Anda di halaman 1dari 10

Doa Dan Surah Air Penerang Hati

Doa Dan Surah Air Penerang Hati | Air penerang hati khas untuk anak-anak yang
mahu menduduki peperiksaan, menghafaz al Quran dan mudah menerima pelajaran.
Ada juga sesetengah orang minum air penerang hati ketika mahu berucap, bernikah
dan sebagainya supaya fikiran dan hati jadi terang.

Cara buat air penerang hati di bawah ini saya kongsikan


daripada MutiaraSyifa.Semoga segala kebaikan yang dipanjangkan dan disebar-
sebarkan, membawa manfaat kepada orang yang memerlukan.

Doa Dan Surah Air Penerang Hati


Sebelum memulakan doa dan membacakan surah-surah untuk menyediakan air
penerang hati, kita sediakan air masak, air mineral atau air hujan yang ditadah pada
malam jumaat.

Masukkan ke dalam botol atau bekas air yang mudah disimpan. Waktu yang sesuai
dilakukan selepas solat isyak dan jika baiknya lakukan selepas solat hajat, meminta
Allah SWT makbulkan dan minta anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat
menghafalkan pelajaran dan sebagainya yang dihajati.

Kemudian letakkan bekas berisi air masak atau air mineral atau air tadahan hujan tadi
di hadapan kita.

Biarkan penutup bekas air terbuka.

DOA yang dibaca terpulang kepada kita untuk meminta apa yang dihajati. Berdoa
dengan bersungguh-sungguh dan dengan rasa rendah diri.

Surah-surah yang dibaca untuk air penerang hati

Surah-surah yang perlu dibaca adalah Selawat Nabi, surah al Fatihah, Surah 3 Qul (al
Ikhlas, al Falaq dan an Nas), surah al Insyirah (alam nasyrah) dan Bismillah 6.

1. Selawat Nabi -10 kali


2. Bacaan Al-Fatihah 1 kali

Maksudnya;

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon
pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

3. Baca Tiga Qul 1 kali.


4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) 11 kali
Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta
mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam
melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau
gemar dan ingini).

5. Baca Bismillah Enam 11 kali.


Bismillah 6

1. Bismillaahis samiiil bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in alim.

2. Bismillahil khallaqilaliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal aliimul khabiir.

4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal aliimul qadiir.

5. Bismillaahil aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal aziizul kariim.
6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu

khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.

Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang

serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang

serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui

lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui

lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang

serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang

serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan

yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim

fadhilat dan fungsi bismillah 6

- Makbul segala hajat dan cita-cita.

- Luas rezkinya.

- Menang dalam peperangan.

- Penerang hati.

- Diajuhkan dari segala penyakit.


- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak

membunuhnya.

- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

- Aman daripada binatang2 buas.

- Air laut menjadi tawar.

- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau

burung.

- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

- Terselamat dari karam dilaut.

- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika

meminumnya.

- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.

- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku

mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas :

letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat

Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada

air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar

darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, Insyaallah.

Cara Mengamalkan Air Penerang Hati


Sebaik saja selesai baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam, hembus pada air
tersebut. Minum air penerang hati tersebut pagi atau malam. Allahyarham ayah saya
selalu memesan kepada kami untuk meminumnya dua kali sehari. (Al Fatihah untuk
ayahanda...)

Semoga perkongsian ilmu yang bermanfaat di atas dapat memberikan dorongan dan
semangat kepada anak-anak kita dalam menimba ilmu pengetahuan, yang berguna di
dunia dan akhirat.

Yang penting istiqamah (urusan yang baik walau sedikit tetapi berterusan) dan tidak
berhenti menuntut ilmu.

Sebarkan Bahagia.

Anda mungkin juga menyukai