Anda di halaman 1dari 6

Tips Mendidik Anak Solat

Assalamu'alaikum, Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk mendidik anak
solat. Kebanyakan info aku dapat dari internet..Moh kita kongsi bersama-sama
agar kita dapat melahirkan generasi yang mendirikan solat:)
*Insya Allah* Sumber pertama aku ambil dari sini (http://alamonline.net/blog/18tips-cara-mendidik-anak-mengerjakan-solat/)
1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula
mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib
kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai
masanya nanti.
2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya.
3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat
seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar
sendiri lebih afdhal.
4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu. Begitu juga lafaz niat.
5. Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7
tahun, dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk
mengajar) jika ingkar dan malas.
6. Belikan anak telekung atau songkok, jubah, baju melayu yang dia suka.
7. Pada awal latihan solat, biar anak baca kuat-kuat. Kita boleh menegur dan
memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan tubuh anak,
ajar cara duduk, qiam, takbir, ruku, sujud dan lain-lain.
8. Jangan hadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji
kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil
sikat rambut anak, sambil jalan-jalan dalam kereta, minta anak baca niat solat,
surah ayat lazim, tahiyyat dan lain-lain.
9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin
rajin solat. Beritahu Allah sayang dan mak ayah pun sayang.
10. Ajak anak dan adik-beradik yang lain untuk solat berjemaah bersama-sama
apabila ada kelapangan masa di rumah.
11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka
bersolat. Bermacam ragam mungkin akan terjadi. Maka bersabarlah
menghadapinya.
12. Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa
anak kita.
13. Atur jadual harian anak, ada waktu untuk tonton TV, main bersama kawan,
belajar, buat kerja rumah dan solat.
14. Beritahu anak sifat Allah adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Jadi
nasihat anak agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang
dia lakukan.

15. 2-3 bulan selepas anak semakin mahir membaca bacaan dalam solat, ajar
anak untuk baca dengan nada perlahan. Kerap awasi mereka ketika bersolat
kerana ada kanak-kanak yang mudah lupa tentang rukun dalam solat dan rakaat
bagi setiap waktu.
16. Mula bawa bersama telekung (untuk anak perempuan) apabila pergi ke
mana-mana. Semasa dalam perjalanan jauh, kita boleh ajak anak solat bersama
di R&R, masjid atau surau tempat kita berhenti.
17. Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak
bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk
belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk
pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan. Practice Makes Perfect.
18. Ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Jangan suruh anak solat,
tapi kita seronok dan leka menonton TV atau melayari Internet.
Sumber kedua dari sini (www.iloveislam.com)
Membiasakan anak-anak dengan solat Umur 0-2 tahun Ketika anak masih kecil,
letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita
solat sejak kecil Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat
sebentar"
umur 2-4 tahun Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah
masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak
itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak
lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik
pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai
satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan
ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita
mengajak mereka untuk solat Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat
kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat
sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat
dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat,
berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu
solat!" Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi
mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang
sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih
lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan
bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun,
pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal
solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan
penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi
main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan
menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan
mereka dengan ibu bapa mereka. Mengajar anak solat Umur 5-6 tahun Ajarkan
mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu,
hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat.
Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat
dengan lebih bersemangat dan gembira. Praktikal solat yang dibuat di Tadika
Nursyifa, sangat membantu anak-anak belajar solat. Yang paling melucukan,

anak-anak ini akan berebut untuk menjadi imam, bukti keyakinan mereka untuk
menjadi ketua! Sesekali ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat
berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah
Allah. Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi
setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana
kefahaman yang betul. Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang
yang solat. Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang
bersesuaian. Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali
mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada
setiap waktu. Contoh carta solat yang boleh dibuat untuk anak-anak, stiker-stiker
comel diberikan setiap kali anak-anak berjaya solat. Kad ucapan tahniah yang
pernah saya berikan kepada anak kerana bangun solat subuh di pagi yang dingin.
Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka
akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk
mendidik mereka. Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya,
suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa,
yang penting solat. Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik
dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah
dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan
soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari
kehidupan seorang muslim. Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya
khabar, tanyakan juga tentang solat mereka. Bersama memupuk istiqamah Umur
7-10 tahun Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya :
"Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali
sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun
merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika
berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih
bersungguh-sungguh ok?" Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam
walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat
walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan
solat. Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang
meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan
tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga
solat mereka. Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan
kepada orang-orang yang menjaga solat Ceritakan juga kepada mereka tentang
peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena
lawan! Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu
perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia
fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya! Mantapkan solat anakanak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun
solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci Solat tiang
agama, sesiapa yang meninggalkannya maka dia meruntuhkan agama. Samasama kita mendidik anak-anak dengan panduan yang telah diberikan oleh
Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan anak-anak akan menjadi saham yang terbaik
buat kita di akhirat kelak. Sumber ketiga aku ambil dari sini
(http://www.tengkuasmadi.com/1/post/2011/08/bagaimana-merangsang-anaksolat.html) 1) Ibu bapa mesti menjadi contoh dahulu. Mudah sahaja, ibu bapa
yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat. Sebaliknya ibu
bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti
jejak langkah yang sama. Bagi anak-anak yang kecil, iaitu usianya antara 1
hingga 6 tahun maka cukuplah kalau mereka sekadar memerhatikan kita bersolat
atau ikut sama solat tetapi main-main. Kita baru rukuk dia sudah pun sujud. Kita

belum habis lagi dia sudah pun beri salam dan bermain. Tidak perlu bertegas
atau berkeras. Usah sampai dia rasakan solat itu satu hukuman. Biarkan sahaja
dia begitu sebab yang penting dia nampak kita bersolat. Anak-anak lebih percaya
apa yang dia lihat daripada apa yang kita cakap. Malah 80% didikan adalah
melalui tauladan bukannya melalui perkataan. Tauladan maknanya apa yang
anak kita nampak dilakukan oleh kita setiap hari. 2) Ajak anak-anak anak-anak
berjemaah. Usah jadikan sibuk sebagai alasan tidak mampu mendirikan solat
secara berjemaah di rumah. Kalau tidak sempat berjemaah pada waktu Subuh,
boleh berjemaah di waktu Maghrib. Apabila masuk waktu solat, hamparkan
sejadah di ruangan yang sesuai, panggil semua anak-anak dan suruh mereka
berwuduk. Suruh anak lelaki yang sulong azan dan kemudian iqamat. Lazimkan
solat secara berjemaah dan anak-anak akan terbiasa dengannya. Selepas solat,
zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada
anak-anak tentang agamanya. 3) Tegas dan berdisiplin. Diriwayatkan daripada
Amr bin Syuaib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda:Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang
ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan
sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di
antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud). Hadis ini
menunjukkan betapa tegasnya Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah
solat. Sebab solat itu tiang agama. Orang yang tidak menjaga solatnya tidak
layak dijadikan imam, pemimpin dan suami. Memukul anak seawal usia 10 tahun
bukanlah bermakna menderanya. Cukup sekadar ia tahu bahawa kita serius
dalam bab solat ini. Kegagalan ibu bapa dalam bertegas adalah punca anak-anak
malas solat terutamanya apabila mereka dewasa. Malah ramai ibu bapa yang
rasa kesian nak kejutkan anak mereka yang lena tidur di waktu subuh atas alasan
tidak apalah anak belum akil baligh lagi. Kalau waktu rebung tidak dilentur tidak
akan mungkin mampu dilentur ketika sudah separa buluh. 4) Nasihatkannya
dengan baik. Apabila anak-anak tidak solat cubalah nasihakan mereka dengan
cara yang baik. Terutamanya bagi anak-anak yang sudah masuk usia remaja iaitu
15 hingga 21 tahun. Ceritakan hukuman Allah yang menantinya apabila tidak
solat. Ceritakan ganjaran syurga dan seksa neraka. Ceritakan kesan dan akibat
yang akan menimpa mereka yang tidak solat baik balas dunia atau akhirat.
Bawakan kepadanya kisah-kisah Nabi SAW dan para sahabat tentang solat.
Sampaikan padanya bagaimana Nabi SAW pernah solat malam hingga bengkakbengkak kakinya. Usah berputus asa. Nasihatlah anak-anak dengan sabar dan
berterusan. Kalau bukan kita, ibu bapanya, menasihatkan maka siapa lagi? 5)
Doakan anak. Banyakkanlah berdoa agar anak-anak lembut hati dan mendengar
kata. Buatlah solat hajar agar anak lembut hati bagi mendirikan solat. Bacakan
ayat 21 dalam surah Al-Hasrh (59) dan sapukan pada ubun-ubun anak. Doakan
anak setiap kali kita teringat akan dia meski pun ketika itu kita sedang bekerja,
memasak, memandu dan sebagainya. Sebab ketika kita teringat akan anak maka
ketika itu insya Allah dia juga teringat akan kita. Oleh itu manfaatkan hubungan
yang unik ini. Usah merasa putus asa jika doa belum makbul sebab berputus asa
dari rahmat Allah itu tanda-tanda kekufuran. Yakinlah Allah pasti makbulkan doa
kita cuma masanya sahaja yang belum tiba. 6) Berikan masa bagi anak
melakukan perubahan. Ada ketikanya kita tidak sabar. Sesuatu tabiat memakan
masa bagi mendarah daging. Sebab itulah mendidik anak solat perlu bermula
seawal usia 7 tahun iaitu beberapa tahun sebelum anak-anak akil baligh. Setiap
kali menegur anak solat, ucapkanlah begini, "Aiman, sekarang dah pukul 6.30
petang tapi Aiman masih belum solat. Aiman kan anak yang baik kenapa mesti
begini. Sekarang tak apalah juga Aiman baru 11 tahun. Tahun depan Aiman dah

masuk usia 12 tahun, mak tidak mahu lihat Aiman begini lagi tau. Ok, sekarang
pergi tunaikan solat Asar itu." Ada beberapa perkara yang menarik dalam
teguran ibu ini. Pertama, dia ingatkan anaknya tentang solat. Kedua, dia
wujudkan jambatan emosi dengan mengatakan yang anaknya itu budak baik.
Ketiga, dia letakkan jangkaan bahawa anaknya mesti berubah pada usia 12
tahun. Keempat, dia minata anaknya solat sekaran. Ucapan sebegini
membuatkan anak lebih senang berubah. Bayangkan pada hari lahirnya 12 tahun
nanti apabila kita berikan Aiman hadiah sejadah dan baju sembahyang. Otaknya
terus faham bahawa masanya untuk berubah dan menjaga solat sudah pun tiba.
7) Bisikkan di telinganya sewaktu dia tidur. Minda akan memproses maklumat
yang disampaikan padanya berulang kali dalam gelombang theta. Oleh itu,
hampiri anak yang sedang tidur lalu usap kepalanya, atau tepuk-tepuk badannya
sambil berulang kali menyebut, "Aiman, rajin solat yer nak." Terus menyebut
kata-kata tersebut sehingga anak memberikan respon seperti mengangguk,
mengalih badan atau seumpamanya. Kemudian, sebut beberapa kali lagi lalu
tinggalkanlah anak itu. Lakukan perkara ini setiap malam selama 1 hingga 3
minggu dan insya Allah berhasil. Yang penting yakin dan positif. 8) Bawa anakanak ke surau dan masjid. Biasakan anak-anak ke surau atau masjid bermula dari
mereka masih kecil. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan suasana beribadah
tidak akan kekok melakukannya apabila sudah akil baligh. Tambahan pula,
apabila dia ke masjid, potensi bagi dia berkawan dengan mereka yang kaki solat
juga tinggi. Kalau dia melepak maka potensi untuk dia jadi kaki rempit pula yang
tinggi. Pilihan ditangan kita sebagai ibu bapanya. Usah nanti nasi sudah menjadi
bubur barulah mahu disesalkan. Masalahnya, orang tua pun sekarang liat ke
masjid. 9) Lakukan Rawatan Islam. Ya betul, saya memang serius. Lakukan
rawatan Islam. Mengikut pengalaman saya ramai anak-anak yang mals, degil,
tidak solat dan tidak suka membaca al-quran disebabkan adanya gangguan
syaitan dan iblis yang berbisik-bisik di kalbunya. Tetapi bukanlah semua kes tidak
solat disebabkan oleh gangguan. Ada juga yang memang sudah jenis pemalas.
Cuma tidak salah melakukan rawatan jika semua perkara yang disarankan di atas
telah pun dilakukan. Itu sahaja yang sempat aku sharekan di sini..Kalau kawankawan ada lagi tips mendidik anak solat, bolehlah kongsi link . website..Moga
sama-sama kita mendapat ilmu & perbaiki diri dalam mendidik anak-anak nanti:)
Aku akui, bukan mudah untuk mendidik anak solat..sebab itu, kita sebagai
ibubapa kena berubah supaya anak-anak dapat mencontohi kita..Semoga
dipermudahkan oleh Yang Esa..Alhamdulillah, Haziq memang sudah boleh solat
(dengan bantuan & pemantauan dari aku)..Berbaloi juga kami hantar ke Genius
Aulad di mana memang anak-anak akan di ajar tentang solat & bacaan dalam
solat. Jangan salah faham, bukan GA yang terbaik, KAFA, PASTI / mana-mana
tadika yang ajar anak-anak solat pon bagus cuma sebagai ibubapa kita tak boleh
harapkan tugas mendidik anak-anak solat pada cikgu sahaja..Kita pon kena ambil
peranan juga..Insya Allah..moga diberikan kekuatan untuk berterusan mendidik &
mengajar mereka tentang kepentingan solat. Sekarang ni, waktu selepas solat
Maghrib memang aku khaskan untuk melatih Haziq solat..Kalau suruh dia ikut
solat sekali, memang tak bolehlah sebab lepas je kita angkat takbir, dia follow
sekejap je lepas tu dok main gelak-gelak dengan HUsna..Kalau si Ashraf ada lagi
best, siap guling-guling depan tempat aku sujud..Dalam hati memang rasa nak
marah *sampai tak khusyuk solat* tapi bila baca dalam petikan-petikan di atas,
aku rasa aku kena banyakkan bersabar & jangan mudah marah anakanak..Mungkin dari situ, lama-lama mereka akan dekat dengan solat *Insya
Allah* Haziq sekarang pon kalau suruh solar Maghrib laju je..masa mula-mula
suruh dia solat tu adalah juga mengamuk sikit sebab nak tengok TV (selalunya

kartun) tapi bila dah setiap hari aku suruh, lama-lama dah jadi amalan..Kadangkadang kalau sampai rumah lambat (selalunya ke pasar malam ke apa) & kita
tengah rushing nak solat, dia pon sibuk nak solat sekali..Memang kadang-kadang
aku marahkan dia juga sebab masa tu aku rasa macam mengganggu aku nak
solat (semestinya dah nak hujung-hujung Maghrib) tapi bila fikir balik..tak betul
apa yang aku buat tu..Ya Allah, memang banyak benda yang harus aku & en
suami perbaiki lagi:( Apa-apa pon, Alhamdulillah Haziq dah boleh solat..semoga
abang Amirul Haziq dapat menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik
nanti..Insya Allah..Jom solat dengan Haziq;Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai