Anda di halaman 1dari 4

Perbezaan Di Antara Usul Fiqh Dan Qawaid Fiqh

by Abu Basyer on Sunday, 21 October 2012 at 14:18



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda
hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang mukmin akan cuba mempertingkatkan ilmu agama samaada perkara-perkara yang
melibatkan persoalan akidah, ibadah, hukum-hakam yang menjelaskan secara lengkap perkara
halal/ haram dan termasuk kaedah-kaedah syarakyang menyentuh perkara Usul Fiqh dan Qawaid
Fiqh.

Apakah perbezaan di antara Usul Fiqh dan Qawaid Fiqh?
1. Usul Fiqh merupakan ilmu tentang kaedah mengeluarkan hukum syarak daripada dalil-dalinya
seperti al-Quran, al-sunah, ijma, qiyas, istislah, istihsan dan sebagainya.
Qawaid Fiqh pula membincangkan hukum fiqh itu sendiri berdasarkan kepada kaedah yang
dikumpulkan daripada hukum-hukumn yang mempunyai persamaan dari sudut yang tertentu.
Seperti kaedah tentang niat, syak, mudarat, adat, rukhsah dan sebagainya.
2. Dari segi punca dan tempat ambilan, Usul Fiqh berpunca dari perbahasan lafaz-lafaz dalam
Arab, nahu, saraf, balaghah. Kaedah ini diperolehi secra istiqrak atau induktif terhadap teks-teks
Arab, syaor dan khutbah. Sedangkan Qawaid Fiqh diperolehi daripada hukum syara yang lima
(wajib, haram, sunat, makruh dan harus) , fatwa-fatwa dan masalah-masalah fiqh.
3. Kaedah-kaedah dalam Usul Fiqh lebih khusus kepada ahli ijtihad dan ahli fatwa dalam
usahanya untuk menyimpulkan hukum syarak dari dalil-dalinya, begitu juga dalam
menyelesaikan hukum masalah yang tidak disebutkan hukumnya dalam dalil-dali muktabar dan
permasalahan baru (nawazil).
Qawaid Fiqh pula lebih khusus dengan ahli fiqh atau pelajar yang menjadikannya rujukan untuk
mengetahui hukum-hukum furuk sebagai alternative kepada merujuk bab-bab yang berselerakan.
Sifat kaedah Usul Fiqh adalah umum dan menyeluruh manakala Qawaid Fiqh mempunyai juga
pengecualian oleh sebab itu ia disebutkan juga sebagai kaedah aghlabiyyah yakni kaedah
kebanyakan bukan umum kulli.
Sahabat yang dimulaiakan,
Di bawah ini dijelaskan beberapa kaedah dalam Qawaid Fiqhiyyah untuk makluman dan
pengetahun kita semua.
1.0. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan.

Maksudnya : "Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang
datang selepasnya tidak diambil kira."
(Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya,
kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang
datang selepas itu tidak diambil kira.)
Pecahan Kaedah :
1.1. Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya.
* Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka
ia dikira masih suci.
* Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal
puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam.
1. 2. Asal sesuatu itu tidak ada.
* Menggunakan harta orang lain yang dikatakan telah diizinkan kepadanya, tetapi tuan punya
barang menafikan dakwaan itu.Maka pengakuan pemilik barang yang diterima kerana asal harta
itu tidak diizinkan.
" Seseorang mendakwa ia tidak melakukan persetubuhan, maka pendakwaan itu diterima kerana
asalnya tidak ada hubungan seks.
1. 3. Asal seseorang itu bebas dari tanggung jawab.
*Barang yang rosak dalam penjagaan penyimpan minta diganti oleh tuan punyanya, lalu
penyimpan menafikannya. Penafian tersebut diterima kerana pada asalnya penyimpan itu bebas
dari tanggung jawab.
1. 4. Asal sesuatu perkataan itu dikira maksudnya yang hakiki.
* Seseorang mewakafkan hartanya kepada anak (walad) maka cucunya tidak boleh menerima
harta tersebut kerana maksud perkataan sebenar ialah anak(walad). Maka tidak termasuk cucu
(Walad al-Walad)
*Sesorang bersumpah tidak akan membeli selepas itu dia mewakilkan kepada orang lain untuk
membeli, maka tidak dikenakan kaffarah.
1. 5. Syak adakah telah dilakukan atau belum maka dikira belum melakukan.
* Syak adakah ia melakukan atau belum sesuatu rukun sewaktu solat, maka hendaklah
mengulanginya semula sebab dikira belum melakukannya. (contoh ketika solat terlupa 3 atau 4
rekaat, maka dianggap 3 rekaat dan tambah satu rekaat)
*Syak bewuduk atau belum maka hendaklah berwuduk semula.
1. 6. Asal sesuatu yang berlaku dikira masa yang paling hampir.
* Sembahyang dengan berwuduk dari sebuah perigi selama beberapa hari, hari berikutnya
didapati ada bangkai maka tidak wajib mengganti solatnya kecuali solat yang diyakini dari
wuduk dari air yang bernajis.
* Melihat ada mani pada kain sedangkan ia tidak ingat bilakah ia bermimpi, maka wajiblah ia
mandi dan mengganti solat selepas tidurnya yang terakhir.
1. 7.Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
*Binatang yang tidak jelas tentang haramnya, maka hukumnya halal dimakan.
* Buah-buahan yang tidak jelas haramnya, halal dimakan.
1. 8. Asalnya kemaluan perempuan itu adalah haram.
*Berkahwin dengan perempuan yang tidak yakin samada mahramnya atau ajnabi maka
hukumnya adalah haram kerana berdasarkan pengharaman asalnya.

2.0. Kesukaran itu membawa kemudahan

Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah itu
maka perintah itu diringankan.
Berdasarkan Dalil :-

Firman Allah SWT maksudnya : " Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Surah al-Baqarah ayat 185)
* Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan.
*Tuntutan taklif (tanggungjawab) tidak dikira musyaqqah (kesukaran) kerana mengikut adat
tidak menjadi bebanan malah satu keperluan.
*Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja.
*Sekiranya semua perkara diberi rukshah sudah tentu hidup tidak akan sempurna.
Sebab-Sebab Rukshah :
* Musafir. Boleh qasar dan jamak solat.
* Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.
* Terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan perkara yang
diharamkan.
* Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.
* Kejahilan. Kejahilan dimaafkan.(bukan jahil berterusan- ada usaha untuk menuntut ilmu)
* Umum al-Balwa. (Tidak dapat di elakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari
hujan dimaafkan.
* Kekurangan. Kanak-kanak dan perempuan tidak wajib solat Jumaat atas dasar kekurangan
sifat-sifat tertentu.
Pecahan Kaedah :
2.1. Kesulitan harus dihapuskan menurut syarak.
*Mencari arah kiblat tidak perlu yakin ( 100%) tetapi cukup dengan zhan (70%)
2. 2. Apabila sesuatu urusan itu sempit maka lapangkanlah.
*Saksi wanita boleh diterima apabila lelaki tidak mengetahuinya seperti melihat kecacatan pada
wanita.


3.0. Adat dijadikan sebagai hakim

Bermaksud : "Adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. "
Berdasarkan hadis :
Sabda Rasulullah SAW :
,
Maksudnya : "Apa yang dinilai oleh orang kaum muslimin itu baik maka ia adalah baik disisi
Allah dan apa yang dinilai oleh kaum muslimin itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah."
(Hadis Riwayat Bukhari dari Ibn Mas'ud r.a)
Adat :
* Bahasa ialah perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat.
*Istilah ialah perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang tanpa ada kaitan disegi akal.
*Uruf Perkataan seperti Makanan digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan.
*Uruf Perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti mas kahwin
dibayar kepada perempuan sebelum disetubuhi atau mata wang di Malaysia digunakan RM atau
ringgit.
* Uruf Am ialah perkara yang dikenali di seluruh negara Islam seperti perkataan Nazar wajib
ditunaikan sekiranya yang dinazar itu harus atau sunat.
* Uruf Khas ialah perkara yang dikenali di sebahagian negara Islam sahaja seperti di Malaysia
menanggal kasut sewaktu masuk rumah.
Kehujahan :
"Syarak memandang uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam. Atau
menjadikan adat itu sebagai hakim dalam pembentukan undang-undang."
Sahabat yang dikasihi,
Semoga dengan huraian di atas secara ringkas kita dapat memahami bagaimana ulama-ulama
feqah telah mengambil beberapa kaedah umum itu dijadikan sebagai sumber/ asas untuk
menetapkan sesuatu hukum dalam perkara-perkara yang perlu ijtihad berdasarkan kaedah umum.
Dengan kefahaman ini dapat menambahkan ilmu kita untuk melakukan ketaatan kepada
perintah-perintah Allah SWT.
Wallahualam.

Surau Taman Bunga Raya

https://www.facebook.com/SurauTBR/posts/434410069928264

Anda mungkin juga menyukai