Anda di halaman 1dari 36

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut
ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana
Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam
neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa
memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar
tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang
mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada
kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan
dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi
yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi
sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa
orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji
termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan
ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya
dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap
orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa
melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang
yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran


tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan
buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan
atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa
Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun
tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5
surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada
kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa
aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu
Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat
ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang
untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Kita juga hendaklah

mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang
dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan
semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama'

silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa
berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan
hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada
Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah
mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah
ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi munkar
dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah
nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najisnajis dosa. Cubalah sedaya yang

mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan

menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat
untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja
terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih
besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata,
mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan
yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan
mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lainlain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa
besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah
kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah
kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak
rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan
kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan
menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan
kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam
belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita
diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang
terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67
yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada
kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut
agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan
teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi begitu menitik
beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh
mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang
mathur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh
mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul
Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu
membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai
setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap
gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati
dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan
manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan
dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang
kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang
dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat
yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka,
sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari
kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka
sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa
kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa
berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan
kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka
meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung
kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra'
yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah
seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu,
maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan
janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai

Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa
kecil".

8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya
selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau
pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad
bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya)
tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam
Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu
menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan
perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat
pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung
sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi
bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan
dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud
antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan
seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara
guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari
perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang
dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita
bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api
neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai
benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam
mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai
barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah
dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan
dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus
mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat
oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah
beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi
begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang
bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati
firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang

beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah
di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2
Logged

ISLAM untuk semua

- Pentadbiran
- Pondok Tahfiz

halawah

lmu yang benar membuahkan amal man yang Teguh

o
Reply #1 08 September, 2007, 11:36:05 PM

Publish
Assalamualaikum wr.wb.
Syukur atas nikmat Ilmu Yang Allah berikan diatas ini;
Ngidam akannya mudah2an terkenan
Cintain padanya semoga dapat keberkatan
Hayati amalan yang berkesan agar melahirkan kesolehan
Bahagia didunia dan Akhirat....Insya AllahuRabbuljalilullah.

Terutama sekali tepat pada;


1).......Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak
memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita samasama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu

menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam


kehidupan.........

.......Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal
dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.
Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan
jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta
jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di
dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia
yang sementara.... ........

2)DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- ......Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua
sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

3).......Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :


".........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah
kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ingatlah
bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan
binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan
orang yang benar-benar ikhlas.....

4)......Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan
susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah
dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk
belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan
menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,
yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh
hati.

5)MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup
segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain
kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat
Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala
mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang
baik dan derita.......

4) MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan

dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita
sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi
setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang
alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita
turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan
menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan
kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam
belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita
diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang
terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67
yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada
kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut
agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan
teman.

5)MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi munkar
dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah
nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najisnajis dosa.

Subhanallah yang menjadikan bilangan ilmunya yang luas seluas air lautan yang tak bertepi....
tidak mencukupi ucapan dan amalan yang dilakukan untuk mengucapkan rasa kesyukuran
hatta setinggi langit menjulang dan sedalam perut bumi yang tak tergali isi-perutnya yang terisi
kekayaan.

Lailahaillah...Masya Allah masih hati terkunci untuk menyadari Keagongan dan Kebesaran
IlahiRabbi...

AllahuAkbar...susah untuk diakui lantaran jiwa yang kontang dan hati yang lara,karat dek
kesusahan dibeban oleh urusan dunia dan penuh Keinginan Hawanafsu yang rakus serakah....

Astaghfirullahal'Azim 100X....Itulah Medik yang diajar supaya beroperasi di Bulan Ramadhan


Klinik secara percuma hanya kembalikan diri kita semua pada yang Maha Kuasa dan Esa tidak
boleh dapat kita membalas Jasa-Jasa.

Wassalam.Penutup sementara selama hayat dikandong badan tiada lekang dek hujan dan tak
lapok dek panas,dengan izin Allah juga umat Muhammad diketemukan dengan dipasak ukhuwah

Islamiah sebagai Pencatuman.

Yang benar dari Allah,


yang silap dan terkasar dari Hamba yang Dhoif,
Ampun Maaf dipinta,
Kullu 'Amin waantum Bikhairin.
Amin YaRabbal Alamin.
Logged

lmu yang benar membuahkan amal man yang Teguh


hubungan dengan ukhuwahfllah perpaduan Ummah seutuh
halawah

lmu yang benar membuahkan amal man yang Teguh

o
Reply #2 30 December, 2007, 08:41:35 AM

Publish
Quote from: alhaudhie on 08 September, 2007, 04:03:00 AM
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu
ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah
S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi
mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam
dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke
arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita
terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja
tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai
diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.
Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi
kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana
sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu
memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-

Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka
takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah
bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan
binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang
yang benar-benar ikhlas.
http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2

Assalamualaikum wr.wb.
Anjuran pertama sekali mestilah berdasar niat yg Ikhlas yang menyampaikan dan yg
menerima/membaca ilmu juga perlu merasa ikhlas untuk ;

1)Iqra' (Baca)maka bacalah;


Sebagaimana ustaz sampaikan artikle diatas ini,

2)marilah sama2 kita fahamkan dan


apa anjurannya Allah swt melalui konteks ilmu tsb.

3)Redho menerima dan diberi ilmu seadanya

4)Kewawajiban muhasabah/koreksi diri

5)Berkesadaran untuk merubah dari sifat2 yg kotor kepada sifat2 mahmudah (terpuji)dicintai
oleh Allah swt.(amalkan)

6)Apa yang perlu disampaikan....apa hasil ikhlas tu sendiri (inilah buahnya)...

Buah yg saya dpt dr ilmu diatas;Bila saya muhasabah diri saya;


setelah saya membaca dan merenungkan petikan ikhlas dalam berilmu ini,saya merasa betapa
kerdil dan kurang/dangkalnya akal dan usaha saya dalam menilai dan meneliti nikmat
(kesenngan )Allah swt yg diberikan kpd saya,iaitu;
untuk memiliki,menyampaikan ilmu dan memperuntukkan masa untuk diri sendiri pun tak
mampu,kerana antara ilmu dan kewajiban tu bersaingan,serentak dalam satu waktu yg
diperuntukan.
Astagfirullahl'Aziim...

Padahal bukan payah sangat duduk mendengar/meneliti dan memahami saja lantaran saya tak
mampu meluangkan waktu,macam pagi ini ;
(1)dimasjid ada ceramah ilmiah
(3)namun tugas dirumah dan

(3)sekejap lagi ada kewajiban diluar sama persaingan sewaktu dgnnya,


maka tiga2 perkara ini penting/mesti /wajib,tapi ygmana satukah yg wajib atas yg berwajib utk
berkewajiban sebaiknya.

Maka disinilah letaknya dimana dan kemanakah Ikhlas kita terhdp Allah Yang Maha Esa.
Marilah sama2 kita renungkan dan fikirkan untuk hidup kita sehari ini wahai saudara2ku
seagama walaupun tak serumpun makan,namun kewajiban yg diperintahkan tetap tiada beza.

Masya Allah. Lahaula walaquwwataillabillahil'aliyil'aziim

Wassalam.
Last Edit: 30 December, 2007, 08:45:02 AM by halawah
Logged

Ummi Munaliza

Anniversary Ke 30

o
Reply #3 01 August, 2009, 03:11:08 AM

Publish
Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama

, ramai yang bertanya kepada saya apakah adab-adab untuk menuntut ilmu agama. Ini
adalah pertanyaan, atau lebih tepat, perkembangan yang baik di kalangan umat Islam. Untuk
menjawab persoalan ini, saya menyusun dua risalah yang ringkas, yang pertama menyentuh
adab-adab menuntut ilmu manakala yang kedua adalah unsur-unsur yang dapat merosakkan
ilmu.

Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini
merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah,
namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia
tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth dalam
semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat
dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian
orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.

[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian
terang Syuaib al-Arnauth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat dan tujuannya. Hendaklah
dia melakukannya kerana:

1.

Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian

pertama syahdah: La ilaha illallah.


2.

Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan

bahagian kedua
syahdah: Wa anna Muhammad Rasulullah.
3.

Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar maruf

dan nahi mungkar yang


merupakan salah satu tuntutan asas agama.
4.

Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis

dan para pencipta bidah.

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan
terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami
agama Islam. Ini kerana:Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah
nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.[Maksud surah
Muhammad, ayat 7]

Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan.
Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan
ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan
membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak


agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya. [al-Ankabut, ayat 69]

Pimpinan Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang
benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang
yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam
dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah
merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa
Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.

Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah
mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah.
Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga,
masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak
pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang
besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya
jalan ke syurga.
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fuad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama
sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat.
Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama
yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin
memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama
atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur
perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari.
Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti
mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong.
Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian
sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari
yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka
banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia
sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap
muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata Saya sudah
habis belajar agama atau Saya sudah faham Islam. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji
dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang bermaksud:

Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. [Ta-Ha, ayat 114]

Perkataan tambahilah menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimum, sebaliknya
sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.

Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama setidak-tidaknya memiliki
kepentingan dari dua sudut:

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung
di sebalik slogan Ahli Sunnah Wal Jamaah agar kelihatan berada di atas jalan yang benar.
Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap
dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran
tersebut kepada ajaran yang benar.

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada

tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka
melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya
sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan
yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu
(ujub), memandang rendah para ulama dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat
dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa
akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap
kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu
agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ulama berdasarkan kesedaran bahawa
terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan
mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

Adab # 5: Mengamalkan ilmu.

Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia
adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya. [al-Saff, ayat 2-3]

Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras sehingga tidak dapat lagi
menerima apa-apa manfaat daripada ilmu. Firman Allah:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka
mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang
telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka
hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. [Maksud
surah al-Hadid, ayat 16]

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam
pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya
dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan
seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang

bermaksud:

sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami
tambahi mereka dengan hidayah. [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan
kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud:

Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta
memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. [Muhammad, ayat 17] Dan Allah
akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk. [Maryam,
ayat 76]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah
akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang
benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk
terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan
bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah
(sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. [al-Anfal, ayat 29]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada
Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan
menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa
kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Hadid, ayat 28]

Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan
diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:Sesungguhnya perumpamaan
teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan
peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia
memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau
kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi
sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau

yang tidak sedap daripadanya (bau besi). [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no:
2628].

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung
dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang
yang perhatiannya sentiasa kepada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa
kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama dan pemikirannya sentiasa ke arah
memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Di antara mereka ialah para alim ulama dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka,
mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat
salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan
terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses
memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu
meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.

Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah
daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang
diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat. [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

. .
Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. [Ta-Ha, ayat 114]

. . . . . .
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

[al-Kahf, ayat 10]

. . . . . . .
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

[Ali Imran, ayat 8]

. . . .
. .. . . . . . .

. . . . .. . .

. . .
Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang
Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hambaMu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk
memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk
kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.

[Shahih Muslim, hadis no: 77].

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut
ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri.
Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu
berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya
jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.
Artikel

dari

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-5/tajuk%2015.htm
Logged

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.


Penal Utama Baitul Muslim

amrizal2

Mati pada Jalan Allah cita-cita Kami

o
Reply #4 09 November, 2009, 11:12:20 AM

Publish
ADAB MENUNTUT ILMU

Oleh : Ustadz Abdullah Shaleh Al Hadrami

Mukaddimah:
Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Taala, shalawat dan salam semoga selalu tercurah
kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, keluarga, para sahabat dan pengikut setia
mereka sampai hari kiamat, Amma badu:
Allah telah menjaga pertahanan kaum muslimin dengan mujahidin (orang-orang yang berjihad)
dan menjaga syariat Islam dengan para penuntut ilmu, sebagaimana dalam firman-Nya:

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang).
Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk
memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada
kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
(QS. At Taubah:122)

Pada ayat tersebut, Allah membagi orang-orang yang beriman menjadi dua kelompok,
mewajibkan kepada salah satunya berjihad fi sabilillah dan kepada yang lainnya mempelajari
ilmu agama. Sehingga tidak berangkat untuk berjihad semuanya karena hal ini menyebabkan
rusaknya syariat dan hilangnya ilmu, dan tidak pula menuntut ilmu semuanya sehingga orangorang kafir akan mengalahkan agama ini. Karena itulah Allah mengangkat derajat kedua
kelompok tersebut. (Hilyah al Alim al Muallim, Salim al Hilaliy hl:5-6)
Yang dimaksud dengan ilmu tersebut adalah ilmu syari, yaitu ilmu yang Allah turunkan kepada
Nabi-Nya Shalallahu Alaihi Wassalam berupa keterangan dan petunjuk. Jadi ilmu yang dipuji dan
disanjung adalah ilmu wahyu, ilmu yang Allah turunkan saja. Sebagaimana sabda Nabi
Shalallahu Alaihi Wassalam:

Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya
mengerti masalah agama. (HR. Bukhari dan Muslim)

Beliau Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda pula:


Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, hanya saja mereka mewariskan
ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya berarti ia mengambil nasib (bagian) yang banyak. (HR.
Abu Dawud dan At Tirmidzi)
Sebagaimana telah kita ketahui bahwasanya yang diwariskan oleh para nabi adalah ilmu syariat
Allah dan bukan yang lainnya. (Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:11)

Hukum Menuntut Ilmu Syari

Menuntut ilmu syari adalah fardlu kifayah yaitu apabila telah mencukupi (para penuntut ilmu)
maka bagi yang lain hukumnya adalah sunnah, namun bisa juga menjadi wajib bagi tiap orang
atau fardlu ain yaitu ilmu tentang ibadah atau muamalah yang hendak ia kerjakan. (Kitab al
Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:21)
Penuntut Ilmu Hendaklah Menghiasi Dirinya Dengan Adab-Adab Sebagai Berikut:

Pertama: Mengikhlaskan Niat Hanya Karena Allah


Hendaklah dalam menuntut ilmu niatnya adalah wajah Allah dan kampong akhirat, sebagaimana
sabda Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam:
Barangsiapa menuntut ilmu-yang mestinya untuk mencari wajah Allah-, tiadalah ia
mempelajarinya melainkan hanya untuk mendapatkan bagian dari dunia, pasti ia tidak akan
mendapatkan bau surga pada hari kiamat. (HR. Ahmad dll). Ini adalah ancaman yang keras.
(Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :25)
[/i]

Apabila ilmu telah kehilangan niat yang ikhlas; berpindahlah ia dari ketaatan yang paling afdhal
menjadi penyimpangan yang paling rendah. Diriwayatkan dari Sufyan ats Tsauri rahimahullah
berkata: Tiadalah aku mengobati sesuatu yang lebih berat dari niatku.
Dari Umar bin Dzar bahwasanya ia berkata kepada ayahnya: Wahai ayahku! Mengapa orangorang menangis apabila ayah menasehati mereka, sedang mereka tidak menangis apabila orang
lain yang menasehati mereka? Ayahnya menjawab: Wahai puteraku! Tidak sama ratapan
seorang ibu yang ditinggal mati anaknya dengan ratapan wanita yang dibayar (untuk meratap).
(Hilyah Tholibil Ilmi, Bakr Abu Zaid hal: 9-10)

Kedua: Memberantas Kebodohan Dirinya dan Orang Lain

Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat untuk memberantas kebodohan dari dirinya dan dari
orang lain, karena pada dasarnya manusia itu jahil (bodoh), sebagaimana firman Allah:
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun,
dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. (QS. An
Nahl:78)

Imam Ahmad rahimahullah berkata:


Ilmu itu tiada bandingannya bagi orang yang niatnya benar. Mereka bertanya: Bagaimanakah
hal itu? Beliau menjawab: Berniat memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.
(Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 26-27)

Ketiga : Membela Syariat


Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat membela syariat, karena kitab-kitab tidak mungkin bisa
membela syariat. Tiadalah yang membela syariat melainkan para pengemban syariat. Disamping
itu, bidah juga selalu muncul silih berganti yang ada kalanya belum pernah terjadi pada jaman
dahulu dan tidak ada dalam kitab-kitab sehingga tidak mungkin membela syariat kecuali para
penuntut ilmu. (Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 27-28).
Alangkah banyaknya kitab dan alangkah banyak pula perbedaan didalamnya! Seorang muslim
tidak lagi tahu apa yang harus ia ambil dan apa yang harus ia tinggalkan? Dari mana memulai
dan dimana berakhir! (Wasiyyatu Muwaddi, Husain Al Awayisyah hal :29-30).

Keempat : Berlapang Dada Dalam Masalah Khilafiyah (Perbedaan Pendapat)


Hendaklah selalu berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat yang bersumber dari
ijtihad. Yaitu permasalahan yang memungkinkan seseorang berpendapat dan terbuka
kemungkinan untuk berbeda. Adapun siapa saja yang menyelisihi jalan salafush shalih dalam
masalah aqidah maka hal ini tidak bisa diterima dan ditolelir. (Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal
28-29) . Baca pula untuk masalah ini kitab Perpecahan Umat, karya: Dr Nasir al Aql, penerbit
Darul Haq Jakarta.

Kelima : Mengamalkan Ilmu atau Zakat Ilmu


Hendaklah para penuntut ilmu mengamalkan ilmunya, baik berupa aqidah, ibadah, akhlak, adab
dan muamalah, karena hal ini adalah merupakan hasil dan buah dari ilmu itu. Pengemban ilmu
itu seperti pembawa senjata; Bisa berguna dan bisa pula mencelakakan sebagaimana sabda
Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam:
Al Quran itu membelamu atau mencelakakanmu. (HR. Muslim)

[/i]

Membelamu apabila kamu amalkan dan mencelakakanmu apabila tidak kamu amalkan. (Kitab al
Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:32)
Karena keutamaan ilmu itulah ia semakin bertambah dengan banyaknya nafkah (diamalkan dan
diajarkan) dan berkurang apabila kita saying (tidak diamalkan dan diajarkan) serta yang
merusaknya adalah al kitman (menyembunyikan ilmu). (Hiyah Tholibil Ilmi, Bakr Abu Zaid hal :
72)

Keenam : Berdakwah Kepada Allah


Allah berfirman:
Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang
yang beruntung. (QS. Ali Imran:104)
Hendaklah mendakwahkan ilmunya kepada Allah dalam berbagai kesempatan, baik di masjid, di
majlis-majlis, di pasar dan diberbagai kesempatan. (Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :37-38).

Ketujuh : Hikmah
Hendaklah menghiasi dirinya dengan hikmah. Apabila kita menempuh cara ini pastilah kita
mendapatkan kebaikan yang sangat banyak, sebagaimana firman Allah:
Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang
banyak. (QS. Al Baqarah:269)
[/i]

Al Hakim (orang yang bijaksana) adalah orang yang menempatkan sesuatu pada tempatnya.
Allah telah menyebutkan tingkatan-tingkatan dakwah dalam firman-Nya :
Serulah (manusia) kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. (QS. An Nahl:125)

Dan Alla menyebutkan pula tingkatan keempat tentang berdebat dengan ahli kitab dalam firmanNya:
Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik,
kecuali dengan orang-orang dzalim diantara mereka. (QS. Al Ankabut:46)
[/i](Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:37-38)

Kedelapan : Sabar Dalam Menuntut Ilmu


Hendaklah sabar dalam menuntut ilmu, tidak terputus (ditengah jalan) dan tidak pula bosan,
bahkan terus menerus menuntut ilmu semampunya. Kisah tentang kesabaran slafush shalih

dalam menuntut ilmu sangatlah banyak, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu
anhuma bahwa beliau ditanya oleh seseorang: Dengan apa anda bisa mendapatkan ilmu?
Beliau menjawab: Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang selalu memahami serta
badan yang tidak pernah bosan. (Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:40 dan 61)
Bahkan sebagian dari mereka (salafus shalih) merasakan sakit yang menyebabkannya tidak bisa
bangun dikarenakan tertinggal satu hadits saja. Sebagaimana terjadi kepada Syubah bin al
Hajjaj rahimahullah, ia berkata: Ketika aku belajar hadits dan tertinggal (satu hadits) maka
akupun menjadi sakit.
Barangsiapa mengetahui keutamaan ilmu dan merasakan kelezatannya pastilah ia selalu ingin
menambah dan mengupayakannya, ia selalu lapar (ilmu) dan tidak pernah keying sebagaimana
sabda Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam:
Ada dua kelompok manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu
tidak pernah keying dan orang yang lapar dunia tidak pernah keying pula. (HR. Al Hakim dll
dengan sanad tsabit) (Hilyah al Alim al Muallim, Syaikh Salim al Hialaliy hal 22-23)

Abu al Aliyah rahimahullah menuturkan:Kami mendengar riwayat (hadits) dari Rasulullah


Shalallahu Alaihi Wassalam sedang kami berada di Basrah (Iraq), lalu kamipun tidak puas
sehingga kami berangkat ke kota Madinah agar mendengar dari mulut mereka (para perawinya)
secara langsung. (Audah ila as Sunnah, Syaikh Ali Hasan al Atsariy hal 44).

Kesembilan : Menghormati dan Menghargai Ulama


Hendaklah para penuntut ilmu menghormati dan menghargai para ulama dan berlapang dada
dalam menyikapi perbedaan pendapat diantara mereka serta memberi udzur (alasan) kepada
para ulama yang menurut keyakinan mereka telah berbuat kesalahan. Ini adalah masalah yang
sangat penting, karena sebagian orang sengaja mencari-cari kesalahan orang lain untuk
menjatuhkan mereka dimata masyarakat. Ini adalah kesalahan terbesar. (Kitab al Ilmi, Syaikh
Utsaimin hal 41).
Hendaklah menghormati majlis (ilmu) dan menampakkan kesenangan terhadap pelajaran serta
mengambil faedahnya. Apabila seorang syaikh (guru) melakukan suatu kesalahan atau kekeliruan
maka janganlah hal itu membuatnya jatuh dihadapanmu, karena hal ini menjadikanmu tidak lagi
mendapatkan ilmunya. Siapasih orang yang tidak pernah berbuat kesalahan.?
Jangan sekali-kali memancing kemarahannya dengan Perang urat syaraf, yaitu menguji
kemampuan ilmu dan kesabarannya. Apabila hendak berguru ke orang lain maka mintalah ijin
kepadanya, karena hal ini menjadikannya selalu menghormatimu, semakin cinta dan saying
kepadamu. (Hilyah Tholibil Ilmi, Bakr Abu Zaid hal:36).

Kesepuluh : Memegang Teguh Al Kitab dan As Sunnah


Wajib bagi para penuntut ilmu untuk mengambil ilmu dari sumbernya yang tidak mungkin

seseorang sukses bila tidak memulai darinya, yaitu:


1. Al-Quranul Karim; Wajib bagi para penuntut ilmu untuk berupaya membaca, menghafal,
memahami dan mengamalkannya.
2. As Sunnah As Shahihah; Ini adalah sumber kedua syariat Islam (setelah Al Quran) dan
penjelas al Quran Karim.
3. Sumber ketiga adalah ucapan para ulama, janganlah anda menyepelekan ucapan para ulama
karena mereka lebih mantap ilmunya dari anda.
(Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :43,44, dan 45)

Kesebelas : At Tatsabbut dan Ats Tsabat


Termasuk adab terpenting yang wajib dimiliki oleh penuntut ilmu adalah; At Tatsabbut. Yang
dimaksud dengan At Tatsabbut adalah berhati-hati dalam menukil berita dan ketika berbicara.
Adapun ats tsabat adalah sabar dan tabah untuk tidak bosan dan marah, dan agar tidak
mengambil ilmu hanya secuil-secuil saja lalu ia tinggalkan, karena hal ini berdampak negatif dan
menyia-nyiakan waktu tanpa faedah. (Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :50)

Keduabelas : Berupaya Untuk Memahami Maksud Allah dan Rasul-Nya


Termasuk adab terpenting pula adalah masalah pemahaman tentang maksud Allah dan juga
maksud Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam; Karena banyak orang yang diberi ilmu namun
tidak diberi pemahaman. Tidak cukup hanya menghapal al Quran dan hadits saja tanpa
memahaminya, jadi harus dipahami maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu Alaihi Wassalam.
Alangkah banyaknya penyimpangan yang dilakukan oleh kaum yang berdalil dengan nash-nash
yang tidak sesuai dengan maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu Alaihi Wassalam sehingga
timbullah kesesatan karenanya. Kesalahan dalam pemahaman lebih berbahaya dari pada
kesalahan dikarenakan kebodohan. Seorang yang jahil (bodoh) apabila melakukan kesalahan
dikarenakan kebodohannya ia akan segera menyadarinya dan belajar, adapun seorang yang salah
dalam memahami sesuatu ia tidak akan pernah merasa salah dan bahkan selalu merasa benar.
(Kitab al Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :52)
Inilah sebagian dari adab yang harus dimiliki oleh para penuntut ilmu agar menjadi suri tauladan
yang baik dan mendapatkan kesuksesan di dunia dan di akhirat, amien.

Maraji:
Al Quranul Karim dan Terjemahannya, hadiah dari kerajaan Saudi Arabia.
Kitab Al Ilmi, karya Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin
Hilyah Tholibil Ilmi, karya Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid
Hilyatul Alim Al Muallim Wa Bulghatu Ath Thalib Al Mutaallim, karya Syaikh Salim bin Ied al
Hilaliy
Audah Ila As Sunnah, karya Syaikh Ali Hasan al Attsariy

Washiyyatu Muwaddi, karya Syaikh Husain bin Audah al Awayisyah

Dikutip dari salah satu materi Pengajian Umum Indahnya Islam pada tanggal 22-24 Mei 2005
bertempat di Masjid Raden Patah Universitas Barwijaya, Malang Jawa Timur
Quote
Sekadar berkongsi untuk diri dan teman2

Sumber : http://abuzubair.wordpress.com/2007/08/22/adab-menuntut-ilmu/
Last Edit: 09 November, 2009, 11:21:57 AM by amrizal2
Logged

Islam is the way of Life!

Neneng

o
Reply #5 04 December, 2009, 09:11:32 PM

Publish

Penjabaran teman-teman mengenai adab-adab menuntut ilmu sudah benar, tetapi ana
kemukakan nih.. adab-adab menuntut ilmu menurut K.H.Hasyim Asy'ari dalam bukunya "Adab
al-Alim wa al Mutaallim fi ma Yahtaju ilaih al Mutaallim fi Ahwal Talimih wa ma Yatawaqaf
alaih al Muallim fi Maqamat Talimih."
tanggung jawab dan tugas peserta didik, yaitu:
a.

etika yang harus dicamkan dalam diri peserta didik

Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, menurut Kiai Hasyim Asyari ada
sepuluh tuntunan etika yang perlu diperhatikan, misalnya:
1.

