Anda di halaman 1dari 10

NAVAMALAR A/P MUNIANDY

827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

Berdasarkan case study tersebut, jawab soalan-soalan berikut:-


1. Nyatakan lima (5) perbezaan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Devon dan
Isabella.

Kepimpinan merupakan proses yang melibatkan orang bawahan, penggunaan kuasa di

kalangan pemimpin, mempengaruhi dan mengarah tindak tanduk orang bawahan dalam

pelbagai cara bagi mencapai matlamat organisasi. Proses ini melibatkan hubungan atau

komunikasi dua hala antara orang yang memimpin dengan orang yang dipimpin. Justeru,

tugas pemimpin adalah mempengaruhi orang bawahannya supaya mengikuti tanggungjawab

yang hendak dilaksanakan ke arah satu matlamat yang dirancang (Sheeila Krishnan, dan

Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor, 2018).

Dalam case study ini, Devon mengamalkan gaya kepimpinan transaksional. Devon

berpendapat bahawa seseorang pemimpin perlu menggunakan ganjaran dan hukuman untuk

motivasi orang bawahan. Dia menjadikan tugas atau tanggungjawab para pekerja kurang

sukar dan mencabar. Dia juga memberikan tunjuk ajar dan sumber yang secukupnya untuk

melaksanakkan sesuatu tugas. Selain itu, dia memimpin pekerjanya dengan menetapkan

tujuan untuk dicapai. Dia memiliki kekuatan yang cukup untuk menilai dan melatih

pekerjanya. Dia menggunakan ganjaran dan hukuman untuk memotivasi pengikutnya.

Sebagai pemimpin transaksional, Devon fokus pada tugas dan tanggungjawab yang harus

dilakukan oleh setiap pekerja untuk mencapai sesuatu tujuan. Jenis kepemimpinan ini

memerlukan pengawasan yang ketat dan rapi dari pemimpin untuk mencapai matlamat

organisasi. Devon juga berpendapat bahawa setiap pemimpin perlu membimbing pekerjanya

dengan rasa adil dan ganjaran serta hukuman juga perlu diberi dengan adil. Dengan itu,

pekerjanya akan menujukkan prestasi yang tinggi dan berpuas hati dengan pekerjaan mereka.

Sebaliknya, Isabella mengamalkan gaya kepimpinan transformasional. Isabella

menggunakan karisma dan semangat untuk menginspirasi orang bawahan. Isabella


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

berpendapat bahawa pemimpin harus memotivasikan pasukannya secara berterusan untuk

mencapai matlamat dalam organisasi. Justeru itu, seseorang pemimpin harus mencabar

pekerjanya untuk menuju ke hadapan dan menyumbang idea mereka untuk kejayaan

organisasi. Berkongsi visi dengan pekerja dan mempunyai tujuan yang sama dengan mereka

adalah strategi utama Isabella yang membolehkan mencapai dan mengekalkan daya saing di

pasaran. Sementara itu, dia memotivasikan setiap pekerja untuk menjadi lebih kreatif dan

berinovasi kerana ia dapat mempengaruhi prestasi organisasi dengan sebaik mungkin.

Isabella berpendapat bahawa hanya kakitangan yang bermotivasi tinggi dapat membantu

organisasi untuk mencapai hasil yang lumayan. Dia cenderung menjadi pemimpin

transformasi yang memotivasikan pekerjanya untuk menjadi cekap dan berkesan. Ciri

pemimpin seperti ini adalah perkara terpenting dalam mencapai matlamat organisasi.

Pemimpin transformasional juga bertindak sebagai model peranan dan motivator yang

menawarkan visi, kegembiraan, dorongan, semangat dan kepuasan kepada orang bawahan.

Pemimpin transformasional juga sentiasa mencari idea baru yang membantu seluruh

organisasi mencapai wawasannya.

Lima (5) perbezaan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Devon dan Isabella.

 Devon mengamalkan kepimpinan transaksional, di mana dia menggunakan ganjaran

dan hukuman untuk memulakan pengikutnya. Malah, Isabella mengamalkan

kepimpinan kepimpinan transformasional, di mana dia menggunakan karisma dan

semangat untuk mempengaruhi pengikutnya.

 Dalam kepimpinan Devon, terdapat tekanan pada hubungan dengan pengikutnya.

Sebaliknya, Isabella meletakkan tekanan pada nilai, kepercayaan dan keperluan

pengikutnya.
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

 Kepimpinan Devon berfungsi untuk memperbaiki keadaan semasa organisasi.

Sebaliknya, kepimpinan Isabella berfungsi untuk mengubah keadaan semasa

organisasi.

 Dalam kepimpinan Devon, hanya ada satu pemimpin dalam satu kumpulan. Berbeza

dengan kepemimpinan Isabella, di mana terdapat lebih daripada satu pemimpin dalam

satu kumpulan.

 Devon memfokuskan ke arah perancangan dan pelaksanaan berbanding Isabella yang

mempromosikan inovasi.

2) Pada pendapat anda, jenis gaya kepimpinan manakah yang paling berkesan untuk
diamalkan di sekolah, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Devon atau Isabella?
Berikan sebab.

Pada pendapat saya, tidak ada gaya kepimpinan standard yang paling sesuai untuk

semua keadaan. Oleh itu, sekolah tidak boleh bergantung pada gaya kepimpinan tunggal. Ia

mesti menggunakan gaya kepimpinan yang diperlukan mengikut keperluan dan keadaan

lazimnya. Kedua-dua kepimpinan boleh menjadi berkesan, tetapi saya akan memilih gaya

kepimpinan Isabella, iaitu kepimpinan transformasional untuk diamalkan di sekolah.

Menurut Kalaivani Muniandy dan Azlin Norhaini Binti Mansor (2018), organisasi

yang efektif memerlukan kepimpinan yang mantap dan pencapaian sesebuah sekolah

bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan dalam sekolah tersebut. Amalan

kepimpinan dan gaya kepimpinan boleh mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan

organisasi.

Dalam meniti arus kemodenan dan pascainovasi dalam dunia pendidikan yang

semakin mencabar, seseorang pemimpin perlu mengamalkan kepimpinan yang mengorak

perubahan yang positif di sekolah. Kepimpinan transformasi merupakan salah satu amalan

kepimpinan yang berkesan dalam sesebuah organisasi kerana amalan kepimpinan ini
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

menekankan corak pentadbiran secara bersama di antara pemimpin sekolah dengan komitmen

guru (Sheeila Krishnan, dan Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor, 2018). Kepimpinan

transformasional merupakan proses yang membenarkan wawasan pemimpin dikembangkan

segera ke seluruh organisasi. Ia membantu untuk berlaku perubahan besar dalam sikap

kakitangan bagi mencapai matlamat organisasi dan wawasan pemimpin.

Transformasi sistem pendidikan abad ke-21 merupakan satu cabaran kepada guru

besar bagi meningkatkan tahap motivasi, semangat kerjasama serta mengekalkan komitmen

guru secara berterusan. Kepimpinan transformasional perlu diamalkan di sekolah untuk

mencapai objektif, misi dan visi sekolah. Kepimpinan transformasional dapat membantu

membangunkan matlamat sekolah, arah hala tuju sekolah dan memudah cara pekerja serta

tindak balas terhadap perubahan organisasi (Saravanan Munian dan Shahizan Hasan, 2020).

Gaya kepemimpinan transformasional dapat membantu dalam meningkatkan

komitmen kerja guru bagi mencapai matlamat sekolah. Sementara itu, kepimpinan

transformasional boleh mendorong para guru memindah nilai dan kelakuan mereka supaya

mempunyai tanggungjawab terhadap misi dan visi Pendidikan.

Tambahan pula, gaya kepemimpinan transformasional dapat mendorong para guru

dalam meningkatkan komitmen kerja untuk mencapai matlamat kerja. Kepimpinan

transformasional juga membantu guru besar untuk membina kesedaran, memberi motivasi

kepada para guru dan mempengaruhi mereka untuk mengutamakan keperluan dan

kepentingan kumpulan bagi membawa kebaikan kepada para murid. Pemimpin

transformasional menggalakkan para guru supaya boleh berkorban untuk organisasi demi

mencapai kemajuan.

Kepimpinan transformasional dapat membantu memajukan kakitangan sekolah dan

menetapkan budaya sekolah kolaboratif dan tahap profesionalisme. Kakitangan di sekolah

bercakap, melihat, mengkritik dan merancang bersama-sama. Kewajipan bersama dan


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

penambahbaikan yang berlanjutan mendorong mereka untuk mengajar antara satu sama lain

cara untuk mengajar dengan lebih baik. Pemimpin transformasional melibatkan para guru

dalam penetapan matlamat kolaboratif, menurunkan pengasingan guru, menggunakan

mekanisma birokrasi untuk menyokong perubahan budaya, berkolaborasi kepimpinan dengan

orang lain dengan mewakilkan kuasa dan berkomunikasi secara aktif mengenai norma dan

pegangan sekolah.

Di samping itu, kepimpinan transformasional membantu membina pembangunan

guru. Motivasi guru untuk pembangunan meningkat apabila mereka mengharapkannya

dengan matlamat kemajuan profesional. Proses ini akan menjadi lebih senang apabila mereka

amat komited dengan misi sekolah. Apabila pemimpin memberi peluang kepada para guru

untuk melibatkan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah bukan rutin berkaitan

peningkatan sekolah, mereka perlu menetapkan matlamat yang jelas dan bercita-cita tinggi

tetapi bukan yang tidak praktikal.

Di samping itu, kepimpinan tranformasional mendorong guru menyelesaikan masalah

dengan lebih berkesan. Kepimpinan transformasional dijunjung oleh sesetengah orang,

kerana ia membantu guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti baru dan menunjukkan

"usaha tambahan". Pemimpin- pemimpin transformasional mementingkan amalan untuk

menghulurkan bantuan kepada kakitangan untuk bekerja dengan lebih mahir, dan bukannya

bekerja dengan lebih keras. Pemimpin-pemimpin transformasional ini berkongsi kepercayaan

yang murni bahawa kakitangan mereka sebagai satu kumpulan dapat melakukan penyelesaian

yang lebih bijak daripada guru besar itu melakukannya secara perseorangan.

Kejayaan sebuah negara dikaitkan dengan taraf pendidikan yang diterima oleh rakyat

negara tersebut. Maka, sesebuah sekolah akan mencapai kejayaan apabila terdapat

kepimpinan yang berkarisma di sekolah. Pencapaian pelajar boleh menjadi sangat baik

melalui kepimpinan transformasional. Sekolah-sekolah di mana guru-guru dan pelajar


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

didapati mempunyai budaya yang kondusif untuk kejayaan sekolah mempunyai pemimpin

transformasi sebagai teras kepimpinannya.

3) Andaikan anda adalah seorang Pengetua yang baru dilantik di sekolah TS 25, gaya
kepimpinan manakah yang anda akan pilih untuk dilaksanakan di sekolah tersebut?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha

Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah

yang berkualiti. TS25 akan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan

dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan

hasrat yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -

2025.

Berdasarkan hasrat dan objektif yang terkandung dalam program TS25 ini, peranan

pengetua selaku pemimpin di sekolah TS25 adalah sangat penting untuk memastikan

kesemua objektif itu dapat direalisasikan. Proses reformasi sekolah seperti yang dinyatakan

dan cuba diimplementasikan dalam sekolah TS25, telah berevolusi saban tahun dan telah

menjadikan aspek kepimpinan sekolah semakin kompleks. Pakar penyelidik pendidikan

menyatakan bahawa pentadbir tidak lagi bertindak sebagai pentadbir di sekolah malah

mencakupi sehingga sebagai pemimpin komuniti.

Oleh itu, bagi memastikan keberkesanan sesebuah sekolah, pemimpin perlu bijak

dalam memilih amalan kepimpinan dalam mentadbir dan mengurus organisasi. Amalan
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

pemilihan kepimpinan yang jelas sangat penting untuk mencapai hasrat dan hala tuju yang

cuba diwujudkan. Kemenjadian murid yang berkualiti adalah fokus yang utama.

Andaikan saya adalah seorang Pengetua yang baru dilantik di sekolah TS25, saya

akan memilih kepimpinan instruksional untuk dilaksanakan di sekolah tersebut. Menurut

Ahmad Fauzi Bin Ahmad (2014), kepimpinan instruksional merupakan keupayaan seorang

pemimpin sekolah untuk mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku para

pendidik bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Seorang pemimpin perlu menentu dan

menyebar matlamat organisasi bersama-sama dan bekerjasama secara kolaboratif dengan

kakitangan untuk mengenal pasti dan menerangkan matlamat sekolah.

Matlamat ini digunakan untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan

organisasi, menentukan amalan pengajaran, penetapan penggunaan dan pembelian bahan

kurikulum yang berimpak tinggi serta membina sasaran untuk lonjakan kemajuan sekolah.

Matlamat ini menjadi fokus utama untuk dicapai.

Oleh itu, sebagai pengetua saya akan menetapkan hala tuju yang jelas dan realistik

untuk di capai oleh sekolah. Visi dan misi sekolah adalah asas penting yang perlu

dibangunkan. Ianya menjadi tanggungjawab pengetua sekolah untuk berjuang merealisasikan

matlamat itu melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Ini jelas dinyatakan dalam elemen pertama yang terkandung dalam Instrumen

Pemantauan Pelaksanaan Program Sekolah TS25. Seorang pemimpin perlu bijak dalam

merancang, melaksana, menentukan hala tuju, mengawal dan dapat membuat analisis setiap

perubahan yang berlaku di sekolah. Ini menunjukkan betapa pentingnya fungsi pemimpin

sekolah dalam mencapai matlamat sekolah.

Sementara itu, pemimpin sekolah hendaklah mewujudkan pembangunan profesional

sekolah secara meluas. Selaku Pengetua sekolah TS25 menerusi Kriteria Pengurusan

Sekolah, saya dikehendaki mewujudkan dan menyokong pihak Middle Leaders Team (MLT)
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

atau Pemimpin Pertengahan dalam mengaplikasikan fungsi dan peranan mereka. Bimbingan

yang dijalankan oleh saya sebagai pengetua kepada barisan MLT ini perlu dilaksanakan

secara profesional dan sistematik. Hasil dan pencapaian yang disasarkan dalam bimbingan

hendaklah dianalisis dan dibentangkan dan seterusnya proses penambahbaikan dapat

diamalkan. Dalam hal ini konsep ‘Plan Do Check dan Action’ dapat dijalankan untuk

memperoleh hasil yang lebih berkualiti. Inilah yang diistilahkan sebagai bimbingan secara

profesional dan terancang.

Seterusnya, pengetua TS 25 juga perlu mengurus program instruksional dengan

penetapan menyelia dan menilai untuk memastikan matlamat sekolah dapat diterjemahkan

kepada kualiti pengajaran di bilik darjah. Hal ini melibatkan penyelarasan objektif bilik

darjah guru dengan sekolah, menyediakan bantuan pengajaran kepada guru dan memantau

pengajaran bilik darjah melalui pencerapan dalam kelas. Maklum balas disampaikan kepada

guru untuk penyeliaan dan penilaian yang berkaitan dengan amalan pengajaran guru.

Oleh itu, saya sebagai pengetua perlu menujukkan kesungguhan dalam penyeliaan

dan penilaian guru untuk tujuan penambahbaikan kualiti PdPC yang sepatutnya. Penarafan

guru yang menerapkan Pembelajaran Abad Ke 21 juga hendaklah diamalkan oleh pengetua

sekolah TS25. Elemen ini juga terkandung dalam Instrumen Pemantauan Pelaksanaan

Program TS25 di bawah elemen Keupayaan Kepimpinan. Menurut Ahmad Fauzi Bin Ahmad

(2014), pengetua sebagai pemimpin instruksional perlu memastikan PdPC serta aktiviti

akademik dirancang dan diamalkan dengan baik, proses PdPC dilaksanakan dengan baik dan

teratur serta melahirkan pengurusan akademik yang terancang agar guru dapat mengajar

dengan berkesan.

