Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar
dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak
adalah keberkatan.
Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.
Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Doa untuk anak ini semuanya diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.
Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.
Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak
pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.
Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian
dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk
memperelokkan akhlak anak kita.
Maksud: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
2. Doa Untuk Anak Agar Diberi Rahmat
Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di
samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha
Lembut.
Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita. Doa yang amat
sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada
hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
4. Doa Untuk Anak Supaya Kuat & Sabar
Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah, atau setiap kali
selepas solat bersama.
Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk cabaran
hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.
Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga
solat.
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.