Anda di halaman 1dari 7

Merungkai Belenggu Sihir

Dalam pengalaman saya sebagai perawat, ada satu fenomena yang agak nyata
tentang proses rawatan dan penyembuhan kes gangguan makhluk halus.
Saya ingin berkongsi pemerhatian tersebut di sini dengan harapan mangsa-mangsa perbuatan sihir selama bertahun
lamanya dan belum lagi mendapat keizninan Allah swt untuk disembuhkan dari penyakit dan masalahnya.
Saya dapati ada beberapa pesakit yang amat susah untuk baik, atau pun gangguan yang di alaminya datang berulangulang. Setelah membuat rawatan membaca surah-surah tertentu berkali-kali, mandi, bekam dan sebagainya,
gangguan itu tetap datang. Dah okdua tiga minggu, dia akan telepon atau mesej saya untuk memberitahu dia
diganggu lagi.
Memang ada di antara pesakit yang agak sedikit amalan mereka, kadang-kadang solat pun ada yang tertinggal, aurat
tidak ditutup sempurna dan jarang sekali menyentuh apa lagi membaca Al-Quran. Memang mudah diganggu syaitan
sekiranya amalan tidak begitu sempurna, tetapi walaupun begini, Allah tetap izinkan dia sembuh juga.
Ada pula di antara mereka yang begitu kuat iman dan amalan mereka, masyaAllah, solat tahajjud tak tinggal,
berpuasa sunat, membaca Al-Quran tak putus-putus...tapi mereka mengalami masalah yang sama...gangguan yang
berulang-ulang. Mereka redha dengan ujian Allah dan terus berusaha dan usaha lagi untuk memulihkan diri...tetapi
mengapa Allah masih tak izinkan mereka sembuh?
Kadang-kadang ada yang sampai obses dengan gangguan sihir yang ada pada dirinya dan apabila bercerita dengan
saya, dia tetap menuduh seseorang itu. Biasalah...orang itu selalunya mak mertua, madu atau girlfriend suami, bekas
suami atau isteri dan kadang-kadang seseorang di pejabatnya yang dia rasa ada perasaan dengki terhadapnya.
Biasanya saya akan memintanya supaya dia berhenti menuduh seseorang itu terlebih dahulu. Tetapi jika pesakit
terlalu terikat dengan sistem kepercayaannya (belief system), sangat sukar untuk merubah corak pemikirannya. Jika
sudah ke tahap kronik kepercayaannya itu, saya memohon dia mencari perawat yang lain saja kerana dia hanya akan
membazir duit dan masanya mendapatkan rawatan dan perkhidmatan daripada saya. Kerana masalahnya tidak akan
selesai selagi dia terus menuduh dan menyalahkan orang lain di atas gangguan yang Allah sudah takdirkan ke
atasnya.
Sebenarnya saya pun tak sanggup melihat pesakit seperti ini terus berkeras menyatakan dia disihir sipolan. Kerana
setiap kali dia mengucap demikian, dia bukan dianiayai oleh orang lain tetapi sebenarnya dia yang menganiayai
dirinya sendiri.
Ada satu persamaan yang ketara di antara golongan pesakit ini.
Dari pemerhatian saya yang serba da'if ini...sebab utama mereka kerap diganggu secara berulang-ulang kali
ialah kerana mereka ada menyebut, mengesyaki, mempercayai atau ada perasaan takut yang seseorang itu telah
melakukan perbuatan menghantar sihir kepada diri mereka.
Boleh dikatakan kesemua kes saya yang tidak sembuh mengatakan dan percaya bahawa mereka telah disihir
oleh seseorang yang mereka kenali atau ketahui.

Memang benar sihir itu adalah perbuatan orang yang syirik pada Allah Ta'ala. Tetapi ia berjaya kerana dan hanya
diizinkan Allah. Mengapa Allah telah mengizinkannya? Adakah Allah berlaku zalim pada hamba-hambaNya? Sudah
pastinya tidak.
Allah hanya menguji mereka dengan cara yang amat halus dan teliti...pada mereka yang Dia cukup kasihi dan
sayangi. Dia tidak izinkan mereka ada secebis pun perasaan syak pada seseorang. Dia ingin melihat hambahambaNya yang dipeliharaNya dengan cukup baik benar-benar beriman padaNya secara total.
Saya sentiasa nasihatkan kepada pesakit supaya jangan fikirkan tentang sihir itu dan orang yang menghantarnya.
Kita perlu fokus pada Allah, pada kuasaNya, pada pertolonganNya, pada perlindunganNya, pada rahmahNya dan
pada penyembuhan dariNya. Yang paling penting kita perlu fokus dan perbaiki perhubungan kita denganNya, dan
buang segala rasa takut pada perbuatan manusia. Itu sahaja sebenarnya.
Sekiranya perhubungan dan kebergantungan padaNya itu benar-benar wujud secaratotal, kita sedikit pun tidak akan
"risau yang sipolan tu akan buat sesuatu".
Tidak akan ada sedikit pun dihati perasaan marah, geram, sakit hati, kecewa, risau, was-was, takut pada orang itu
dan apa dia akan buat atau apa dia mungkin akan buat.
Tidak akan ada sedikit pun syak wasangka semasa bersalam dengannya, makan makanan hidangan atau
pemberiannya, berkunjung ke rumahnya atau duduk di sebelahnya, kerana kita yakin dengan janji Allah yang Dia
akan melindungi kita, dan kita takut hanya pada Dia, azab seksa balasanNya...bukan pada sihir, dan bukan pada
manusia.
Bukan kah kita lafaz:

Dengan nama Allah, yang tiada memberi mudharat (padaku) sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Jika dihayati kalimah ini sedalam-dalamnya, kita akan yakin dengan kuasa dan janji Allah. Dengan keyakinan yang
kukuh itu, sihir itu akan menjadi habaa an'manthuura (debu yang berterbangan) dan sedikit pun tidak memberi
mudharat pada kita. Allahu akbar.

Merungkai Belenggu Sihir Bhg 2: Bahaya Mengesan Puncanya


Di klinik Sistem An Nisaa, pesakit akan didiagnos dan jenis-jenis gangguan yang dialami pesakit akan
dipastikan (sejauh mana Allah swt izinkannya). Ini hanya untuk menentukan ayat-ayat yang perlu dibacakan dan
diamal, dan juga jenis rawatan yang akan diberikan.
Tetapi perawat tidak sesekali akan memberitahu pada pesakit punca gangguannya, iaitu dari mana dan dari siapa

datangnya sihirnya itu. Asal sihir, tukangnya dan jenis sihir tidak dianggap penting. Samada ianya bomoh dari Siam,
sakai atau sebagainya, semua sihir dianggap sama, ianya bathil dan semuanya mengguna makhluk yang sama iaitu
syaitan dan iblis. Makhluk ini pula tiada punya apa-apa kuasanya sendiri...semuanya hak Allah swt, dan dengan
izinNya juga.
Kadang-kadang ada patient yang merayu supaya diberitahu siapakah yang menyihirnya.Astaghfirullah al Adziim.
Kan sihir itu tipu daya syaitan. Mereka akan menipu dan memperdayakan kita, buat kita percaya kepada perkara
yang bohong, dan cuba buat manusia bertelagah antara satu sama lain dan saling tuduh menuduh.

Mengesan punca sihir tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah akan membawa banyak lagi akibat yang buruk
yang akan memberi kesan pada kedua pesakit dan juga perawat. Di antaranya:

mengesan punca datangnya sihir akan membuka satu jalan bagi bomoh untuk detect rawatan yang dibuat
oleh pesakit. Bila sudah dikesan, kemungkinan besar, bomoh tersebut akan tambah lagi power untuk counter
attack. Kesnya akan menjadi sangat rumit dan complicated.

pesakit akan sentiasa memikirkan tentang gangguan sihir itu dan penghantarnya, sipolan. Otak kita adalah
satu organ yang merupakan sistem pemancar dan penerima yang amat canggih dan sensitif oleh itu apa sahaja yang
difikirkan akan menghasilkan gelombang-gelombang yang boleh sampai ke mana-mana ruang dan masa.
Gelombang-gelombang ini sangat cepat dan tepat menghantar isyarat-isyarat. Ini akan memudahkan lagi sihir itu
mencari sasarannya.

Sekiranya sipolan itu disyaki yang menghantarnya, walhal sebenarnya dia tidak buat apa-apa pun, kan dah
terjadi satu fitnah? Dan kita semua tahu betapa besarnya dosa membuat fitnah. Tak pasal-pasal, mangsa pula yang
dapat dosa.

Apabila pesakit diberitahu atau pesakit itu sendiri yang mempercayai yang sipolan telah mengsihirkannya,
maklumat ini cepat menjadi sebahagian dari sistem kepercayaannya (belief system). Apabila penyakitnya telah
sampai ke tahap psychology, maka penyembuhan akan menjadi amat sukar (sila bacapost sebelum ini Merungkai
Belenggu Sihir Bhg 1: Kenapa Ia Membelenggu).

Sekiranya dikatakan oleh seseorang perawat yang orang yang menyihir itu dari kalangan keluarga terdekat,
si pesakit akan rasa curiga dan timbul syak wasangka terhadap saudara-maranya. Dan jika perhubungan sudah
memang tidak begitu baik dengan menantu dan keluarga ipar sebagai contoh, keadaan rumahtangga akan menjadi
lebih teruk lagi. Sama juga jika dikatakan penyihir itu salah seorang dari rakan sekerja, pesakit akan rasa takut untuk
pergi ke pejabatnya dan hilang fokus dalam menjalankan tugasnya. Hatinya tak mungkin akan merasa tenang.

Kadang-kadang pesakit berkata dia memang tahu punca sihir yang ada padanya. Menurutnya samada
sipolan itu sendiri yang mengaku dia telah buat sesuatu untuk menyakiti pesakit itu dengan menggunakan sihir, atau
pun pesakit itu sendiri yang ternampak sipolan membuat suatu yang merupakan unsur sihir seperti menabur garam
dipintunya dan sebagainya. Tetapi saya tetap meminta pesakit untuk tidak menghiraukan semua itu.
Jangan terpengaruh. Jangan terpedaya dan tertipu. Jangan mengiakan perbuatannya dan
pengakuannya. Jangan asyik bercerita pada orang lain, dan mengulang-ulang ceritanya.
Salah satu sebab utama pesakit dibelenggu dengan gangguan sihir ini adalah kerana dia membelenggu dirinya
sendiri dengan mengulangi cerita yang dia berpegang teguh dalam sistem kepercayaannya. Biasanya si pesakit
ini merasa sakit hati dan tidak puas hati, dan dia lepaskan geramnya dengan bercerita berulang kali tentang
sipolan yang dia percaya telah menyihirnya.
Pesakit seperti ini perlu bebaskan dirinya daripada cengkaman psychology ini. Pautkan hati pada Allah dan yakin
tiada apa pun di antara langit dan bumi yang boleh memudharatkan kita tanpa izin Allah. Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui yang sebenar-benarnya dan kita serahkan segalanya padaNya.
Pernah seorang pesakit teringin sangat tahu siapa yang telah menyihirnya, lantas dia melakukan solat hajat untuk
memohon petunjuk dari Allah. Dia telah bermimpi dan di dalam mimpi itu dia "nampak" siapa yang menyihirnya.

Dia dia amat terkejut, dan dia berpegang teguh kepada kepercayaan yang orang yang di dalam mimpi itulah yang
menyihirnya. Dan sudah tentunya, keadaannya semakin teruk selepas dia bermimpi. Soalannya, adakah mimpu itu
benar-benar petunjuk dari Allah swt atau tipu daya syaitanatau semata-mata manfestasi apa yang disyakkinya? Apa
pun, pesakit itu memang mengambil masa yang sangat lama untuk pulih.
Perlu diingatkan bahawa sihir ini adalah tipu daya syaitan dan mereka akan sentiasa menipu kita dengan menakutnakutkan kita, membuat kita mempercayai sesuatu yang bukan hakikatnya dan menganggu fikiran dan emosi kita
dengan cara apa sekali pun.
Iblis dan syaitan adalah makhluk yang dilaknati Allah. Mereka tidak berhak mendapat tempat di dalam tubuh kita,
tidak patut menguasai kita dan menjadikan kita hamba pada ketakutan. Orang yang syirik pada Allah lah yang patut
takut, bukan anda. Tukarmindset supaya kita menjadi hamba pada Yang Haqq disembah.

Daripada kita memikirkan tentang punca sihir, lebih baik


kita fokus kepada Kuasa yang mampu menghapuskannya.
Berusaha untuk menuntut ilmu dengan seorang guru yang
mursyid, terutamanya ilmu usul. Ini adalah salah satu
penawar yang paling mujarab untuk merawat diri dan
membebaskan diri dari belenggu sihir.
Merungkai Belenggu Sihir, Bhg 3: Membebaskan Diri
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Dalam bahagian 1, saya telah berkongsi pemerhatian saya tentang masalah merawat pesakit gangguan sihir yang
berulang-ulang kerana dirinya sendiri yang declare atau mengaku ada orang yang menyihirnya. Dalam bahagian
kedua pula, saya menekan kepada bahayanya pesakit memberi fokus atau tumpuan kepada punca atau orang yang
dia percaya menyihirnya.
Dalam bahagian ketiga ini pula, saya akan cuba untuk memberi beberapa tip untuk membantu pesakit gangguan
mengatasi masalahnya dengan merubah mindsetnya dan arah fokusnya dari masalahnya kepada penyelesaiannya.
Focus on the solution, not the problem.

1. Ingat..it's not about them, it's about YOU


Masalah sihir bukan tentang jin, syaitan dan iblis, bukan tentang orang yang menghantarnya dan bukan tentang
tujuannya. Ia adalah tentang diri kita sendiri.

Kenapa Allah telah izinkan sihir itu menimpa kita? Apakah kelemahan yang ada pada diri kita yang Allah
berkehendakkan kita perbetulkan? Apakah kekurangan yang ada pada diri kita? Ilmu, iman, kekuatan jiwa,
keyakinan, sangka baik, keikhlasan atau sifat redha?
Kadang-kadang kita pasti yang kita ikhlas menolong seseorang itu, tapi bila diuji keikhlasan itu...fail rupanya. Bila
orang yang ditolong itu tidak membalas budi kita malah kita difitnahnya lagi, perasaan marah, kecewa atau
menyesal akan timbul. Maka taulah kita pertolongan kita tadi sebenarnya kurang ikhlas. Keikhlasan tidak bersyarat.
Dalam apa jua keadaan, kita akan rasa selesa melakukannya tanpa mengharap apa-apa pun.

Begitu juga dengan redha. Kita kata "Aku redha suami kahwin sorang lagi, tapi....".Redha yang setulus-tulusnya
tiada tapi tapi..seperti keikhlasan juga, redha yang sebenar-benar redha tiada syarat-syaratnya.
Hakikatnya ujian yang diberi pada hambaNya yang dikasihiNya amat jitu, amat teliti dan amatlah perit kerana
terkena terus pada sasarannya iaitu kelemahan kita, dan ego kita. Tak semua orang akan diuji sebegitu rupa. Hanya
mereka yang dipilih untuk diangkat darjatnya dan mertabatnya diberi ujian sebegini.
2. Tuntut ilmu dari guru yang mursyid
Mendapat ilmu dari Ustaz Google dan Facebook tidak dikira menuntut ye. Kita kena cari guru-guru yang benarbenar berilmu dengan kitab-kitab dan belajar secara face-to-facedengan mereka. Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
setiap orang Islam dan tidak boleh diambil ringan. Dengan ilmu seperti akidah atau usuluddin, kita akan lebih kenal
Allah dan tahu di mana kedudukan kita sebenarnya dan siapa diri kita. Kefahaman dan kesedaran ini akan membuat
kita lebih tertumpu pada amalan ibadah dan matlamat hidup kita.
3. Jangan benarkan ada ruang kosong dalam jiwa
Ruang yang kosong di dalam jiwa kita akan terisi dengan perasaan dan emosi yang negative. Ini termasuk rasa
marah, kecewa, tak puas hati, kesal, bosan, frust, dan minta jauh, perasaan ingin membalas dendam.
Ini pentingnya perkara nombor 2 iaitu menuntut ilmu. Ruang-ruang di dalam hati dan jiwa yang terisi dengan
perasaan-perasaan yang negatif akan digantikan dengan cahaya dari ilmu makrifatullah. Cahaya ini ialah penawar
jiwa dan dengan izin Allah, semua kesedihan dan kekecewaan dalam hidup akan lenyap. Sifat redha yang sebenarbenarnya akan dimiliki dan ketenangan jiwa akan terus meningkat dan meningkat sehingga kita dapat kekuatan
untuk menepis ancaman spiritual dan untuk mengawal gangguan mental dan emosi.

4. Pegang teguh pada janji Allah


Pesakit-pesakit gangguan sihir biasanya diberi amalan untuk membaca ayat-ayat ruqyah oleh perawat-perawat
perubatan Islam, di antaranya ayat 81 hingga 82 Surah Yunus, ayat 118 hingga ayat 121 Surah Al-A'raaf dan ayat 69
surah Thaha.
Saya akan tanya pesakit, "Puan baca ayat-ayat tu untuk apa, Puan?". Mereka akan menjawab, "Untuk merubat
gangguan sihir." Kemudian saya tanya lagi, "Puan ingat apa maksud ayat-ayat tersebut?". "Tak...ustaz suruh saya
baca, saya baca lah."

Ayat-ayat itu, jika dibaca tanpa pengertian atau penghayatan, kurang kesannya ke atas apa-apa. Jom kita tengok
maksud ayat-ayat tersebut supaya kita boleh dapat tahu rahsia melawan sihir yang sebenarnya.

Surah Yunus ayat 81 & 82


Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan itu, itulah
sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku);
sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan"

Surah Al-A'raf ayat 118-121


Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
Oleh itu kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (kemenangan Nabi Musa) menjadikan ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka dan
sujud, sambil berkata: "Kami beiman kepada Tuhan sekalian alam."

Surah Thoha ayat 69


Dan lemparkanlah apa yang ditangan kanan mu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat.
Sesunguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang
tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."
Nah...berapa janji Allah di sini:

Allah akan mendedahkan kepalsuannya

Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan

batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.

kembalilah mereka dengan keadaan yang hina

dengan sendirinya merebahkan diri mereka


apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang
sihir itu, dari mana saja ia datang
Jadi kalau kita beriman kepada kitab suci Al-Quran, kita patut pegang teguh pada janji-janji Allah dan anggapkan
sihir sebagai tipu daya syaitan sahaja. Tukang dan dalang-dalang sihir pun tidak akan berjaya dan dihina oleh Allah,
jadi kita tak perlu rasa geram dengan niat dan perbuatan mereka. Kita tak perlu rasa takut "berjumpa dengan dia"
atau "duduk sebelah dia". Kita kena yakin Allah akan tunaikan janji-janjiNya, dan Allah Yang punya Kuasa.
There is nothing Allah cannot do, so leave everything to Him...and trust Him.
Kita sebagai hambaNya hanya perlu taat dan tumpu pada suruhanNya, perbaiki hubungan denganNya dan sentiasa
bersangka baik. Jangan sekali-kali menuduh sesiapapun menghantar sihir. InsyaAllah, anda akan bebaskan diri dari
belenggunya.
Wallahua'lam.

Anda mungkin juga menyukai