Anda di halaman 1dari 26

TAZKIYYAH AL-NAFS :

Penyucian Jiwa
Pengertian al-Tazkiyah dari Sudut Bahasa dan Istilah

Bahasa : Penyucian (al-Tazkiyah) dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan zaka’
)ْ‫ يز ُكوْ – زَ َكاء‬-‫ (زَ َكا‬yang bererti suci.

Al-Tazkiyah )‫ (التَز ِكيَّة‬bererti tumbuh, suci dan berkat.

- Contoh perkataan zakat disebut sedemikian kerana ianya kembali kepada berkah, atau
menyucikan jiwa, membersihkannya daripada sifat kedekut dan pentingkan diri.

Istilah : Al-tazkiyah dijelaskan sebagai menyucikan jiwa daripada pelbagai kecenderungan


buruk dan dosa, dan mengembangkan fitrah yang baik di dalamnya, yang dapat
menegakkan prinsip ketekalan dan konsistensi untuk mencapai darjat ihsan.
Pengertian al-Nafs dari Sudut Bahasa dan Istilah

Bahasa : Al-nafs dapat dilihat dengan dua makna utama iaitu jiwa bermakna roh dan
keduanya ialah jiwa bermaksud sesuatu dan hakikatnya.

Istilah : Al-nafs ialah sesuatu yang terdapat di dalam diri manusia, yang
dapat menerima arahan kebaikan atau keburukan, memiliki pelbagai sifat
dan karakter kemanusiaan, juga memiliki pengaruh yang nyata kepada
perilaku manusia. Jiwa dengan makna ini mencakupi roh dan hati, dan
segala yang ada pada manusia, terdiri daripada potensi pengetahuan yang
mampu memisahkan perkara baik dan buruk.
TAZKIYYAH AL-NAFS

Tazkiyah mengandungi makna suatu usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk


membersih dan menyucikan diri seseorang manusia dari sifat-sifat buruk dan keji
(mazmumah) yang menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia
(mahmudah) seseorang insan. Seterusnya penyucian diri itu diikuti dengan usaha
pengisian dan perhiasan diri supaya proses tersebut menjadi lebih sempurna.

Justeru, dapat difahami bahawa tazkiyah melibatkan proses usaha dan kesungguhan
seseorang insan dalam menyelesaikan konflik antara baik dan buruk yang wujud
dalam jiwa (nafs)nya.
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

.ُ‫ أَََل َوِِ َ َ الْ َقلْب‬،ُ‫اْلَ َس ُد ُكلُّه‬ ‫ َوإِ َذا فَ َس َد ج‬،ُ‫اْلَ َس ُد ُكلُّه‬
‫ فَ َس َد ج‬،‫ت‬ ‫صلَ َح ج‬
َ ، ‫ت‬
‫ج‬ ‫ح‬ ‫ل‬
َ
َ َ ‫ص‬ ‫ا‬‫ذ‬َ ِ
‫إ‬ ،ً‫ة‬َ‫غ‬ ‫ض‬
‫ج‬ ‫م‬ ِ ‫اْلس‬
‫د‬
ُ ََ ‫ج‬ ِ
‫ِف‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫أَََل َوإ‬

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka

baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia
adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

Firman Allah SWT yang bermaksud:

}89{ ‫اَّللَ بَِقلْبُ َسلِي ٍم‬


َّ ‫} إََِّل َم جن أَتَى‬88{ ‫ال َوََل بَنُو َن‬
ٌ ‫يَ جوَم ََل يَجن َف ُع َم‬

"Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang
menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). " [Surah as-Suy'araa ayat 88-89]
KONSEP

(AL- NAFS)
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang terbaik sebagai hamba dan
khalifah di muka bumi berbekalkan akal fikiran yang dianugerahkan. Bagi menepati
tujuan penciptaan tersebut, manusia haruslah mengenal konsep dirinya dan
mengetahui sejauh mana potensi yang dimiliki bagi memastikan setiap tindakan dan
perlakuannya adalah yang terbaik dan sempurna, selaras dengan tujuan
penciptaannya.

Konsep tersebut perlu dirujuk kepada pencipta insan itu sendiri iaitu Allah Ta‘ala
melalui penelitian dan pengamatan terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadith Nabi
Muhammad s.a.w dengan merujuk kepada kupasan para mufassir terhadap ayat-ayat al-
Qur’an yang menyentuh berkenaan konsep tersebut.
Nafs atau jiwa ini merupakan suatu hasrat yang mencetuskan nilai-
nilai kekuatan pada diri seseorang insan bagi mencapai naluri
kemahuannya. Setiap yang dihasilkan melalui amal perbuatan
merupakan lukisan kehidupan yang bermula dari suatu perasaan yang
mengalir dalam jiwa untuk diterjemahkan menjadi kenyataan
melalui perbuatan, kerana perbuatan manusia biasanya menurut
acuan hasil dari perasaan jiwa yang terpendam di dalam hati. Atau
dengan kata lain, jiwa ialah suatu bentuk ukiran pemikiran dan cita-
cita yang baik mahupun buruk terkandung di dalam hati.
Al-Qur’an mengkategorikan nafs atau jiwa kepada tiga jenis yang utama iaitu al-nafs al-
mutma’innah, al-nafs al-lawwamah dan al-nafs al-ammarah.

Allah SWT berfirman tentang ketiga-tiga nafs atau jiwa tersebut dalam surah yang berlainan.

}28{ ْ‫ضيَّة‬
ِ ‫اضيَةْ َمر‬
ِ ‫ْر‬ َ ‫} ار ِج ِعيْ ِإلَ ٰى‬27{ ُ‫س ا ْل ُم ْط َم ِئنَّة‬
َ ‫ْر ِب ِك‬ ُ ‫• يَاْأَيَّت ُ َهاْالنَّ ْف‬
AL-NAFS AL- • Wahai jiwa yang tenang, yakni jiwa yang yakin dengan keimanan dan yang
MUTMAINNAH mengesakan Allah tanpa sedikitpun keraguan (27) Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. (28) [Al-Fajr 89 : 27-28]

AL-NAFS AL- }2{ ‫} َو َالْأُق ِس ُمْ ِبالنَّ ْف ِس اللَّ َّوا َم ِة‬1{ ‫• الْأُق ِس ُمْ ِب َيو ِمْال ِق َيا َم ِْة‬
LAWWAMAH • Aku bersumpah demi hari kiamat (1) aku bersumpah dengan jiwa yang
amat menyesali (dirinya sendiri) (2) [Al-Qiyamah 75 : 1-2]

َ ‫ْربِيْ ََفُور‬
}53{ ْ‫ْر ِِحيم‬ َ ‫ْربِيْْۚ ِإ َّن‬ َْ ‫وءْ ِإ َّالْ َم‬
َ ‫اْر ِِح َم‬ ِ ‫س‬ُّ ‫ارةٌ بِال‬ َ ‫• َو َماْأُبَ ِرئُْنَف ِسيْْۚ ِإ َّنْالنَّ ْف‬
َ ‫س ََل َ َّم‬
AL-NAFS AL- • Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu
AMMARAH itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh
Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. [Yusuf
12 : 53]
- Jiwa yang tenang dan damai. Tenang dengan hukum-hukum Allah, Qada’ dan takdir dari Allah.
- Hati pemiliknya telah disinari dengan cahaya sehingga menghakis kesemua sifat buruk dan menghiasinnya
dengan sifat mulia. Sentiasa kembali kepada Allah.
- Terkadang menjadi penaung kepada mereka yang kerisauan dan keresahan dalam hidup.
AL-NAFS AL-MUTMA’INNAH

- Jiwa pertengahan. Jiwa yang sentiasa berjuang di antara kebaikan dan keburukan.
- Dinamakan jiwa tersebut dengan ‘lawwamah’ karena keadaan jiwa tersebut yang selalu menyesali
dirinya, tidak tetapnya berada di atas satu keadaan. Bahkan jiwa orang mukmin menyalahkan dirinya
ketika di dunia karena apa yang dilakukannya berupa sikap meremehkan, kurang memenuhi hak, lalai
dan sebagainya.
AL-NAFS AL-LAWWAMAH

- Milik manusia yang hati dan pekertinya begitu cenderung kepada tabiat fizikal yang penuh dengan
kejahatan dan kehinaan
- Begitu berminat dengan kelazatan dan keseronokan material yang menyebabkannya tertarik kepada
sifat buruk dan hina.
- Ia merupakan jiwa paling hina.
AL-NAFS AL-AMMARAH
#QnA TAZKIYAH

》Pertama, objek tazkiyah adalah jiwa (91:9-10).


Jiwa dalam al-Quran disebut dalam 3 suasana, iaitu ammarah, lawwamah dan mutmainnah. Ini bermakna ada
keperluan bagi manusia untuk tahu dan mengenal apa itu jiwa? Membersihkan lori tidak pernah sama "caranya"
dengan membersihkan kereta Mercedes, bukan?

》Kedua, siapa pelaku mutlak tazkiyah?


Iaitu hanya Allah sahaja (4:49, 53:32). Manusia tidak akan pernah mampu melakukan tazkiyah seorang tanpa
bergantung kepada Allah. Sebab Allah pencipta dan pemilik jiwa manusia.

》 Ketiga, apa sebenarnya tujuan tazkiyah?


Iaitu untuk mendapatkan jiwa mutmainnah. Ada apa dengan jiwa mutmainnah itu? Dengan jiwa mutmaimnah
manusia mampu menghadapi ujian demi ujian hidup, kerana ketenangan itu sudah diberi oleh Allah.

Ujian demi ujian hidup sentiasa bersarang pada sadr (dada). Sehingga dengan tazkiyah nafs dan menjadi jiwa
mutmainnah, manusia mudah melakukan ketaatan. Ini di dunia, dan di akhirat, manusia selamat daripada azab
neraka. Dan inilah kejayaan sebenar (al-falah).
Kaedah Menyucikan Jiwa
Dan Mendapatkan
Jiwa Mutmainnah
1. Mengenali Jiwa
Manusia
-Konsep Jiwa
-Tingkatan/ Kategori Jiwa
2. Mengenal Pencipta Jiwa
- Pentazkiyah Jiwa hambaNya
-Mengetahui kekuatan dan
kelemahan jiwa
-Sumber kekuatan jiwa

PENYUCIAN
3. Mengenalpasti Helah dan Putar-

KAEDAH
belit Musuh Manusia : SYAITAN
- Kenalpasti penyakit-penyakit hati
- Langkah & strategi melawan Syaitan

4. Mencuci, Mengubati Dan Menghiasai


Jiwa dengan Kebaikan dan Wangian
Akhlak Mulia.
PELAKU MUTLAK TAZKIYAH

ً ِ‫شاءُ َوََل يُظجلَ ُمو َن فَت‬


}49{ ‫يل‬ َُ َ‫يُم ْنُي‬ِ‫اَّللُي َزك‬
‫ه‬ ِ
ِ ‫ب‬ ۚ ‫م‬ ‫ه‬ ‫س‬‫ف‬ُ ‫َن‬
‫ج‬ ‫أ‬ ‫ن‬
َ ‫و‬ ُّ
‫ك‬‫ز‬َ ‫ي‬ ‫ين‬‫ذ‬ِ َّ‫أَََل تَر إِ ََل ال‬
َ َ ‫َُج‬ َُ َ ‫ج‬
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya suci bersih? Sebenarnya Allah
membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak aniaya sedikitpun.” [An-Nisa’ 4: 49]

