Anda di halaman 1dari 10

AMALAN MENAMBAH REZEKI, Petikan dari buku 101 Amalan Pemurah

Rezeki & Pelaris Oleh Ust.Hanif Hj.Ghazali

Di dalam kitab "Ta'limul Muta'alim Fi Toriqit Ta'allum, al-Allamah Syeikh


Burhanuddin az-Zarnuji telah menyebutkan faktor-faktor yang akan menambah
rezeki, antaranya ialah;-

1. Sedekah
2. Bangun awal pagi
3. Bermanis muka dan lembut percakapan
4. Mendirikan solat dengan khusyuk
5. Ke masjid sebelum azan dikumandangkan
6. Sentiasa dalam berwudhuk
7. Mendirikan solat sunat Fajar dan Witir di rumah
8. Tidak banyak "bersama" dengan isteri kecuali ketika perlu sahaja
9. Tidak bercakap yang sia-sia

Manakala faktor-faktor kepapaan pula ialah :-

1. Tidur dalam keadaan bogel


2. Kencing dalam keadaan bogel
3. Makan ketika masih dalam junub
4. Makan sambil berbaring di atas lambung
5. Tidak mempedulikan makanan seperti nasi dan roti yang tumpah ketika makan
6. Membakar kulit bawang merah dan bawang putih
7. Menyapu rumah dengan kain sapu tangan
8. Menyapu rumah di waktu malam
9. Membiarkan sampah di dalam rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibu-bapanya dengan nama mereka
12.  Berculik gigi dengan bilah kayu
13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
14. Duduk di atas bendul
15. Bergantung (bergayut) pada salah satu daun pintu
16. Berwudhuk di tempat qadha hajat
17. Menjahit pakaian yang sedang dipakai ditubuhnya
18. Mengeringkan muka dengan kain yang sedang dipakai
19. Membiarkan sarang labah-labah di dalam rumahnya
20. Meremeh-remehkan dengan sembahyang
21. Segera keluar daripada masjid setelah selesai solat fardhu subuh
22. Awal pagi sudah berada di kedai dan lewat petang balik (lepak)
23. Berdoa terhadap anaknya dengan kejahatan
24. Tidak menutup bejana-bejana
25. Memadamkan api pelita dengan menghembus angin daripada mulut
26. Menyisir rambut dengan sisir yang patah
27. Tidak berdoa dengan kebaikan untuk kedua ibubapa
28. Memakai serban sambil duduk
29. Memakai seluar sambil berdiri
30. Boros
31. Bakhil
32. Malas.
Doa Untuk Anak-Anak

Lately ni agak pening dengan perangai anak2 yang semakin membesar dan semakin
pandai dengan macam2 jenis karenah.  Yang paling memeningkan bila terpaksa
menegur mereka berkali2 disebabkan karenah mereka yang suka bergaduh. Di saat
keadaan diri yang tidak berapa sihat ni memang hati sangat cepat sangat panasnya.
Kesabaran itu amat tipis membuatkan kadang2 tu rasa macam give up dan gagal untuk
mendidik anak2 dengan baik.

Lantas apa yang terpikir di minda saat ini, mencari jalan penyelesaian atau pun
option2 yang boleh dilakukan untuk mencegah agar keadaan ini tidak berterusan
sementelahan anak2 masih kecil. Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan
daripada mama dan abahnya. Tiada lain yang berlegar dikepala melainkan harus
mencari doa2 yang dapat dibacakan untuk anak2 ini dan ibadat2 lain yang perlu mama
dan abah lakukan agar dapat mendidik ketiga-tiga puteri tercinta agar mereka
menjadi anak yg solehah dan hamba allah yang sentiasa mengingati allah..

Alhamdulillah terjumpa the valuable info from the world of blogs .. harap2 ilmu ini
dapat dikongsi bersama ibu2 diluar sana yang mengalami masalah yang serupa.
Insyallah.

TIPS DOA UNTUK ANAK-ANAK

Doa untuk melembutkan hati.  Seelok2nya dibacakan ayat2 dibawah semasa anak nak
tido.  Sebab masa tu lah minda kita berada pada tahap separa sedar dan masa tu
jugalah otak kita akan senang menerima kata2 nasihat yang positif.

Dibaca semasa anak nak tido

a) Baca Surah Al-Fatihah (1 kali)


b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

Yang maksudnya:
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal
lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi
syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan
mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi
Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

c) Baca Surah Al-Insyirah (1 kali)


Yang maksudnya:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta
mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
Yang memberati tanggunganmu,
dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan,
Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka
bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau
gemar dan ingini).

d) Baca Surah Toha, ayat 1 -5 (1 kali)

Yang maksudnya:
Thaahaa.
Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Hembuskan di ubun2 kepala anak2 kita dan niatkan supaya anak menjadi anak
soleh/solehah, cemerlang didunia dan akhirat, lembut hati, rajin belajar, rajin
bersolat dan lain-lain.

ATAU boleh juga amalkan seperti dibawah

Baca Surah Al-Fatihah (1 kali), 


Baca Surah Taha, ayat 1 -5 (1 kali),
Diikuti dengan doa Nabi Daud (3 kali), doanya, 
                          
"Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), sepertimana Engkau
lembutkan Nabi Daud akan besi".

Kemudian hembuskan pada makanan atau minuman anak2 atau sekiranya anak2 masih
menyusu, hembuskan pada susu.
Boleh juga amalkan zikir Ya Latif dan Ayat 19, Surah As-Syura seperti dibawah

Yang maksudnya:
"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

Doa Untuk Anak-Anak - Part 2

Sambungan perkongsian sebelum ini.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati.
Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.  Semua kata-kata,
keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam
jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk
peribadi anak. 

Ingin dikongsikan antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak seperti
berikut:

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129
kali 

Diikuti ayat 19, surah as-Syura 


bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang
Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 
(Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman
dan masakan seisi keluarga). 

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran 

Bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,
dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya
Rahman’ 
berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, 


Surah ar-Rahman ayat 1-4 
Bermaksud "(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang
telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah
membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan."

dan Surah al-Insyirah 

(dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-
Quran).

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik

Elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria 

bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan. ” 

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil
berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku. 

Selepas solat lima waktu,

 Amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan 

Bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” 

 Ayat 40, Surah Ibrahim 


Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Anda mungkin juga menyukai