Anda di halaman 1dari 4

Autokratik

1. Guru Besar saya hanya melibatkan pihak pentadbir sekolah dalam


membuat keputusan.
2. Guru Besar saya tidak menghiraukan cadangan yang dibuat oleh para
guru kerana beliau tidak mempunyai masa untuk mereka.
3. Guru Besar saya mengarahkan apa yang harus dilakukan dan bagaimana
melakukan sesuatu perkara.
4. Guru Besar akan menghantar mesej melalui e-mel, memo, atau mel
suara untuk mendapatkan maklumat penting daripada para guru. Beliau
jarang sekali mengadakan mesyuarat. Para guru diharap untuk bertindak
berdasarkan maklumat tersebut.
5. Apabila seseorang melakukan kesalahan, Guru Besar memberitahu
mereka dengan nada yang kasar untuk tidak mengulangi perkara
tersebut.
6. Pekerja baru tidak dibenarkan membuat keputusan melainkan
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.
7. Guru Besar mengawasi para guru dengan teliti untuk memastikan
mereka berprestasi dengan betul.
8. Guru Besar suka akan kekuatan yang dipegang oleh kepemimpinan
beliau terhadap pekerja bawahan.
9. Guru Besar mengarah atau mengancam para guru dengan hukuman agar
mereka dapat mencapai objektif organisasi.
10. Guru Besar mengkritik kerja yang tidak baik.
11. Guru Besar bercakap dengan cara yang tidak boleh dipersoalkan.
12. Guru Besar enggan menjelaskan tindakan beliau kepada para guru.
13. Guru Besar bertindak tanpa berunding dengan para guru.
14. Guru Besar menggalakkan para guru untuk kerja lebih masa.
15. Guru Besar meminta para guru untuk bekerja lebih keras.
Demokratik
1. Guru Besar selalu berusaha berunding dengan para guru sebelum
mengambil sesuatu keputusan. Namun, keputusan akhir akan diambil
oleh beliau.
2. Guru Besar meminta idea para guru dan menggunakannya dalam
rancangan dan projek yang akan datang.
3. Guru Besar mendapatkan persetujuan setiap individu atau majoriti
untuk meluluskan sesuatu keputusan utama dalam organisasi sekolah.
4. Guru Besar bermesyuarat dengan para guru untuk mendapatkan nasihat
jika ada yang tidak menyenangkan berlaku di sekolah.
5. Guru Besar membenarkan para guru mengambil bahagian dalam proses
membuat keputusan.
6. Guru Besar membenarkan para guru untuk menentukan apa yang perlu
dilakukan di sekolah dan bagaimana melakukannya.
7. Guru Besar memberi hak kepada para guru untuk menentukan objektif
mereka sendiri.
8. Guru Besar merupakan seorang yang peramah dan mudah didekati.
9. Guru Besar membenarkan para guru untuk menetapkan keutamaan
dengan bimbingan beliau.
10. Guru Besar menyerahkan tugas atau program yang baru kepada para
guru dengan lebih yakin.
11. Guru Besar suka menggunakan kuasa kepemimpinan beliau untuk
membantu perkembangan para guru.
12. Guru Besar meluangkan masa untuk mendengar masalah yang dihadapi
oleh para guru.
13. Guru Besar memberi keselamatan kepada para guru.
14. Guru Besar memberi kebebasan kepada para guru untuk menggunakan
kreativiti dan kepintaran mereka dalam menyelesaikan masalah
organisasi.
15. Guru Besar memberi kebebasan kepada para guru untuk memimpin diri
mereka dengan sebaik mungkin.
16. Guru Besar bersedia untuk menolong para guru di sekolah.
17. Guru Besar membuat para guru merasa lebih selesa ketika bercakap
dengan beliau.
18. Guru Besar sanggup melakukan perubahan.
Transformasional
1. Guru Besar tetap tenang semasa menghadapi keadaan krisis.
2. Guru Besar membelakangi kepentingan beliau demi untuk kebaikan para
guru.
3. Guru Besar memberi jaminan bahawa para guru boleh mengatasi
rintangan.
4. Guru Besar menunjukkan bakat dan kemampuan yang luar biasa dalam
sebarang hal yang dilaksanakan oleh beliau.
5. Tingkah laku Guru Besar menimbulkan penghormatan saya terhadap
beliau.
6. Guru Besar menetapkan prestasi pencapaian yang tinggi.
7. Guru Besar bercakap secara optimis tentang masa depan.
8. Guru Besar dapat membayangkan kemungkinan baharu yang lebih baik.
9. Guru Besar menyuarakan keyakinan beliau terhadap para guru dalam
mencapai matlamat.
10. Guru Besar memberi galakkan yang berterusan.
11. Guru Besar bercakap dengan penuh minat tentang apa yang harus
dilengkapkan.
12. Guru Besar menyatakan dengan jelas tentang visi dan masa depan
sekolah.
13. Guru Besar menggalakkan pemikiran baharu dalam menghadapi
masalah lama.
14. Guru membolehkan para guru melihat masalah dari pelbagai sudut.
15. Guru Besar mendorong para guru memikirkan semula idea-idea yang
sebelum ini tidak pernah dipersoalkan.

Anda mungkin juga menyukai