Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2016


sempena
PROGRAM MEMARTABATKAN PAKAIAN TRADISIONAL, CINTAI WARISAN
KITA
(Pra Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016)

1.0

PENDAHULUAN
Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid

dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini
bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat
awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran
Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu
kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang
dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid dengan
perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta
penerapan semangat jati diri sebagai warga negara Malaysia.
Antara elemen yang diterapkan dalam mata pelajaran sejarah ialah menilai
warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global, memahami
proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat,
menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di
Malaysia.
Bersempena dengan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan pada minggu
hadapan dan bersempena juga dengan Bulan Syawal, iaitu bulan dimana rakyat
beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, maka sambutan ini diadakan
sebagai memberikan pengalaman kepada murid-murid untuk merayakan salah satu
perayaan yand disambut rakyat Malaysia disamping menyemai semangat cintakan
tanahair.

2.0

MATLAMAT
Memupuk rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan bangsa dan

menghormati

amalan

kepelbagaian

kaum,

budaya

dan

agama

disamping

mengukuhkan silaturrahim dan mempertahankan perpaduan sedia ada.

3.0

OBJEKTIF
a)

Mencintai dan memepertahankan warisan negara dan berbangga dengan


keistimewaan pakaian tradisional bangsa masing-masing, sebagai busana

b)

yang tak basah dek hujan, tak lekang dek panas


Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormatmenghormati antara satu sama lain.

c) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu


sama lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
d) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat dan menerima
perbezaan kaum, budaya dan agama.
e)

4.0

Bersyukur dengan keharmonian kaum.

SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Murid-murid Kelas Pendidikan Khas
dan Pra Sekolah serta guru-guru dan staf SK Ayer Keroh.

5.0

TARIKH PELAKSANAAN, MASA DAN TEMPAT


22 Julai 2016, Jam 10.10 pagi 12.00 tengahari di bilik darjah masingmasing.

6.0

AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi

Puan Hjh Rose Marina binti Mohd. Said


Guru Besar

Timbalan Pengerusi :

Encik Bobby Wee Teck


GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi

1. Encik Zainal bin Ismail


GPK HEM

2. Encik Azman bin Abu Bakar


GPK Ko-Ku
3. Encik Hashim bin Salleh
GPK Pend. Khas

7.0

Penyelaras

Puan Roslina binti Ab. Halim

Setiausaha

Puan Marina binti Othman

AJK Makanan

AJK Kelab Guru dan Staf


Guru-guru Kelas

TENTATIF PROGRAM
7.40 - 10.10 pagi

Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa

10.10 pagi

Semua warga sekolah membuat persiapan jamuan


di bilik darjah.

10.20 - 11.45 pagi

Jamuan makan

11.45 pagi

Membersihkan kelas

12.00 t/hari

Bersurai

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Pendapatan :
Sumbangan guru-guru dan Kelab Guru dan Staf
Perbelanjaan:
RM1.00 setiap murid

9.0

PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integarasi murid untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan semangat mencintai
warisan negara.

Disediakan oleh;

(Roslina binti Ab. Halim)


Pengerusi
Kelab Guru dan Staf SKAK

Diluluskan oleh;

(Hjh. Rose Marina binti Mohd. Said)


Guru Besar
SK Ayer Keroh

Anda mungkin juga menyukai