Anda di halaman 1dari 5

7 DOA TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil


Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19

Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan


belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya.
Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan
izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh


Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari
Surah Ali Imran yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah


kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya
kamu berjaya.
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya
Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi
Daud sebanyak 3 kali. Doanya, Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut
namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut
namanya).Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau
anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal


Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang,


dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang
bermaksud

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,
berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat


Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang


yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya
Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orangorang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.
Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah


Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara
dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

Anda mungkin juga menyukai