Anda di halaman 1dari 2

Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan

memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia
bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu,
ibubapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama.
Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakat pendidikan untuk UPSR,
PMR atau SPM), Sebaliknya ibubapa yang melalalikan tugas amanah ini adalah berdosa.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu
baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa
untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau
sebaliknya. Sabda Nabi saw:

"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam

keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan

ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau

majusi."

Akibatnya kebanyakan anak-anak hari ini terdiri daripada mereka yang hanya pandai berpoya-poya,
pandai menyakitkan hati dan meracuni jiwa serta menderhakai kepada orang-orang tuanya. Akhirnya bila
sampai tahap, mereka akan menjadi anak yang liar. Ketika ini baru ibubapa mengeluh bukan
menyalahkan dirinya tetapi salahkan anak-anak dan paling teruk menyalahkan orang lain

Didikan seterusnya yang mesti dilakukan oleh ibu bapa ialah sembahyang. Nabi saw pernah bersabda:

"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang

bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bila

mana tidak mahu

mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan

pisahkan dari tempat tidur."

Hadith ini adalah merupakan seruan wajib sembahyang. Kanak-kanak itu belum lagi wajib
bersembahyang tetapi yang wajib ialah bapa menyuruhnya bersembahyang. Anak itu belum wajib kerana
dia belum cukup umur (baligh). Jika bapa tak beratkan dia bersembahyang ketika ini, agak sukar kanak-
kanak itu bersembahyang apabila baligh. Budaya solat mesti dimulakan sejak 7 tahun lagi

besar pahala ibubapa memuliakan anak-anak. Oleh itu kita hendaklah memelihara mereka dengan baik
kerana menurut Nabi mengajar satu adab yang baik kepada mereka adalah lebih baik daripada memberi
sedekah satu cupak makanan setiap hari. InsyaAllah ganjaran pahala yang banyak akan diberikan
kepada ibubapa yang baik terhadap keluarganya

Anda mungkin juga menyukai