Anda di halaman 1dari 9

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

DI BAWAH INI ADALAH PESANAN ABDULLAH AL-MUBARAK


TENTANG ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

6 ADAB MENUNTUT ILMU


1.NIAT YANG BAIK (IKHLAS)
SETIAP AMALAN DIKIRA DENGAN NIAT JIKA TIADA NIAT TIADALAH
PAHALA MENUNTUT ILMU PASTIKAN NIAT MENUNTUT ILMU ITU
IKHLAS.

2.DENGAR DENGAN BAIK (BERI PERHATIAN)


DENGAR DENGAN BAIK DAN BERI PERHATIAN SEMASA
USTAZ/CIKGU SEDANG MENGAJAR

3.FAHAM
FAHAMI APA YANG DI PELAJARI KALAU TIDAK FAHAM JANGAN MALU
BERTANYA
"MALU BERTANYA SESAT JALAN BANYAK BERTANYA TAK TAHU MALU"
UNTUK MENJADI ORANG YANG BERILMU KITA KENA JADI TAK TAHU MALU
UNTUK BERTANYA.

4.TULIS
PENYAKIT ILMU IALAH LUPA DAN UBAT LUPA IALAH TULIS,MENULIS ITU
SALAH SATU CARA MENGUATKAN INGATAN.

5.HAFAL
(AL-KISAH)

IMAM ASY-SYAFIE PERNAH DI NASIHATI PEROMPAK KETIKA DALAM


PERJALANAN PEROMPAK MEMINTA ''BERIKAN GUNDI YANG KAMU BAWA
ITU KEPADA KU'' LALU IMAM SYAFIE BERKATA SESUNGGUHNYA DIDALAM
INI HANYALAH ILMU YANG KU PELAJARI YANG KU TULIS ATAS
KERTAS"LALU PEROMPAK BERKATA ILMU ITU DIDALAM HATI MU BUKAN
DI ATAS KERTAS'' SELEPAS PERISTIWA ITU IMAM SYAFIE TERUS
MENGHAFAL BERIBU-RIBU HADIS DAN MENJADI MASHUR BERMULA DARI
NASIHAT PEROMPAK

6.BERAMAL
M/H :ORANG-ORANG BERILMU DAN TIDAK BERAMAL DENGAN
ILMUNYA MAKA AKAN DIAZAB DI AKHIRAT NANTI TERLEBIH AWAL
DARI KAFIR PENYEMBAH BERHALA

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai
tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

RENUNGAN BERSAMA
ILMU TIDAK AKAN MASUK DALAM HATI MANUSIA YANG KOTOR
DENGAN DOSA OLEH ITU BERSIHKAN
MAFHUM HADIS
SESIAPA YANG MENUNTUT ILMU YANG MENDATANGKAN REDA
ALLAH (AGAMA)TETAPI TIDAKLAH IA MENUNTUT ILMU TERSEBUT
MELAINKAN UNTUK HENDAK SESUATU DI ATAS MUKA BUMI
(DUNIA)MAKA DIA TIDAK AKAN DAPAT MENCIUM BAU SYURGA.
NAUZUBILLAH
ORANG ALIM WAJIB MENYAMPAI ILMU ORANG JAHIL WAJIB
MENCARI ILMU

JOM CARI ILMU

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda
penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

5. Jangan menyangkal kata-kata guru.


6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

Adab-adab Ketika Belajar

Membaca Doa Penerang Hati

Duduk dengan sopan

Mendengar penerangan guru dengan teliti

Berlumba-lumba untuk belajar

Sabar ketika belajar

Sentiasa mengulangkaji pelajaran

Menghormati guru anda

Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar

Mendapat keberkatan daripada Allah SWT

Anda akan disenangi guru dan rakan

Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar


Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar

Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT

Dibenci oleh guru dan rakan anda

Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.


Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adabadab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita.
Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang
disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Adab Belajar
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) yang dihidayahkan Allah SWt kepada hambahambanya yang Sholeh dan yang bersungguh-sungguh.. Maka sebelum kita masuk ke dalam
suatu majlis ilmu ada beberapa hal yang semestinya kita perhatikan:
a. Jaga kebersihan badan dan pakaian dan hati.
b. Berlaku sopan dan hormat kepada teman-teman, yaitu dengan mengucapkan salam dan
berjabat tangan ketika berjumpa.
c. Hormati dan dengarkan nasehat-nasehat ustadz karena dialah sumber ilmu ,seperti dokter
bagi orang yang sakit.
d. Bertanya kepada guru terhadap apa yang belum dipahami karena bertanya adalah pintu ilmu.
e. Baca pelajaran dirumah, karena mengulang pelajaran akan memperkokoh pemahaman dan
memperkuat ingatan.
f. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah SWt supaya mendukung dan memberi petunjuk
kepada jalan yang lurus.

Adab belajar ..
Assalamualaikum wbt
tajuk ADAB MENUNTUT ILMU
Adapun hadis Nabi saw yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang
samada muslimin dan muslimat.
Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi tiap2 orang tak kira
jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairan lah pada masa sekarang lelaki dan
perempuan sama2 bersaing di universiti, di kolej dan pusat2 pengajian di dalam negara ataupun
luar negara, bergantunglah kepada rezeki masing2.
Suka di sini ustazah kongsikan Adab2 menuntut ilmu yang di sarankan oleh agama kita:
1. Niat utk beribadat kpd Allah swt - kerana melakukan sesuatu perkara untuk diterima oleh Allah
bergantunglah kpd niat kita. Tetapi perlu diingatkan bahawa niat tidak menghalalkan cara
2. Jauhi sifat hati yang tidak baik -sifat dengki, cemburu, bermegah-megah dan suka
memandang rendah kebolehan orang lain
3. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat guru
4. Tidak kedekut ilmu
5. Tanamkan kesungguhan diri utk mencapai kecemerlangan

6. Patuhi peraturan tempat belajar - melatih diri supaya berdisiplin


Setakat ini dulu buat kali ini, jumpa di catatan akan datang.
Wassalam
-ustazah azimah-

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU


1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut
ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana
Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam
neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa
memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar
tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang
mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada
kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan
dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi
yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi
sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah
bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji
termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan
ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah
kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah
bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu
akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa
melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran
tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu
dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan
ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya
berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat
ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam
ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada
kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa
aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu
Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat
ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang
untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah
mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang
dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan
perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka

sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang
menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah
bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang
dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa
dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi munkar
dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu
adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan
najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita
dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada
maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah
sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat
yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti
maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya
maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul
orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan
menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah
kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam
rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang
tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa
bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan
keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang
soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan
dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita
dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita
diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang
terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67
yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan
kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu
mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang
dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi begitu menitik
beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh
mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang
mathur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh
mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul
Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu
membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai
setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap
gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati
dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.

Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan
manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan
dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara
yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang
dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat
yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka,
sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari
kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?.
Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua
ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta
mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta
agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah
bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24
surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia
mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya
dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih
sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka
berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya
selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau
pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad
bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya)
tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam
Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam
begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi
mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan
akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di
tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara
langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan
renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai
pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang
yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam
kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah
antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta
menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu
yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita
bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api
neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai

benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam
mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai
barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah
dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan
dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus
mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka
dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita
mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang
sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan
tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa
usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita samasama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai
orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat
besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2

Adab Seorang Murid Menuntut Ilmu


Salah satu adab seorang murid kepada gurunya adalah tidak melawan gurunya secara lahir dan
tidak menolaknya dalam batin. Orang yang derhaka secara lahir berarti meninggalkan adabnya.
Orang yang menolak secara batin berarti menolak pemberiannya. Bahkan, sikap tersebut boleh
menjadi permusuhan dengan gurunya. Karena itu, murid harus boleh menahan diri untuk tidak
menentang guru secara lahir maupun secara batin dan banyak membaca doa :
Wahai Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman
terlebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati
kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha
Penyantun dan Maha Penyayang. (Q.S. Al-Hasyr: 10).

Anda mungkin juga menyukai