Anda di halaman 1dari 11

NAVAMALAR A/P MUNIANDY

825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
Tugasan 1 (Individu)

Kepimpinan transformasional dan hubungannya dengan kepuasan kerja subordinat.

1. Ciri-ciri teori kepimpinan transformasional.

Mengikut takrifan kamus dewan (2002), kepimpinan ialah keupayaan untuk

memimpin. Kepimpinan adalah suatu proses komunikasi dan interaksi sosial yang kian

diperkatakan oleh masyarakat dewasa ini. Kepimpinan adalah suatu kualiti individu untuk

mencapai matlamat organisasi. Kepimpinan amat penting di sesuatu organisasi kerana

seorang pemimpin merupakan tunjang yang membentuk organisasi yang sempurna.

Seorang pemimpin merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengurus

sesebuah organisasi. Pemimpin perlu menentukan hala tuju masa depan sesuatu organisasi

untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu organisasi. Oleh yang demikian, seseorang

pemimpin perlu berinisiatif untuk merealisasikan impiannya walaupun melalui pelbagai

cabaran. Menurut Gobinatan Vijian dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2020), pemimpin ialah

bagaikan seorang ‘hero’ atau watak utama yang menjadi pusat untuk menjayakan matlamat

dengan menyatupadukan semua aspek ke bawah payung.

Terdapat beberapa teori kepimpinan yang patut dimiliki oleh para pemimpin untuk

mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif di tempat kerja. Teori kepimpinan

dikategorikan kepada dua, iaitu teori tradisional dan teori semasa. Teori tradisional

merangkumi tret, tingkah laku dan situasi. Manakala teori semasa merangkumi moral dan

transformasi.

Bagi tugasan ini saya memilih kepimpinan tranformasional. Kepimpinan

transformasional merupakan satu proses yang membenarkan wawasan pemimpin

dikembangkan segera ke seluruh organisasi. Ia membantu untuk berlaku perubahan besar

dalam sikap kakitangan bagi mencapai matlamat organisasi dan wawasan pemimpin.
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
Menurut Bass (1985), kepimpinan transformasional adalah satu idea untuk meningkatkan

kesedaran tentang isu-isu kepimpinan di kalangan pengikut. Peningkatan kesedaran ini

penting untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai wawasan, berkeyakinan diri,

mempunyai kekuatan dalaman untuk memperjuangkan apa yang dirasakan baik serta benar

baginya dan bukannya yang popular pada masa itu (Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor

Azmi Mohamad, Ishak Mad Shah, 2002).

Seterusnya, kepimpinan transformasional merupakan satu elemen yang sangat penting

bagi meningkatkan kualiti pekerja pada masa sekarang. Menurut Azriati Abu Bakar (2016)

gaya kepimpinan transformasional dapat meningkatkan prestasi dan kualiti kerja subordinat

serta meningkatkan prestasi organisasi ke arah berprestasi tinggi.

Seseorang pemimpin yang efektif perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan

transformasional. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional akan

memberi peluang kepada subordinat untuk membuat keputusan. Ia juga membantu subordinat

untuk berkreativiti, menjadi pendengar yang baik, menetapkan matlamat yang mampu

dicapai, bersifat terbuka, yakin dan percaya dengan keupayaan diri sendiri dan juga menjadi

role model yang baik dan berkesan. (Hishamuddin Shah Bin Mokri, Mohd Rizal Bin Atan,

Supian Bin Hashim, 2013). Pemimpin transformasional mempunyai pengaruh yang kuat ke

atas melahirkan sesebuah organisasi yang berkualiti melalui orientasi kepimpinan yang

diamalkan.

Memupuk Pengaruh yang Ideal Pertimbangan Berasaskan Individu

Kepimpinan
Transformasional

Motivasi Beinspirasi Membina Rangsangan Intelektual


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

Rajah 1 Model Kepimpinan Transformasional Slocum dan Hellriegel (2007)


Gambar rajah diatas merupakan model yang dibina oleh Slocum dan Hellriegel

(2007). Menurut Slocum dan Hellriegel, kepimpinan transformasional terbahagi kepada

empat dimensi utama. Dimensi tersebut terdiri daripada sikap yang menunjukkan

pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual, meningkatkan motivasi

berinspirasi dan memupuk pengaruh yang ideal dalam kalangan pengikut. Keempat-empat

dimensi ini adalah melibatkan suatu keupayaan pemimpin dalam mempengaruhi pengikutnya

melalui tingkah laku kepimpinan yang diamalkan. (Khalip Musa, Hamidah Yusof,

Jamal@nordin Yunus, Suriani Abdul Hamid, 2014).

Dimensi pertama adalah pertimbangan berasaskan individu. Perhatian dan tumpuan

terhadap potensi dan keperluan tertentu dalam pembangunan profesionalisme staf perlu

diutamakan dalam kepimpinan transformasional. Seorang pemimpin perlu peka terhadap

keperluan staf agar menjadikan mereka lebih bersemangat tinggi untuk bekerja (Aziz bin

Tahir, Ahmad Zamri bin Mansor dan Ghazali bin Darusalam, 2018).

Dimensi seterusnya ialah rangsangan intelektual. Ia merupakan satu usaha pemimpin

untuk mencetuskan daya pemikiran positif berkenaan masalah yang dihadapi oleh subordinat.

Pemikiran secara inovatif membantu pemimpin transformasional bertindak balas secara

berlainan dalam menangani sesuatu masalah. Secara amnya, pemimpin transformasional

melatih subordinat untuk berfikir secara kreatif dan tidak menyalahkan antara satu sama lain.

Menurut Abdullah dan Ainon, 2007, pemimpin transformasional menjadikan subordinat

mengenalpasti cabaran dan menjadikan mereka orang yang berani menghadapinya (Aziz bin

Tahir, Ahmad Zamri bin Mansor dan Ghazali bin Darusalam, 2018). Pemimpin

transformasional perlu berfikir di luar kotak dan di luar jangkaan.


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
Di samping itu, motivasi berinspirasi penting bagi meningkatkan fokus di kalangan

subordinat. Motivasi ini membantu seorang pemimpin menjadi lebih bertanggungjawab dan

meletakkan komitmen di kalangan kakitangan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks ini,

pemimpin transformasional perlu menyuntik semangat dan sokongan moral di samping

menyediakan kemudahan dan keperluan dalam mengekalkan motivasi subordinat bagi

mencapai matlamat. Penggunaan kata-kata yang memberangsangkan, pujian, menaikkan

semangat dan simbolik adalah antara contoh pengamalan tingkah laku motivasi berinspirasi

di kalangan subordinat untuk melahirkan keinginan bekerja dengan cemerlang.

Menurut Bass (1998), pengaruh yang ideal ditonjolkan dalam kepimpinan

transformasional apabila seseorang pemimpin itu menetapkan matlamat untuk dicapai pada

masa akan datang dan mampu menerangkan serta memimpin subordinat ke arah menjayakan

matlamat yang diaspirasikan dengan menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti (Aziz bin

Tahir, Ahmad Zamri bin Mansor dan Ghazali bin Darusalam, 2018). Kualiti dalaman

seseorang manusia boleh dilihat melalui keyakinan diri, tenaga, visi, arah tuju dan kekuatan.

Pemimpin transformasional perlu mengamalkan perlakuan yang positif bagi mendapat

kepercayaan dan ketaatan subordinat. Antara perlakuan positif yang boleh diamalkan adalah

seperti berikut,

a) Mempamerkan nilai moral dan etika yang tinggi

b) Mempertimbangkan keperluan orang lain melebihi keperluan sendiri

c) Menggunakan kuasa untuk menggerakkan kakitangan kea rah mencapai

kecemerlangan bukan untuk kepentingan peribadi

d) Mengambil risiko bersama-sama pengikut dalam menentukan dan

mencapai matlamat.

Mengikut Burns (1978), pemimpin yang mempunyai sifat karismatik juga memiliki

ciri-ciri tingkah laku yang unggul sebagai pemimpin (Aziz bin Tahir, Ahmad Zamri bin
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
Mansor dan Ghazali bin Darusalam, 2018). Karisma seorang pemimpin boleh dilihat dengan

keyakinan dan kepastian yang ditunjukkan dalam setiap tindakan. Di samping itu, karisma

seorang pemimpin tranformasional dinilai dari sikap pemimpin terhadap pembangunan

intelektual subordinat iaitu memberi sokongan kepada subordinat dalam menambah

pengetahuan serta mencetus paradigma baru dari kalangan subordinat dalam menggunakan

kapasiti pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif. Conger (1991), menyatakan bahawa

pemimpin karismatik membangunkan satu hubungan yang istimewa antara pemimpin dengan

pengikut dan merangsang pengikut dalam cara yang agak luar biasa. Kepimpinan karismatik

ini digambarkan oleh pengikut yang amat bersemangat tentang pemimpin dan idea-idea

pemimpin mereka, bekerja keras untuk menyokong mereka, kekal setia dan mencari

pencapaian superior (Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor Azmi Mohamad dan Ishak Mas

Shah, 2002).

Kajian yang dilakukan Awamleh (1991) menunjukkan bahawa pemimpin yang

menyampaikan ucapan-ucapan yang bercirikan wawasan, mempunyai gaya penyampaian

amanat yang kukuh dan mempunyai prestasi organisasi yang baik ditanggap sebagai

pemimpin yang berkesan dan berkarisma (Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor Azmi

Mohamad dan ishak Mad Shah, 2002).

Oleh yang demikian, pemimpin perlu menyediakan subordinat dengan keperluan-

keperluan untuk menghadapi cabaran dan perubahan dalam dunia moden ini. Menurut Bass

dan Avolio (1998) seorang pemimpin sanggup berkorban demi kepentingan organisasi dan

bersifat optimis terhadap visi dan misi yang ingin dicapai (Aziz bin Tahir, Ahmad Zamri bin

Mansor dan Ghazali bin Darusalam, 2018).


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

2. Perbincangan tentang bagaimana kepimpinan transformasional mempengaruhi

kepuasan kerja subordinat.

Sikap seorang pemimpin amat penting untuk memberikan kepuasan kerja kepada

subordinat di tempat kerja. Kepuasan kerja secara umum ialah faktor- faktor yang membantu

mewujudkan kehidupan yang sempurna dan tenteram kepada individu berkenaan. Ia

merupakan perasaan suka atau tidak yang ada pada seseorang pekerja terhadap kerjanya.

Kepuasan ini dapat membantu seseorang pekerja untuk mendapat keseronakkan sendiri

daripada pekerjaanya. Ia adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan

seseorang.

Menurut Kreither & Kinicki (2007) serta Manthis & Jackson (2006), kepuasan kerja

adalah persepsi positif pekerja terhadap pekerjaan sendiri yang boleh membawa kepada

seseorang pekerja dan menyebabkan seseorang itu bertindak secara positif terhadap

pekerjaannya. (Kong Chung Bing, Mohd Izham Mohd Hamzah, 2016). Di samping itu, Jazmi

Md. Isa (2009) menyatakan bahawa kepuasan kerja adalah satu keadaan emosi yang

menyeronokkan di mana hasil daripada tafsiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai

menyenangkan.

Jazmi Md. Isa (2009), dalam kajiannya menyatakan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja subordinat. Menurut

Abdul Ghani (2005), kepimpinan transformasional seorang pemimpin mampu meningkatkan

prestasi dan kepuasan kerja subordinat. Kajian Vicky dan Caroline (2001) mendapati bahawa

tahap pencapaian dan kepuasan kerja yang tinggi sering kali dikaitkan dengan pemimpin
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
yang mengamalkan kepimpinan transformasional (Choy Mun Wei dan Mohd Izham Mohd

Hamzah, 2018).

Amalan kepimpinan transformasional dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan

subordinat serta melahirkan kepuasan pekerja dan meningkatkan sikap bekerjasama di

kalangan pekerja (Fadhlah Alif Talib, Azlin Norhaini Mansor dan Shahlan Surat, 2019).

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional dapat membentuk

organisasi yang sistematik. Ali Yassin et al. 2013; Voon & Ayob 2011 menjelaskan bahawa

gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi mempengaruhi tahap kepuasan kerja secara

keseluruhan dalam pelbagai aspek kepuasan yang memberi kesan terhadap komitmen dan

produktiviti pekerjanya (Choy Mun Wei dan Mohd Izham Mohd Hamzah 2018). Kepimpinan

berkesan dan kepuasan kerja pekerja adalah dua faktor yang menjadi asas kejayaan sesebuah

organisasi. Menurut Voon & Ayob 2011, pekerja yang mempunyai kepuasan kerja yang

tinggi dapat memberi usaha yang lebih dalam tugas jabatan mereka dan mengejar

kepentingan organisasi. Sebuah organisasi yang menggalakkan kepuasan kerja pekerja yang

tinggi mampu mengekalkan dan menarik pekerja dengan kemahiran yang diperlukan (Choy

Mun Wei dan Mohd Izham Mohd Hamzah 2018).

Kepuasan subordinat memainkan peranan penting untuk kesejahteraan mereka di

sesebuah organisasi. Oleh itu, seorang pemimpin perlu bersikap jujur dalam menilai prestasi

pekerjanya. Sebagai ketua organisasi seorang pemimpin tidak patut memberi tekanan kerja

kepada orang bawahannya demi mencapai matlamat. Malah, seseorang pemimpin patut

memberi perhatian terhadap subordinat selari dengan salah satu dimensi kepimpinan

transformasional iaitu menunjukkan pertimbangan individu. Menurut Gobinatan Vijian dan

Jamalul Lail Abdul Wahab (2020) kepuasan subordinat merupakan salah satu faktor utama

menang kalahnya sesebuah organisasi. Subordinat perlu diberi penghargaan atau pujian dan

membimbing mereka supaya diri mereka tidak berasa seperti dihimpit dengan arahan dan

tugasan yang berterusan.


NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
Di samping itu, kepuasan kerja subordinat mempengaruhi tekanan kerja dan komitmen

kerjaya iaitu apabila seorang pekerja puashati dengan kerjanya maka tekanan mereka

semakin rendah dan apabila mereka tidak merasakan kepuasan kerja maka tahap tekanan juga

akan meningkat. Menurut Aziz bin Tahir, Ahmad Zamri bin Mansor dan Ghazali bin

Darusalam (2018) seorang pemimpin perlu bijak mengendalikan hubungan dan komunikasi

yang baik bersama pekerja bawahannya. Secara tidak langsung, perhubungan dan komunikasi

yang baik ini akan meningkatkan kepuasan kerja subordinat. Sebagai contoh seorang

pemimpin boleh menggunakan kaedah berpengaruh, kemas kini, selalu memberi penghargaan

ke atas tahap kerja yang baik, menaruh kepercayaan kepada kemampuan subordinat dan

sentiasa ada apabila diperlukan. Menurut Voon & Ayob (2011) pekerja yang mempunyai

kepuasan kerja yang tinggi mungkin memberi usaha yang lebih dalam tugas mereka dan

mengejar kepentingan organisasi. Sebuah organisasi yang menggalakkan kepuasan kerja

pekerja yang tinggi juga lebih mampu mengekalkan dan menarik balik pekerja dengan

kemahiran yang diperlukan (Choy Mun Wei dan Mohd Izham Mohd Hamzah, 2018).

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja berhubung kait dengan

kepimpinan transformasional secara positif. Oleh itu, pihak pemimpin perlu menguruskan

aktiviti yang lebih efektif bagi memastikan tahap kepuasan kerja di tahap yang tinggi.

Apabila kepuasan kerja dipenuhi, maka ia dapat meningkatkan prestasi subordinat dan

peningkatan kejayaan melalui pelbagai cara.

Setiap pemimpin perlu memberi penekanan dalam dimensi-dimensi kepimpinan

transformasional yang membantu meningkatkan kualiti subordinat. Menurut Fullen (2011)

kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada keterlibatan semua pihak. Ini

kerana untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang dan terbilang, setiap organisasi

perlu memberi perhatian kepada pelbagai cabang bergantung pada kelebihan bakat yang

dipunyai oleh subordinat (Choy Mun Wei dan Mohd Izham Mohd Hamzah, 2018). Semua

pemimpin perlu meneliti dan memahami setiap dimensi amalan kepimpinan transformasional
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION
serta diamalkan kepada semua pekerja bawahan supaya dapat mengubah keadaan semasa ke

suatu persekitaran kerja yang lebih cemerlang.

Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kepimpinan dalam sesuatu organisasi

adalah faktor penyumbang kepada motivasi dan secara tidak langsung ia memberi kesan ke

atas kepuasan kerja kepada subordinat. Tingkah laku atau gelagat pemimpin atau orang yang

berjawatan tinggi di sesuatu organisasi memberi kesan kepada subordinat atau orang

berjawatan rendah untuk lebih bermotivasi atau sebaliknya. Kepuasan kerja amat diperlukan

oleh setiap pekerja. Pekerja yang berpuas hati akan menghasilkan produktiviti dan kualiti

yang amat berguna kepada sesuatu organisasi. Sebaliknya pula, pekerja atau subordinat yang

tidak berpuas hati dari segi kerja maka ia akan mendorong kepada ketidakhadiran bekerja dan

seterusnya cenderung penurunan prestasi organisasi tertentu. Pemimpin memainkan peranan

yang amat penting dalam hal ini. Akhir kata, kejayaan sesebuah organisasi terletak pada

tangan pemimpinnya.
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

Rujukan
Aziz bin Tahir, Ahmad Zamri bin Mansor dan Ghazali bin Darusalam (2018). Amalan
Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Hubungannya Terhadap Kepuasan
Kerja Guru Sekolah Daerah Miri. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Azriati Abu Bakar (2016). Pengaruh Gaya Kepimpinan Transformasi Terhadap Kepuasan
Bekerja Dalam Kalangan Pekerja Di Lembah Klang, Selangor. KolejUniversiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Choy Mun Wei dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2018). Amalan Kepimpinan
Transformasional Pengetua Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fadhlah Alif Talib, Azlin Norhaini Mansor dan Shahlan Surat (2019). Amalan Kepimpinan
Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Kuala Langat.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gobinatan Vijian dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2020). Kepimpinan Transformasional
Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru-guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon
Kajang. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
Malaysia.

Hishamuddin Shah Bin Mokri, Mohd Rizal Bin Atan, Supian Bin Hashim (2013). Hubungan
Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di
Sekolah Kebangsaan Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia.

Jazmi Md. Isa (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Kepuasan Guru: Kajian
Perbandingan Antara SMKA Dengan SMK. Universiti Utara Malaysia.

Khalip Musa, Hamidah Yusof, Jamal@nordin Yunus, Suriani Abdul Hamid (2014).
Kepimpinan Transformasional Pengetua:Perbandingan Antara Sekolah Menengah
Awam Dan Swasta Cemerlang. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

Kong Chung Bing dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2016). Amalan Kepimpinan
Transformasi dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pentadbir
Sekolah Rendah Di Sarawak. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
NAVAMALAR A/P MUNIANDY
825317
SGDU5133 LEADERSHIP IN EDUCATION

Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor Azmi Mohamad, Ishak Mad Shah (2002).
Kepimpinan Transaksi/Transformasi Dan Ciri Kerja Profesional Teknologi Maklumat
Sektor Awam Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai