan “.anda dikehendaki
secara Individu memilih pencegahan kecederaan yang sesuai daripada berita atau
akhbar.berkaitan kecederaan di air,di rumah, di jalanraya dan di taman permainan.

 Bincangkan berkaitan perkara tersebut dengan memasukkan perkara beriikut:

I. Pengenalan
II. Petikan berita tersebut.
III. Analisis kecederaan yang berlaku.
IV. Teknik dan prosedur pencegahan kecederan yang paling sesuai digunakan
V. Penutup
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ULASAN PETIKAN BERITA. 2

2.1 BERITA KECEDERAAN DI AIR 2

2.1.1 ANALISIS KECEDERAAN

2.2 BERITA KECEDERAAN DI RUMAH 3

2.2.1 ANALISIS KECEDERAAN

2.3 BERITA KECEDERAAN DI JALAN RAYA 4

2.3.1 ANALISIS KECEDERAAN

2.4 BERITA KECEDERAAN DI TAMAN PERMAINAN 5

2.4.1 ANALISIS KECEDERAAN

3.0 TEKNIK DAN PROSEDUR PENCEGAHAN 6-9


KECEDERAAN YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN.

4.0 PENUTUP 9

RUJUKAN 10
1.0 PENGENALAN

Pertolongan cemas didefinisikan sebagai bantuan atau rawatan kecemasan untuk


individu yang cedera sebelum mendapatkan bantuan atau daripada pihak hospital. Hal ini
biasanya terdiri daripada pelbagai teknik atau prosedur yang boleh digunakan oleh semua
masyarakat walaupun tanpa latihan perubatan. Pertolongan cemas bertujuan untuk
menyelamatkan nyawa, mengurangkan atau melegakan kesakitan serta mencegah
kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk. Konsep Perolongan Cemas
ditakrifkan sebagai bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang
yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut
dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Menurut Profesor Dr. Nik Hisamuddin kecederaan ialah trauma yang berlaku yang
berlaku sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja dan merupakan antara masalah
kesihatan yang paling serius di seluruh dunia. Kecederaan adalah satu punca penyebab
kematian dan kecacatan di kebanyakan negara maju dan negara membangun termasuk
Malaysia, dan jumlah pesakit diramalkan akan semakin meningkat (Rahman, Allen& Hyder,
2014). Oleh itu semua pihak haruslah mengambil pelbagai tindakan bagi mencegah
kecederaan tersebut. Menurut edisi keempat, pencegahan kecederaan bermaksud
mengawal   dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan sebarang
aktiviti di sekitar seseorang individu.

1
2.0 ULASAN PETIKAN BERITA.

Pada era globalisasi ini, masyarakat sering terbabit dalam pelbagai kecederaan yang
memudaratkan maut dan juga mempunyai kehilangan anggota badan. Kecederaan ini
memberi kesan buruk kepada masyarakat untuk menjamin kehidupan yang aman damai.
Terdapat pelbagai jenis berita kecederaan seperti kecederaan di air, di rumah, di jalan raya
dan di taman permainan yang sering kali bertular di media massa.

2.1 BERITA KECEDERAAN DI AIR

Petikan Berita mengenai seorang lelaki warga Britain berusia 24 tahun parah akibat
terjatuh ketika mandi air di Air Terjun Rimba Kanching. Pengarah Bomba Selangor memberi
kenyataan bahawa diterima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai
kejadian pada jam 2.08 petang. Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai
Bomba dan Penyelamat (DBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam
2.15 petang. Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia. Mangsa
diberikan rawatan awal dan dibawa turun. Mangsa kemudian dibawa menggunakan
ambulans oleh petugas Kementerian Kesihatatan Malaysia (KKM) ke Hospital Selayang
untuk mendapatkan rawatan lanjut.

2.1.1 ANALISIS KECEDERAAN

Mangsa lelaki warga Britain berusia 24 tahun akibat terjatuh ketika mandi air di Air
Terjun Rimba Kanching mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia. Hipotermia
adalah keadaan yang berlaku apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia
menghasilkan haba. Ini berlaku apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C (95 °F).

2
2.2 BERITA KECEDERAAN DI RUMAH

Petikan ini berkaitan dengan tanah runtuh di rumah panjang, remaja lelaki patah
kaki tertimbus. Dua cedera termasuk seorang daripadanya parah dalam kejadian tanah
runtuh yang turut menyebabkan sebahagian rumah panjang Branda ak Baling, Nanga
Keluton di Jalan Entabai-Pakan, di sini, rosak petang tadi. Dalam kejadian itu, remaja lelaki
berusia 13 tahun, Pagih ak Belula, patah kaki selepas tertimbus sehingga paras paha,
manakala seorang wanita, Telenjing ak Gandi, 59, cedera ringan pada kaki. Setibanya di
tempat kejadian, katanya empat daripada 26 pintu rumah didapati mengalami runtuhan pada
belakang dapur dan bilik di rumah panjang terbabit. "Remaja lelaki yang tertimbus itu
berjaya dikeluarkan penduduk kampung sebelum pihak bomba tiba. Mangsa kemudian
dibawa ke Klinik Kesihatan Nanga Entaih untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan
hari ini. Pihak bomba turut memasang penghadang di kawasan runtuhan berkenaan supaya
tidak didekati dan menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada kerana khuatir
runtuhan akan berulang. Semua penghuni di empat pintu rumah yang terjejas juga
berpindah ke rumah saudara buat sementara waktu.

