Anda di halaman 1dari 5

Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah salah satu daripada amalan solat-solat sunat yang digalakkan untuk
dilakukan. Ianya dipanggil solat dhuha kerana waktu untuk melakukan solat ini dikhususkan
untuk dikerjakan pada waktu dhuha sahaja.

Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang
badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap
tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah,
mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”- Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Waktu Solat Dhuha


Pengiraan waktu dhuha mengikut kaedah astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk
ditambah 1/3 perbezaan di antara waktu Syuruk dan waktu Subuh. Secara amnya, waktu dhuha
akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan berakhir sejurus selepas masuknya waktu
Zohor. Namun begitu, para ulama’ mengatakan bahawa waktu yang terbaik untuk mengerjakan
solat dhuha adalah di dalam lingkungan jam 9:30 pagi.

Cara Solat Sunat Dhuha


Jumlah Rakaat

Solat sunat dhuha perlu dilakukan sebanyak 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan ianya boleh
dilakukan sehingga 6 kali solat (jumlah 12 rakaat) setiap hari.

Niat Solat Dhuha

Niat solat dhuha adalah seperti berikut:

(Rumi: Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala)

Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.
Bacaan Surah Di Dalam Solat

Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, pembacaan surah-
surah tersebut amatlah digalakkan:

Rakaat Pertama | Surah As-Shams


Rakaat Kedua | Surah Dhuha

Bacaan Surah untuk Solat Dhuha Melebihi 2 Rakaat

Sekiranya anda ingin melakukan lebih daripada 2 rakaat, adalah disarankan untuk membaca
Surah As-Shams & Surah Dhuha untuk 2 rakaat pertama, diikuti dengan Surah Al-Kafirun &
Surah Al-Ikhlas untuk rakaat-rakaat seterusnya.
Bacaan Lain Di Dalam Solat & Bacaan Ketika Sujud

Bacaan-bacaan lain di dalam solat adalah sama seperti solat biasa. Namun begitu, sewaktu anda
melakukan sujud terakhir, setelah selesai membacakan tasbih sujud biasa, sebelum duduk untuk
tahiyat akhir, bacalah doa ini sebanyak 40 kali:

(Rumi: Wahabli ya wahhab, ilman wahikmatan warzuqni ya rozzaq, kulli musahhala)

Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang maha memberi akan ilmu dan hikmah dan
murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah
bagiku.
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
Berikut adalah bacaan doa selepas solat dhuha:

Rumi: Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka,
walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkaana rizqi
fissamaa’i fa’anzilhu, wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu, wa’in
kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu, bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika
wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.

Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah
kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas
langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika
haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan,
kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Anda mungkin juga menyukai