Selanjutnya, pengetua TS25 juga berperanan untuk membina Iklim Pembelajaran

yang positif dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur. Pengetua selaku

pemimpin instruksional, seharusnya melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

jangkaan disiplin yang jelas dan berjuang ke arah meningkatkan komitmen guru kepada

sekolah. Seorang pemimpin instruksional merupakan agen perubahan dan bertanggungjawab

untuk melahirkan persekitaran sekolah yang kondusif yang dapat memberi impak yang

penting dalam kecemerlangan pelajar (Ahmad Fauzi Bin Ahmad, 2014).

Begitu juga,pPengetua sekolah TS25 hendaklah memastikan semua kelas disediakan

dan penggunaan ‘parking lot’ diaktifkan dengan betul. Ini ditetapkan dalam Elemen

Persekitaran Kerja. Ia dapat mendorong dalam mewujudkan PdPC yang berkualiti dan

bercirikan PAK21. Sudut penghargaan hasil kerja murid hendaklah diwujudkan dalam bilik

darjah dan kawasan persekitaran sekolah untuk melahirkan iklim pembelajaran yang positif.

Sudut yang dibangunkan ini hendaklah sentiasa dikemas kini dan bukannya disediakan hanya

untuk sekadar memenuhi kehendak kriteria dan elemen dalam instrumen pemantauan

pelaksanaan program TS25.

Seterusnya, pengetua TS25 perlu memaklumkan perkembangan pelaksanaan program

yang telah dilakukan dalam memenuhi kehendak seperti yang terkandung dalam instrumen

pemantauan pelaksanaan program TS25 kepada PPD dalam urusan harian sekolah. Laporan

perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PinTas) juga hendaklah

didokumentasikan, begitu juga dengan status perbelanjaan kewangan sekolah. Laporan

berkaitan dengan perkembangan prestasi guru dan staf juga merupakan peranan pihak

pentadbiran TS25.

Oleh hal yang demikian tidak dapat dinafikan untuk mencapai matlamat, hala tuju dan

objektif TS25 adalah merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh semua guru sekolah dalam

program TS25. Pemimpin adalah sebagai kunci utama dalam mentadbir sesebuah organisasi

yang membezakan sama ada berjaya ataupun tidak.

Pada keseluruhannya, pelaksanaan TS25 oleh KPM dan juga dalam kurikulum

pendidikan yang terkandung dalam PPPM 2013 - 2025 adalah usaha untuk membentuk
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
827317
SGDU 5163 STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

kecemerlangan minda murid agar mampu bertarung dengan negara maju. Cabaran ini

memerlukan komitmen dan keupayaan kepimpinan pentadbir sekolah dalam mengurus agar

semua objektif TS25 dapat dicapai. Amalan kepimpinan instruksional oleh pengetua dilihat

sebagai salah satu indikator sangat penting yang perlu diberi perhatian untuk merealisasikan

hasrat sekolah TS25 demi mencapai kemenjadian murid berkualiti yang bertaraf global.

RUJUKAN

Ahmad Fauzi Bin Ahmad (2014). Kepimpinan Instruksional Dalam Peningkatan Pengajaran
Dan Pembelajaran Yang Berkesan Dalam Kalangan Pensyarah. Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, Umiversiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Sheeila Krishnan, dan Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor (2018). Kepimpinan Transformasi
Guru Besar dan Komitmen Guru di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi (SBT) di Negeri
Selangor. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kalaivani Muniandy dan Azlin Norhaini Binti Mansor (2018). Kepimpinan Transformasional
Guru Besar dan Hubungannya dengan Tahap Efikasi Kendiri Guru. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saravanan Munian dan Shahizan Hasan (2020). Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi
Guru Besar dengan Komitmen Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Rendah di Daerah
Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai