Anda di halaman 1dari 7

1.

Doa untuk melembutkan hati anak degil

“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah


kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-
Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang
Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. Surah As-Syura ayat 19.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut
meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan
berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa
ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa


ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan


kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta
bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya


Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,

diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah,


lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana
Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut
namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan
minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud


“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan
sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku
perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan


ayat 74

yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati
kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang
yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat


40-41.

“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku


orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami
perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku
dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin
pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali


teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah
anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang


tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak
cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan
tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat
ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata

“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi


keselamatan bagi Ibrahim.

“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui


yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia,
raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang
Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang
Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala
keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai
Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit
dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha
Bijaksana.
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga


dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap
yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah
amalkan surah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9

“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan


hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau
memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya
Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami,
sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk
menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan
padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Anda mungkin juga menyukai