Anda di halaman 1dari 3

ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT

Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat


menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini
hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang
terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana
sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa
asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah
ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat
beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini
bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-
benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah
(sallahu’alaihi wasallam).

Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam


hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut,
dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi
dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang
lalai.”

(Surah al-A’raaf, ayat 205)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri


dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raaf, ayat 55)

“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah


engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi
jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat
yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan


Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah (sallahu’alaihi


wasallam) ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia
TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah)
secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang
betul. Imam as-Syafi’i (rahimahullah) ada menyebut
perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:

“Saya (Imam Shafi’i) memandang baik bagi imam dan


makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai
daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir,
kecuali jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka
imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang
telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah
(memperlahankan) suaranya.”

(Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas


kaedah-kaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga
bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafi’i
(rahimahullah). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.

Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:

“Bahawa zikir dan doa’ sesudah solat harus disirrkan


(perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu
kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat
dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui,
maka zikir dan doa’ itu harus disirrkan (diperlahankan).”

(Kitab Zikir dan Doa’-Doa’ Rasulullah (sallahu’alaihi


wasallam), Sunan al-Kubra)
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga
menyebut perkara yang sama bahawa:

“Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan


berdoa’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari
para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).”

(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa


berzikir/berwirid selepas solat adalah secara bersendirian
dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara
beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan
gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat iaitu
bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat
(makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang solat
sunat selepas itu (sunat ba’diah).

Anda mungkin juga menyukai