 Kemudian Allah berfirman kepada rasulnya untuk menghindari orang-orang Yahudi yang
menganggap diri mereka suci: Hai Muhammad, Lihatlah pada orang-orang yang menganggap diri
mereka suci dengan mengatakan, “Kami adalah anak-anak Allah dan para kekasih-Nya.” (al-Maidah:
18), dan mengatakan, “Tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang Yahudi dan Nasrani." (al-
Baqarah: 111).
 Itu semata-mata hanyalah klaim tidak berasas, sebab kesucian diri hanya dapat diraih dengan
keimanan dan amal soleh, sedangkan mereka tidak memiliki hal tersebut akibat kekafiran dan
kezaliman mereka. Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka sedikitpun meski walaupun sebesar kulit biji
kurma.
ِ‫ض ُل ه‬ ۚ ‫ان فِإنَّه َيجمر ِِبلفحش ِاء والمنك ِر‬
ِ ِ ۚ ‫ان‬ ِ ‫ي أَيُّها الَّ ِذين آمنُوا ََل تَتَّبِعوا خطُو‬
ُ‫اَّلل‬ ‫ف‬ ُ
‫ل‬ ‫و‬‫ل‬
َ
ْ َ َْ َ‫و‬ ۚ ‫ج‬ ‫ج‬
َ ‫ج َ َ ُ َ ُُ َ ج َ َ ُج‬ ‫ط‬‫َّي‬
‫الش‬ ‫ات‬ ‫و‬َُ ُ ‫ات الشجَّيطَ ِ َ َ ج َ ج‬
‫ط‬ ‫خ‬ ‫ع‬ِ
‫ب‬‫ت‬
َّ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ۚ َ ُ ُ َ َ َ َ
ِ ‫اَّلل ََِسيع‬
}21{ ‫عليم‬ َّ ‫و‬ ۚ ‫اء‬
ُ ‫ش‬
َ ‫ي‬ ُ
‫ن‬ ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫اَّلل ي َزُك‬
ُ‫ه‬ ‫ن‬
َّ ِ َ‫َعلَيك ُم ور ْْحَتهُ ما َزَكىُ ِم ْنك ُم ِم ُن أَحدُ أَب ًدا وَٰل‬
‫ك‬
ٌ َ ٌ ُ َ َ َْ َ َ َ َ ْ ْ َ ََ ْ ْ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah


syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka
sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan
yang mungkar. Sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada
kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-
perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan
siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. [Nur 24 : 21]
STRATEGI
TIPUDAYA SYAITAN
DAN IBLIS
Membawa bisikan jahat, Janji palsu dan tipu Bersumpah dan berjanji
menanam perasaan was was daya dengan cara untuk meyakinkan manusia
dalam perkara iman akidah, menggalakkan sifat bahawa apa yang mereka
ibadah, dan akhlak manusia. kedekut dan membazir, nyatakan itu adalah baik.
[114:4-5] boros. [17:27] [7:21]

Menakut-nakutkan serta Menghasut dan membangkitkan


menjanjikan kekurangan api permusuhan sesama manusia. Mengajar sihir kepada
harta jika bersedekah Antaranya supaya minum arak, manusia, agar manusia
dan infaq harta untuk berjudi, tipu menipu, berzina syirik kepada Allah. [2:102]
kebaikan. [2:268] dsbg. [5:91]

Terus menerus
mengajak pengikut-
pengikutnya ke
Neraka. [35:6]
MAKSUD PENYAKIT HATI : Gagal melaksanakan fungsi hati yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu untuk mengenal Allah,
mencintai-Nya dan rindu untuk bertemu dengan-Nya.

SYIRIK
- Merupakan penyakit hati yang terbesar
- Punca kepada segala keburukan, benda dan kekotoran memasuki hati
- Orang yang syirik sentiasa berada dalam keadaan takut dan gelisah
- Sanggup mengutamakan sesuatu yang lain daripada kehendak Allah dan Rasul-Nya dalam segala perkara.

RIYAK
- Perbuatan suka menunjukkan atau menceritakan amalan yang dilakukan kepada orang lain tanpa ada sebab yang
kukuh dan dibenarkan syarak.
- Tidak akan diterima amalannya pada hari kiamat kelak

TAKBUR
- Orang yang ada penyakit takbur di hatinya menyebabkan dia enggan menerima kebenaran
- Mengingkari nikmat Allah serta memandang rendah dan hina kepada orang Islam yang lain

UJUB
- Antara punca tentera Islam hampir menemui kekalahan dalam pusingan pertama Perang Hunain (At-Taubah :25)
- Riyak dan Ujub menunjukkan seseorang mengutamakan amalannya dilihat oleh orang lain berbanding dilihat oleh
Allah dan dinilai oleh-Nya.
ِ َ‫﴾ إَِلَّ ِعباد َك ِمجن هم الْم ْخل‬٣٩﴿ ‫َْجعِي‬
َُ ‫ص‬
‫﴾ قَ َال َِ َذا‬٤٠﴿ ‫ي‬ ‫ج‬ ‫أ‬ ‫م‬ ‫َّه‬
‫ن‬ ‫ي‬‫و‬ِ ‫ض َوألُ جغ‬
ِ ‫َر‬‫أل‬‫ا‬ ِ ‫قَ َال َر ِب ِِبَآ أَ جغويجتَِن أل َُزيِنَ َّن ََلُم‬
‫ِف‬
HAMBA YANG ُ ُ َ َ َ َ ‫ج‬ ُ َ ‫ج‬ ‫ج‬ َ
﴾٤٢﴿ ‫ين‬ِ
‫و‬ ‫ا‬َ‫غ‬‫ل‬
‫ج‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ِ‫ك‬
‫م‬ ‫ع‬ ‫ب‬ َّ
‫ت‬ ‫ا‬ ِ
‫ن‬ ‫م‬ َّ
‫َل‬ ِ
‫إ‬ ‫ن‬
ٌ ‫ا‬َ‫ط‬ ‫ل‬
‫ج‬ ‫س‬ ‫م‬ ِ
‫ه‬ ‫ي‬‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫ك‬ ‫ل‬
َ ‫س‬ ‫ي‬َ‫ل‬ ‫ي‬ ِ ‫﴾ إِ َّن ِعب‬٤١﴿ ‫ِصرا ٌط علَ َ مست ِقيم‬
‫اد‬
DAN َ َ
َ ََ َ ُ ‫َج ج‬ َ َ ‫ج‬ َ ٌ َ ‫َ َ َّ ُ ج‬

“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku
sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)
ALLAH
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlas (diikhlaskan oleh Allah) di


antara mereka"

Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya).
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap
mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang
sesat. [Al Hijr : 39 – 42]
5
STRATEGI
MELAWAN
SYAITAN
Ikhlas dalam
Beragama

5 Takut
Zikir STRATEGI kepada Allah
MELAWAN
SYAITAN

Tidak
Berjamaah Mengikuti
Syaitan
IKHLAS DALAM BERAGAMA
- Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Ia adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.
 Ia bererti mendirikan solat kerana Allah dan bukannya kerana emak mertua yang datang melawat.
 Ia bererti berpuasa kerana Allah dan bukannya kerana mengelak dari disindir oleh rakan-rakan di kolej.
 Ia bererti berzikir kerana Allah dan bukannya kerana ingin menunjukkan sifat wara’ kepada rakan-rakan di
pejabat.
- Ianya keikhlasan yang melibatkan keseluruhan agama dan bukan sekadar amalan-amalan tertentu di dalam agama.
Ertinya, kita beragama, memperjuangkan agama, membela agama dan melakukan kerja agama semuanya kerana
Allah. Tidak sedikitpun kerana makhluk.

TAKUT KEPADA ALLAH


 [8:48]
 Takut kepada Allah bukanlah bererti menjauhkan diri daripada Allah, tetapi sebaliknya semakin menghampiri-
Nya dan semakin meneguhkan keimanan kepada-Nya. Ini dilakukan dengan memuliakan al-Qur’an,
menghormati Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
 Berkeyakinan hanya Allah yang dapat memberi manfaat atau mudarat, bertawakkal kepada Allah dan mencari
keredhaan Allah dalam segala pemikiran serta perbuatan.
- Jika kita takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka syaitan akan takut dari mengganggu kita. Sebaliknya jika
kita tidak takut kepada Allah, maka syaitan juga tidak akan takut dari mengganggu kita.
TIDAK MENGIKUTI SYAITAN
 [al-An’aam 6:142] : Syaitan musuh manusia. Selama-lamanya hingga hari kiamat.

“Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai kemampuan menguasai orang-orang yang beriman kepada Allah dan
RasulNya, dan kepada Tuhan mereka sahaja mereka itu bersandar. Sesungguhnya kekuasaan setan hanyalah pada
orang-orang yang menjadikannya sebagai penolong bagi mereka dan mereka juga mentaatinya, dan juga terhadap
orang-orang yang karena taat kepada setan, mereka mepersekutukan Allah.” [16 : 99-100]
 Jangan bersikap takabbur : Ujub (kagum dengan diri sendiri), menghina orang lain, mengunggulkan akal di atas
wahyu dan mempersoalkan perintah Allah.
- Lawan takabbur adalah tawadhu’ rendah diri. Maka setiap kali apabila kita membaca atau mendengar “Firman Allah…” dan
“Sabda Rasulullah…”, janganlah takabbur.
 Jangan mengikuti ciri-ciri syaitan : Tidak mengeluarkan bunyi ketika menguap, tidak makan dan minum dengan
tangan kiri, jangan membiarkan makanan tersisa, tidak membazir (masa, makanan, harta pada perkara sia-sia),
elakkan minum berdiri.
 Jangan mengikuti tipu daya syaitan.
BERJAMAAH
Jamaah yang dimaksudkan bukanlah sesuatu parti, persatuan, pertubuhan atau organisasi, tetapi keseluruhan umat
Islam sebagai satu jamaah.
 [3 : 103] ”Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada kitab suci Tuhan kalian dan petunjuk Nabi kalian, dan
jangan melakukan hal-hal yang mendorong kalian kepada perpecahan.”
 Sabda Rasulullah : ”Wajib ke atas kalian berjamaah. Berhati-hatilah dari perpecahan kerana sesungguhnya
syaitan bersama orang yang bersendirian (yakni berpecah) dan menjauhi orang yang berdua (yakni berjamaah).
Sesiapa yang mengingini tempat di tengah tengah syurga, maka hendaklah dia sentiasa
berjamaah. [Riwayat Al-Tirmizi: 2165]
 Menjauhi sikap buruk sangka dan sengaja mencari-cari kesalahan di antara sesama umat Islam.
ZIKIR
 Basmalah : Baginda Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya dalam melakukan setiap perkara hendaklah
dimulai dengan membaca Basmalah. Ini seperti Sabda Nabi SAW Maksudnya: “Setiap perkara yang tidak dimulai
dengan memuji Allah (Bismillah), maka amalan tersebut akan terputus.” [Ibnu Majah (1894)]
 Isti‘azah : Isti‘azah ialah menyebut A‘uzubillahi minash syaitan nirrajim, yang bermaksud “Aku berlindung kepada
Allah dari syaitan yang direjam”.
 7: 200-201
 Ayat dan surah tertentu dari al-Qur’an :
1) Ayatul Kursi : Nabi SAW bersabda:
‫ت‬ ِ ‫ُم ْكتوبَةُ ََلَُْيَْنَ ْعه ُِم ْنُدخ‬
ُ ‫ُإِهلُال َْم ْو‬،‫ولُا ْْلَن ِهة‬ ِ
َ ‫َم ْنُقَ َرأَُآيَةَُالْك ْرس ِيُدب َرُك ِل‬
َ ‫ُص ََلة‬
“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk
memasuki syurga melainkan mati” [Riwayat At-Thabrani & An-Nasaie]

2) Surah Al-Baqarah : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Janganlah jadikan rumah kalian seperti
kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-
Baqarah. [Muslim : 780]
3) Al Mua’wwizataini :
- Iaitu dua surah terakhir di dalam al-Qur’an. Al-Falaq dan An-Nas.
- Ia adalah pelindung kepada pelbagai jenis gangguan tanpa terhad kepada gangguan syaitan sahaja.
- Ia juga adalah pelindung dan penyembuh dari kerasukan dan sihir.

Demikianlah antara zikir yang benar untuk melawan syaitan. Sebutlah ia, bacalah ia dengan penuh
keyakinan dan penghayatan. Jangan dengan keraguan dan kelalaian.

Anda mungkin juga menyukai