Anda di halaman 1dari 7

FIQH MUWAZANAT: SEJAUH MANA APLIKASINYA DALAM PASARAN KEWANGAN ISLAM?

(Isu Pemeriksaan Saham)

DEFINISI DAN KONSEP FIQH MUWAZANAT

Secara teknikal, Fiqh Muwazanat ialah satu disiplin ilmu yang menjelaskan kaedah-kaedah dan cara yang diperlukan untuk memperoleh pertimbangan yang ilmiah di dalam masalah pertembungan sesama masalih(kemaslahatan) atau mafsadah (kemudaratan) ataupun di

antara maslahah dan mafsadah dan dengan pertimbangan itu menjadikan kedua maslahah dan mafsadah itu dapat digunakan dalam situasi sebenar. Al Qaradawi menjelaskan konsep Fiqh Muwazanat adalah seperti berikut:

1. Mempertimbangkan maslahah yang bertembung sesamanya sama ada dalam bentuk saiz dan kapasiti; nilai dan kesan untuk menentukan yang mana satu perlu diberi keutamaan dan yang mana satu perlu dibuang. 2. Mempertimbangkan mafsadah yang bertembung sesamanya untuk menentukan yang mana satu diterima dan yang mana satu perlu dielakkan 3. Mempertimbangkan antara maslahah dan mafsadah sekiranya bertembung keduanya untuk menentukan bila masanya untuk mengelakkan mafsadah demi mendapatkan maslahah dan bila masanya untuk menggunakan mafsadah untuk kepentingan masalahah.

Berdasarkan definisi yang diberikan, Fiqh Muwazanat menandakan bahawa maslahah boleh bertembung sesamanya dan untuk menggunakan kedua-duanya adalah mustahil.begitu juga dengan mafsadah, apabila bertembung sesamanya, adalah mustahil untuk mengelakkan

kedua-duanya. Di sini terdapat juga pertembungan antara maslahah dan mafsadah. Sesuatu yang mungkin mengandungi maslahah pada satu-satu bahagian dan mafsadah pada bahagian yang lain kemungkinan ia adalah baik bagi sesuatu kumpulan atau organisasi tetapi mendatangkan mudarat kepada pihak yang lain. Dalam situasi tersebut, Shariah mempunyai pelbagai kaedah yang menghasilkan rangka metodologi muwazanat dalam peraturan berikut: i. Mempertimbangkan antara maslahah dan menentukan yang manakah antaranya lebih sesuai dan diterima dan yang manakah perlu dibatalkan dan diketepikan. ii. Mempertimbangkan antara mudarat dan menentukan yang manakah antaranya harus dikekalkan sekiranya mustahil untuk mengelak daripada kedua-duanya dan yang manakah perlu ditangguhkan dahulu. iii. Mempertimbangkan antara maslahah dan mudarat bilamana bertembung untuk menentukan bila masa mengelak mudarat lebih baik untuk mendapatkan maslahah dan bila masanya mudarat dipertahankan untuk mendapatkan maslahah.

Shariah mengandungi 3 keperluan iaitu (daruriyat) yang secara mutlaknya sangat diperlukan untuk melindungi agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Kemudian (hajiyat) yang mana bila tidak dipenuhi akan membawa kepada kehidupan yang susah dan yang terakhir adalah (tahsiniyat) yang mana melibatkan pembaikan dan pelengkap kepada kehidupan. Berhubung dengan teori dan prinsip muwazanat khususnya dalam mencari penyelesaian cara Islam untuk beberapa situasi, Dr. Al Qaradawi menulis sekiranya kita tidak mengaplikasikan Fiqh Muwazanat, kita akan menutup banyak pintu-pintu kebaikan, mencipta falsafah penolakan jalan untuk berurusan dengan segala-galanya dan mengasingkan diri sebagai satu helah untuk mengelakkan masalah dan mengelakkan konfrontasi dengan musuh. Ia sememangnya mudah bagi kita untuk mengatakan tidak boleh! ataupun ini haram! kepada cadangan atau kemungkinan yang memerlukan kepada ijtihad. Tetapi, sekiranya kita mengaplikasikan Fiqh Muwazanat, kita akan menemui satu jalan untuk membandingkan satu situasi dengan situasi

yang lain dan menimbangkan antara untung dan rugi pada tahap individu mahupun berkumpulan dan kemudiannya memilih apa yang kita rasa boleh membawa kepada merealisasikan masalah dan mengelakkan mudarat dalam cara yang sebaik mungkin. Fiqh Muwazanat kebanyakannya mengambil berat akan penyelesaian terhadap masalah manusia dan menjadikan kehidupan mereka mudah di sisi Shariah. Bukanlah fiqh makro ini bermaksud mengubah asas-asas shariah ataupun mengubah keperluan-keperluanya. Walau bagaimanapun, keadaan sesuatu tempat, persekitaran dan sistem mungkin memerlukan beberapa penyelesaian sementara yang dihasilkan di bawah tujuan shariah yang umum. Jadi, dalam usaha mencapai perkara-perkara al muwazanat, peranan ijtihad muncul sebagai satu perkara yang penting dan tidak dapat dielakkan. Tambahan kepada itu, Fiqh Muwazanat tidak boleh dianggap sebagai bidah usuliyah dan ia merupakan satu keperluan kepada orang Islam kerana amalan dan ajarannya selari kebanyakkan ulama. dengan Al Quran dan As Sunah dan kefahaman

Masalah: Sejauh manakah pelaksanaan Fiqh Muwazanat di dalam pelaksanaan kewangan Islam di Malaysia?

Kembali kepada tajuk perbincangan Fiqh Muwazanat, adalah sangat penting untuk memastikan bahawa prinsip muwazanat berjalan dalam suasana yang sesuai bagi orang Muslim. Muslim juga perlu membezakan yang mana satu elemen dan peranannya lebih penting iaitu jika berlakunya kesilapan memungkinkan kita mengetepikan maslahah dan menghasilkan mudarat. Di sini mungkin ada manfaatnya sekiranya kita merenung kembali kata-kata tokoh penting dalam arena kewangan Islam di Malaysia iaitu, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob iaitu: kita pandang belakang dan lihat ringkasan sejarah 45 tahun yang lepas semenjak kemerdekaan, kita akan dapati bahawa pembangunan negara kita adalah daripada warisan sistem konvensional yang datangnya daripada penjajah. Diharapkan, ini adalah permulaan

yang baik untuk mengingatkan kita bahawa sistem kewangan tidak lahir daripada vakum. Walaupun hanya sedikit sahaja sistem yang boleh membawa kepada pembangunan, ia diterima selagimana suasana institusi keseluruhannya adalah kondusif. Begitu juga dengan sistem kewangan Islam, ia tidak datang daripada vakum. Zaman kini kita saling berhubungan dengan dunia global yang diterajui oleh kuasa-kuasa besar yang bukan beragama Islam dan orang Islam tidak bebas secara keseluruhannya untuk mengamalkan Islam. walaupun kadangkala kita terfikir kita mampu untuk melakukannya, tetapi adalah mustahil untuk memisahkan keseluruhan sistem kewangan Islam dengan yang lain. Kita mesti menyedari bahawa ia adalah satu cabaran kepada sistem kewangan Islam untuk melaksanakan sistem Islam secara keseluruhan dengan segera. Di samping itu, kita harus bersedia untuk mempertimbangkan pertambahan pelaksanaan strategi dan tidak

terperangkap dengan sifat fanatik dan ekstrem. Kita harus sedar bahawa kewujudan sistem Islam adalah di bawah pemerintahan dan dominasi sistem bukan Islam. Jadi, bagaimana untuk menghadapi situasi ini, maka fiqh muawazanat adalah penyelesaiannya.

Penyelesaian: Isu Penapisan dan Pemeriksaan kepada Pasaran Saham. Satu kaedah pertimbangan kompromi melalui Fiqh Muwazanat.

Berkaitan dengan penubuhan dan perkembangan pasaran modal

Islam dan

hubungannya dengan Fiqh Muwazanat, ia terkesan kepada banyak perkara. Yang paling nyata ialah ukuran piawai yang diwujudkan oleh Suruhanjaya sekuriti majlis penasihat syariah di dalam proses pemeriksaan pasaran modal. Kesemua saham yang dibenarkan dalam Islam diterbitkan oleh majlis penasihat 2 kali setahun. Di dalam kes sekuriti syarikat yang mana perniagaan utamanya menyalahi dan melanggari prinsip shariah, ijmak menyatakan tidak boleh berniaga dengan saham mereka. Walau bagaimanapun, bila mana sebuah perniagaan

menjalankan aktiviti yang bercampur halal dan haram, bidang kuasanya berbeza dan proses pemeriksaan sahamnya juga berbeza. Di Malaysia, melalui ijtihad khususnya dengan menggunakan prinsip Fiqh Muwazanat, hanya tanda aras penyata pendapatan yang digunakan. Tanda aras hutang dan kecairan ratio tidak digunakan. Dalam mengklasifikasikan sekuriti, Majlis Penasihat Syariah menerima kemasukan dan sokongan daripada majlis sekuriti. Majlis penasihat shariah telah melaksanakan ukuran piawai kepada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Berikut adalah kriteria pemeriksaan yang digunakan: 1. Aktiviti Utama: Syarikat yang menjalankan aktiviti yang menyalahi shariah seperti berikut

tidak termasuk : sistem kewangan berasaskan riba, judi, menjual dan menghasil produk yang tidak halal, menjual insurans konvensional, pusat hiburan yang menyalahi shariah, menjalinkan usaha sama dengan syarikat yang tidak patuh pada prinsip shariah. 2. Aktiviti campuran: untuk syarikat yang menjalankan aktiviti halal dan haram, majlis

penasihat shariah mempertimbangkan dua kriteria : a) b) imej dan persepsi masyarakat terhadap syarikat tersebut bersih dan baik bila bercampur, aktiviti utama haruslah yang memberi maslahah kepada ummah dan

perkara yang haram hanyalah sedikit sahaja seperti perkara-perkara yang tidak di dapat di elakkan(umumu balwa) 3. Tanda aras pertimbangan : sesuai digunakan untuk aktiviti campuran. Sekiranya

keuntungan sebelum cukai untuk aktiviti haram melebihi tanda aras, sekuriti syarikat tersebut dikategorikan tidak patuh Shariah. Tanda-tanda aras yang disediakan oleh majlis penasihat shariah berdasarkan ijtihad adalah: a. Tanda aras 5 peratus (%): tanda aras ni digunakan untuk menilai tahap sumbangan

campuran hasil daripada aktiviti yang jelas dilarang seperti riba, arak, judi. b. Tanda aras 10 peratus (%): tanda aras ini digunakan untuk menilai tahap sumbangan

campuran daripada aktiviti yang terlibat dalam umumu balwa iaitu perkara yang bersalahan dengan shariah yang tidak dapat dielakkan.

c.

Tanda aras 25 peratus(%): tanda aras ini digunapakai untuk menilai sumbangan

campuran yang datang daripada aktiviti yang keseluruhannya halal berdasarkan prinsip shariah dan mengandungi elemen maslahah kepada masyarakat umum.

KESIMPULAN

Penubuhan had pertimbangan ukuran oleh majlis penasihat shariah dalam proses pemeriksaan saham adalah bertujuan untuk membuka laluan dan galakan kepada Muslim untuk melibatkan diri dalam pasaran modal, jika tidak ia boleh membahayakan maslahah kewangan keseluruhan masyarakat Islam (hifz mal). Dalam perkataan lain, majlis penasihat shariah menunjukkan kepada orang Islam agar tidak mudah-mudah mengeluarkan fatwa bahawa salah menjalankan perniagaan dengan aktiviti campuran. Keputusan yang di ambil ini adalah berdasarkan bukti kukuh bahawasanya sememangnya kebanyakan saham yang berada di Bursa Saham adalah kepunyaan syarikat yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan shariah tetapi pada masa yang sama ada pendapat yang menyatakan kesalahan tersebut boleh dipertimbangkan kerana sistem pasaran modal konvensional tidak boleh tukar semalaman dan peralihan jalan harus dilalui dengan sabarnya. Tambahan lagi; majlis penasihat menerangkan bahawa: untuk menentukan status syarikat campuran seperti yang dipersetujui oleh Shariah sekuriti, adalah perlu untuk menggariskan tanda aras dalam memastikan bahawa elemen-elemen terlarang berada dalam jumlah yang minimum. Dalam erti kata yang lain, kehadiran elemen yang terlarang itu tidak menjejaskan elemen yang diharuskan yang mana ia lebih besar dan banyak. Ulama-ulama terdahulu tidak menggariskan tanda aras untuk menentukan status syarikat campuran jadi memberi peluang kepada ulama-ulama moden memikirkan tentang benchmark. Majlis penasihat shariah mengambil kira maslahah, umumu balwa, urf khas min asalib iqtisodiah, fasaduz zaman and huqquq ghair Muslimin.

RUJUKAN

1. Al Qaradawi,Yusuf (1998). Al Siyasah al syariyyah fi Dhau Nusus Al shariah wa maqasidiha. Maktabah wahbah: Cairo. 2. Akram Laldin, 2008. Fiqh Muwazanat: The Art of Weighing Between the Alternatives in Shariah Decision Making. Paper presentation.

Anda mungkin juga menyukai