Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan
Alam kanak-kanak merupakan suatu tempoh masa yang penting kepada kanak-kanak
meneroka bagi mendapatkan pelbagai pengalaman yang berharga. Penerokaan kanakkanak melibatkan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah. Mereka akan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian
yang akan terjadinya kecederaan atau kemalangan ke atas diri mereka sendiri. Bagi mereka
yang telah disahkan mengidap penyakit tertentu akan turut bermain tanpa memikirkan risiko
terhadap diri mereka. Kemalangan atau kecederaan boleh berlaku jika tidak diawasi oleh
guru secara berterusan. Namun, kadangkalanya kemalangan ini sememangnya tidak dapat
dielak walaupun telah mendapat pengawasan yang tinggi dan rapi. Oleh hal demikian, guru
perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam memberi bantuan serta rawatan
kecemasan yang sesuai kepada kanak-kanak.
Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah asas sudah memadai berbanding tiada
langsung. Pertolongan cemas yang diberikan oleh guru kepada mangsa mungkin dapat
menyelamatkan nyawa mangsa. Satu tindakan mudah penting untuk membantu masalah
berkaitan sistem pernafasan dan pendarahan. Bantuan pernafasan yang betul penting bagi
memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan pernafasan memerlukan tindakan pantas dalam
tempoh beberapa minit. Jika tiada seseorang yang tahu melakukan bantuan pernafasan di
tempat kejadian, sudah terlambat untuk mendapat bantuan orang lain di tempat lain.
Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang.
Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang daripada
mereka yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan
ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang
berlaku di rumah atau di tempat kerja khususnya di prasekolah. Kes kemalangan kecil tetap
perlu diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul.

______________________________________________________________________
KERTAS KERJA
KURSUS PERTOLONGAN CEMAS KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TARIKH
02 SEPEMBER 2015

TEMPAT
DEWAN KULIAH A
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

ANJURAN
PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

DENGAN KERJASAMA
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, PAHANG

KERTAS KERJA
PERTOLONGAN CEMAS KANAK-KANAK PRASEKOLAH
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dibentangkan dengan tujuan mendapatkan :
(i)

Kebenaran mengadakan Kursus Pertolongan Cemas Kanak-Kanak Prasekolah,

(ii)

Kebenaran menggunakan Dewan Kuliah A IPGKTAA,

(iii)

Kebenaran menggunakan bahan dan alat IPGKTAA ,

(iv)

Kebenaran menggunakan khidmat staf dan pelajar IPGKTAA.

2.0 PENGENALAN
Alam kanak-kanak merupakan suatu tempoh masa yang penting kepada kanak-kanak
meneroka bagi mendapatkan pelbagai pengalaman yang berharga. Penerokaan kanak-kanak
melibatkan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.
Mereka akan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian yang akan
terjadinya kecederaan atau kemalangan ke atas diri mereka sendiri. Bagi mereka yang telah
disahkan mengidap penyakit tertentu akan turut bermain tanpa memikirkan risiko terhadap diri
mereka. Kemalangan atau kecederaan boleh berlaku jika tidak diawasi oleh guru secara
berterusan. Namun, kadangkalanya kemalangan ini sememangnya tidak dapat dielak walaupun
telah mendapat pengawasan yang tinggi dan rapi. Oleh hal demikian, guru perlu memiliki
pengetahuan dan kemahiran dalam memberi bantuan serta rawatan kecemasan yang sesuai
kepada kanak-kanak.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama diadakan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan projek bagi Kursus Kualiti
Pendidik Prasekolah (PRA 3143) dalam memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru
prasekolah terhadap rawatan awal yang akan diberikan kepada kanak-kanak prasekolah
semasa berlaku kecemasan.

4.0 OBJEKTIF
1. Untuk memenuhi keperluan tugasan projek bagi kursus Kualiti Pendidik Prasekolah
(PRA 3143).
2. Bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada bakal-bakal guru prasekolah
mengenai bantuan serta rawatan kecemasan yang sesuai kepada kanak-kanak
prasekolah.
3. Memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru mengenai cara-cara pengawasan
yang betul serta sesuai semasa melaksanakan aktiviti dalam dan luar prasekolah.
4. Mendidik bakal-bakal guru cara untuk menganjurkan kursus secara kolaborasi dengan
pihak dalam dan luar.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT


Tarikh

: 02 September 2015

Hari

: Rabu

Tempat

: Dewan Kuliah A IPGKTAA

6.0 KUMPULAN SASARAN


Guru Pelatih PISMP Prasekolah Semester 8 Ambilan Jan 2012 Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan
(Rujuk Lampiran A)
7.0 TENTATIF PROGRAM
08.00 a.m
09.00 a.m

: Pendaftaran peserta Kursus Pertolongan Cemas Kanak-Kanak.


: Ceramah : Pertolongan Cemas Kanak-Kanak oleh wakil pihak Hospital

10.30 a.m
11.00 a.m
01.00 p.m

Kuala Lipis.
: Rehat
: Amali Pertolongan Cemas
: Perasmian dan penutupan Kursus Pertolongan Cemas

8.0 AHLI JAWATANKUASA

(Rujuk Lampiran B)
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN
(Rujuk Lampiran C)
9.0 PENUTUP
Sebagai pengajur, kami berharap kempen ini akan mendapat kelulusan daripada
pihak pentadbiran. Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua bakal-bakal guru
prasekolah mengenai kemahiran pertolongan cemas kepada kanak-kanak prasekolah kelak.

Disediakan oleh

Disemak oleh

(MUHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI)

(ENCIK ROZMAN BIN ROSELY)

Guru Pelatih,

Penyelaras Subjek Kualiti Pendidik Prasekolah,

PISMP Prasekolah Amb. Jun 2012,

Jabatan Ilmu Pendidikan,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis Pahang.

Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan oleh

(TUAN HAJI MOHD NORDIN BIN ABDULLAH)


Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

LAMPIRAN A
SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PISMP PRASEKOLAH (SK/SJKC) SEM 8
6

BIL.

NAMA

NO K/P

MOHAMAD KHALIL BIN AWANG

920701-03-5567

MOHAMAD HAIKAL BIN


KAMARUZAMAN

900717-03-5985

MUHAMAD ZAINAL AZRI BIN


ZULKIPLI

911203-03-5025

MOHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI

920604-11-5661

MUHAMMAD AZAM BIN KAHMIS

921102-04-5389

MUHAMMAD SYAHIR BIN MD


ARIFPIN

921108-03-6109

NUR AMININ BINTI ZAHARI

920223-03-5246

NURUL HUSNA BINTI ROSLAN

921127-01-6058

SITI NAZIHA BINTI JOPRI

921209-01-5462

10

WAN ROSLIZA BINTI WAN ISMAIL

920610-03-5000

11

NORLINA BINTI MAHMOD

910728-03-6114

12

BEH TIAN XIN

920312-07-5880

13

BUNG QIAN MIN

920205-08-5776

14

CHAI SIOK QING

921031-04-5364

15

LEE LI WEI

910628-04-5566

16

LU NGUK SIA

910501-13-5716

17

SIA LEE ING

911210-13-5550

18

YEW HOOI KHENG

920120-08-6446

19

LOW FANG YUN

921105-06-5182

20

SITI NUR HAMIZAH BINTI JUMUDDIN

921212-08-6202

CATATAN

SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PISMP PRASEKOLAH PERIBUMI SEM 8

BIL.

NAMA

NO KP

1.

ANG SWEE KIAN

921008-06-5279

2.

EWINGDA BIN LEMAN

900829-02-5255

ZAIERZA BIN ZAINAL

920626-02-5149

ASANI A/P ALANG SELAMAT

921102-08-6690

DALIZA A/P MOHD EFENDI

920253-06-5300

LIZA A/P KASIM

920604-06-5318

VIVI NARITA A/P SEMBUNYI

920905-06-5880

MASLINA A/P SIDEK

920130-08-5842

KUZA A/P BAH SAN

910327-10-5510

10

SALVIN A/P BAH ALANG

920609-02-5200

CATATAN

SENARAI NAMA PENSYARAH DAN PENCERAMAH


1.