2.2.1 ANALISIS KECEDERAAN

Menurut petikan berita tersebut, seorang remaja lelaki mengalami kakinya patah
sehingga paras paha. Seorang mansa wanita mengalami cedera yang ringan pada kaki.

3
2.3 BERITA KECEDERAAN DI JALAN RAYA

Pada 23 September 2022 hari jumaat, kira-kira 11 pagi, kereta berjenama Toyota
Avanza bertembung dengan sebuah lori 12 tan di Jalan Kasagaan Pitas, Kota Marudu. Dua
beranak itu yang masing-masing berusia 42 dan 11 tahun itu tersepit dan berjaya
dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Selepas itu, mereka berdua telah
dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Seorang lagi mangsa dari lori
12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut jurucakap Pusat Gerakan
Operasi (PGO) mangsa yang cedera dikenali sebagai Arnie Maridun 42 tahun dan Nur
Farhana Ain Askali 11 tahun.

2.3.1 ANALISIS KECEDERAAN

Menurut jurucakap, Pusat Gerakan Operasi (PGO) mangsa Arnie Maridun


mengalami fraktur pada bahagian kaki kanan manakala mangsa Nur Farhana Ain
Askali mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan juga kaki. Tangan mangsa
tersebut telah patah dan terpaksa dibawa ke hospital serta merta.

4
2.4 BERITA KECEDERAAN DI TAMAN PERMAINAN

Pada 12 November 2019, seorang budak bernama Ifra Makayla telah terhempap
pada besi rosak di taman permainan di Kampung Melayu, Kluang, Johor. Kejadian ini
berlaku pada kira-kira 5 petang semasa budak tersebut bermain bersama ibunya. Budak
tersebut terhempap dahinya di besi rosak dan menyebabkan dahinya terbelah. Kemudian
mangsa segera dibawa ke hospital. Ibu kepada anak ini telah dimuat naik berita ini dalam
media sosial iaitu Facebook serta telah melawan dengan Pihak atasan untuk mendapat
keadilan terhadap anaknya. Kejadian ini berlaku disebabkan alatan permainan tersebut
kelihatan tumbang ekoran tapaknya tercabut pada lokasi yang dipasang.

2.4.1 ANALISIS KECEDERAAN

Mangsa bernama Ifra Mikayla telah mengalami kecederaan yang amat serius pada
bahagian dahir. Menurut ibunya, dahi anaknya telah terbelah daripada besi buruk.

5
3.0 TEKNIK DAN PROSEDUR PENCEGAHAN KECEDERAAN YANG PALING SESUAI
DIGUNAKAN.

Menurut berita, terdapat banyak kemalangan dan kecederaan orang pada zaman ini.
Dalam berita kecederaan di rumah, seorang remaja mengalami patah kaki di paras paha.
Seorang mangsa wanita mengalami kecederaan ringan di kaki. Daripada berita kecederaan
di jalanan, mangsa mengalami patah kaki dan juga patah tulang di tangan. Sebelum
ketibaan pasukan bomba dan ambulans, kami boleh memberikan pertolongan cemas
kepada mangsa. Sebagai contoh, dengan patah tulang, kita mesti mengenal pasti jenis
patah tulang yang berlaku. Termasuk patah tertutup, patah terbuka atau total. Patah itu
boleh dilihat apabila mangsa mengalami kesakitan pada anggota yang terjejas, kehilangan
fungsi pada anggota badan, lebam di kawasan yang cedera, dan kebas pada mangsa.
Rawatan pertama yang boleh diberikan kepada mangsa patah tulang ialah imobilisasi. Untuk
mengelakkan kejadian pertolongan cemas yang tidak diingini, kita mesti mengarahkan
mangsa supaya bertenang dan tidak bergerak sehingga pasukan bomba tiba.bagi mangsa
kedua yang patah tangan, pastikan mereka tidak bergerak. Sekiranya terdapat luka yang
mengeluarkan banyak darah, kita perlu memampatkan kawasan yang berdarah. Sebelum
kita meneruskan rawatan awal, kita perlu melakukan sesuatu seperti TOTAPS.

T.O.T.A.P.S adalah ringkasan bagi Talk, Observe, Touch, Active movement, Passive
Movement, Skill. Talk adalah kaedah bercakap dengan mangsa yang mengalami
kecederaan. Tujuannya adalah untuk mengetahui serta sedikit latar belakang kemalangan
dan keadaan mangsa seperti di mana bahagian dengan penglihatan kabur atau jelas.
Selepas kemalangan berlaku, kita boleh bercakap dengan mangsa bahawa adalah mereka
masih sedar dan juga di manakah mangsa tersebut berasa sakit. Observe pula
memerhatikan dan memeriksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian
kepala dan kulit seperti lebam, bengkak atau pendarahan, perubahan suhu badan serta
pernafasan dan denyutan nadi normal atau tidak. Dalam berita kecederaan di jalan raya, kita
dapat tahu bahawa kedua-dua mangsa mempunyai kepatahan pada kaki dan tangan. Touch
adalah menyentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati, Kita perlu
memeriksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat.
Sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera kita perlu memberitahu dulu
mangsa ini untuk mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

6
Active movement pula pergerakkan aktif di mana kita perlu mengarahkan dan
meminta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang cedera seperti tangan, kaki
dan kepala. Tujuannya adalah untuk mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan
pergerakkan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain manakala dalam berita di atas
dibuktikan bahawa kedua-dua mangsa telah mematahkan kaki dan tangan masing-masing.
Passive Movement ialah pergerakkan pasif di mana kita dapat membantu mangsa tersebut
tidak dapat menggerakkan anggotanya sendiri. Contohnya, kita boleh membantu
menggerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan. Tujuan untuk memeriksa atau
menentukan tahap kecederaan atau kesakitan yang dialami. Dalam kes ini, kita perlu
menyuruh mangsa tersebut supaya tidak menggerakkan kakinya kerana tulang kakinya
patah. Akhir sekali, Skill merupakan kemahiran mengarahkan mangsa melakukan
pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan
kemahiran permainan yang mudah intuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Jika
berasa sakit, membawa mangsa ke hospital atau klimik untuk mendapatkan rawatan doktor
atau paramedik.

Justeru, berita tentang kecederaan di air, mangsa lelaki tersebut telah mengalami
kecederaan di kaki kanan selepas terjatuh di kawasan air terjun. Bukan itu sahaja lelaki
tersebut juga mengalami hipotermia. Oleh itu, mangsa tersebut sukar bernafas dan
diperlukan rawatan kecemasan. Pertama sekali, kita berusaha untuk menarik mangsa ke
darat dengan menggunakan tali dan sebagainya serta boleh berenang dengan baik bagi
boleh menyelamatkan mangsa. Tetapi jika tidak dapat berenang kita boleh melemparkan
plampung kepada mangsa jika masih sedar diri. Selepas itu,kita haruslah mengeluarkan air
daripada perut atau paru-paru dengan kaedah bantuan CPR melalui DRABC. Selepas itu,
bersihkan mulut mangsa daripada bendasing yang dapat menghalang pernafasan. Periksa
pernafasan dan denyutan nadi mangsa. Perkara yang paling penting adalah menjaga suhu
badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia. Apabila mangsa bernafas semula
baringkan pada kedudukan pemulihan dan memastikan mangsa bernafas secara langsung
sehingga pihak ambulans datang.

7
DRABC merupakan kaedah bantuan CPR untuk menilai dan menguruskan mangsa
yang lemas. Sebagai pembantu pertama, apabila mengalami korban jiwa, kita prlu
melakukan prosedur DRABC awal atau dikenali sebagai tinjauan utama. D merupakan
danger atau bahaya. Kita mestiah memastikan keadaan persekitarana yang selamat untuk
bertindak sebagai penyelamat. Dalam kes ini, kita perlu membawa mangsa yang terjatuh ke
tempat yang lebih selamat. R ialah Response ataupun tindak balas. Setelah mangsa dalam
keadaan selamat, kita perlu memeriksa tindak balas mangsa dengan mengoncangkan
sedikit badannya dengan selamat. Jika tida tindak balas, kita haruslah bertenang dan
menghubungi talian kecemasan. A pula Airway iaitu saluran pernafasan. Kita perlu
memeriksa saluran pernafasan melalui mulut dan hidung mangsa supaya bebas dan
bendasing yang boleh menahan oksigen masuk. Seterusnya, meletakkkan satu tolakan jari
pada dagu supaya kepala mangsa tersebut terdongak sedikit supaya saluran pernafasan
masuka dan terbuka luas. Dagu mangsa perlu selari atau lurus dengan dada mangsa.
Seterusnya B ialah Breathing atau dikenali sebagai pernafasan. Jika mangsa tidak kelihatan
bernafas, lakukan lima kali bantuan pernafasan dengan menekup mulut dan hidung sesama
dengan mangsa dan terus meniup udara ke saluran pernafasan. Kita juga perlulah
melakukan tekanan dengan menggunakan dua jari di tengah bawah dada iaitu diantara
rusuk kanan dan kiri yang terletaknya diaphragm. Bagi membuat pengaliran udara yang
ditiup ke seluruh badan mangsa, kita perlu melakukan tekanan sebanyak 50 kali.
Seterusnya, berikan dua kali bantuan pernafasa dan 30 kali tekanan di dada. Akhirnya C
ialah Circulation ataupun persaran udara. Setelah kita mengetahui bahawa mangsa sudah
bernafas meemerhati dan memeriksa tanda-tanda kecederaan teruk pada bahagian-
bahagian badan yang lain.

8
Selain itu, dalam berita kecederaan di taman permainan, mangsa tersebut
mengalami kecederaan yang teruk di dahi sehingga terbelah. Pengeluaran darah yang
banyak membawa kesan buruk kepada anak tersebut. Oleh itu, terdapat dua cara untuk
menghentikan pendarahan. Antaranya, menghentikan pendarahan secara langsung (direct
pressure) dan menghentikan pendarahan secara tidak langsung (indirect pressure). Bagi
pendarahan berhenti secara terus, kita harus menekan bahagian ibu jari atau jari-jari di
bahagian yang cedera ke atas pelapik atau kain kasa. Kemudian tutupkan pelabik dengan
lapisan kapas dan ikat pembalut dengan ketat. Hal ini, dapat menahan darah daripada
mengalir keluar. Jika pendarahan masih belum berhenti, kita boleh meletakkan pelapit
tambahan dan membalut sekali lagi. Namun kaedah ini tidak dapat mengawal pengaliran
darah yang banyak, kita boleh menggunakan tekanan secara tidak langsung. Titik tekanan
ialah salah satu tempat saluran darah arteri yang boleh ditekan ke tulang dengan rapat
untuk menghalang pengaliran darah ke kawasan itu. Sebelum kita membuat rawatan awal
tersebut, kita perlu membuat rawatan cemas iaitu RICE. R ialah rest, I ialah ice, C ialah
compression dan E ialah elevation. REST bermaksud apabila mangsa disuruh tidak
menggerak dan berehat sebentar bagi mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk. ICE
adalah menggunakan ais yang biasa terhadap kecederaan. Ais tersebut diletakkan di
bahagian yang cedera selama 15-20 minit tetapi masa berlebihan akan menjadi skin burn.
COMPRESSION adalah membalut kawasan yang tercedera ntuk mengehadkan
pergerakkan kawasan tercedera. Tekanan pula sangat penting jika berlaku pendarahan
yang tidak dapat dikawal. ELEVATION adalah meletakkan bahagian yang cedera ke atas
dari paras jantung agar mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cedera.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, masyarakat pada zaman kini mengalami pelbagai kecederaan yang


serius melalui tragedi yang berlaku di rumah, jalan raya, air, taman permainan dan
sebagainya. Sebagai individu yang bertanggungjawab mengamalkan pelbagai teknik dan
prosedur seperti TOTAPS, REST, DRABC dan sebagainya bagi menyelamatkan mangsa
daripada kecederaan-kecederaan yang amat tragik. Oleh itu, kita haruslah menjaga
keselamatan bagi menjamin kehidupan yang selamat.

9
RUJUKAN

 Shuhaniza Said, (2019,November 12) Keriangan bertukar tragedi, dahi anak terbelah
dihempap besi rosak di taman permainan- “Mama akan lawan kes ini”.MStar.
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/11/12/dahi-anak-koyak

 Norsyazwani Nasri, (2022, Ogos 27) Tanah runtuh di rumah panjang, remaja lelaki
patah kaki tertimbus. Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/08/993581/tanah-runtuh-di-rumah-
panjang-remaja-lelaki-patah-kaki-tertimbus

 2022, Ogos 14, Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun. Sinar Harian
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-terjatuh-ketika-mandi-air-
terjun-376006

 Abdul Hafiz Mustadi, (2022, September 23) Dua beranak parah, kereta bertembung
lori 12 tan di Kota Marudu.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-beranak-parah-kereta-
bertembung-lori-12-tan-di-kota-marudu-382417

 Salimin, N., Jani, J., Rahmat, A., Khalid, N. H. M., & Salleh, O. M. (2013). Modul
penilaian komprehensif bagi pertolongan cemas dalam pendidikan jasmani
dan kesihatan:(Comprehensive assessment module for first aids in physical
education and health). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 28,
155-171.

 Sapuan, M. S., & Nordin, M. S. (2012). Kesedaran Pertolongan Cemas Di Kalangan


Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kejuruteraan
Mekanikal) Universiti Teknologi Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia).

10

Anda mungkin juga menyukai