Anda di halaman 1dari 5

SENARAI 7 DOA MUSTAJAB IBU BAPA MESTI BACAKAN UNTUK ANAK

1. DOA NABI ZAKARIA UNTUK ZURIAT YANG BAIK

Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang
baik.

Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya.
Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang
soleh sebagai penyambung dakwahnya.

Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda.
Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan
zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.

(Surah Al Imran Ayat 38)

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’


Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2. DOA UNTUK ANAK AGAR DIBERI RAHMAT

Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama
keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika
direnungkan.
(Al-Ahqaaf Ayat 15)

“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An


A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”
Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang
engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal
soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat
keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang
Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

3. DOA UNTUK ANAK AGAR DILEMBUTKAN HATINYA

Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini
bermaksud Maha Lembut.

Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita.
Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.

Surah As-Syuura Ayat 19

“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”


Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas
kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
4. DOA UNTUK ANAK SUPAYA KUAT & SABAR

Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah,
atau setiap kali selepas solat bersama.

Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua
bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.

Surah Al Imraan Ayat 200

“Yaa ayyuhalladzina amanush biru wa shobiru wa robitu wat taqullaha la’allakum tuflihuun”
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran
kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan).

5. DOA UNTUK ANAK AGAR RAJIN SOLAT

Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak
didisplinkan.
Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-
anak menjaga solat.

Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.

Surah Ibrahim Ayat 40

Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa’. 


Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
6. DOA UNTUK ANAK AGAR MENJADI PENYEJUK MATA

Ini adalah salah satu doa yang disyariatkan kepada kita juga, agar memohon keluarga dan anak
keturunan yang dapat menjadi penyejuk pandangan, dan penawar di hati.

Selain itu, ia turut menekankan permohonan kita agar dapat menjadi pemimpin yang baik
atau ‘role model’ yang dapat menjadi ikutan orang-orang bertaqwa.
Selitkan doa ini setiap kali selepas solat.

(Surah Al-Furqan Ayat 74)

“…Rabbana hab lana min azwaa jina wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yuun. Waj alna lil
muttaqiina imaamaa.”
Maksudnya: …Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan
kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

7. DOA SUPAYA DIKURNIAKAN ANAK YANG MENTAATI PERINTAH ALLAH

Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah
bersama anaknya, Nabi Ismail.

Surah Al-Baqarah Ayat 128

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa
manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah
diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri)
kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat
kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

BERKAT DOA IBU BAPA

Selain memastikan didikan agama yang sempurna, menyediakan kecukupan, jangan lupa
mendoakan anak-anak kita, sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat.

Sebagai ibu bapa, marilah kita amalkan semua doa ini kerana doa ibu bapa untuk anak adalah
antara doa yang tidak tertolak oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita mendapat keberkatan di
dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai