Anda di halaman 1dari 5

13 PETUA HEBAT DIDIK SAHSIAH DIRI ANAK MENJADI SOLEH

SOLEHAH

Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa.


Sebagai ibu bapa tanggung jawab kepada hanya bukan hanya menyediakan
makanan,dan tempat tinggal sahaja,tetapi pendidikan juga perlu dititik
beratkan.

Hal ini kerana pendidikanlah yang akan membentuk siasah diri anak-anak
pada masa hadapan agar anak menjadi insan berguna.Ibu bapa juga perlu
mengambil berat juga ilmu dan pendidikan agama hidup didalam diri anak-
anak. Apabila pendidkan agama hidup didalam diri anak-anak,akan
membentuk jati diri seorang muslim yang hebat perilaku,sidat dan akhlaknya.

Ingatlah,anak-anak ini lah yang akan membawa kita ke syurga atau neraka.
Sayangkan anak,bukan hanya sayang didunia sahaja,tetapi kina mahu kasih
sayang ini berkekalan sehingga kita sama-sama bahagia di akhirat kelak.

Perkongsian daripada Sheila Amir yang dipetik daripada isi garapan Prof
Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini berkongsi 13 petua berkesan
untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah. Mari kita tengok panduan
yang dibentangkan untuk melahirkan anak-anak soleh solehah.
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW
sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib
buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1
½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar
1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah,
banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak
pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan
buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam
buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang
degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji,
ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

BACA: Sujud Adalah Nikmat Yang Sangat Besar

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah.


Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham,
jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat
anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi,


lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk
rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik
akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak
belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian,
warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur
dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan


mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan
dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca
anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak
jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah
anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita
dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan
semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk
menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

BACA: Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat
hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh
kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan
kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih,
badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan
anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah
Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan
keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan
Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa
tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan
bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai
hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan
solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu
seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin
dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr
(ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan,
makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau
sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar
perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk
baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki
kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada
masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri
supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-
anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

BACA: Menghayati keagungan peristiwa Israk Mikraj didik jiwa


Muslim ke arah kesempurnaan

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3
Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika
masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan
melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:


Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah,
Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar,
pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.
Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala
anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang
soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau
sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan
santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman
peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur,
anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40
hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai
langkah demi langkah.

Anda mungkin juga menyukai