Anda di halaman 1dari 30

ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT

Posted Ogos 1, 2007


Filed under: Wirid, Zikir |


Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya,
masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu
dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir
bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan.
Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama mengenai
isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud
al-Quran dan hadis Rasulullah (sallahualaihi wasallam).
Firman Allah (subhanahu wataala) yang maksudnya;
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta
dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan
petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.
(Surah al-Araaf, ayat 205)
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-
lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
(Surah al-Araaf, ayat 55)
Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat
(Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang
Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)
Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah (sallahualaihi wasallam) ada berzikir dan berdoa
selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara
berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. Imam as-Syafii
(rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:
Saya (Imam Shafii) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada
Allah, sesudah selesai daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali
jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan suaranya, sehingga
dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah
(memperlahankan) suaranya.
(Kitab al-Umm, Jilid 1)
Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedah-kaedah berzikir selepas solat
berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafii (rahimahullah). Rujuk al-
Majmu Syarah al-Muhadzab.
Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:
Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin
mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat
dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa itu harus
disirrkan (diperlahankan).
(Kitab Zikir dan Doa-Doa Rasulullah (sallahualaihi wasallam), Sunan al-Kubra)
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut perkara yang sama
bahawa:
Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa. Demikianlah juga pendapat
golongan salaf dari para sahabat dan tabien (orang selepas sahabat).
(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)
Kesimpulannya, para ulama bersetuju bahawa berzikir/berwirid selepas solat adalah secara
bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara beramai-ramai dengan
suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat
iaitu bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat (makmum masbuq) dan
juga bagi mereka yang sedang solat sunat selepas itu (sunat badiah).

3 Komen setakat ini
1. aja49 on Ogos 13, 2007
Sudah jelas dan terang mengenai ayat-ayat dan hadis yang dipaparkan di atas
mengenai membaca doa dan zikir selepas solat.
Yang sedihnya tidak menjadi amalan perkara-perkara yang sunnah itu di kebayakan
surau dan mesjid di Malaysia ini.
Ramai yang membudayakan bacaan doa dan zikir daripada mengamalkan secara apa
yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Bila kita membudayakan sesuatu ianya menjadi ikutan daripada ibu-bapa, tok nenek
dan moyang kita dengan tidak perlu lagi mencari sumber dan sandaran budaya
berkenaan. Semua itu dianggap sudah betul dan baik kerana apa yang dibaca itu
adalah dalam bahasa Arab sama ada daripada Al Quran atau Hadis. Namun kajian
tidak dilakukan secara mendalam bagi mempastikan apa yang diamalkan itu betul-
betul mengikut Al Quran dan Hadis.
Biasanya apa yang diamalkan oleh orang-orang mesjid dan surau tidak perlu disoal lagi
kerana ianya pasti sudah betul ikut sunnah. Maka sikap sedemikian itulah yang
membantutkan kita daripada mencari sumber dan sandaran yang sebenar bagi setiap
amalan yang patut dilakukan. Apabila nas-nas dan dalil dikeluarkan bagi membetulkan
keadaan maka dilabelkan terus sebagai mambawa fahaman wahabi.
Wallahualam.
2. muhammad on Ogos 16, 2007
walaubagaimanapun..adakah amalan berzikir beramai2 yg diamalkan dimasjid2 dan
surau2 dikira sebagai bidah..adakah amalan membaca yasin secara beramai2 juga
dianggap sebagai bidahapakah yg dimaksudkan dgn bidaah..apa kah definisi bidah
mengikut padangan ulama
3. sulaiman on Ogos 17, 2007
Definisi Bidaah dari Kitab Nibras, kitab akidah.Tiap-tiap sesuatu (perkara agama)
yang lahir selepas zaman sahabat nabi yang tiada dalil syarak..
Audio:
http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/156/Bidaah
Ada hadis dari Nabi tentang zikir lepas sembahyang.. Cuma kalau zikir ramai2, jangan
zikir terlalu kuat hingga menggangu orang yg tengah solat.

Leave a reply

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

Cari:
Cari

Kitab "Nasbun Nurain" boleh didapati dari:-
1) Tuan Guru Maulana Tel. No. : 03-61888686
2) email kepada shaazh69@yahoo.com.my
3) KHALIFAH ENTERPRISE, Wisma Yakin, Jalan Masjid India,50100 Kuala Lumpur.
Tel :03-61365673, 03-26930516
Lawati:
o Audio Kuliah Maulana
Nota Syarahan
o Mac 2009 (21)
o Februari 2009 (22)
o Januari 2009 (31)
o Disember 2008 (24)
o November 2008 (17)
o Oktober 2008 (12)
o September 2008 (12)
o Ogos 2008 (20)
o Julai 2008 (36)
o Jun 2008 (25)
o Mei 2008 (23)
o April 2008 (28)
o Mac 2008 (48)
o Februari 2008 (22)
o Januari 2008 (32)
o Disember 2007 (21)
o November 2007 (11)
o Oktober 2007 (2)
o September 2007 (6)
o Ogos 2007 (11)
o Julai 2007 (9)
o Jun 2007 (14)
o Mei 2007 (15)
o April 2007 (28)
o Mac 2007 (18)
o Februari 2007 (6)
o Januari 2007 (6)
o Disember 2006 (24)
o November 2006 (16)
o Oktober 2006 (49)
Top Posts
o ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT
o Sembahyang Hajat
o Bacaan zikir dan wirid selepas sembahyang
o Bacaan Surah dalam sembahyang
o Yakjuj dan Makjuj
o Sembahyang Sunat Tahajjud
o Adab memotong kuku
o Kisah kelahiran (maulid) Nabi
o Gempa hari kiamat
o Berdoa selepas sembahyang
a
Pilih kategori

Blog Stats
o 200,091 hits

Ogos 2007
I S R K J S A
Jul Sep
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
Laman
o Audio
o English
o Jadual kuliah
o Jilid (1)
o Jilid (2)
o Jilid (3)
o Jilid (4)
o Utama
Bacaan zikir dan wirid selepas sembahyang
Posted Januari 16, 2009
Filed under: Uncategorized |
1. Lailaha illallah dan Allahuakbar
Dalam satu hadith dari Aisyah r.a. katanya aku tahu
sembahyang telah selesai apabila ada zikir .Rasulullah
ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma
tidak diketahui apakah zikir itu Lailaha illallah atau
Allahuakbar. Oleh itu bacalah keduanya sekali.
2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi.
Dalam satu hadith disebut Mengucapkan Alhamdulillah
akan memenuhi timbangan (mizan). Bacaan ini sering
dibaca imam selepas sembahyang.

3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca
Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya
zal jala liwal ikram,.
Dari Tsauban,dia berkata:
Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat
mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian
mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas
salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.
4. Ayat Qursi
Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika
terus dibaca Allahu la ila. Tidak perlu baca Waila
hukum kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar
fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat
maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang
menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak
mati.
5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
selepas solat untuk menolak sihir.
Dari Uqbah bin Amir,dia berkata:
Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku
membaca Al-Muawidzat (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul
audzu bi rabbil falaq 3. Qul audzu bi rabbinnaas.) di
belakang setiap solat(fardu/wajib).
6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah
10x), takbir (Allahuakbar 10x)
Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali
bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya
dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas
maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada
solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat
sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika
mahu.
Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1
solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 =
150 kali. Pahalanya pula 150 x 10 = 1500. Nabi ada
menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan
sehingga 1500 kejahatan satu hari.
Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:
Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya
seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk
syurga(siapa yang memeliharanya akan masuk syurga).
Ketahuilah! Keduanya itu mudah,akan tetapi sedikit orang
yang mengamalkannya, iaitu mensucikan
Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat
maktubah/wajib sepuluh(10) kali, memuji-
Nya(bertahmid-alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan
membesarkan-Nya(bertakbir-allahuakbar) sepuluh(10)
kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima
puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150)
dan seribu lima ratus(1500) kali pada
timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga puluh
empat(34) kali ketika hendak tidur dan
bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan
bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang
demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan
(34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka,
siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam
sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?
Mereka (para sahabat) bertanya: Ya
Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit
orang yang mengamalkannya? Nabi s.a.w menjawab:
Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu
apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan
mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia
bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian
syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu
syaitan menidurkannya sebelum dia
mengucapkannya. Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku
melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan
tangan kanannya.
Tiada Komen
Tiada komen lagi
Leave a reply

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.

Cari:
Cari

Kitab "Nasbun Nurain" boleh didapati dari:-
1) Tuan Guru Maulana Tel. No. : 03-61888686
2) email kepada shaazh69@yahoo.com.my
3) KHALIFAH ENTERPRISE, Wisma Yakin, Jalan Masjid India,50100 Kuala Lumpur.
Tel :03-61365673, 03-26930516
Lawati:
o Audio Kuliah Maulana
Nota Syarahan
o Mac 2009 (21)
o Februari 2009 (22)
o Januari 2009 (31)
o Disember 2008 (24)
o November 2008 (17)
o Oktober 2008 (12)
o September 2008 (12)
o Ogos 2008 (20)
o Julai 2008 (36)
o Jun 2008 (25)
o Mei 2008 (23)
o April 2008 (28)
o Mac 2008 (48)
o Februari 2008 (22)
o Januari 2008 (32)
o Disember 2007 (21)
o November 2007 (11)
o Oktober 2007 (2)
o September 2007 (6)
o Ogos 2007 (11)
o Julai 2007 (9)
o Jun 2007 (14)
o Mei 2007 (15)
o April 2007 (28)
o Mac 2007 (18)
o Februari 2007 (6)
o Januari 2007 (6)
o Disember 2006 (24)
o November 2006 (16)
o Oktober 2006 (49)
Top Posts
o ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT
o Sembahyang Hajat
o Bacaan zikir dan wirid selepas sembahyang
o Bacaan Surah dalam sembahyang
o Yakjuj dan Makjuj
o Sembahyang Sunat Tahajjud
o Kisah kelahiran (maulid) Nabi
o Adab memotong kuku
o Gempa hari kiamat
o Berdoa selepas sembahyang
a
Pilih kategori

Blog Stats
o 200,091 hits

Januari 2009
I S R K J S A
Dis Feb
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
Januari 2009
I S R K J S A
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
Laman
o Audio
o English
o Jadual kuliah
o Jilid (1)
o Jilid (2)
o Jilid (3)
o Jilid (4)
o Utama
Adab dan tertib berdoa

Dalam berdoa kepada Allah Taala itu ada sepuluh adab iaitu:
(1) Sebaik-baiknya, ia memilih waktu-waktu yang mulia untuk memanjatkan
doanya ke hadrat Allah Taala. Misalnya di waktu wukuf di Hari Arafah setahun
sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan-bulan yang lain. Atau pada hari
Jumat dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu dan di waktu tengah malam
dalam masa malam hari. Allah telah berfirman:

Dan pada waktu-waktu tengah malam, mereka memohon keampunan.
(as-Zariat: 18)

(2) Hendaklah ia mencari ketika dan keadaan yang baik, seperti masa
berkecamuknya barisan-barisan hadapan pada sabiullah (peperangan untuk
meninggikan syiar Allah), dan pada masa turunnya hujan lebat (di negara yang sukar
dituruni hujan) dan pada masa mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu dan
sesudahnya dan masa-masa di antara azan dan iqamah, dan pada ketika bersujud
dalam masa sembahyang. Pendekata dikira mulianya sesuatu waktu itu kembali
kepada kemuliaan keadaannya. Misalnya di waktu tengah malam, ketika itu hati
sedang dalam keadaan bersih suci dan ikhlas serta terjatuh daripada segala perkara
yang meruncingkannya. Begitu juga waktu di Hari Arafah dan pada hari Jumat, ketika
itu seluruh perhatian sedang berkumpul dan hati sedang tolong-menolong pada
mencapai kerahmatan yang menyeluruh dari Allah azzawajalla.
(3) Hendaklah menghadapkan mukanya ke arah kiblat ketika memohonkan sesuatu
doa, mengangkat tinggi kedua belah tangan sehingga boleh terlihat bahagian ketiak,
kemudian selesai berdoa, ia pun menyapu kedua belah tangan itu ke muka.
Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a: Seringkali Rasulullah s.a.w ketika mengangkat kedua
belah tangannya waktu berdoa tidak meleraikannya melainkan sesudah disapukan
dengan kedua belah tangan itu kewajahnya.
Ibnul Abas pula berkata: Biasanya bila Rasulullah s.a.w berdoa dirapatkan kedua belah
tapan tangannya dan dijadikan bahagian dalam tapak tangan itu bersetentangan
dengan wajahnya. Demikianlah cara-cara tangan itu ketika dalam berdoa dan baginda
tidak pula mengangkatkan pemandangannya ke arah langit.
(4) Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat. Siti Aisyah berkata
dalam memberikan penerangan tentang maksud ayat berikut:

Dan janganlah engkau mengangkkat suaramu di dalam sembahyang dan jangan pula
merendahkannya sangat. (al-Isra 110)

Kata Siti Aisyah maksudnya ialah ketika membaca doa-doanya: Allah s.w.t telah
memuji Nabi Zakaria a.s. dengan firmanNya:

Ketika ia menyeru Tuhannya dengan seruan perlahan-lahan.
(Maryam: 3)

Firman Allah Taala lagi:

Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan.
(al-Araf: 55)

(5) Janganlah sampai ia memaksa-maksakan dirinya dalam berdoa dengan
bersajak-sajak. Sebaik-baiknya janganlah sampai malampaui doa-doa matsurah (doa-
doa yang dihafal dari Rasulullah s.a.w.) sebab dikhuatiri ia akan melampaui batas di
dalam doanya, lalu ia meminta apa yang tak patut dimintanya. Perlu diketahui bahwa
bukan semua orang pandai menyusun doa terhadap Allah s.w.t.

(6) Hendaklah ia berdoa dengan penuh perasaan rendah diri, penuh kekhusyuan,
penuh harapan dan kecenderungan dan juga penuh ketakutan.
Allah telah berfirman:

Serulah Tuhan kamu dengan merendah diri dan suara perlahan-lahan.
(al-Araf: 55)

(7) Hendaklah bersikap tetap d dalam doanya dan meyakini bahwa doanya itu
akan di kabulkan oleh Allah s.w.t. serta membenarkan harapannya itu. Dalam hal ini,
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Janganlah seseorang kamu berkata ketika berdoa:
Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku jika Engkau menghendaki! Atau berkata: Ya
Allah! Ya Tuhanku! Rahmatilah aku jika Engkau menghendaki Malah hendaklah
menguatkan keazaman dalam doanya itu, kerana Allah tiada pernah di paksa atas
pengabulan doa.

Berkata Rasulullah s.a.w

Bila seseorang kamu berdoa, hendaklah ia memperbesarkan permohonannya, sebab
tiada sesuatu pun yang dianggap besar di hadrat Allah s.w.t.

Bersabda lagi Rasulullah s.a.w.

Berdoalah kepada Allah sedangkan kamu penuh keyakinan akan dikabulkan
permintaan kamu itu dan ketahuilah bahwasanya Allah azzawajalla tidak akan
mengabulkan doa orang yang lalai hatinya.

(8) Hendaklah ia bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa dalam doanya. Dan
sebaik-baiknya diulang-ulangkan sampai tiga kali, dan jangan sampai merasa terlalu
lambat menerima pengabulan.

(9) Hendaklah ia memulakan doanya dengan sebutan nama Allah dan janganlah
sekali-kali memulakan dengan permintaan dulu. Sesudah menyebut nama Allah
disebut pula salawat atas Nabi s.a.w. dan menutup doanya juga dengan sebutan
salawat atas Rasulullah s.a.w juga.

(10) Mengerjakan adab kebatinan dan itulah punca pengabulan dalam semua doa;
iaitu bertaubat dan menghentikan segala macam penganiayaan serta menuju kepada
Allah azzawajalla dengan sepenuh hati dan perasaan. Yang demikian itu adalah sebab
yang paling hampir kepada terkabulnya segala permintaan.

Keutamaan salawat atas nabi (s.a.w)

Allah telah berfirman:

Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mengucapkan salawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlan salawat ke atasnya (Nabi) dan
berikanlah salam dengan sempurna-sempurna salam. (al:Azhab: 56)

Berkata Nabi s.a.w.

Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas ummatku, dituliskan baginya
sepuluh hasanah (kebaikan). Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh kamu
mengucapkan salawat ke atasmu. Berkata Rasulullah: Ucapkanlah Ya Allah! Ya
Tuhanku! Kurniakanlah salawat (kerahmatan) ke atas hambaMu Muhammad dan ke
atas keluarganya dan isteri-isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau
mengurniakan selawat keatas Muhammad dan isteri-isterinya serta keturunannya,
sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji dan Maha Mulia.

Diriwatkan bahwasanya Siyidina Umar Ibnul-Khattab r.a, apabila sampai
kepadanya berita kewafatan Rasulullah s.a.w., terus meratap seraya berkata: Demi
bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu di sisi Tuhan telah
sampai kemuncaknya sehingga dijadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan
kepada Tuhan, sebagaimana firman Allah azzawajalla:

Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka sebenarnya dia telah mentaati
Allah. (an-Nisa: 80)

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu di sisi Allah
telah meningkat sampai Dia (Allah) memberitahukan engkau keampunanNya
terhadapmu, sebelum Dia memberitahukanmu tentang dosamu. Allah berfirman:

Allah telah mengampunimu (Muhammad) mengapa engkau izinkan mereka
(tinggal) tidak menurut pergi berperang. (at-Taubah: 43)


Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu telah memuncak
di sisi Allah, sehingga ahli neraka berangan-angan hendak mentaatimu (menurutmu),
padahal mereka berada di lapisan-lapisan neraka disiksa mereka berkata (dalam
firman):

Aduhai alangkah baiknya jika kita dulu mentaati Allah dan mentaati RasulNya.
(al-Ahzab: 66)

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Musa dikurniakan oleh Allah batu
yang memancar daripadanya matair-matair, maka adakah yang lebih menakjubkan
lagi daripada jari-jemarimu, apabila terpancar daripadanya air, mudah-mudahan
Allah merahmatimu.
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika sulaiman dikurnikan oleh Allah angin
yang menerbangkannya sebulan perjalanan pergi dan sebulan pula perjalanan
kembali, maka adakah yang lain lebih menakjubkan daripada Burak (kenderaan kilat)
yang membawamu mendaki hingga langit ketujuh, kemudian kembali semula pada
malam yang sama ke Abtah (Makkah) untuk bersembahyang subuh di situ pula
moga-moga Allah merahmatimu.
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Isa bin Maryam dikurniakan oleh
Allah kuasa menghidupkan orang mati (dengan izin Allah), maka adakah lain perkara
yang lebih menakjubkan lagi daripada kambing yang beracun ketika ia berkata-kata
denganmu, padahal ia telah menjadi daging yang sudah dipanggang. Bukankah
rusuk kambing itu telah berkata kepadamu: Jangan makan aku kerana aku ini telah
disira dengan racun.
Demi bapamu dan ibuku duhai Rasulullah! Meskipun amat pendek umurmu dan
amat sedikit masa kepimpinanmu, akan tetapi orang-orang yang menurutimu lebih
jauh bandingannya dengan orang yang menuruti Nuh, padahal amat lanjut umurnya
dan amat panjang pula masa kepimpinannya. Sebenarnya orang yang mempercayai
risalahmu amat banyak sekali, padahal orang yang mempercayai risalahnya amat
sedikit pula. Engkau telah mengenakan pakaian bulu, mengenderai keledai dan
membiarkan orang lain menunggang di belakangmu pula. Engkau meletakkan
makananmu di atas tanah bila memakannya, kemudian engkau menjilat pula jari-
jemarimu sesudah makan sebagai tanda rendah diri. Moga-moga Allah mengurniakan
ke atasmu salawat dan salam.

Keutamaan istighfar (mohon keampunan)

Berfirman Allah azzawajalla:

Dan mereka pada ketika melakukan keburukan ataupun menganiyai diri,
mereka segera mengingati Allah, maka mereka pun meminta keampunan di atas dosa-
dosa mereka. (ali-Imran: 135)

Berfirman Allah lagi:

Barangsipa yang melakukan kejahatan ataupun menganiayai dirinya,
kemudian ia meminta keampunan kepada Allah, niscaya ia akan mendapati Allah
Maha Pengampunan dan Maha Mengasihani.
(an-Nisa: 110)

Allah berfirman:

Maka bertasbihlah dengan kepujian terhadap Tuhanmu dan mintalah
keampunan, sesungguhnya Ia Maha Pengampunan. (an-Nasr: 3)

Berfirman Allah lagi:

Dan orang-orang yang memohn keampunan pada waktu tengah malam.
(ali-Imran 17)

Allah berfirman:

Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam, dan pada waktu tengah malam
itu mereka meminta keampunan. (adz-Dzariat: 17-18)

Rasulullah s.a.w. sendiri sering memperbanyakkan sebutan:

Maha Suci Engkau, ya Allah, ya Tuhanku! Aku memujiMu. Ya Allah, ya
Tuhanku! Ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Maha
Mengasihani.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Barangsiapa memperbanyakkan memohon keampunan, niscaya Allah akan
menukarkan segala kesulitannya menjadi kelapangan, dan segala kesempitannya
diberikan jalan kelua, dan Dia akan memberinya rezeki tanpa terkira banyaknya.

Berkata Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya aku sentiasa memohon keampunan kepada Allah Taala dan
bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 70 kali.

Dalam istighfarnya, baginda Rasulullah sentiasa menyebut:

Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku terhadap semua dosa yang telah aku
lakukan terdahulu dan kemudian yang tersembunyi dan yang terang, dan juga
terhadap semua dosa yang Engkau Amat Mengetahui mengenainya. Engkaulah yang
terdahulu dan yang terkemudian dan Engkau Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Dari al-Fudhail r.a katanya: Meminta keampunan tanpa berhenti dan membuat
dosa adalah taubatnya para pendusta. Dan dari Rabiah al-Adawiah pula, katanya:
Permohonan keampunan yang kami lakukan memerlukan kepada permohonan
keampunan yang lebih banyak.

Adapun tentang wirid-wirid di pagi hari dan petangnya juga sesudah setiap
sembahyang dan di waktu tengah malam, kami telah menyediakan bab yang
tersendiri mengenainya. Bagi orang yang ingin mempelajarinya sila rujuk bab
tersebut.


Tata-tertib tidur.

(1) Bersuci (berwudhu) dan bersiwak
(2) Menyediakan penyuciannya (untuk wudhu atau tayamum) dan siwak, lalu
berniat untuk melakukan ibadat di waktu bangun dari tidur nanti.
(3) Orang yang ingin mewasiatkan sesuatu untuk keluarganya jangan sampai
tertidur, melainkan sesudah ditulis wasiat itu dan disimpan dibawah kepalanya sebab
bukan mustahil ia boleh meninggal dunia di dalam tidur.
(4) Sebelum tidur, hendaklah terlebih dulu ia bertaubat dari segala dosa, bersih
hati terhadap sekalian kaum Muslimin, tiada menyimpan dendam terhadap seseorang
dan tiada berazam untuk melakukan maksiat kelak bila bangun dari tidur nanti.
(5) Hendaklah jangan terlalu mengambil berat sangat tentang tempat tidurnya
supaya ia dari yang empuk dan halus.
(6) Jangan cuba tidur segera, selagi mata belum mengantuk dan jangan cuba
memaksa-maksakan mata untuk tidur, kecuali jika bermaksud supaya senang
bangun untuk beribadat di tengah malam.
(7) Hendaklah tidur berhadapan dengan kiblat.
(8) Hendaklah membaca doa-doa yang warid ketika hendak tidur. Di antaranya
membaca doa-doa yang warid ketika hendak tidur. Di antaranya membaca Surah al-
Ikhlas dan mu awwidzataini (Surah-surah al-Falaq dan an-Nas) dan sesudah baca,
menyemburkan kedua tangan lalu menyapu dengan keduanya pada wajah dan
seluruh tubuh. Selanjutnya boleh membaca pula Ayat Kursi dan membaca
Subhaanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali juga.
(9) Hendaklah mengingat ketika mahu tidur, bahwa tidur itu adalah semacam
mati, manakala bangun daripadanya semacam baats. Dan hendaklah meyakini pula,
bahwa manusia itu diwafatkan ats adat kebiasaannya sama ada di dalam hatinya
mencintai Allah dan cinta untuk kembali kepadaNya ataupun bersarang di dalam
hatinya kecintaannya dunia, dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ketika
diwafatkan.
(10) Berdoa ketika bangun dari tidur. Hendaklah ia dimulakan dengan:

Segala kepujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami
da kepadaNyalah kami akan dikembalikan

Kemudian membaca ayat terakhir dari Surah al-Imran iaitu ayat 190 hingga akhir ata
200, sebanuak sepuluh ayat kesemuanya.

190 Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan
siang adalah menjadi keterangan bagi orang-orang yang mengerti.
191 Iaitu orang-orang yang mengingati Tuhan ketika berdiri duduk dan berbaring
serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi sambil berkata: Duhai
Tuhan kami! Tiadalah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau peliharalah kami dari siksa api neraka.
192 Duhai Tuhan kami, Sesiapa yang engkau masukkan ke dalam api neraka itu,
sebenarnya Engkau telah menghinakannya. Dan tiadalah orang-orang yang zalim itu
mempunyai penolong.
193 Duhai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendegar penyeru yang
mengajak untuk beriman. Berimanlah dengan Tuhanmu! Maka kami segera beriman.
Duhai Tuhan kami ampunlah dosa-dosa kami dan tebuskanlah kesalahan-kesalahan
kami, dan wafatkankanlah kami bersama-sama orangorang yang baik.
194 Duhai Tuhan kami kurniakanlah kami-kami apa-apa yang kau janjikan kami
menerusi para Rasul Engkau, dan janganlah engkau tidak akan memungkiri janji.
195 Maka tuhan telah memperkenalkan permohonan mereka bahawa aku (Tuhan)
tidak akan mengsia-siakan amalan sesaorang yang beramal diantara kamu dari kaum
lelaki mahupun perempuan, setengah kamu kepad setengah yang lain. Sebab itu
orang yang berpindah negeri atau orang-orang yang diusir dari rumah-rumah mereka
dan mereka dianiaya pada jalan Aku, mereka yang berjuang mati-matain dan
terbunuh, niscaya Aku akan menebus mereka dari segala keburukan-keburukan
mereka. dan akan aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai sebagai pahala dan balasan dari Allah dan pada Allah ada
sebaik-baik pahala.
196 Janganlah engkau sampai terpengaruh tentang perubahan sikap orang-orang
yang kafir dalam beberapa negeri.
197 Kesenangan yang sebentar (yang mereka rasakan), kemudian nanti akan
disediakan bagi mereka tempat tinggal di Neraka Jahanam dan itulah tempat tinggal
yang amat buruk.
198 Akan tetapi orang-orang yang patuh kepada Tuhannya akan memperoleh
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di situ. Mereka
mendapat sambutan yang baik di sisi Allah, dan apa yang ada pada sisi Allah itu
adalah baik bagi orang-orang yang baik.
199 Dan sesungguhnyaa orang-orang yang ahli kitab (Nasrani dan Yahudi) itu ada
di antara mereka yang berimana kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada
kamu dan apa yang diturunkan kepada mereka, mereka tunduk kepada Tuhan, tiada
menukarkan keterangan-keterangan Allah dengan harga yang murah. Mereka itu
memperoleh pahala dari Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah itu cepat
perhitungannya.
200 Wahai orang-orang yang beriman bersabalah kamu serta anjurkanlah sabar
kepada orang lain dan perteguhkanlah serta patuhlah kepada Allah, moga-moga
kamu sekalian menjadi orang-orang yang beruntung.

Kemudian membaca pula subhaanallaah 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali, Allahu Akbar
10 kali dan Laa Illaaha Illallaah 10 kali.

Berkata Siti Aisyah r.a.: Biasanya Rasulullah s.a.w. ketika bangun di tengah malam,
baginda memulakan sembahyangnya dengan bacaan:

Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhannya Jibril dan Mikail dan Israfil, Tuhan Pencipta petala
langit dan bumi, Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang terang. Engkaulah
yang memutuskan antara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan.
Oleh itu berikanlah aku petunjuk yang benar dari mana-mana yang di peselisihkan
itu dengan izzinMu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada orang yang
Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.

Kemudian baginda memulakan sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan dan
sesudah itu barulah baginda bersembahyang terus dua rakaat, dua rakaat menurut
kemahuannnya dan di akhiri dengan sembahyang witir kiranya baginda belum
bersembahyang witir pada awal mala.
Dalam sembahyang tersebut kadang-kadang baginda membaca dengan suara tinggi
dan kadang-kadang membaca perlahan-lahan saja. Kebanyakan riwayat yang sahih
mengatakan sembahyang baginda di tengah malam itu ialah sebanyak 13 rakaat.

Wirid untuk orang beribadat semata-mata

Ketahuilah bahwa wirid-wirid dan zikir-zikir yang warid dan ibadat-ibadat yang
ddibuat pada waktu malam dan siang itu, adalah sunnat yang dituntut bagi orang
yang tidak mempunyai kerja lain selain beribadat. Orang itu kiranya bukan kerjanya
beribadat dia tiada mempunyai kerja lain dan menganggur manakala semua
waktunya terbuang sia-sia saja.
Adapun orang alim yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai
dengan ilmunya seperti memberikan fatwa agama atau mengajar atau mengarang
buku-buku, maka susunan wirid-wiridnya adalah berlainan dengan susunan wirid
seorang abid atau orang yang kerjanya beribadat sepanjang masa. Orang alim itu
memerlukan banyak masa lain untuk bermutalaah buku-buku dan memerlukan
masa juga untuk mengarang buk-buku yang berfaedah. Kerja-kerja semacam ini
tentulah memakan masa yang banyak. Oleh itu kalau semua masanya habis dalam
kerja-kerja serupa itu, maka yang demikian itu aadlah lebih utama sesudah
dikerjakan semua sembahyang-sembahyang yang fardhu dan sunnat-sunnatnya.
Perkara ini telah saya sebutkan di dalam Kitab Ilmu Pengetahuan, mengenai
keutamaan pelajaran dan pengajaran kerana dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat
mengamalkan zikir kepada Allah dengan sunguh-sunguh. Cubalah perhatikan apa
yang difirmankan oleh Allah atau yang disabdakan oleh Rasulullah niscaya kita akan
mendapati berbagai faedah dan manfaat bagi manusia yang boleh membimbingnya ke
jalan akhirat.
Betapa tidak terkadang-kadang satu masalah saja yang dipelajari oleh
seseorang pelajar boleh memberi manfaat untuk beribadat seumur hidupnya.
Andaikata tiada dipelajari, tentulah segala amalannya itu akan menjadi sia-sia dan
tidak berguna.
Adapun orang awam dan para penuntut maka hadirnya mereka di dalam
majlis-majlis ilmu pengetahuan dan muhadharah-muhadharah agama adalah lebih
utama daripada kerja berwirid semata-mata. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang
memerlukan sara hidup untuk anak isteri maka tidak wajarlah baginya untuk
menghabiskan semua masa kerana beribadat dan berwirid saja. Bahkan wiridnya
dalam waktu bekerja itu ialah menghadirkan diri untuk bekerja di pasar-pasar
ataupun mencari sara hiddup yang wajib, tetapi dalam pada itu janganlah sampai ia
melupakan tuhan dan melupakan zikir kepadaNya di waktu pekerjaan dan mencari
sara hidup itu.

Keutamaan bangun di tengah malam.

Bangun di tengah malam untuk beribadat memanglah menjadi perkara yang
paling utama sekali. Di antara dalil-dalil yang menunjukkan keutamaan ini ialah ayat-
ayat al-Quran berikut:

Mereka meninggalkan tempat tidur kerana berdoa kepada Tuhan dengan
perasaan penuh ketakutan dan penuh harapan, dan mereka membelanjakan dari
rezeki yang Kami (Allah) kurniakan kepada mereka. (as-Sajdah: 16)

Allah berfirman:

Adakah orang yang merendahkan diri (kerana beribadat) selama beberapa masa di
waktu malam. (az-Zumar: 9)

Allah berfirman lagi:

Dan mereka yang berbakti di waktu malam dalam keadaan bersujud dan berdiri.
(al-Furqan: 64)

Berfirman Allah:

Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan mereka memohonkan keampunan
di sepanjang malamnya. Dalam harta benda mereka, ada ditentukan hak yang tertentu
bagi orang yang meminta dan orang susah.
(adz-Dzariat: 17-19)

Adapun Hadis-Hadis yang ada hubungannya dengan perkara yang dibicarakan
ini ialah:

Dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang hamba di tengah malam, adalah
lebih utama daripada dunia dan seisinya.

Sesungguhnya ada suatu masa di waktu malam, yang jika ditemui oleh seorang
hamba Muslim, lalu dia meminta sesuatu yang baik kepada Allah Taala, niscaya Allah
akan mengurniakan kebaikan itu kepadanya.

Akhir seklai Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Beribadatlah kamu di waktu malam, kerana ia adalah perilaku para salihin
sebelum kamu.

Sebab yang memudahkan beribadat di tengah malam.

Di antara sebab-sebab yang boleh menggalakkan seseorang untuk beribadat di
tengah malam ialah:

(1) Jangan mengenyangkan sangat perutnya, sehingga ia tidak banyak minum
pula. Kerana yang demikian itu akan menyebabkan ia terlalu mengantuk dan akan
menjadi beratlah baginya untuk bangun beribadat di tengah malam.

(2) Hendaklah ia melazimkan tidur sebentar di siang hari, kerana yang demikian
itu dapat menolong ia bangun di tengah malam.

(3) Hendaklah ia memahamkan dirinya tentang keutamaan beribadat di tengah
malam dengan mempelajari ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadi yang menerangkan
peri keutamaannya, sehingga keazaman menjadi kuat dan kecenderungan untuk
mendapatkan pahalanya tersemat di dalam hati. Di waktu itu tentulah keinginan
bangun di tengah malam akan berlonjak-lonjak untuk menuntut kelebihan pahala
dan untuk mencapai tingkatan-tingkatan syurga yang tinggi.

(4) Beribadat di tengah malam itu adalah suatu pertanda yang mulia, kerana ia
menunjukkan kecintaan hati terhadap Allah dan membuktikan betapa kukuh
keimanannya. Sebab kerjanya di waktu malam itu tiada lain melainkan semata-mata
kerana bermunajat kepada Tuhan, sedangkan Allah menyaksikan segala gerak-
lakunya dan menyingkap segala isi hatinya. Dan ketahuilah, bahwa segala gerak-laku
hati di waktu itu adalah datangnya dari Allah Taala, seolah-olah Allah sedang
berkata-kata dengannya. Andaikata ia tergolong orang yang dikasihi Allah Taala,
tentulah dia akan berminat untuk berkhalwat ditengah malam dengan Tuhannya,
dan ia akan merasa amal lazat bermunajat, manakala kelazatan bermunajat itu akan
menyebabkan ia semakin cenderung dan kuat untuk bangun beribadat di tengah
malam.

Kenikmatan bermunajat dengan hukum akal dan naqal.

Tiada syak laagi orang yang bermunajat itu merasakan sepenuh kelazatan dan
kenikmatan dalam munajat-munajatnya, kerana yang demikian itu dapat dibuktikan
dengan hukum-hukum akal dan naqal.

Adapun dengan hukum akal dapat diumpamakan seorang yang mencintai
seorang lain kerana kecantikannya, ataupun terhadap seorang raja kerana
kemurahan hatinya dan kerana banyak harta yang dibelanjakannya. Dalam kedua-
dua misal tadi, dapat dibayangkan betapa orang yang tercinta itu merasa nikmat bila
dapat bertemu dan berkhalwat dengan orang yang dikasihinya dan tidak mustahil
juga, dia akan merasa redha untuk bercumbu-cumbuan dengannya sepanjang
malam, tanpa tidur oleh kerana terlalu mendalam cintanya terhadap orang itu.

Andaikata ada orang berkata: Memang benar itu, tetapi jika orang yang cantik
atau kekasihnya itu dapat dilihat dengan mata secara berhadapan-hadapan,
bagaimana pula dengan Zat Allah yang tidak boleh dilihat itu?

Ketahuilah, bahwasanya jika kekasihnya itu memang benar-benar dicintai,
tidak mengapa walaupun ia berada di balik tabir. Ataupun jika ia berada di tempay
yang gelap-gelita. Namun orang yang mencintainya itu tetap merasakan kenikmatan
dengan semata-ata berada dekat dengannya, meskipun tanpa dapat melihat
kekasihnya itu. Manakala hatinya akan merasa puasa dengan yang demikian itu dan
tiada mengharapkan selain dari itu. Memadalah merasa kenikmatan dengan
melahirkan cintanya itu terhadap kekasihnya dan cukuplah menyebut-nyebutkan
dengan lidah ketika berdekatan dengannya sehingga perkara itu menjadi termaklum.

Andaikata orang itu berkata lagi: Mungkin orang yang bercinta itu menunggu
jawaban kekasihnya, dan tentu seklai dia akan merasa senang bila mendengar
jawabannya itu, sedangkan orang yang mencintai Allah, tidak mungkin mendengar
percakapan (firman) Allah Taala?

Ketahuilah, kiranya ia mengetahui bahwa kekasihnya itu (Allah) tidak akan memberi
jawaban dan akan terus berdiam diri, tentulah ia masih merasa nikmat juga dengan
mendedahkan segala hal-ehwalnya serta membukakan segala rahsia hatinya kepada
Allah yang dikasihiNya itu. Betapa tidak! Kerana orang yang hatinya penuh
kayakinan terhadap Allah Taala akan merasa sesuatu perasaan tindak balas di
dalam sanubarinya di waktu bermunajat kepada Allah, maka tentulah ia akan merasa
nikmat itu.

Contohnya yang semisal ialah orang yang berkhalwat dengn raja di waktu malam
seraya mendedahkan segala hajat dan keperluannya kepada raja itu, tentulah ia akan
merasa gembira kerana dapat berdua-duaan bersamanya, dengan berharap pula akan
mendapat pengurniaan daripada raja itu.
Ini adalah satu harapan kepada seorang raja akan memberinya pengurniaan secara
terbatas saja. Apatah lagi jika harapan itu ditujukan kepada Allah Taala tentulah
tiada terbatas sama sekali, kerana apa yang diberikan oleh Allah itu lebih kekal dan
lebih banyak manfaatnya daripada yang diberikan oleh manusia. Jadi bagaimana
boleh dikatakan seseorang itu tidak akan merasa nikmat dengan mendedahkan
segala keperluannya kepada Allah di dalam khalwat dan munajatnya?

Adapun menurut hukum naqal, maka halnya dapat disaksikan oleh orang-orang yang
bangun di tengah malam itu sendiri, betapa mereka merasa nikmatnya beribadat di
waktu itu. Betapa pula mereka merasakan malam yang panjang itu menjadi pendek,
laksana seorang yang bercinta bertemu dengan kekasihnya di tengah malam,
sehingga setengah mereja berkata kepada kekasihnya setangahnya: Bagaimana anda
dengan malam anda? Dijawabnya: Tak pernah dapat aku meraikannya sama sekali.
Ia menunjukkan mukanya sekejap lalu pergi semula, sehingga tak sempat aku
hendak memerhatikannya sama sekali.
Berkata Ali bin Bakkar: Selama 40 tahun tak pernah ada sesuatu yang menyedihkan
aku selain daripada terbitnya fajar.

Berkata al-Fudhail bin Iyadh: Setiap kali matahari terbenam aku merasa gembira
dengan tibanya kegelapan malam, kerana ketika itu ake dapat berkhalwat dengan
Tuhanku. Kemudian apabila matahari itu terbit semula, berdukacitalah aku kerana
aku terpaksa berhadapan dengan orang ramai.
Berkata Abu Sulaiman: Orang-orang yang beribadat di tengah malam lebih menikmati
dengan waktu malamnya daripada orang yang bersukaria dengan alat- alat yang
memerdukan jiwa. Dan kalaulah tidak kerana adanya malam, niscaya aku tiada ingin
hidup di dunia ini.

Yang lain pula berkata: Tiada sesuatu barang di dunia ini yang dapat menyerupai
kenikmatan ahli syurga, kecuali apa yang dirasakan oleh orang yang
menggantungkan hatinya dengan waktu malam, disebabkan kelazatan bermunajat
kepada Allah.
Yang lain lagi berkata: Kelazatan bermunajat itu bukanlah berasal dari duni, tetapi ia
berasal dari syurga yang dirasakan Allah kepada para walinya, dan tiada seorang pun
selain mereka yang dapat merasakan keindahan bermunajat itu.

Berkata Ibnul Munkadir pula: Tiada lagi yang tinggal dari kelazatan dunia melainkan
tiga saja: (1) Bangun kerana beribadat di tengah malam, (2) Bertemu dengan sahabat,
dan (3) Bersembahyang dengan berjemaah.
Ada yang bertanya pula, dan aku menggunakan kesempatan dengan fajarnya bila ia
terbit dan kini aku masih belum penuh gembira dengannya sama sekali.*

_________________________
* Untuk menguatkan perbahasan yang dibicarakan oleh pengarang dalam
pelajaran-pelajarannya untuk umum kamu suka menyebutkan apa yang dikutip oleh
pengarang dalam karangannya yang lain dari Ibnul Qaiyim ad-Dimasyqi dalam kitab
Ighatsatul-Lahfaan bunyinya: Berkata Ibnul Qaiyim: Hakikat manusia itu adalah
hatinya dan rohnya dan tiada sempurna bagi manusia itu melainkan sengan
mentauhidkan Tuhannya, beribadat kepadaNya, takut kepada sisksaNya serta
berharap penuh kepada rahmatNya. Itulah kemuncak kelazatan manusia.
Kebahagiaannya dan kenikmatannya, kerana tiada sesuatu benda pun di dalam alam
ini selain Allah azzawajalla, yang mana hati akan merasa tenang dan tenteram
kepadaNya manakala diri akan merasa senang dan nikmat bila menuju kepadaNya.
Hakikat iman dengan Allah itu sendiri serta kecintaan, peribadatan, kebesaran dan
berzikir kepada Allah itu adalah makanan jiwa bagi manusia. Disitulah terletaknya
kekuatan, kebaikan dan ketulusan hati, sebagaimana yang telah ditunjuk oleh Hadis
dan al-Quran serta disaksikan oleh fitrah manusia sendiri. Bukan seperti yang
didakwakan oleh orang yang kurang penelitannya, bahwasanya beribadat dan berzikir
itu adalah suatu perintah yang berat untuk tujuan menduga manusia, ataupun untuk
tujuan memberi pahala, ataupun kerana mendidik jiwa dan membiasakannya, agar ia
dapat meningkat daripada darjat kebinatangan. Oleh itu dikatakan, bahwa beribadat
kepada Allah, mengenal dan mentauhidkan ZatNya serta mensyukuriNya diumpamakan
sebagai cahaya mata manusia dan sebaik-baik nikmat yang boleh dirasakan oleh roh
dan seluruh anggota. Bukanlah maksud dari ibadat dan perintah itu untuk
menyusahkan dan memberatkan, sebagaimana yang diambil dari maksud pertama
tadi, walaupun sebenarnya dalam menjalankan terdapat semacam keberatan, tetapi
itu sudah menjadi semacam kelaziman. Oleh kerana itu maka segala perintah Allah
s.w.t. dan kewajiban-kewaiban yang dibebankan ke atas hamba-hambaNya, dan juga
syariat-syariatNya yang ditentukan ke atas mereka itu adalah sebagai cahaya mata
dan kelazatan hati serta kenikmatan roh dan kegembiraannya. Padanya terselit
kebahagian dan kemenangan serta kesempurnaan manusia dalam urusan dunia dan
akhiratnya. Malah tiada kebahagiaan dan tiada kenikmatan yang hakiki, melainkan
dengan semua itu sebagaimana Allah telah berfirman:
Wahai sekalian manusia, sesunguhnya telah datang kepada kamu nasihat
daripada Tuhan kamu serta penawar bagi hati yang di dalam dada, juga petunjuk dan
rahmat bagi orang-orang Muminin. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmatNya
hendaklah dengan itu mereka bergembira. Hal itu adalah lebih baik dari (harta) yang
mereka kumpulkan. (Yunus: 57-58)
Berkata Abu Said al-Khudri: Yang dimaksudkan dengan kurnia Allah itu ialah al-Quran
dan rahmatNya, bahwa Dia (Allah) telah menjdikan kamu dari ahli al-Quran.
Demikianlah kebanyakan pendapat para ulama yang lain, kesemuanya telah menafikan
bahwa perintah-perintah Allah, kewajiban-kewajiban serta syariat-syariatNya sebagai
bebanan ke atas manusia, sebab Allah Taala telah berfirman:
Allah tiada membebankan ke atas diri manusia, melainkan sekadat
keampunannya.
(al-Baqarah: 286)
Firman Allah ini telah membuktikan penafian bebanan ke atas manusia dan
Allah tiada menamakan perintah-perintah wasiat-wasiat dan syariat-syariatNya,
sebagai bebanan, malah dinamakannya sebagai rohani, nurani, penawar dan ubat,
petunjuk, rahmat, kehidupan, perjanjian wasiat dan sebagainya dalam firman-
firmanNya.

Pembahagian Waktu Malam

Menghidupkan malam, yakni memenuhkan waktu-waktunya dengan amalan-amalan
ibadat ada tujuh peringkatnya:
(1) Menghidupkan sepanjang waktu malam. Yang dapat memenuhinya ialah orang-orang
yang kuat keazamannya yang benar-benar telah menetapkan dirinya untuk beribadat kepada
Allah azzawajalla. Kerjanya itu menjadi semacam makanan bagi jiwa dan kehidupan bagi hati.
Sebab itu mereka tidak merasa letih atau lelah untuk beribadat di sepanjang malam,
manakala tidurnya ditukarkan pada waktu siang pula. Dikatakan ada sebanyak 40 tabiin
terkenal dengan amalannya dalam cara ini.
(2) Bangun untuk beribadat separuh dari malam.
(3) Bangun untuk beribadat dalam sepertiga masa dari separuh malam yang terakhir.
(4) Bangun untuk beribadat dalam seperenam malam yang terakhir atau seperlimanya.
(5) Tidak menurut cara-cara yang telah lalu, dia tidur kemudian bangun malam pada
masa-masa yang tidak tetap waktunya.
(6) Bangun malam setakat cukup untuk melakukan sembahyang empat rakaat ataupun
dua rakaat saja.
(7) Kiranya memang sukar baginya untuk bangun malam, maka hendaklah jangan sampai
terlalai terus, sehingga masuk waktu subuh, ia masih di atas tempat tidur juga. Tetapi
sekurang-kurangnya, hendaklah ia bangun ketika masuk waktu subuh atau waktu orang
bersahur.

Adapun bangun di waktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. maka caranya tidaklah
tetap dalam tertib yang sama, tetapi ada kalanya baginda separuh malam dan adakalanya
sepertiga malam dan ada kala dua pertiga malam dan ada juga seperenam malam saja, dan
hal itu berbeda antara satu sama yang lain. Perkata ini dipandukan kepada ayat al-Quran
dalam dua tempat, iaitu:

Sesungguhnya Tuhanmu Mengetahui bahwa engkau bangun (mengerjakan sembahyang)
kurang dari dua pertiga malam, ada pula separuhnya dan sepertiganya.
(al-Muzammil: 20)

Perkataan kurang dari dua pertiga malam dalam ayat di atas itu, seolah-olah maksudnya
ialah: Separuhnya dan separuh dari seperenamnya. Jika kalimat wanisghfahuu watsulutsihii,
maka maksudnya ialah: Separuh dari dua pertiga dan sepertiga dari dua pertiga, jadi hampir
mendekati sepertiga dan seperempat. Jika kalimat di atas itu diberikan baris fathah (atas)
maka maksudnya ialah: Separuh malam dan sepertiganya.

Berkata Siti Aisyah r.a.: Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur apabila baginda mendengar
kokokan ayam, dan ini maknanya seperenam malam atau kurang sedikit daripadanya.

Anda mungkin juga menyukai