Anda di halaman 1dari 5

7 Doa Terbaik Untuk Anak-anak Kita

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil


Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19

Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan


belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. InsyaAllah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin
Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Jika orang itu jauh baca 19 kali selepas solat dan niatkan kepadanya.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari
Surah Ali Imran yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran


kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu
berjaya.
1

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff


dan Ya Rahman berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi
Daud sebanyak 3 kali. Doanya, Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut
namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut
namanya). Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau
anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan


zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang
bermaksud

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah
kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkaraperkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang bertakwa.

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat


2

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang


yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya
Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orangorang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.
Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
3

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi
Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib
dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah
Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha
Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang
Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha
Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang
Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang
mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit
dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan


4

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk
meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya
hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami


condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada
kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana
sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami,
sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima
pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya
Allah tidak memungkiri janji.

Anda mungkin juga menyukai