ENCIK KHAZALI BIN ISMAIL, AMP (PENCERAMAH)

2.

CIK HAJAH SALBIAH BINTI HAJI ISHAK, AAP

3.

ENCIK ROZMAN BIN ROSELY

4.

PUAN ROFIDA BINTI HASSAN

5.

CIK HAJAH RUSINI BINTI KAMALUDDIN

LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


KURSUS PERTOLONGAN CEMAS KANAK-KANAK PRASEKOLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PENAUNG

: TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP


(Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)

PAKAR BIDANG

: PUAN ROFIDA BINTI HASSAN

PENYELARAS

: ENCIK ROZMAN BIN ROSELY


(Penyelaras Subjek PRA 3143)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGERUSI

: MUHAMAD AL-HAFIZ BIN ROZALI

NAIB PENGERUSI

: LIZA A/P KASSIM

SETIAUSAHA

: BUNG QIAN MIN

BENDAHARI

: ASANI A/P ALANG SELAMAT


AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGACARA MAJLIS

: MOHAMAD HAIKAL BIN KAMARUZAMAN


: SITI NUR HAMIZAH BINTI JUMUD-DIN

PENDAFTARAN

: SITI NAZIHA BINTI JOPRI


: VIVI NARITA A/P SEMBUNYI

PROTOKOL

: NORLINA BINTI MAHMOD


: EWINGDA BIN LEMAN

SAMBUTAN

: DALIZA A/P EFENDI


: NURUL HUSNA BINTI ROSLAN

PUBLISITI/ BROSURE

: ANG SWEE KIAN

: BEH TIAN XIN


: LEE LI WEI
PERSEDIAAN TEMPAT

: MUHAMMAD SYAHIR BIN MD ARIFPIN


: ZAIERZA BIN ZAINAL
: YEW HOOI KHENG

PERALATAN & TEKNIKAL : MUHAMAD ZAINAL AZRI BIN ZULKIPLI


: WAN ROSLIZA BINTI WAN ISMAIL
: CHAI SIOK QING
CENDERAMATA

: NUR AMININ BINTI ZAHARI


: LOW FANG YUN

MAKANAN

: LU NGUK SIA
: SIA LEE ING

DOKUMENTASI

: MOHAMAD KHALIL BIN AWANG


: MUHAMMAD AZAM BIN KAHMIS

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

10

BIL
1

PERKARA

PERBELANJAA
N

JUMLAH

*Perbelanjaan makan dan minum


RM200

Makan pagi
- (RM5 x 40 orang)
2

Cenderahati

(Disediakan oleh pihak penganjur)


Jumlah Perbelanjaan

RM200

*sumber kewangan bagi perbelanjaan makan dan minum adalah daripada Tabung
Wang Amanah Pelajar.

3.0 Laporan Individu


Pada 2 September 2015, satu kursus pertolongan cemas kanak-kanak prasekolah telah
diadakan di Bilik Simulasi IPGKTAA. Peserta bagi kursus ini telah melibatkan seramai 30
11

orang siswa dan siswi yang mempunyai opsyen Prasekolah. Matlamat seminar ini diadakan
untuk memenuhi keperluan tugasan projek bagi Kursus Kualiti Pendidik Prasekolah (PRA
3143) dalam memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal guru prasekolah terhadap
rawatan awal yang akan diberikan kepada kanak-kanak prasekolah semasa berlaku
kecemasan. Manakala objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan
dan kemahiran kepada bakal-bakal guru prasekolah mengenai bantuan serta rawatan
kecemasan yang sesuai kepada kanak-kanak prasekolah, memberi pendedahan awal
kepada bakal-bakal guru mengenai cara-cara pengawasan yang betul serta sesuai semasa
melaksanakan aktiviti dalam dan luar prasekolah dan mendidik bakal-bakal guru cara untuk
menganjurkan kursus secara kolaborasi dengan pihak dalam dan luar.
Seminar ini dimulakan dengan pendaftaran ahli peserta pada jam 8.00 pagi sehingga
9.00 pagi.Seterusnya pada jam 9.00 pagi sehingaa 10.30 ceramah mengenai teori asas
pertolongan cemas telah disampaikan oleh Encik Khazali Bin Ismail sebagai wakil dari
BSSM negeri Pahang dan merupakan pensyarah GERKO IPGKTAA. Sepanjang tempoh
masa tersebut, peserta seminar telah diberikan dahulu maklumat awal mengenai prinsip
pertolongan cemas, jenis pertolongan cemas dan barang-barang yang perlu ada pada First
Aid Kit. Menurut beliau bantuan kecemasan atau pertolongan cemas ialah bantuan awal
yang diberikan kepada orang yang sakit atau mangsa kecemasan sebelum ketibaan
ambulan atau pakar yang berkelayakan. Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh
mangsa ialah menahan pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat
patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa,
tercekek dan melecur.
Selain disebabkan kes kemalangan, kecemasan juga melibatkan golongan yang
mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi.
Pengidap penyakit berkenaan sering berdepan dengan keadaan di mana mereka
menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan. Tanpa bantuan
kecemasan, terutama dalam kes berkaitan pernafasan, boleh menyebabkan mereka
meninggal dunia. Memberi pertolongan cemas memerlukan tindakan dan kaedah yang
betul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas, bantuan kecemasan yang
diberikan mungkin menyebabkan kesan tidak seperti diharapkan.

12

Rajah 1 : Pengenalan pertolongan cemas oleh penceramah


Setelah penceramah memberi ceramah mengenai pengenalan pertolongan cemas,
ceramah diteruskan lagi dengan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa memberi
bantuan khususnya kepada kanak-kanak prasekolah. Peraturan pertolongan cemas ini
dibahagikan kepada empat perkara, iaitu yang pertama membuat penilaian keadaan iaitu
menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat dan kemudahankemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan dan dapat
menilai keparahan kecederaan yang dialami oleh mangsa. Peraturan kedua membuat
diagnosa iaitu mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang
boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.Ketiga
memberi rawatan sementara iaitu menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk. Akhir sekali membuat dan memberi laporan iaitu
mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah
dilakukan ke atas mangsa. Semasa diberi ceramah, peserta juga diingatkan mengelakkan
dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan
mangsa menjadi lebih teruk. Antaranya ialah jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama
mangsa yang tidak sedarkan diri tetapi lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja manamana bahagian yang ketat. Seterusnya cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa
segera,lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan
kecederaan patah dan beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan
diperlukan.

13

Rajah 2: Penceramah menunjukkan cara membalut bebat pada kepala


Seterusnya ceramah diteruskan lagi dengan pembebatan. Tujuan pembebatan untuk
menahan pendarahan iaitu membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah
kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan dan mencegah jangkitan di tempat
luka. Semasa melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih
suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis
kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.Semasa melakukan
pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang kain yang digunakan untuk melapik
tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Pada jam 10.30 pagi, aktiviti ceramah berhenti seketika untuk memberi laluan kepada
peserta seminar dan penceramah berehat. Seterusnya, pada

jam 11.00 pagi ceremah

diteruskan dengan rawatan kebakaran dan melecur. Jika di prasekolah, kemalangan seperti
ini mungkin akan berlaku jika guru tidak mengawasi kanak-kanak dengan baik terutamanya
apabila kanak-kanak tersebut berada di dapur. Oleh itu sebagai guru prasekolah yang
efisien kita perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan anak murid kita. Terbakar dan
melecur adalah dua perkara yang berbeza. Terbakar dapat didefinasikan sebagai kederaan
yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya
matahari, asid , alkali dan sebagainya. Manakala melecur pula disebabkan oleh benda
panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar
panas dan lain-lain. Tanda-tanda ini dapat dilihat apabila sakit yang kuat,, kulit menjadi
bengkak, kemerahan, dan panas. terjadi gelembung air pada kulit, kulit mengelupas dan
berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali,tisu yang terdedah
berwarna merah dan berair. Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu
kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan
kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu
dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.
14

Bagi rawatan am kebakaranan dan melecur ini, guru perlu pindahkan


tempat

mangsa ke

yang selamat dan berudara. Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera

beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang
terkena.Guru juga perlu tenangkan mangsa dan longgarkan pakaian dan tanggalkan benda
yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini
disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan
Seterusnya pada sesi kedua ini penceramah juga mengingatkan kepada peserta kajian,
perlu bertindak pantas dan tidak lebih dari empat minit untuk membuat tindakan
menyelamat mangsa jika tidak mangsa akan mengalami kecedaraan yang lebih parah lagi
Pada jam 1.00 petang seminar ini berhenti sekejap untuk memberi laluan kepada pelajar
muslim dan penceramah menyempurnakan solat zohor dan makan tengahari dan aktiviti
diteruskan pada jam 2.30 petang. Pada sesi petang, penceramah telah memberikan
taklimat dan membuat amali mengenai cara membuat ikatan anduh dan balutan,
,menyelamatkan mangsa tercekik, membuat amali balutan luka dan membuat latihan CPR.

Rajah 3: Amali Ikatan anduh tiga segi dan besar


Aktiviti dimulakan dengan membuat ikatan anduh dan balutan. Terdapat berbagai-bagai
jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara
jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah

pembalut tiga segi (triangular bandage),

pembalut lebar (broad bandage), pembalut panjang (narrow bandage) dan pembalut gulung
(rollar bandage). Kegunaan kain pembalut ini adalah untuk penetapan tuap (sling) supaya
tidak bergerak, menetapkan pembebatan yang dilakukan, mengampu bahagian yang
15

cedera, membantu menghentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak. Sebelum


membuat ikatan anduh, kami diperkenalkan dahulu dengan kain anduh tiga segi. Kain
anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia
boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Antaranya ialah mengampu bahagian yang
cedera atau patah, menghenti atau menahan pendarahan,menetapkan bahagian yang
cedera dan menutup tempat yang luka atau cedera.
Seterusnya, tanpa membuang masa penceramah telah memberi arahan kepada semua
peserta seminar untuk mengambil kain anduh dan mencari pasangan untuk membuat ikatan
anduh. Ikatan anduh yang pertama ialah ikatan anduh besar, ikatan ini digunakan untuk
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera dan mengurangkan pergerakan
serta sakit anggota atas. Anduh kedua pula ialah anduh tiga segi, untuk menahan
pendarahan anggota atas. mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula. Dan
mengampu anggota atas yang cedera. Manakala anduh yang ketiga ialah anduh kecil,
anduh kecil ini untuk mengampu kecederaan di bahagian bahu, mengampu tulang klavikal
yang cedera. dan mengampu anggota atas yang cedera. Akhir sekali ialah membuat balutan
pada kepala untuk menutup luka bahagian yang tercedera.

Rajah 4: Amali pengurusan murid yang sawan


Seterusnya, aktiviti amali diteruskan lagi dengan cara-cara merawat mangsa yang
mengalami sawan atau epilepsi. Tanda-tanda sawan ini boleh dilihat mangsa mengadu
pening kepala dan rasa kurang selesa, muka kelihatan pucat dan mangsa gelisah, mangsa
jatuh secara tiba-tiba di sertai dengan kekejangan otot-otot sambil menggelepar beberapa
ketika, mulut mangsa berbuih, giginya terkancing dengan kuat dan mangsa tidak sedar diri.
Selain itu, muka dan bibir mangsa biru dan tiada pernafasan seketika, mangsa terkencing
atau membuang air besar tanpa di sedari dan mangsa mengalami kebingungan dan
16

kelihatan keletihan. Oleh itu, bagi merawat sawan ini guru perlu mengetahui cara untuk
mengurus mangsa yang mengalami sawan seperti semasa mangsa jatuh dan mengelepar,
cuba elakkan mangsa dari mengalami kecederaan atau terjatuh ke tempat yang berair,
masukkan benda keras ke dalam mulut mangsa seperti sapu tangan, sudu dan sebagainya
bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada lidah dan mulut mangsa.baringkan mangsa
dalam baringan separuh meniarap dan betulkan saluran pernafasan. Periksa pernafasan
dan gerak nadi. Jalankan bantuan CPR jika perlu dan longgarkan pakaian mangsa.