Membersihkan hati dari berbagai gangguan material keduniawian dan hal-hal yang merusak

sistem aqidah,
2.

membersihkan niat, dengan cara meyakini bahwa menutut ilmu itu hanya didedikasikan

untuk Allah SWT. semata,


3.

mempergunakan kesempatan belajar dengan sebaik-baiknya,

4.

pandai mengatur waktu,

b.

etika seorang peserta didik terhadap pendidik

Dalam persoalan etika peserta didik terhadap pendidiknya, menurut beliau paling tidak ada dua
belas etika yang perlu dilakukan, misalnya:
1.

Melakukan perenungan dan meminta petunjuk kepada Allah dalam memilih guru,

2.

Belajar sungguh-sungguh dengan menemui pendidik secara langsung,

3.

memperhatikan hal-hal yang menjadi hak pendidik,

4.

jangan sekali-kali menyela ketika guru belum selesai menjelaskan

c.

etika peserta didik terhadap pelajaran

Dalam hal pelajaran, peserta didik hendaknya memperhatikan etika-etika berikut:


1.

Mendahulukan ilmu yang bersifat fardhu ain daripada ilmu-ilmu yang lain,

2.

Harus mempelajari ilmu-ilmu pendukung ilmu fardhu ain,

3.

berhati-hati dalam menanggapi ikhtilaf para ulama,

4.

merencanakan cita-cita yang tinggi


tanggung jawab dan tugas pendidik.

a.

Etika pendidik terhadap dirinya

K.H. Hasyim Asyari memberi beberapa catatan bagi seorang pendidik agar dirinya tertanam
etika-etika sebagai berikut:
1.

Berusaha sekuat tenaga untuk mendekatkan diri kepada Allah,

2.

senantiasa takut kepada Allah,

3.

bersikap tenang,

4.

tidak memiliki sikap tinggi hati, tetapi tawadhu,

b.

Etika pendidik terhadap pelajaran

Seorang pendidik hendaknya memperhatikan etika-etika yang berkaitan dengan pelajaran,


misalnya:
1.

Ketika mengajarkan ilmu kepada peserta didik hendaknya berniat untuk ibadah,

2.

menyampaikan hal-hal yang diajarkan oleh Allah,

3.

membiasakan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan,

4.

dalam mengajar hendaknya mendahului materi yang paling penting dan disesuaikan dengan

profesi yang dimiliki,


c.

Etika pendidik terhadap peserta didik

Di antara etika pendidik terhadap peserta didiknya, menurut Kiai Asyari adalah sebagai berikut:
1.

Berniat mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menghidupkan syariat Islam,

2.

mencintai peserta didik sebagaimana mencintai dirinya sendiri,

3.

memberi kemudahan dalam mengajar dan menggunakan kata-kata yang mudah dipahami,

4.

membangkitkan semangat peserta didik dengan jalan memotivasinya,

d.

Etika pendidik dan peserta didik terhadap buku

Sebagai seorang pendidik atau peserta didik yang senantiasa bergelut dengan buku, hendaknya

memperhatikan hal-hal berikut:


1.

Mengusahakan untuk mendapatkan buku-buku yang dibutuhkan,

2.

mengizinkan bila ada kawan meminjam buku dan bagi peminjam harus menjaga

pinjamannya itu,
3.

jika tulisan itu rusak atau tidak dipakai hendaknya tidak sembarangan membuang tulisan itu,

tetapi hendaknya meletakkannya pada tempat yang layak dan terhormat,


Logged

RNLQ

o
Reply #6 09 July, 2013, 06:50:38 PM

Publish
Zaman ini..banyak majlis ilmu...macam cendawan tumbuh..lebih-lebih lagi di bandar-bandar
besar..
(cemburu saya aiiih, jasmani tak mampu berkelana ;-) )
Jadi..mari kita sama-sama refresh kembali bagaimana pula adab-adab majlis pengajian ilmu..
sekadar penambahan daripada input yang telah dikongsikan sebelum ini... Mudahan dengan
memperbaiki adab-adabNya, maka Allah mudahkan ilmu masuk ke hati..

ADAB MAJLIS PENGAJIAN ILMU

Adab-adab majlis ilmu ini disediakan dengan melihat pada aspek memelihara hukum Islam,
menjaga adab sebagai penuntut ilmu, memelihara dan menambah barakah dalam majlis, serta
mendisiplinkan diri. Sedikit sebanyak yang dipesan oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll
(secara langsung atau tidak langsung) tentang adab-adab:

ADAB HATI

Memperbetulkan NIAT menuntut ilmu agama ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah

SWT

Ikhlas untuk mengAMALkan ilmu yang dipelajari.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk (riya') dalam mengamalkan ilmu, tetapi berharap supaya

dapat menjadi teladan (qudwah) kepada orang lain supaya turut sama-sama beramal dengan
ilmu

Datang menuntut ilmu dengan AZAM yang sungguh-sungguh menuntut ilmu (bukan untuk

melepaskan bosan, mengisi masa lapang, mengikut kawan, dan sebagainya)

ADAB TERHADAP GURU

Berbaik sangka terhadap Guru, bukan LANGSUNG untuk membanding-banding ilmu Guru

Tidak berburuk sangka kepada Guru walau sedikit pun, walaupun jika Guru berbuat kesilapan

Sentiasa mendoakan kesejahteraan Guru di dunia dan akhirat setiap masa

Berhati-hati dengan percakapan terhadap Guru

Tidak menyakiti hati Guru

ADAB SEBELUM MAJLIS PENGAJIAN ILMU

Berwudhu'

Datang memakai pakaian menutup aurat SESEMPURNA MUNGKIN bagi muslimat

Memakai pakaian ibadah yang TERBAIK atau yang PALING DISENANGI Guru bagi muslimin

(contoh: berpakaian sunnah, berpakaian putih)

Membersihkan diri sebelum hadir ke majlis

Hadir awal ke majlis.

Seeloknya pelajar-pelajar sudah duduk dalam keadaan bersedia sebelum Guru

Penuhkan tempat di hadapan dahulu.

Tidak berbuat bising, bergelak ketawa

Tidak membawa kerja sampingan lain seperti assignment dan kerja persatuan ke dalam majlis

MEMATIKAN telefon bimbit (elakkan mode silent kerana boleh mengganggu konsentrasi dalam

majlis yang penuh barakah)

Mengikuti majlis bacaan Qasidah sebelum majlis (demi mendapat barakah dan syafaat dari

Rasulullah

ADAB SEMASA MAJLIS PENGAJIAN ILMU

Duduk dengan penuh adab (bersila atau duduk iftirasy)

Jangan meluruskan kaki, lebih-lebih lagi menghalakan kaki ke arah Guru

Sebaiknya hujung bahagian kaki dilindung dari terlihat oleh Guru

Tidak membalas mesej dan menghubungi orang dalam majlis

Tidak makan dan minum

Tidak tidur dalam majlis

Tidak bersembang, berbual dan berbisik

Mendengar dengan penuh tekun dan menumpukan perhatian terhadap segala apa yang

disampaikan Guru

Tidak memandang Guru dengan pandangan yang menyindir

Tidak sekali-kali meletak kitab di atas lantai (memegang kitab melebihi dari paras pusat)

Membawa kitab ke majlis (tidak sekadar mendengar kosong)

Tidak mengeluarkan/meninggikan suara di dalam majlis kecuali DIIZINKAN

Tidak meninggalkan majlis ketika sedang berlangsung (kecuali dengan sebab-sebab yang

terdesak seperti tidak tahan buang air)

Tidak membatalkan wudhuk dengan sengaja

Muslimin tidak cuba memandang muslimat di belakang, muslimat tidak perlu memandang

segala tingkah laku muslimin di hadapan (tumpukan perhatian pada Guru)

Mengajukan soalan kepada Guru dengan memulakan dengan salam (Assalamu'alaikum)

ADAB SELEPAS MAJLIS PENGAJIAN ILMU

Membaca doa selepas pengajian

TIDAK BANGUN selagi Guru belum beredar

Memberi ruang kepada Guru untuk beredar

Tidak perlu bersalaman dengan Guru (kerana khuathir Guru ada urusan lain yang memerlukan

Beliau beredar dengan segera)

Tunggu sehingga majlis bersurai dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah al-Asr oleh

pengerusi majlis

Beredar dari majlis dengan perlahan-lahan, penuh adab dan menjaga batas hukum dan

pergaulan antara muslimin dan muslimat

Logged

al_ahibbatu

o
Reply #7 09 July, 2013, 06:56:24 PM

Publish
ada satu lagi yang orang kurang menyebutnya

iaitu, adab selepas tu

yakni hendaklah beramal dengan ilmunya


agar tidaklah termasuk dalam golongan yang tak beradab, hanya berkata tidak pula beramal
Allah juga tidak suka sikap, orang yang banyak berkata, memperkatakan dengan gaya bijak
laksana
namun tidak pula dirinya beramal mengikut ilmu yang di perolehi itu

silakan memenuhi adab ini ya


ikutlah panduan, ikutlah pelajaran, ikutlah petua, daripada guru mu

inshallah, subhanallah
Logged

zietahassan

mencari kebaikan walau hanya sebesar zarah

o
Reply #8 10 July, 2013, 10:02:44 AM

Publish
Ayat 32 Surat Al-Baqarah:

Mereka menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah
Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pada hakikatnya tidak ada ilmu yang diketahui manusia, melainkan sekadar apa yang
dianugerahkan Allah. Menyedari betapa banyak orang belajar, tetapi tidak mendapatkan
pelajaran. Betapa banyak orang yang mencari dan menuntut ilmu, tetapi tidak mendapatkan
kefahaman. Kerana itu belajar menuntut ilmu ada adabnya. Agar Allah berkenan mengajarkan,
dan menganugerahkan kefahaman.

Semoga Allah mempermudahkan.. Amin Allahumma Ya Allah.


Logged

Kurniakan kepadaku hati yang mencintaiMU..aku ingin dekat denganMU


al_ahibbatu

o
Reply #9 10 July, 2013, 10:35:24 AM

Publish
Quote from: zietahassan on 10 July, 2013, 10:02:44 AM
Ayat 32 Surat Al-Baqarah:

Mereka menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pada hakikatnya tidak ada ilmu yang diketahui manusia, melainkan sekadar apa yang dianugerahkan
Allah. Menyedari betapa banyak orang belajar, tetapi tidak mendapatkan pelajaran. Betapa banyak
orang yang mencari dan menuntut ilmu, tetapi tidak mendapatkan kefahaman. Kerana itu belajar
menuntut ilmu ada adabnya. Agar Allah berkenan mengajarkan, dan menganugerahkan kefahaman.

