Anda di halaman 1dari 5

MINDA SIHAT UMMAH SEJAHTERA

Assalammualaikumwarrahmatullahi taala wabarokatuh,


Alhamdulilahirobbilalamin, assolahtuwassalam wa ala asrofil anbia hi wal mursalim
wa ala alihi wasobbihi ajmain.

Sapaan hangat saya menyambut keberadaan Tuan Pengerusi Majlis, segak bergaya dengan
seragamnya, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang amat cakna akan
detik waktunya, seterusnya para peserta yang saya hormati sert para hadirin sekalian yang
saya sayangi.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Ucapan bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Sepotong hadis ada menyebut : “Dapatkanlah lima perkara sebelum kamu kehilangan lima
perkara .”

Masa muda sebelum tua,


Masa sihat sebelum sakit,
Masa lapang sebelum sibuk,
Masa senang, sebelum susah,
Dan Masa hidup sebelum mati.

Berdasarkan kelima-lima pesanan tersebut, perihal sihat menjadi salah satu agenda utama
dalam membangunkan umat yang berkualiti dan produktif.

Selaras dengan seruan tersebut, berdirinya saya di sini untuk mengupas sesuatu frasa yang
menjadi tajuk syarahan pada hari ini iaitu “MINDA SIHAT, UMMAH SEJAHTERA “

Apakah yang dimaksudkan dengan Minda yang sihat? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) ,kesihatan mental adalah “ keadaan kesejahteraan di mana individu menyedari
keupayaannya sendiri dan dapat mengatasi tekanan normal kehidupan, dapat bekerja dengan
produktif dan bermanfaat serta mampu memberi sumbangan kepada komuniti.

Manakala frasa Ummah Sejahtera , mendukungi maksud sesebuah negara yang memiliki
rakyat yang sihat dari segi aspek mental, fizikal , rohani dan emosi.

Dapat disimpulkan di sini , Mental Sihat Ummah Sejahtera, saling bergantungan antara satu
sama lain dalam menatijahkan sesuatu fenomena yang positif bagi membina sebuah
masyarakat yang progresif dan dinamik yang rakyatnya hidup dalam suasana yang sejahtera.
Rakan-rakan sepejuangan sekalian,

Hadirin yang dimuliakan,


Meniti hujah saya yang pertama bernaung di bawah kata kunci : Minda sihat
mempu membentuk ummah yang berintelektual dan berpandangan jauh.
Minda yang sihat terjana daripada pemikiran yang sihat .
Saya ingin bertanya kepada warga dewan sekalian?
Bagaimanakah untuk memiliki pemikiran yang sihat berteraskan kepada ajaran yang ada dalam
Islam?
Pemikiran yang sihat adalah yang sentiasa aktif berfikir dan berkreativiti, tidak dapat dapat
dinafikan terdapat banyak ayat-ayat Al-quran yang menyuruh dan menggalakkan umatnya
untuk berfikir dengan menggunakan akal ,merenung, memerhati , mengkaji dan bertadabbur
untuk mencari kebenaran.
Pemikiran yang sihat juga sentiasa mempercayai kebenaran Al Quran dan ia juga merupakan
ciri utama orang yang beriman .

Minda yang sihat akan melahirkan ummah yang berintektual. Apakah yang dimaksudkan
dengan “intelektual” ? Intelektual adalah satu golongan cerdik pandai,pintar dan cendekiawan.
Golongan ummah yang kita ingin lahirkan hari ini bukanlah sekadar ummah yang bermaklumat
tetapi ummah yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan.

Agama Islam amat menggalakkan dan menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu
agama kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Imam As-Syafiee Rahimatullah Taala telah
berkata dalam wasiatnya: Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjaga kamu dan
membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu
yang mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Sesungguhnya tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia akan berada di dalam kegelapan.
Tanpa ilmu, kehidupan manusia tidak akan maju dan tanpanya juga manusia tidak dapat
membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam
surah Al-Baqarah ayat 269:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

‫ُيْؤ ِتى اْلِح ْك َم َة َم ن َيَش آُء ۚ َو َم ن ُيْؤ َت اْلِح ْك َم َة َفَقْد ُأوِتَى َخْيًرا َك ِثيًراۗ َو َم ا َيَّذ َّك ُر ِإآَّل ُأ۟و ُلو۟ا اَأْلْلٰب ب‬
“Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesiapa yang
diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan
tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang mempunyai akal yang
dapat memikir dan memahaminya.

Agama Islam sendiri menggalakkan umatnya berjaya sehingga terbukti kelahiran ramai tokoh
ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sina, Al _Khawarizmi, Al Razi, Al –Haitham , Al –Kindi, Ibnu
Biruni dan ramai lagi.

Sesebuah Negara yang gemilang mestilah didukungi oleh golongan yang berjiwa
kental dan berpandangan jauh. Ini kerana tuntutan semasa mendesak remaja
untuk sama-sama bekerja keras dan bertindak dalam dimensi yang lebih luas.
Hasilnya nanti akan lahirlah kelompok remaja yang bukan sekadar mampu
mengangguk atau menggelengkan kepalanya sahaja bahkan turut sama-sama
menyumbangkan ke arah pembentukan Negara yang gemilang.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11 :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Hadirin pasca kemerdekaan,

Meniti hujah saya yang kedua bernaung di bawah kunci : Minda yang sihat
mampu melahirkan ummah Berwawasan yang Berjiwa Merdeka.

Tarikh 10 Oktober diraikan setiap tahun sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia. Hari ini
bertujuan meningkatkan kesedaran umum terdapat kesihatan mental.

Remaja berjiwa merdeka mampu mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah,


bersikap terbuka kepada perubahan dan kemajuan semasa dan tidak jumud dalam
menghasilkan pemikiran baru. Justeru, lahirlah buah fikiran yang dinamik dan
positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi
memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman
Allah dalam surah Al-isra’, ayat 70:

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak adam, dan kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut ; dan kami
telah memberikan rezeki kepada meraka dari benda-
benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih- lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
Ini jelas dalam pelaksanaan Islam Hadhari yang mula diperkenalkan oleh YAB
Mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004.
Hadirin minda kelas pertama,

Meniti hujah saya yang ketiga bernaung di bawah kata kunci : remaja progresif
dan holistik pelopor tamadun.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan remaja yang progresif
dan holistik sebagai pelopor kepada tamadun baru. Oleh itu, mereka bukan sahaja
dapat bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain malah mempunyai usaha,
komitmen dan pengorbanan untuk terus maju, dinamik dan progresif ke arah
mencapai umat terbilang dengan mencipta pelbagai kecermelangan dan
kegemilangan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“sesungguhnya Allah SWT sangat sayang kepada orang yang melakukan sesuatu
pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh”
( Riwayat Al-Baihaqi)
Hadirin yang dirahmati Allah,
Meniti hujah saya yang keempat bernaung di bawah kata kunci : remaja
berwawasan aspirasi perpaduan.

Dalam Negara yang komposisinya berbilang kaum dan agama, perpaduan adalah
agenda yang tidak boleh dikesampingkan kerana disitulah letaknya tunjang
kegemilangan sesebuah negara. Remaja yang berwawasan adalah penerus kepada
tradisi keamanan dan keharmonian yang sedia ada. Melalui program PLKN, remaja
dipupuk dengan nilai-nilai kebersamaan, setiakawan dan cintakan
perpaduan.Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 103 :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah
kamu bercerai-berai.

Hadiri penerus satu Malaysia,


Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, pembentukkan remaja
yang berwawasan secara langsung akan membentuk negara yang maju dan akan
mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan perpaduan.
Sekian sahaja syarahan saya kali ini, wabillah hi tawfiq wal hidayah,
wasalamualaikum warrahmatullahi taala wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai