Anda di halaman 1dari 11

AMALAN BAGI WANITA KETIKA HAID & NIFAS DI BULAN RMADHAN

Membaca Al Quraan tanpa musyhaf seperti membaca ayat-ayat alquraan yang tertulis di dinding2
atau di web-site dan you-tube.
Mendengar bacaan AlQuraan daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.
Membaca dan memahami ayat AlQuraan dari kitab tafsir.
Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .

Doa ketika haid: Alhamdulillah ala kullin hal waastafirrullaha min kullin zambin.
Maksudnya:Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan Aku memohon keampunan kepada Allah
dari segala dosa.
-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya.
Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang
hari di bulan Ramadhan .
Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.
Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga bolih
mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian
rumahtgangga. Antara lainya:
Menyedaikan juadah berbuka dan bersahur .
Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
Melibatkan diri dalam aktibiti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam
melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan
olih Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan
dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari. Hanya kerana mereka tidak dapat
menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan
bulan Ramadhan Al Mubarak.





















Amalan Ketika Haid Dan Nifas

Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam
berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1) Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2) Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3) Memperbanyakkan zikir kepada Allah .
4) Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5) Qiamullail menghidupkan malam dengan;
a. Bermunajat
b. Bertafakur
c. Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6) Memuhasabah dan menghitung diri
7) Membaca zikir Asmaul Husna
8) Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9) Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10) Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11) Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12) Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13) Tolabul Ilmi (menambahkan ilmu pengetahuan)
14) Membaca Al-Mathurat (niatkan untuk berzikir)
15) Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16) Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17) Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18) Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19) Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20) Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21) Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22) Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23) Sediakan makanan untuk orang bersahur
24) Memberi makan orang yang berpuasa.
25) Melakukan kerja-kerja rumah
26) Berbakti kepada Orang Tua
27) Perbanyak infaq dan sedekah
28) Melakukan khidmat masyarakat.
29) Melakukan perbincangan ilmiah
30) Menjalankan kerja-kerja dakwah
31) Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32) Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33) Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34) Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35) Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-
Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat
membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas
orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka
berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;Janganlah
wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-
Quran. (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub
dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan
lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Qurandari
ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca
sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-
Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama keuzuran boleh juga dibaca Doa Wanita
Ketika Datang Haid berikut:

.
.
Allah berfirman:


emi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-
pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Surah al-Asr 103: Ayat 1-3)




Ibadah 10 Terakhir Ramadhan
Bagi Wanita Haid

1. Redha dengan ketentuan ALLAH
Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada
di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan
qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik
dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar
pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada
ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.
Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.
2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan
Memang ibadah terbaik pada 10 akhir Ramadhan ialah solat-solat sunat. Namun, disebabkan
oleh wanita-wanita haid/nifas tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi
menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tersebut tidak berlalu begitu
sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.
Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati
maksud ayat-ayat al-Quran.
Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak
kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali, antaranya:
o SubhanAllah (Maha Suci ALLAH)
o Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH)
o Allahu Akbar (ALLAH Maha Besar)
o La Ilaha illa ALLAH (Tiada Tuhan selain ALLAH)
Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir
o SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim (Maha suci ALLAH dengan
segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
2 Kalimah Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya
o La hawla wa la quwwata illa biLLAH (Tiada daya dan tiada kekuatan
melainkan dengan ALLAH)
o Dan lain-lain lagi.
Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. UcaplahAstaghfirullah (aku
memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada
ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin,
terutamanya pada bulan Ramadhan.
RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada
ALLAH
Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa
juga adalah ibadah.

Doa Lailatul-Qadar
Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW
Muhasabah diri.
Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menambahkan ilmu, menimbulkan
keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur
dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh
dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH
Subhanahu wa Ta`ala.
Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang
mengalami uzur. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir
Ramadhan. Kerana kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar pada malam-malam
10 terakhir Ramadhan. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam
walaupun anda sedang didatangi haid.
3. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.
Menghadiri majlis-majlis ilmu.
Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
Haram Ghibah & Perintah Menjaga Lidah
Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak
manusia kembali beragama.
Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang
berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang
berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi
pahala orang berpuasa itu.
Berinfaq.
Membantu orang yang kesusahan.
Menyebarluaskan salam.
Keutamaan Menyebarluaskan Salam
Dan banyak lagi tidak terkira.

Amalan alternatif buat wanita yang haid/nifas.
Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang
berada di luar sana.
Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di
dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini
membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di
dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja. Malah ada yang tidur sahaja
disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.
ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-
hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka
mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga
boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan. :)

Tak terkecuali wanita haid. Islam tidaklah melarang mereka untuk melakukan semua ibadah.
Sekalipun kondisi datang bulan, membatasi ruang gerak mereka untuk melakukan amalan ibadah.
Wanita haid masih bisa melakukan amalan ibadah, selain amalan yang dilarang dalam syariat,
diantaranya;
Pertama, shalat
Dari Abu Said radhiyallahu anhu, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

Bukankah bila si wanita haid ia tidak shalat dan tidak pula puasa? Itulah kekurangan agama si
wanita. (Muttafaqun alaih, HR. Bukhari no. 1951 dan Muslim no. 79)
Kedua, puasa
Sebagaimana disebutkan dalam hadis Abu Said radhiyallahu anhu di atas.
Ketiga, thawaf di kabah
Aisyah pernah mengalami haid ketika berhaji. Kemudian Nabi shallallahu alaihi wa
sallam memberikan panduan kepadanya,

Lakukanlah segala sesuatu yang dilakukan orang yang berhaji selain dari melakukan thawaf di
Kabah hingga engkau suci. (HR. Bukhari no. 305 dan Muslim no. 1211)
Keempat, menyentuh mushaf
Orang yang berhadats (hadats besar atau hadats kecil) tidak boleh menyentuh mushaf seluruhnya
ataupun hanya sebagian. Inilah pendapat para ulama empat madzhab. Dalil dari hal ini adalah
firman Allah Taala,

Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan (QS. Al Waqiah: 79)


Dalil lainnya adalah sabda Nabi alaihish shalaatu was salaam,

Tidak boleh menyentuh Al Quran kecuali engkau dalam keadaan suci. (HR. Al Hakim dalam
Al Mustadroknya, beliau mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)
Kelima, Itikaf
Inilah adalah pendapat mayoritas ulama dari madzhab Maliki, Syafii, dan Hambali. Sementara
madzhab Hanafi menyatakan bahwa itikaf wanita haid tidak sah, karena mereka
mempersyaratkan orang yang Itikaf harus dalam keadaan puasa di siang harinya. Sementara
wanita haid, tidak boleh puasa.
Pendapat yang berbeda dalam hal ini adalah madzhab Zahiriyah.
Pendapat yang lebih kuat dalam hal ini adalah pendapat mayoritas ulama bahwa wanita haid tidak
boleh melakukan Itikaf. Dalilnya, firman Allah,


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam Keadaan mabuk,
sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu
dalam Keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi(QS. An-Nisa: 43).
Keenam, hubungan intim
Allah Taala berfirman,

Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari (hubungan intim dengan) wanita di waktu
haid. (QS. Al Baqarah: 222).
Selain enam jenis ibadah di atas, masih banyak amalan ibadah yang bisa dilakukan wanita haid.
Diantaranya,
1. Membaca Al-Quran tanpa menyentuh lembaran mushaf. InsyaaAllah, ini pendapat yang
lebih kuat. Penjelasan selengkapnya bisa anda pelajari di: Hukum Wanita Haid Membaca
Al-Quran.
2. Boleh menyentuh ponsel atau tablet yang ada konten Al-Qurannya. Karena benda semacam
ini tidak dihukumi Al-Quran. Sehingga, bagi wanita haid yang ingin tetap menjaga rutinitas
membaca Al-Quran, sementara dia tidak memiliki hafalan, bisa menggunakan bantuan alat,
komputer, atau tablet atau semacamnya.
3. Berdzikir dan berdoa. Baik yang terkait waktu tertentu, misalnya doa setelah adzan, doa
seusai makan, doa memakai baju atau doa hendak masuk WC, dll.
4. Membaca dzikir mutlak sebanyak mungkin, seperti memperbanyak tasbih (subhanallah),
tahlil (la ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah), dan zikir lainnya. Ulama sepakat wanita haid
atau orang junub boleh membaca dzikir. (Fatawa Syabakah Islamiyah, no. 25881)
5. Belajar ilmu agama, seperti membaca membaca buku-buku islam. Sekalipun di sana ada
kutipan ayat Al-Quran, namun para ulama sepakat itu tidak dihukumi sebagaimana Al-
Quran, sehingga boleh disentuh.
6. Mendengarkan ceramah, bacaan Al-Quran atau semacamnya.
7. Bersedekah, infak, atau amal sosial keagamaan lainnya.
8. Menyampaikan kajian, sekalipun harus mengutip ayat Al-Quran. Karena dalam kondisi ini,
dia sedang berdalil dan bukan membaca Al-Quran.
Dan masih banyak amal ibadah lainnya yang bisa menjadi sumber pahala bagi wanita haid.
Karena itu, tidak ada alasan untuk bersedih atau tidak terima dengan kondisi haid yang dia alami.







IBADAH WANITA KETIKA HAID

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid
dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan
berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang
menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.
Jawapan;
1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan
mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha,
adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Said al-
Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; Bukankah kesaksian seorang
wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?. Mereka menjawab; Ya. Baginda lalu berkata;
Itu tanda kurangnya akal wanita. Baginda bertanya lagi; Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu
tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?. Mereka menjawab; Ya. Baginda lantas berkata; Itu
tanda kurangnya agama wanita (HR Imam al-Bukhari dari Abu Said al-Khudri r.a.).
2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;
A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat);
Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu
ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;Janganlah
wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran (HR Imam at-Tirmizi
dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam
haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa
menggerakkan lidah), diharuskan.
B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-
ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh
haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud
az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi
orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di
kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka
ialah hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir
kepada Allah pada setiap ketika/masanya (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di
dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif
mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.
3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang
kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam
kaedah Fiqh ada dinyatakan Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang
mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal.
Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah
adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan
membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci
ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;
1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain
Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa,
berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai