Anda di halaman 1dari 4

Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Membawa Perubahan Kepada Negara

TARIKH 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara khususnya


dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan
Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang
menjangkau 10 juta orang.

Menyusur semula pembentukan Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana Menteri


Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya telah disuarakan
pada bulan Mei 1961 lagi melalui satu ucapannya dalam Persatuan Wartawan Asing Asia-
Tenggara di Singapura.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunai digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara
yang disebut sebagai Malaysia.

Kata Tunku dalam ucapannya, “Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara
bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.”

Selepas cadangan tersebut disuarakan oleh Tunku, pelbagai pihak mula menyuarakan
pendapat mereka hinggakan penubuhan Malaysia tersebut menjadi topik perbincangan
hinggalah ke peringkat antarabangsa.

Ramai pihak yang menyokong cadangan tersebut khususnya pemimpin-pemimpin rakyat dalam
negeri-negeri Singapura, Sarawak dan Sabah yang menganggap cadangan tersebut akan
dapat membantu mereka membebaskan diri dari kuasa penjajah Inggeris.

Lanjutan dari cadangan penubuhan gagasan Malaysia ini, Tunku Abdul Rahman telah
mengambil tindakan dengan mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri British di
London.

Hasilnya, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi memastikan rancangan tersebut berjaya
dan mendapat persetujuan semua pihak.

Suruhanjaya tersebut telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan diwakili oleh wakil-wakil
dari Tanah Melayu dan Kerajaan British.

Tujuan utama suruhanjaya tersebut dibentuk adalah untuk menyiasat pendapat dan persetujuan
rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan gagasan Melaysia ini.

Usaha untuk menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah satu gagasan mendapat sambutan
yang menggalakkan terutamanya dari para penduduk di Sabah dan Sarawak sendiri.

Menurut Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 1963/64, pada 23 Ogos 1961,
persetujuan telah dicapai di antara kerajaan Singapura dan Tanah Melayu yang meletakkan
Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dalam lapangan pelajaran dan buruh sahaja
dengan persetujuan sebuah jawatankuasa anatara Kerajaan Singapura dan Tanah Melayu.

Namun begitu, usaha murni untuk menuju kepada penubuhan sebuah negara baru Malaysia
terhalang apabila berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh Sheikh Azhari di Brunai pada 8
Disember 1962.

Ini diikuti dengan pengisytiharan konfrantasai Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden
Sukarno sebagai tentangan terhadap gagasan Malaysia.

Manakala di Manila pula, terdapat tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina atas
alasan ia adalah milik keturunan Sultan Solo yang telah membuat perjanjian dengan Kerajaan
British pada tahun 1878.

Perselisihan pendapat dan pertikaian ini telah berlarutan dan semakin meruncing hingga
memecahbelahkan keamanan yang ada di Asia Tenggara.

Konfrantasi yang dilancarakan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun
hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan
tentera.

Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia dibawah Presiden slogan
“Ganyang Malaysia”.

Misalnya dapat dilihat dalam pertempuran di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim
Sukarno di satu Pos Sementara tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah.

Serangan yang berlaku pada waktu maghrib ini telah mengorbankan seramai tujuh orang dan
mencederakan 16 orang yang lain.

Begitu juga dengan serangan yang berlangsung di Pontian, Labis, Kota Tinggi dan Batu Pahat
di Johor. Tentangan ke atas penubuhan Malaysia mengakibatkan pertempuran yang hebat
antara tentera kedua-dua negara.

Bagi menyelesaikan masalah berikut dan memulihkan keamanan di rantau Asia Tenggara,
maka suatu persidangan kemuncak telah diadakan anatara ketua-ketua tiga negara yang
terlibat dalam pertikaian iaitu Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina.

Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun
mendapat tentangan dalam bentuk ketenteraan dari negara lain.

Dalam persidangan kemuncak di Manila yang berlangsung pada akhir bulan Julai 1963, tolak
ansur telah berlaku antara negara-negara terbabit dan tarikh pengisytiharan negara baru
Malaysia akan diumumkan selepas Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu berpuas hati
dengan kehendak rakyat dari wilayah Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Brunai tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai
persetujuan mengenai negerinya.

Walaupun pembentukan Malaysia telah mendapat persetujuan PBB, tetapi Indonesia seakan
berusaha untuk menggagalkan rancangan tersebut malah sengaja melewatkan ketibaan
wakilnya sebagai pemerhati kerja-kerja rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak.

Akhirnya PBB telah bersetuju mengeluarkan laporannya mengakui 80 peratus dari rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri
Malaya, Tunku Abdul Rahman.

Tentangan dari Indonesia tidak habis di situ sahaja sebaliknya melancarkan kembali
konfrontasinya dengan menarik kembali Duta Besarnya di Malaysia serta mengugut nyawa
rakyat Malaysia yang ada di Indonesia.

Filipina turut bertindak keras apabila cuba menurunkan taraf kedutaanya di Malaysia menjadi
konsul sahaja.

Akibat tindakan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan
memutuskan hubungan diplomatic dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran
negara Malaysia dilancarkan.

Konfrantasi ini berlanjutan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966. Perjanjian
penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diistiharkan secara
rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.

Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka dihadapan DYMM Seri Paduka Yang
DiPertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan
Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia.

Kini, setelah 46 tahun Malaysia ditubuhkan, pelbagai kemajuan dapat dilihat dari pelbagai
aspek bukan sahaja dalam bidang ekonomi, politik dan sosial malah hubungan antarabangsa
dengan negara-negara jiran terbabit juga telah pulih.

Seharusnya, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi sejak sekian lama wajar dipelihara
dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai

  • PENUTUP
    PENUTUP
    Dokumen1 halaman
    PENUTUP
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Tggungjwb Ank
    Tggungjwb Ank
    Dokumen1 halaman
    Tggungjwb Ank
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Sejarah Petronas
    Sejarah Petronas
    Dokumen2 halaman
    Sejarah Petronas
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Tggungjwb Ibu Bapa
    Tggungjwb Ibu Bapa
    Dokumen2 halaman
    Tggungjwb Ibu Bapa
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi Kndungn
    Isi Kndungn
    Dokumen1 halaman
    Isi Kndungn
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi KNDGN
    Isi KNDGN
    Dokumen2 halaman
    Isi KNDGN
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Hari Kiamat
    Nama Hari Kiamat
    Dokumen3 halaman
    Nama Hari Kiamat
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Pen Gen Alan
    Pen Gen Alan
    Dokumen10 halaman
    Pen Gen Alan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi Kndungan
    Isi Kndungan
    Dokumen1 halaman
    Isi Kndungan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Allah N Maksud
    Nama Allah N Maksud
    Dokumen8 halaman
    Nama Allah N Maksud
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Syurga N Neraka
    Nama Syurga N Neraka
    Dokumen1 halaman
    Nama Syurga N Neraka
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Allah N Maksud
    Nama Allah N Maksud
    Dokumen11 halaman
    Nama Allah N Maksud
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nma2 Allah N Mksdnye
    Nma2 Allah N Mksdnye
    Dokumen8 halaman
    Nma2 Allah N Mksdnye
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Syurga N Neraka
    Nama Syurga N Neraka
    Dokumen1 halaman
    Nama Syurga N Neraka
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Dokumen2 halaman
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nma Hari Kiamat
    Nma Hari Kiamat
    Dokumen3 halaman
    Nma Hari Kiamat
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Document
    Document
    Dokumen44 halaman
    Document
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Hari Kiamat
    Nama Hari Kiamat
    Dokumen3 halaman
    Nama Hari Kiamat
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    Dokumen13 halaman
    Nama Malaikat Dan Tugas'y
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Nama Syurga N Neraka
    Nama Syurga N Neraka
    Dokumen1 halaman
    Nama Syurga N Neraka
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Document
    Document
    Dokumen44 halaman
    Document
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Isi KNDGN
    Isi KNDGN
    Dokumen2 halaman
    Isi KNDGN
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Pndhuluan
    CTH Pndhuluan
    Dokumen1 halaman
    CTH Pndhuluan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Penutupan
    CTH Penutupan
    Dokumen1 halaman
    CTH Penutupan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Pndhuluan
    CTH Pndhuluan
    Dokumen1 halaman
    CTH Pndhuluan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • CTH Penutupan
    CTH Penutupan
    Dokumen1 halaman
    CTH Penutupan
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat
  • Penubuhan M'sia
    Penubuhan M'sia
    Dokumen4 halaman
    Penubuhan M'sia
    cutegurlz_922310
    Belum ada peringkat