Semoga Allah mempermudahkan.. Amin Allahumma Ya Allah.

pada hakikatnya, jawapanmu ini, adalah untuk mereka yang sering memarahi lecturer, memarahi
penceramah, apabila tidak faham

beradablah

apabila tidak faham, ingatlah Allah, RABBI zidni 'ilman warzuqni fahman, kemudian ada yang
alim ulamak sambungkan watooatiq

kerana ada yang faham, jenuh Allah berpesan, wahai orang beriman, amalkanlah

agar mengertilah ya, sucikan diri, itulah adab paling utama


ingatlah Allah
ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman agar boleh Taat

inshallah
Logged

kasba

hmmm.....

o
Reply #10 10 July, 2013, 10:45:39 AM

Publish
Quote from: al_ahibbatu on 10 July, 2013, 10:35:24 AM
Quote from: zietahassan on 10 July, 2013, 10:02:44 AM
Ayat 32 Surat Al-Baqarah:

Mereka menjawab: Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pada hakikatnya tidak ada ilmu yang diketahui manusia, melainkan sekadar apa yang dianugerahkan Allah.
Menyedari betapa banyak orang belajar, tetapi tidak mendapatkan pelajaran. Betapa banyak orang yang mencari
dan menuntut ilmu, tetapi tidak mendapatkan kefahaman. Kerana itu belajar menuntut ilmu ada adabnya. Agar
Allah berkenan mengajarkan, dan menganugerahkan kefahaman.

Semoga Allah mempermudahkan.. Amin Allahumma Ya Allah.

pada hakikatnya, jawapanmu ini, adalah untuk mereka yang sering memarahi lecturer, memarahi
penceramah, apabila tidak faham

beradablah

apabila tidak faham, ingatlah Allah, RABBI zidni 'ilman warzuqni fahman, kemudian ada yang alim
ulamak sambungkan watooatiq

kerana ada yang faham, jenuh Allah berpesan, wahai orang beriman, amalkanlah

agar mengertilah ya, sucikan diri, itulah adab paling utama


ingatlah Allah
ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman agar boleh Taat

inshallah

Betul tu.
Macam belajar bawak kereta jugak. Dah belajar, pass exam memandu dan dapat lesen 'P' lagi.
Kalau tak amalkan, lama2 memang tak pandai bawak kereta...
Logged

RNLQ

o
Reply #11 17 July, 2013, 06:44:13 PM

Publish
Quote from: al_ahibbatu on 09 July, 2013, 06:56:24 PM
ada satu lagi yang orang kurang menyebutnya

iaitu, adab selepas tu

yakni hendaklah beramal dengan ilmunya


agar tidaklah termasuk dalam golongan yang tak beradab, hanya berkata tidak pula beramal
Allah juga tidak suka sikap, orang yang banyak berkata, memperkatakan dengan gaya bijak laksana
namun tidak pula dirinya beramal mengikut ilmu yang di perolehi itu

silakan memenuhi adab ini ya


ikutlah panduan, ikutlah pelajaran, ikutlah petua, daripada guru mu

inshallah, subhanallah

Baik atok... terima kasih beri peringatan...


Quote from: al_ahibbatu on 10 July, 2013, 10:35:24 AM

apabila tidak faham, ingatlah Allah, RABBI zidni 'ilman warzuqni fahman, kemudian ada yang alim
ulamak sambungkan watooatiq

kerana ada yang faham, jenuh Allah berpesan, wahai orang beriman, amalkanlah
agar mengertilah ya, sucikan diri, itulah adab paling utama
ingatlah Allah
ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman agar boleh Taat

inshallah

sucikan diri ni..mendalam ni..ada banyak maksud...


suci hati?...suci zahir?...suci dari syirik? suci.....
kaedah menyuci...
Logged

MrPaan

o
Reply #12 17 July, 2013, 09:51:30 PM

Publish
good thread

sesuai untuk pelajar mcm saya.kalau belajar je tak guna jugak,mesti beramal

dengan ilmu and jangan belajar tamak sangat.sebab ada satu imam pernah mnyebut "Semakin
banyak ilmuku,semakin banyak kejahilan pada ilmuku" peace
Logged

Fakir Billah

o
Reply #13 18 July, 2013, 02:54:32 AM

Publish
Soalan tergantung tapi bertali arus,

KENAPA orang yang SUDAH BERILMU tidak dapat BERAMAL?

Cuba cari jawapannya. Tak mungkin tak ada jawapan.


Logged

al_ahibbatu

o
Reply #14 18 July, 2013, 09:17:55 AM

Publish
Quote from: Fakir Billah on 18 July, 2013, 02:54:32 AM
Soalan tergantung tapi bertali arus,

KENAPA orang yang SUDAH BERILMU tidak dapat BERAMAL?

Cuba cari jawapannya. Tak mungkin tak ada jawapan.

kes kes kes

ang tak baco lah tu


tak kelih jawapan dia

Ummi munaliza dah beri lama dah


ni wa copy

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu
dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat
keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan
perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka,
dan kami tambahi mereka dengan hidayah. [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah

kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud:

Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah,
serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. [Muhammad, ayat
17] Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut
jalan petunjuk. [Maryam, ayat 76]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan
itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan
antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan
memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua
firman Allah berikut yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia
mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang
salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosadosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. [alAnfal, ayat 29]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah
beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua
bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan
dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. [al-Hadid, ayat 28]

dah kelih ke tuan, che mintak kat Allahmu, sebab dia lah yang berikan kamu penglihatan

inshallah naa
Logged

Ana Tholibah

o
Reply #15 02 August, 2013, 10:50:13 PM

Publish
Bila Kamu tak Tahan Lelahnya Belajar, Maka Kamu Akan Menangung
Peritnya Kebodohan.
-Imam Syafie-

Anda mungkin juga menyukai