Anda di halaman 1dari 9

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung

PIBG
SK AYER KEROH KALI KE-17 TAHUN 2015

PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )


1.

Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera

2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN IBU DAN GURU SK AYER KEROH BAGI TAHUN 2015
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT
atau disetkan dalam mod senyap @ silent mode
6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan

SKRIP PENGACARAAN

BIL

AGENDA

Ketibaan tetamu
kehormat

SKRIP

Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Haji Mohd Ali bin Mod Rustam,
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Ayer Keroh
Kali Ke-17 Tahun 2015.

Protokol

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ala ashrafil
anbia iwalmursalin.
Waala alihi wa ashabihi ajmain

Assalamualaikum whb,
Salam sejahtera,
Salam 1 Malaysia dan Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 Tahun,
Salam Melaka Maju Fasa Kedua
Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd
Rustam,
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Yang Berusaha Encik Roslan bin Yaakob
Yang DiPertua PIBG SK Ayer Keroh,
Yang Dihormati Puan Rahimah binti Abdul Rasid,
Guru Besar merangkap Penasihat PIBG, SK Ayer Keroh,
Encik Bobby Wee Teck Seng,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Abdul Razak bin Rashidin,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Matmor bin Maryadi,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang
dikasihi sekalian.

Alu-aluan

Bulat Air Kerana Pembentung


Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Desta
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sk Ayer Keroh Kali ke 17
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah
swt kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sama-sama
berkumpul pada pagi yang mulia ini.
Bagi pihak majlis, saya merakamkan ucapan selamat datang dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Senator
di atas kesudian Yang Berhormat Senator untuk hadir pada majlis
kami hari ini. Kami juga berasa amat berbangga kerana dapat
bersama-sama dengan ikon negeri Melaka yang tidak asing lagi
pada hari ini.

Bacaan doa

Sidang hadirin,
Bagi memula dan memberkati majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon kepada Allah swt agar segala urusan
pada hari ini mendapat rahmat dan keberkatan serta
dipermudahkan.
Dengan ini, majlis mempersilakan Al-fadhil Ustaz Hamidi bin Mat Isa
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan .....

- Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz di


atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Guru
Besar

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,


Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Maka sebagai membuka persada ucapan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Puan Rahimah binti Abdul Rasid, Guru
Besar merangkap Penasihat PIBG SK Ayer Keroh untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
- Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar


atas ucapan sebentar tadi, (yang berkemungkinan adalah
merupakan ucapan beliau yang terakhir dalam majlis seumpama ini
sekiranya hasrat Puan Guru Besar untuk menamatkan
4

perkhidmatannya diluluskan.)

Ucapan AluWarga dewan yang mulia.


aluan YDP PIBG
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Roslan bin Yaakob,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ayer Keroh untuk
memberikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....
- Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

RUJUK M/S
SEBELAH
5

Ucapan
Perasmian

Arak-arak kelapa puan,


Tidak puan kelapa bali,
Harap-harap kepada tuan,
Tidak tuan, siapalah lagi
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat
Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan


Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ayer Keroh
Kali KE 17 BAGI TAHUN 2015.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....
- Ucapan Perasmian
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd
Ali bin Rustam di atas ucapan yang disampaikan dan juga di atas
kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

Penyampaian
Sijil dan
cendera-hati

Beli keladi di Pekan Lidup,


Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli


Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2015

Justeru, majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang


Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam diiringi
oleh Guru Besar SK Ayer Keroh, Puan Rahimah binti Abdul Rasid
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian
sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Ayer Keroh bagi Sesi
2012 / 2015.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....


Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan
Dijemput..............(rujuk senarai nama)
Dijemput..............

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat


Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam kerana sudi
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga juga sebagai dan
kenang-kenangan dipersilakan Puan Rahimah binti Abdul Rasid,
Guru Besar SK Ayer Keroh untuk menyampaikan cenderahati
daripada warga PIBG SK Ayer Keroh kepada tetamu istimewa kita
pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar.

Penutup

Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu


tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita
pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke17 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambah serii;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati Puan Guru Besar,


Puan Rahimah binti Abdul Rasid dan Yang Berusaha Yang Dipertua
PIBG, Encik Roslan bin Yaakob untuk mempersilakan dan
mengiringi Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin
Mohd Rustam ke Majlis Jamuan Ringan.

Majlis mempersilakan.
Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan
dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil
minuman yang disediakan di belakang dewan dan majlis akan
bersambung semula pada pukul........

Anda mungkin juga menyukai