Rajah 5: Rawatan mangsa yang tercekik


Selepas membuat amali pengurusan murid yang sawan, amali diteruskan dengan
membuat amali menyelamatkan mangsa yang tercekik. Rawatan mangsa tercekik ini boleh
dilakukan dengan kaedah seperti berikut tanya mangsa sama ada ia boleh bernafas,
tercekik dan batuk. Jika mendapat tindakbalas positif dari mangsa, jangan lakukan apa-apa
ke atas mangsa melainkan berada di sisi mangsa kerana kebiasaannya mangsa akan
berusaha sendiri mengeluarkan bendasing tersebut,sekiranya mangsa memberi tindakbalas
negatif, maka pembantu perlu mengambil tindakan melakukan bantuan-bantuan berikut
iaitu teknik Heimlish dengan berdiri di belakang mangsa, peluk bahagian pinggang mangsa,
genggam penumbuk dengan ibu jari dimasukkan ke dalam pada satu tangan dan letakkan
di bahagian atas sedikit dari pusat, lapikkan genggaman tersebut dengan tangan sebelah
lagi, tekan penumbuk dengan cepat dan berulangkali secara gerakan ke dalam dan ke atas.
Tekanan tersebut dapat memaksa udara di paru-paru keluar dan seterusnya menolak keluar
bendasing yang menyekat saluran pernafasan.
Akhir sekali, aktivti amali yang terakhir ialah membuat latihan CPR. Bantuan CPR hanya
boleh diberikan apabila keadaan mangsa tidak sedarkan diri, tiada pernafasan dan tiada
denyutan nadi. Menurut penceramah, penyelamat atau bantuan yang diberikan mestilah
17

mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan iaitu dengan menggunakan langkah
DRABC. DRABC bermaksud danger, respons, air ways, breathing dan circulation. Danger
ialah mengalihkan mangsa dari tempat bahaya, respons ialah menyentuh badan mangsa
untuk mengetahui sama ada mangsa sedar atau tidak, ketiga ialah air ways iaitu
mendongakkan mulut mangsa dan memeriksa pernafasan dengan meletakkan pipi dan
telinga pada mulut mangsa. Seterusnya breathing ialah pernafasasan dengan melihat
pergerakan dada mangsa sama ada naik atau tidak dan circulation pula pengaliran.
Sekiranya kesemua langkah ini dikitu, penyelamat perlu memberi bantuan CPR dengan
membuat tiga puluh kali tekanan pada dada mangsa dan dua kali hembusan sebanyak lima
kali pusingan sementara menunggu bantuan penyelamat lain tiba.

Rajah 6 : Sesi penyampaian hadiah dan bergambar


Seminar pertolongan cemas kanak-kanak ini berakhir tepat jam 4.30 petang yang telah
dirasmikan Enci, Rozman Bin Rosely. Setelah majlis penyampaian hadiah sesi mengambil
gambar bersama penceramah dan para peserta sebagai kenangan. Berdasarkan
keseluruhan seminar ini, kesemua peserta rata-rata sangat berpuas hati dengan input yang
diberikan dan mengharapkan dapat diaplikasikan di sekolah jika berlaku sebarang
kemalangan dan perkara yang tidak diingini.
Berdasarkan seminar yang dijalankan ini, saya mendapati banyak keberkesanan yang
diperolehi oleh peserta bagi membantu kanak-kanak di prasekolah ketika berlaku sebarang
kecemasan. Antaranya peserta seminar dapat mengetahui kepentingan mempelajari
kemahiran asas dalam pertolongan cemas untuk membantu kanak-kanak prasekolah. Ilmu
asas pertolongan cemas amat berguna kerana pertolongan awal yang diberikan kepada
mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Ilmu pengetahuan pertolongan
cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau
18

kumpulan mesti terdapat salah seorang yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi
pertolongan cemas.

Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan

berlakunya kes-kes kecemasan. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan cemas
mengikut tindakan yang betul.
Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Ilmu
pertolongan cemas boleh dipelajari melalui latihan khas yang disediakan oleh pakar dalam
bidang perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan sedemikian juga
dikendalikan oleh organisasi dan pertubuhan untuk ahli-ahli mereka.

Antara organisasi

yang melatih ahli-ahlinya pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas seperti


Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam, Kadet Bomba dan St
John Ambulan. Latihan pertolongan cemas lebih sesuai dilakukan dengan menghadiri kelas.
Bagi mereka tidak berkesempatan melakukan sedemikian boleh juga mempelajarinya
melalui buku. Apa yang dibaca itu boleh dijadikan sebagai panduan asas apabila memberi
pertolongan cemas.
Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk
membantu orang lain. Dalam kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri sendiri.
Banyak kes kemalangan yang berlaku ketika tiada orang lain berhampiran.
Dalam kes sedemikian, mangsa perlu bertindak sendiri untuk menyelamatkan diri.
Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad. Namun amat berguna untuk mengelak
daripada kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan mudah kecemasan terhadap diri
sendiri mungkin satu tindakan menyelamatkan nyawa.
Justeru, mempelajari asas pertolongan cemas amat penting. Wanita yang tinggal di
rumah bersama anak-anak amat perlu mengetahui asas pertolongan cemas.

4.0 Rumusan

Seminar pertolongan cemas kanak-kanak yang dijalankan ini sangat membantu guru
prasekolah untuk mendapatkan kemahiran asas bagi menyalamatkan mangsa. Setiap
pertolongan yang diberikan akan membantu mangsa untuk mendapatkan bantuan sebelum
bantuan perubatan sampai. Jadi, sepanjang seminar ini dijalankan peserta seminar
19

didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk merawat mangsa seperti mangsa yang
mengalami patah,luka, tercekik, melecur dan lemas. Memberi pertolongan cemas
memerlukan tindakan dan kaedah yang betul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran
pertolongan cemas, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin menyebabkan kesan tidak
seperti diharapkan.
Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah asas sudah memadai berbanding tiada
langsung. Pertolongan cemas yang diberikan oleh guru kepada mangsa mungkin dapat
menyelamatkan nyawa mangsa. Satu tindakan mudah penting untuk membantu masalah
berkaitan sistem pernafasan dan pendarahan. Bantuan pernafasan yang betul penting bagi
memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan pernafasan memerlukan tindakan pantas dalam
tempoh beberapa minit. Jika tiada seseorang yang tahu melakukan bantuan pernafasan di
tempat kejadian, sudah terlambat untuk mendapat bantuan orang lain di tempat lain.
Oleh itu, adalah sangat wajar seminar yang dijalankan ini dapat diteruskan lagi pada
masa akan datang untuk mendedahkan kepada setiap orang kepentingan pengetahuan
kemahiran asas pertolongan cemas. Walaupun bukan untuk menyelamat orang lain, paling
tidak untuk diri sendiri sebagai langkah keselamatan dan tidak panik apabila berhadapan
dengan situasi yang mencemaskan.
.

Bibliografi

Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah. 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

20

Noriati A.Rashid,Boon Poo Ying & Wong Kiet Wah. 2010. Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru : Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Buku Manual Pertolongan Cemas. 2010. Bulan Sabit Merah Malaysia : Pahang
http://zaim-al-humaidi.blogspot.my/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-cemas-asasdlm.html ( Diakses pada 28 Ogos 2015, 8.55 pm)
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=22818 (Diakses pada 28 Ogos 2015,
9.30pm)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm (Diakses pada 30
Ogos 2015, 10.30 pm)
http://smp.townplan.gov.my/?p=2869 ( Diakses pada 30 Ogos 2015, 10.45 pm)
https://www.academia.edu/4044983/Pendekatan_Amali_Pelbagai_Intensif_API_Dalam_
Latihan_Pertolongan_Cemas ( Diakses pada 1 September 2015, 9.45 am)
http://bruneiredcrescentsociety.blogspot.my/2012/08/asas-pertolongan-cemas-perludipelajari.html ( Diakses pada 1 Sepetember 2015, 10.00 am)
http://drmuda.gov.my/old/GP/ML_skop07_U3.html ( Diakses pada 1 September 2015,
10.45 am)

Lampiran

21

Anda mungkin juga menyukai