Anda di halaman 1dari 11

Dec 28, 2008

Bolehkah Solat Jamak Di Rumah

salam...

ana mempunyai kemusykilan tentang solat jamak....


bolehkan solat jamak dilakukan dirumah sama ada sebelum memulakan perjalanan atau selepas
pulang dari perjalanan...

jika boleh dilakukan...bolehkah disertakan dengan dalil yg sahih..


perkara ini sgt penting terutama bagi ana yg tempat belajar yg sgt jauh dari rumah.... sbb kdg2
bas tak berhenti utk solat..

-------
Waalaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada,
Insya-Allah.

Persoalan ini telah banyak diperbincangkan didalam soal-jawab yang lepas, alakulli hal, kami
akan cuba menjawabnya lagi.

Solat Jama (tanpa Qasar / tanda memendikkan) di perbolehkan apabila wujudnya kesukaran;
contohnya seperti sukar mencari tempat solat semasa didalam perjalanan. Dalilnya sebagaimana
yang umum ketahui, Sabda Nabi saw diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :

:
: : - :

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan
dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair),
Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang
sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran"
[Hadith Riwayat Muslim #705].

Firman Allah swt :

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]



"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama" [al-Haj : 78]

Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh
menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan
hal ini :-

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia
menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran
menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik
(qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada
musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan
solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

"Tidak dibenarkan kepada kamu menjama'kan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan
khuatir (takut) akan berlaku keadaan yang sukar untuk melakukan solat kedua semasa
permusfiran kamu" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin 15/346].

Solat Jama sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa
didalam perjalanan. Solat Jama ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut,
kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari
permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjamakan solat tanpa
mengqasarkannya. WA.

Sekian, wassalam
Posted by aizuddin at 11:08 PM

38 comments:

Anonymous said...

saya ade persoalan lagi, contoh kalo saya pi kl dari ipoh , tidur kat sane dalam 2, 3 mlam,
boleh tak kalo sepanjang kite duk kt sane, kite jamak dan qasarkan solat kita ? mintak
kwn2x bantu ye

March 08, 2010

Admin said...
boleh qasar atau jamak di KL selama 3 hari 3 malam (tidak termasuk perjalanan) jarak
perjalanan melebih dua marhalah (92km).

March 09, 2010

Anonymous said...

saya nak ke johor. sebelum bertolak azan zohor berkumandang....adakah saya boleh
menjamak dan qasarkankan solat saya dengan asar? atau saya perlu menjamakkan sahaja
tanpa qasar.

June 18, 2010

Admin said...

Salam,

destinasi Johor dari mana? dalam mazhab Syafie layak jamak/qasar kalau perjalanan
melebihi 92km.
Sebelum bertolak belum boleh jamak atau qasar kerana belum keluar dari mukim,
kenalah solat penuh kecuali kesukaran untuk melakukan zohor boleh jamak ta'khir dgn
asar masa dalam perjalanan setelah masuk waktu asar.

Atau solat zuhur dulu dirumah dalam perjalanan boleh qasar solat asar apabila telah
masuk waktu.

June 18, 2010

Abang Isaifuddin Abang Noran said...

ok seandainya kita sudah niat utk bermusafir (dari sarawak ke KL) kita blh jamak di
airport.

ok bila kita sudah sampai di rumah (di kl) adakah msh dlm keadaan musafir? dan
esoknya pegi jln2, blh lg ke solat jamak?

walhal kita balik utk cuti seminggu sahaja. msh bolehkah kita jamak solat tersebut?

minta pendpt dr ustaz..tq ya..(",)

July 20, 2010

Admin said...
Admin

Jika balik kerumah sendiri di KL, tak boleh qasar lagi kerana taraf musafir telah gugur
bila sampai dirumah sendiri. Begitu juga bila sampai ditempat kita mastatutin, taraf
musafir telah lupus.

Cuma layak dalam perjalalan pergi dan perjalanan balik sahaja.

July 20, 2010

pyqa said...

saya seorang pelajar di perak.apabila balik ke johor hujung minggu,layakkah saya


melakukan jamak di rumah?

August 29, 2010

aufa said...

saya ada persoalan.. saya kerap tinggal solat subuh. bolehkah saya jamak solat subuh
kepada solat zohor? minta bantuan

October 20, 2010

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

aufa:hanya solat subuh tak boleh dijamakkan. cuba usaha bgn awl. minta kwn2 gerakkn
ke.

November 07, 2010

Anonymous said...

Salam,

persoalan sy ialah bolehkah jamak sebelum keluar daripada rumah. contohnya bas 8.30
mlm dan hanya tiba waktu subuh.untuk mengelakkan daripada tertinggal solat
isyak..bolehkah jamak dilalkukan sebelum keluar rumah..ade pendapat mengatakan
boleh.

November 21, 2010

Admin said...
W'salam

maaf ada kesilapan dalam jawapan di atas, sebenarnya boleh solat jamak di rumah
sebelum berangkat jika kesukaran mendirikan solat ditengah perjalanan. WA

November 21, 2010

roy said...

salam

saya bekerja sebagai askar(belum berkahwin) dikuantan yang mana tempat saya tinggal
tu adalah asrama askar(bukan rumah sendiri).dihujung bulan saya pulang ke kampung di
johor.bolehkan saya melakukan jamak qasar di kampung?

January 29, 2011

Admin said...

di Kuantan tempat bekerja dikira tempat mastautin sementara di kampung adalah tempat
asal adalah watan asli. Dalam mazhab Syafie kedua-dua tempat tak layak untuk solat
qasar. Cuma layak semasa dalam perjalanan dari kuantan ke johor atau sebaliknya.

January 29, 2011

tinta said...

bolehkah saya melakukan satu solat jamak,satu solat qosar(zohor dan asar)?

January 29, 2011

Admin said...

kalau dah solat jamak (gabungkan zuhur dan 'asar) tak perlulah solat qasar (pendekkan
solat 4 rakaat jadi 2 rakaat tapi setelah masuk waktu solat).

boleh pilih antar jamak atau qasar.

January 29, 2011

Anonymous said...

sy dlm musafir dan singgah ke masjid untuk solat zuhur. solat zuhur mengikut
imam..solat penuh 4 rakaat (tamam)..sy berniat jamak tanpa qasar untuk solat
zuhur..setelah salam, sy bangun untuk jamak asar..soalannya, bolehkah sy solat asar
dengan JAMAK DAN QASAR?.. sebab ada kawan sy bgtahu, kalau 4rakaat zuhur, maka
asar pun kena 4rakaat tanpa qasar.. betulkah pandangan ini?..

March 29, 2011

Admin said...

harap tidak keliru

solat jamak takdim atau jamak takhir bermaksud kita gabungkan solat zuhur dan solat
asar (8 rakaat) menjadi 4 rakaat sahaja.

solat qasar adalah kebenaran memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja (zuhur,
asar dan isyak sahaja). WA

March 29, 2011

Anonymous said...

saya nak tanye.


mcm saya ni, student kolej, so, bile cuti 2@ 3 ari, saye akn pulang ke umah . jdi, adkh
saye dibenar kn utk jamak ?

April 22, 2011

Admin said...

jawapan untuk "aufa":

yang boleh jamak adalah solat zuhur dengan a'sar, solat maghrib dengan solat isyak
sahaja. Solat subuh dengan zuhur TIDAK BOLEH jamak.

Solat Qasar adalah bagi solat yang empat rakaat sahaja (zuhur, a'sar dan isyak)
dipendekkan jadi 2 rakaat. WA

April 22, 2011

Admin said...

untuk student tidak dinyatakan kolej di mana, rumah di mana? kalau jarak lebih dari
92km anda layak melakukan solat qasar.

solat QASAR atau 'JAMAK dan QASAR' khas untuk musafir (dalam perjalanan sahaja).

solat JAMAK adalah kelonggaran bagi yang tidak dapat melakukan solat dalam waktu
kerana darurat (doktor yg melakukan pembedahan), kerja menjaga kepenting negara yang
tidak boleh ditinggalkan misalnya.

adalah kesilapan dalam jawapan saya di atas mengenai solat JAMAK, sila lihat ada
banyak penerangan dan jawapan Dr. Asri dalam Youtube mengenai solat Jamak dan
Qasar. WA
harap tidak keliru.

April 22, 2011

ingin tahu said...

Saya telah menunaikan solat maghrib dan isyak (jamak taqdim) semasa dalam perjalanan
(lebih 2 marhalah). Dan saya apabila saya sampai ke rumah, saya dapati belum masuk
waktu isyak (masih maghrib). Soalan saya adakah solat isyak yang saya tunaikan secara
jamak taqdim sah atau saya perlu tunaikan semula solat isyak apabila telah masuk
waktunya. terima kasih.

January 28, 2012

Raudhah said...

menjawab pertanyaan 'ingin tahu'

Sah solat Isyak anda. Tidak perlu ditunaikan semula solat isyak itu. Inilah yang
dinamakan rukhsah solat ketika musafir. WA

February 02, 2012

Dr Jekyll said...

Salams ya Ustaz,

Saya bekerja di Kerteh, Terengganu dan pulang ke KL setiap hari minggu, di mana
tinggalnya isteri dan anak2 saya. Tempoh masa saya luangkan di KL selalunya untuk 2
mlm (tiba malam Khamis, dan akan memandu semula ke Kerteh pada malam Sabtu).

Soalan saya:

1. Setiap kali saya pulang ke KL pada hari Khamis, saya akan berniat musafir apabila
saya meninggalkan rumah di waktu pagi untuk ke pejabat, dan saya akan terus
melanjutkan perjalanan saya ke KL selepas waktu pejabat. Pejabat saya terletak di Paka,
dan bila memandu balik ke KL saya akan melalui kawasan perumahan saya di Kerteh
dalam perjalanan saya. Dalam kes begini, bolehkah saya solat jamak dan qasar zuhur dan
asar di pejabat?

2. Adakah saya berstatus musafir setibanya saya di KL, dan bolehkah saya mendirikan
solat jamak dan qasar semasa di KL?

Harap dapat penerangan ustaz. Terima kasih.

Salams

February 09, 2012

Admin said...

Dr Jekyll,

di Kerteh tempat kerja tuan adalah dianggap sebagai tempat mastautin. Di KL tempat
tinggal isteri dan anak2 tuan adalah dikira watan asli.

Jadi apabila tuan sampai samada di Kerteh atau sampai di KL, status tuan sebagai musafir
adalah gugur, tuan hanya layak sebagai musafir ketika dalam perjalanan sahaja di kedua-
dua arah.

February 13, 2012

Anonymous said...

Sy dr Alor Setar ke KL, sy bertolak sblum zohor, sampai slepas asar, bolehke sy solat
jamak di rumah sewa (KL)? Alor setar kg sy. Dan saya menaiki bas.

March 04, 2012

Asda said...

Yg saya faham dr artikel di atas, ialah di bolehkan menjamak (tanpa qosar) WALAUPUN
berada di watan asli atau tpt Mastautin sementara dgn syarat:
a) ada kesukaran solat dlm perjalanan
b) dilakukan sebelum atau setelah tiba dr perjalanan
c) tidak diulag jamak tersebut (kerana kesukanran kerana perjalanan telah tiada).

Mohon pencerahan.
Jzkk.

April 21, 2012

Asda said...

Salam,
Pada kefahaman saya, beliau boleh jamak (tanpa qosar) sebelum bertolak atau apabila
tiba jika ada kesukaran solat dlm perjalanan. Tapi Tak boleh diulang jamak kerana asbab
kpd jamak tersebut iaitu kesukaran dlm perjalanan sudah tiada. Wa.

April 21, 2012

azie said...

salam ustaz, bagaimana saya ingin menunaikan solat subuh skiranya bas yang dinaiki
tidak berhenti ?

June 01, 2012

Hijab Shop :) said...

Assalamualaikum .
boleh ke kalau saya menunaikan solat jamak taqdim dan qasar (maghrib isyak)di
rumah(gombak,selangor) sebelum saya bertolak ke kelantan pada pukul 9 mlm ?
Terima kasih sbb sudi menjawab soalan sy :)

June 21, 2012

Anonymous said...

Assalammualaikum...
Esok saya akan berangkat umrah.
Flight jam 1pm.bagaimana saya nak solat zuhur?

July 26, 2012

Anonymous said...

salam ustaz,
Saya tgl di KL dan akan memulakan perjalanan menaiki bas balik ke kg di Kdh pada
pukul 3.30 petang. Bolehkah saya melakukan jamak takdim asar di luar kawasan rumah
saya (di stesyen bas) sebelum memulakan perjalanan kerana kuatir tidak dapat melakukan
solat asar semasa perjalanan kerana dijangka sampai ke Kdh pada waktu magrib.

October 05, 2012

Anonymous said...

Salam ustaz,

Saya memulakan perjalanan dari kg di Kdh untuk balik ke KL (tempat tinggal) dengan
menaiki bas pada pukul 10.30 pagi dan dijangka sampai di KL sebelum habis waktu
zohor. Semasa perjalanan, bas tidak berhenti ketika waktu zohor atau takut tak sempat
solat sebab bas berhenti sekejap sangat. Oleh sebab kesesakan lalulintas saya sampai di
KL setelah masuk waktu asar. Bolehkah saya melakukan solat zohor jamak takhir di
stesyen bas sebelum balik ke rumah (tempat tinggal)? manakala saya lakukan solat asar
seperti biasa di stesyen bas tersebut atau di rumah?

October 05, 2012

Admin said...

Dalam tulisan di atas telah dikemukakan dalil-dalil dengan jelas bahawa BOLEH
melakukan solat jamak dirumah sebelum memulakan perjalanan sekiranya TERDAPAT
KESUKARAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT PADA WAKTUNYA SEMASA
DALAM PERJALANAN... harap maklum. WA

October 07, 2012

Anonymous said...

salam,ustaz...saye ad kmusykilan tntg solat jam' dan Qasar kluar dr mukim.


bolehkah sye solat jama'qasar mgrib dan isya' di msjid 5km keluar dr rumah sye sblom
sye bermusafir ke nilai..?terima kseh.

December 23, 2012

Anonymous said...

SALAM

December 31, 2012

Anonymous said...

Salam ustaz dan para sahabat...soalan saya-"SAYA MENETAP DI RAWANG


SELANGOR.ISTERI MENETAP DI SG SIPUT PERAK.HUJUNG BULAN SAYA
AKAN BALIK KE SG SIPUT DAN MENYEWA HOTEL YG BERDEKATAN RUMAH
IBU MERTUA SAYA.SOLANNYA...SAH ATAU TIDAK JIKA SAYA MELAKUKAN
SOLAT JAMAQ DAN QASAR SELAMA 3 HARI TINGGAL DI HOTEL
TERSEBUT?"..T.KASIH..-batezmufc-

December 31, 2012

Anonymous said...

assalamualaikum .
adakah saya masih boleh melakukan solat jamak untuk maghrib dan isyak di rumah
sedangkan saya sudah pun tiba di rumah sebelum waktu maghrib lagi dari kampung di
perak . rumah tersebut di shah alam. dan pada keesokannya pula saya perlu pulang ke
kolej di bangi. adakah saya masih boleh melakukan jamak tersebut ?

February 12, 2013

Anonymous said...

Salam,
Saya di mekah, Kalau saya sudah menunaikan solat zuhur, tetapi saya hendak pergi balik
ke malaysia selepas itu. Bolehkah saya buat solat jamak dan qasar.

Anda mungkin juga menyukai