Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Dengan segala puji Allah yang maha pangasih lagi maha penyayang,
selawat dan salam kepada Nabi junjungan Muhammad s.a.w ,keluarga
serta para sahabat baginda.

Sepanjang usaha kami dalam melaksanakan tugasan ini, kami telah dapat
mempelajari dan lebih memahami tentang tanggungjawab ibubapa
terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap ibubapa dengan lebih
mendalam.

Disamping itu, dalam menyelesaikan tugasan ini kami telah mendapat


pengajaran agar sentiasa berkerjasama di dalam kumpulan dan
berkomunikasi antara satu sama lain.

Akhir kata daripada kami, segala keburukan datangnya daripada kami dan
sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya daripada Allah swt.
Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga


perkara:sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang
memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya."

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w tersebut mencerminkan betapa


pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi
sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat
menjadi anak yang soleh.

Andainya ibu bapa mewujudkan satu suasana yang bercorak kebaratan


dalam rumah, iaitu bukan secara Islam maka ini akan membuatkan anak-
anaknya berlagak seperti orang-orang Barat. Tidak ada langsung
menunjukkan ciri-ciri orang Islam dari segi pertuturan, pemikiran dan
tingkah lakunya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara:


1. Mencintai Nabinya

2. Mencintai ahli rumahnya

3. membaca al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan


Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya beserta Nabi-
nabinya dan orang-orang suci-Nya."

(Hadis riwayat Dailami)

Hadis ini menegaskan bahawasanya ibu bapa wajib mendidik anaknya


supaya pandai membaca dan memahami al-Quran. Sebab kita membaca
sesuatu adalah untuk kefahaman. Kita mesti faham apa yang dibacakan,
jika tidak sia-sia sahaja dan ini adalah satu kerugian besar bagi diri sendiri.

Dengan erti kata lain ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk
membesarkan anak-anak mereka agar menjadi insan Islam yang
sebenarnya yang mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebih-lebih


lagi dalam hal pakaian, supaya menutup aurat agar apabila besar nanti
tidak akan memakai pakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak
berpakaian tidak sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa
perlu menekankan kepada disiplin dan menggunakan psikologi yang bijak.

Yang penting dalam pendidikan anak-anak ialah untuk menanamkan


keperibadian Islam yang murni dalam jiwa mereka. Kita berharap dengan
benteng ini, apabila mereka besar kelak dapat menolak gejala-gejala yang
bercanggah dengan agama Islam.

Dari sudut Islam penekanan amat penting diberikan kepada:

* Ilmu-ilmu yang diberikan

* Asas pelajaran yang diberikan

* Pendidikan jasmani yang diberikan

* memberi makanan dan minuman yang halal

* Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya

Diharap dengan terbinanya institusi keluarga Islam, ianya dapat


memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan satu masyarakat Islam
yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ini

dikira dapat menyumbangkan satu kekuatan ke arah pembangunan negara


Islam serta mendapat penghormatan daripada bangsa dan negara lain.
Lebih-lebih lagi masyarakat kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam
pembentukan peribadi dengan sifat-sifat berikut:

* Keyakinan penuh pada diri sendiri

* Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah

* Menjaga nilai harga diri

* Bersifat benar dalam segala hal

* Berani menghadapi dugaan dan cabaran

* Selalu bersifat tenang

Jangan sekali-kali ibu bapa memperkecilkan kecepatan kedewasaan anak-


anak. Masa dan peluang perlu diberikan kepada anak-anak untuk maju.
Mereka amat memerlukan bimbingan yang positif dan didikan yang
sempurna dari ibu bapa.
Tanggungjawab Anak Terhadap Ketua Ibu Bapa

§ Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut


dan hadir kepadanya.

§ Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan


nama.

§ Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.

§ Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya,


jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.

§ Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.

§ Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak


harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak
berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah
dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
§ Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di
belakangnya.

§ Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya


dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku
adil diantara anak-anaknya.

§ Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba


untuk menggembirakan hati mereka.

§ Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka


beritahulah keduanya dan mintalah izin.

§ Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta
izin terlebih dahulu.

§ Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini


sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah
kita kepada keduanya. Menahan diri dengan berdoa dan sabar adalah
lebih baik.
§ Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus
memnyediakan sekadar kemampuan.

§ Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus


memberinya sekadar kemampuan.

§ Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita


maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera
memohon kemaafan.

§ Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka


berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu
tidak ada perkara yang penting.

§ Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela


terhadap dirinya sendiri.

§ Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.

§ Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan


Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang
soleh mengikut kemampuan sendiri.
§ Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah
martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada
dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.

§ Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu


mengikut kemampuan anda.
PENUTUP/KESIMPULAN

Alhamdulillah melalui tugasan ini kami sekumpulan dapat mengetahui


dengan lebih lanjut mengenai tanggungjawab ibubapa terhadap anak yang
sememangnya sangat berat untuk dipikul bukan seperti yang dilihat
dengan mata kasar. Sesungguhnya anak itu umpama kain putih yang perlu
dicorak oleh ibubapa . Jika sempurna coraknya , maka sempurnalah
didikan yang diajar oleh ibubapa.

Walaubagaimanapun , tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa juga


tidak kurang beratnya. Anak-anak perlu menghormati ibubapa.Bak kata
perumpamaan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" dan keredhaan
seorang anak adalah daripada restu ibubapa kita.

Akhir kata, bersamalah kita memikul tanggungjawab kepada ibubapa


mahupun anak-anak untuk mencari keredhaan di dunia yang sementara ini
untuk membawa bekalan di akhirat.

Wasallam.

Anda mungkin juga menyukai

  • Sejarah Petronas
    Sejarah Petronas
    Dokumen2 halaman
    Sejarah Petronas
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Syurga N Neraka
    Nama Syurga N Neraka
    Dokumen1 halaman
    Nama Syurga N Neraka
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • PENUTUP
    PENUTUP
    Dokumen1 halaman
    PENUTUP
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Tggungjwb Ibu Bapa
    Tggungjwb Ibu Bapa
    Dokumen2 halaman
    Tggungjwb Ibu Bapa
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Tggungjwb Ank
    Tggungjwb Ank
    Dokumen1 halaman
    Tggungjwb Ank
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi Kndungn
    Isi Kndungn
    Dokumen1 halaman
    Isi Kndungn
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi KNDGN
    Isi KNDGN
    Dokumen2 halaman
    Isi KNDGN
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Dokumen2 halaman
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nma Hari Kiamat
    Nma Hari Kiamat
    Dokumen3 halaman
    Nma Hari Kiamat
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi Kndungan
    Isi Kndungan
    Dokumen1 halaman
    Isi Kndungan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Syurga N Neraka
    Nama Syurga N Neraka
    Dokumen1 halaman
    Nama Syurga N Neraka
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Hari Kiamat
    Nama Hari Kiamat
    Dokumen3 halaman
    Nama Hari Kiamat
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Allah N Maksud
    Nama Allah N Maksud
    Dokumen8 halaman
    Nama Allah N Maksud
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Hari Kiamat
    Nama Hari Kiamat
    Dokumen3 halaman
    Nama Hari Kiamat
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nma2 Allah N Mksdnye
    Nma2 Allah N Mksdnye
    Dokumen8 halaman
    Nma2 Allah N Mksdnye
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Dokumen13 halaman
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Allah N Maksud
    Nama Allah N Maksud
    Dokumen11 halaman
    Nama Allah N Maksud
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi KNDGN
    Isi KNDGN
    Dokumen2 halaman
    Isi KNDGN
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Syurga N Neraka
    Nama Syurga N Neraka
    Dokumen1 halaman
    Nama Syurga N Neraka
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Document
    Document
    Dokumen44 halaman
    Document
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Pndhuluan
    CTH Pndhuluan
    Dokumen1 halaman
    CTH Pndhuluan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Penubuhan M'sia
    Penubuhan M'sia
    Dokumen4 halaman
    Penubuhan M'sia
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Document
    Document
    Dokumen44 halaman
    Document
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Penubuhan M'sia
    Penubuhan M'sia
    Dokumen4 halaman
    Penubuhan M'sia
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Pndhuluan
    CTH Pndhuluan
    Dokumen1 halaman
    CTH Pndhuluan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Penutupan
    CTH Penutupan
    Dokumen1 halaman
    CTH Penutupan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Penutupan
    CTH Penutupan
    Dokumen1 halaman
    CTH Penutupan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat