Anda di halaman 1dari 24

TAUHID MENGENAL ALLAH

PENGENALAN: TAUHID-IKRAR: HATI, KATAKAN: LIDAH, BUKTIKAN:


PERBUATAN

 Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan


mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah
ialah Allah semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak
berhak disembah.

 Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah
dan membuktikan dengan perbuatan.

 Persoalan tauhid merupakan teras kepada perjuangan Nabi Muhammad sepanjang


hayat baginda.

 Lantaran berpegang dengan akidah tauhid dan cinta kepada Allah, bertawakkal
dan mengabdikan diri dengan sepenuhnya menyebabkan umat Islam terdahulu
menjadi kuat, bersih jiwa, berhemah tinggi, bermaruah, disayangi kawan dan
digeruni lawan.

 Berdasarkan sifat-sifat keunggulan ini mereka berjaya menegakkan kebenaran dan


keadilan menerusi peluasan wilayah Islam dan berjaya menundukkan umat yang
gagah perkasa serta membebaskan mereka dari belenggu kejahilan dan kepalsuan.

 Melaksanakan ibadah setelah mengenal Yang Maha Berkuasa terlebih dahulu


adalah lebih kushyuk dan nikmat.

1
TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA WA SIFFAT

Pengenalan

 Kata tauhid berasal dari kata wahhada yuwahhidu tauhidan, yang berarti
menjadikan-Nya satu. Kata tauhid secara istilah didefenisikan sebagai
“mengesakan Allah SWT- Tuhan sembahan dengan segala nama, sifat dan
perbuatan-Nya.

 Setiap muslim wajib mempelajari, megetahui dan memahami ilmu tauhid karana
merupakan ilmu tentang Allah SWT, tentang asma-asma-Nya, sifat-sifat-Nya, dan
hak-hak-Nya atas semua hamba-Nya.

 Terdapat 3 aspek utuh untuk mengenal ALLAH yang dibangunkan dalam AL


QURAN itu aspek ULUHIYYAH, RABUBIYYAH dan ASMA WA SIFAT.

 Seandainya seseorang itu faham dengan sebenarnya maksud tauhid menurut yang
sewajarnya seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Ikhlas nescaya tidak ada ruang
langsung untuk syirik memasuki hati dan menguasai akal fikirannya.

2
ASPEK ULUHIYYAH (ASPEK KETUHANAN)

 Secara bahasa kata Uluhiyyah adalah bahasa Arab yang diambil dari kata ilaah yang
artinya yang dituju atau yang disembah. Kata ilaah sendiri berasal dari kata aliha-
ya’lahu, yang bermakna menuju, memohon atau menyembah.

 Tauhid al-Uluhiyyah adalah mengesakan Allah dalam pengabdian dan beribadah


kepada ALLAH (rubudiyyah). Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa
Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam
apa bentuk sekalipun.

 Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari


segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau
menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah
dalam pengabdian.

 Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah,
selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun.

 Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar


mengakui Tauhid al-Uluhiyyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh diselindungkan
lagi. Firman Allah SWT:

“Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak


dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah
buatan manusia.”

(Al-A’raf: 191)

3
“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak
dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil
pengajaran?”
(An-Nahl: 17)
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan
itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak
dapat menciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya.
Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat
merebutnya kembali daripada lalat itu.
Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.”
(Al-Hajj: 73)

 Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat


yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa
untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau
merampas sesuatu daru mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya
kembali. Ini menunjukkan betapa lemah yang meminta dan lemah pula yang dipinta.

 Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain
daripada Allah.

 Allah adalah al-Khaliq Yang Esa. Sembahan selain ALLAH adalah lemah dan dhaif
belaka.

 Syahadah merupakan teras Islam yang kedua.

 Syahadah ini menuntut manusia mengetahui, membenar dan menyakini dengan


muktamad (dengan i’tiqad yang jazim serta pegangan yang putus) bahawa TIADA
TUHAN SELAIN ALLAH dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta
membuktikannya dengan perkataan dan perbuatan sekaligus.

 Ucapan shahadah ini janganlah sekadar di lisan, tetapi tetapkanlah di dalam hati
bahawa tiada Tuhan selain ALLAH.

4
5
Surah AL IKHLAS: Mengtauhidkan ALLAH

 Rasullulah pernah disoal oleh Kaum Quraishy siapa Tuhan mu, maka ALLAH
menurunkan surah AL-IKHLAS yang menerangkan Keesaan-NYA.

 SURAH AL IKHLAS dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini menegakkan kemurniaan


tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala.

 Isi pokok surah ini ialah menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah
Subhanahuwata’ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan
bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

1. Dialah Allah, Yang Maha Esa

 Nama-NYA adalah ALLAH- yang berbeza dengan sembahan syirik lain.

 AHAD- satu-satunya TUHAN alam semesta dan tiada lain dari sudut zat-Nya
dan juga hakikat-Nya.

Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya
itu telah rosak binasa Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa
yang mereka sifatkan.

(QS 21:22)

6
 Pada ayat ini Allah memberikan bukti yang rasional berdasarkan kepada benarnya
kepercayaan tauhid, keimanan kepada Allah Yang Maha Esa, iaitu: jika seandainya di
langit dan di bumi ada dua Tuhan, niscaya rosaklah dia, dan binasalah semua
makhluk yang ada padanya.

 Andaian bahawa kedua Tuhan itu mungkin tidak sama pendapatnya dan
keinginan mereka dalam mengelola dan mengendalikan alam ini. Lalu keinginan
mereka yang berbeza itu semuanya terlaksana, di mana yang satu ingin menciptakan,
sedangkan yang lain tidak ingin menciptakannya, sehingga alam ini terkatung-
katung antara ada dan tidak.

2. Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu

 Hati manusia yang hanya bergantung kepada Allah Yang Maha Esa, akan bebas
daripada segala ikatan dan akan terlepas daripada segala belenggu.

3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan

 Makhluk ada pasangan dan ALLAH tiada. Hal ini supaya manusia nampak
perbezaan itu.

7
Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada Tuhan (yang
lain) beserta-Nya. Kalau ada Tuhan beserta-Nya, masing-masing Tuhan itu akan
membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari Tuhan-Tuhan itu akan
mengalahkan sebagian yang lain.

Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.

(Q.S 23: 91)

4. dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia

 Bahawa tidak ada sesuatupun yang menyamai seluruh sifat-sifat Nya (dzat dan
perbuatannya). Hal ini kerana Allah SWT adalah Khalik (yang mencipta) yang
tidak terbatas dan memiliki kesempurnaan mutlak, sedangkan selain Nya adalah
makhluk (yang dicipta) yang memiliki keterbatasan dan kekurangan.
 Kesimpulannya, yakinlah dengan teguh bahawa hanya Allah yang berhak disembah
(diibadahi) disertai dengan pelaksanaan pengabdian/penyembahan kepada-Nya
saja dan tidak mengalihkan selain dari Nya.

Nota: Cara nak jawab Kristian

 Kristian menyatakan Nabi Isa itu Tuhan kerana lahir tanpa bapa. Tetapi Nabi Adam
lebih hebat kerana lahir tanpa ibu dan bapa. Kenapa tidak anggap Nabi Adam itu
Tuhan??

 Kemudian mereka menyatakan bahawa Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati.
Tetapi Nabi Ibrahim menghidupkan burung yang dicincang, daging berteraburan dan

8
menjadi lengkap hidup kembali dengan izin ALLAH. Kenapa tak cakap Nabi Ibrahim
Tuhan??

9
ASPEK RUBUBIYYAH

 Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri'tiqad bahawa Allah bersifat Esa, Pencipta,


Pemelihara dan Tuhan sekalian alam.

 Jika Uluhiyya mengakui ALLAH satu-satuNya dan tiada sekutu bagi-Nya, maka
aspek Rububiyyah pula mengakui ALLAH adalah RABB pencipta alam dan
sekalian makhluk. ALLAH jualah yang akan melindungi dan menolong hamba-
hambanya yang bertakwa.

Perjanjian antara RABB dan manusia:

Wa-idz akhadza rabbuka min banii aadama min zhuhuurihim dzurrii-yatahum


waasyhadahum ‘ala anfusihim alastu birabbikum qaaluuu bala syahidnaa an
taquuluu yaumal qiyaamati innaa kunnaa ‘an hadzaa ghaafiliin

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari


sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya
berfirman). “Bukankah Aku ini Rabb-mu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau
Rabb kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari
kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-
orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”

QS. 7:172

 Allah dalam ayat ini menerangkan tentang suatu janji yang dibuat pada waktu
manusia dikeluarkan dari sulbi ibu mereka (di usia 4 bulan dalam rahim-ditiupkan
roh dan terjadi perjanjian dengan ALLAH).

 Allah menyuruh roh mereka untuk menyaksikan susunan kejadian diri mereka (takdir,
rezeki, yang membuktikan keesaan-Nya, keajaiban proses penciptaan dari setetes air
mani hingga menjadi manusia bertubuh sempurna dan mempunyai daya pancaindera,

10
dengan urat nadi dan sistem urat saraf yang mengagumkan dan sebagainya.
Penciptaan diri manusia penuh dengan keistimewaan dan keajaiban.

 Berkata Allah kepada roh manusia, “Bukankah Aku ini Rabb-mu?” Bukankah
Aku yang memelihara pertumbuhan manusia tanpa campur tangan orang lain
dalam perawatan manusia itu ketika dalam rahim?

 Maka menjawablah roh manusia, “Benar (Engkaulah Rabb kami), kami telah
menyaksikan.” Jawaban ini merupakan pengakuan roh manusia sejak awal
kejadiannya akan adanya Allah Yang Maha Esa yang tiada Tuhan lain yang patut
disembah kecuali Dia.

 Dengan ayat ini Allah bermaksud untuk menjelaskan kepada manusia, bahawa fitrah
dan hakikat kejadian manusia itu didasari atas kepercayaan kepada Allah Yang
Maha Esa.

 Sejak manusia itu dilahirkan dari sulbi orang tua mereka, dia sudah menyaksikan
tanda-tanda keEsaan Allah pada kejadian mereka sendiri.

 Allah subhanahu wa ta’ala berfirman pada ayat lain:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah) (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.

Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.

(Q.S. Ar-Rum 30: 30)

 Fitrah yang dimaksudkan Allah ialah tauhid/yakin kepada-NYA, Rasulullah bersabda:

11
Tak seorang pun yang dilahirkan kecuali menurut fitrah, kedua orang tuanyalah
yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana halnya haiwan
melahirkan anaknya yang sempurna telinganya. Adakah kamu ketahui ada cacat
pada anak haiwan itu?

H.R. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

 ALLAH bersabda dalam hadis Qudsi:

Berfirman Allah Taala, “Sesungguhnya Aku ciptakan hamba-Ku cenderung (ke


agama tauhid). Kemudian datang kepada mereka setan-setan dan memalingkan
mereka dari agama (tauhid) mereka, maka haramlah atas mereka segala sesuatu
yang telah Kuhalalkan bagi mereka.
H.R. Bukhari dari Iyad bin Himar

 Penolakan terhadap ajaran tauhid yang dibawa Nabi itu sebenarnya perbuatan
yang berlawanan dengan fitrah manusia dan suara hati nurani mereka.

 Kerana itu tidaklah benar manusia pada hari kiamat nanti mengajukan alasan
bahawa mereka alpa tak pernah diingatkan untuk mengesakan Allah.

 Fitrah mereka sendiri dan ajaran Nabi-nabi sentiasa mengingatkan mereka untuk
mengesakan Allah dan menuruti seruan Rasul serta menjauhkan diri dari syirik.

12
“Bukankah Aku ini Rabb-mu?”

 Di dalam ayat perjanjian ini, ALLAH SWT telah menggunakan perkataan RABB
untuk menunjukkan sifat Rabb-Nya semasa akad dengan kepada manusia sebelum
lahir.

 RABB adalah nama ALLAH yang terikat sifat Rububiyyah- iaitu sifat-sifat ALLAH
yang Mencipta, Memberi, Merawat, Mencukupkan, Pelindung.

 Hal ini menunjukkan bahawa ALLAH menyatakan “Mahukan kalian mentauhidkan


AKU sebagai RABB-mu? Jika mahu AKU akan, Memberi, Merawat, Mencukupkan,
dan menjadi Pelindung bagi-mu sekiranya kamu adalah orang yang mukmin.

13
Mereka menjawab: “Betul (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi”

 Kemudian Allah mengambil janji dari mereka, iaitu kepada-Nya mereka


menyembah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Allah
menyatakan pula bahawa Dialah yang akan menjamin rezeki mereka. Setelah itu
Allah mengembalikan mereka ke dalam sulbinya.

 Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Semua yang dimiliki makhluk
hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb
al-'Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan
sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung
kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya.

 Manusia, jika dia cerdik, berharta dan rupawan, maka semuanya itu datang
daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang
mutlak tetapi datang daripada Allah.

 Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan
setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah.

 Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidupkan dan mematikan. ALLAH


berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan
manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampu menghalang atau
menolaknya.

 Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit
dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahn. Oleh itu hanya Allah sahaja
yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

14
ASPEK ASMA WA SIFAT

 Asma` dan sifat adalah termasuk bahagian dalam tauhid, yang bermakna adalah
beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya

 Dalam hal ini Allah berfirman:

Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia,


dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(QS. Asy-Syura:11)

Hanya milik Allah asma-ul husna,


maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu.
(QS. Al-A'raaf:180)

 Doa yang disebutkan dalam ayat di atas mengandung doa permohonan dan doa
ibadah.
 Doa permohonan adalah memohon kepada Allah diawali dengan menyebutkan nama
yang sesuai dengan satu atau beberapa nama dari nama-nama-Nya
 Seperti mengatakan:
"Ya Allah Yang Maha Pengampun, ampunilah aku. Ya Allah Yang Maha Pengasih,
kasihilah aku. Ya Allah Yang Maha Pelindung, lindungilah aku."
 Sedangkan doa ibadah adalah melaksanakan ibadah kepada Allah berdasarkan
Asma`ul Husna.
 Seperti kita bertaubat kepada Allah karena Dia Maha Penerima Taubat,
berdzikir dengan-Nya karena ALLAH Maha Mendengar, beribadah dengan
sepenuh raga kerana ALLAH Maha Melihat, dengan seterusnya.

15
 Apabila kita mengenal Asma`ul Husna dengan bersungguh-sungguh, menghafal,
kemudian memahami maknanya serta beribadah kepada Allah maka akan menjadi
penguat iman yang paling besar.

‫سمم ر‬
‫ام الررححمممن الررمحيِمم‬ ‫بم ح‬
 Ayat ini sangat penting dan mempunyai keutamaan yang luar biasa. Rahsia AL
QURAN terdapat di AL Fatihah dan rahsia AL Fatihah terdapat di
Bismillahirrahmanirrahim.
 ArRahman: Sifat ALLAH yang mengasihi di dalam urusan dunia dimana
mengabulkan dan memudahkan apa pun yang kita perlukan dalam kehidupan dunia,
 Bahkan ALLAH mengatakan jika kamu perlukan apa pun panggil saya dengan Ar
Rahman.

Quliid’uullaha awiid’uur-rahmana ai-yan maa tad’uu falahul asmaa-ul husna


walaa tajhar bishalaatika walaa tukhaafit bihaa waabtaghi baina dzalika
sabiilaa;

Katakanlah:
“Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman.
Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna
(nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam
shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di
antara kedua itu”.
QS. 17:110

 Jika kamu mempunyai persoalan, punyai keinginan, keperluan apa pun dalam
urusan-ursan kamu terutamanya di dunia kamu: rumah tangga, pekerjaan, kehidupan
sosial. Jangan mengeluh tetapi panggil ALLAH dan mintalah dengan namanya
AR RAHMAN.

16
 Sifat Ar Rahman itu adalah mengabulkan apa pun yang kita inginkan di dalam urusan
dunia.

 ‫ب‬
‫م‬ ‫بم ح‬: Huruf
‫سييمم ر م‬
‫ايي الررححممييمن الررمحيِييمم‬ ‫ب‬
‫ م‬di dalam bahasa Arab mempunyai 14 erti.

Penggunaan huruf ‫ب‬


‫ م‬di dalam Al Quran mempunyai banyak erti. Dalam ayat ini
huruf ini bermakna sesuatu yang dekat menyertai dan rapat dan tidak
terpisahkan.
 Rasulullah SAW menyatakan setiap perbuatan yang baik-baik dikerjakan di dunia jika
kita kerjakan kerana ALLAH maka tersambunglah kebaikan dunia dan pahala
akhirat.
 ‫سمم ر‬
Jika ingin cepat mendapat kurniaan dunia akhirat ucapkanlah ‫ام الررححمممن الررمحيِمم‬ ‫ بم ح‬dan

sertakan fungsi ‫ب‬


‫ م‬: di saat kita sedang melakukan aktiviti rasakan kita dekat
dengan ALLAH dan sentiasa diawasi oleh ALLAH.
 Orang-orang sebegini akan sentiasa terjaga perlakukannya kerana tahu ALLAH
sedang memerhati dan mengawasinya.
 Ketika solat semasa mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim orang itu akan khusyuk
dan akan pastikan bacaannya terbaik depan ALLAH. Orang-orang sebegini akan
mendapat redha ALLAH dan ALLAH akan cepat menunaikan keperluannya.

Pengertian Asmaul Husna

 Secara harfiyah, pengertian Asmaul Husna adalah "nama-nama yang baik".


 Asmaul Husna merujuk kepada nama-nama, gelar, sebutan, sekaligus sifat-sifat Allah
SWT yang indah lagi baik.

"Hanya milik Allah Asmaul Husna, maka memohonlah kepada-Nya dengan


menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang
dari kebenaran dalam nama-nama Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan".

17
(Q.S. Al-A’raf:180)

 Umat Islam dianjurkan berdoa kepada Allah sambil menyebut Asmaul Husna.
Misalnya, saat seorang Muslim memohon ampunan-Nya, maka ia berdoa mohon
ampun sambil menyebut "Al-Ghoffaar" (Yang Maha Pengampun) dan seterusnya.
 Jumlah Asmaul Husna adalah 99 nama, sebagaimana disebutkan dalam hadits yang
diriwayatkan Tirmidzi, diperkuat dengan hadits riwayat Bukhari dan Muslim.
 Nama-nama Allah (asma ‘ul-husna) yang disebutkan dalam al-Qur’an adalah sebagai
berikut :
 Nama yang berhubungan dengan Allah ialah

Al-Wahid Atau Ahad (Yang Maha Esa),


Al-Haqq (Yang Maha Benar),
Al-Quddus (Yang Maha Suci)
Al-Shamad (Yang Segala Sesuatu Bergantung Kepada-Nya) Sedang DIA Sendiri Tak
Bergantung Kepada Siapa Pun,
Al-Ghani (Yang Maha-Cukup Sendiri)
Al-Awwal (Yang Paling Awal),
Al-Akhir (Yang Paling Akhir),
Al-Hayyu (Yang Hidup Kekal),
Al-Qayyum (Yang Maujud Sendiri).

 Nama yang berhubungan dengan makhluk Allah ialah

Al-Khaliq (Yang Menciptakan),


Al-Bari (Yang Menciptakan Ruh),
Al-Mushawwir (Yang Membentuk),
Al-Badi’ (Yang Menciptakan Pertama Kali).

18
 Nama yang berhubungan dengan sifat cinta kasih Allah

Rabb, Rahman Dan Rahiim


Al-Rauf (Yang Maha Kasih Sayang),
Al-Wadud (Yang Penuh Cinta Kasih),
Al-Lathif (Yang Lembut Hati),
Al-Tawwab (Yang Berulang-Ulang Kasih Sayang-Nya),
Al-Halim (Yang Maha Penyantun),
Al-’Afuwwu (Yang Maha Mengampuni),
Al-Syakur (Yang Melipat Ganjaran),
Al-Salam (Pencipta Perdamaian),
Al-Mu’min (Yang Menganugrahkan Keamanan),
Al-Barru (Yang Dermawan),
Rafi’ud-Drajat (Yang Meninggikan Drajat),
Al-Razzaq (Pemberi Rezeki),
Al-Wahhab (Yang Maha Memberi),
Al-Wasi’ (Yang Melimpah Pemberian-Nya).

 Nama yang berhubungan dengan keagungan dan kemuliaan Allah ialah

Al-’Adzim (Yang Maha Agung),


Al-’Aziz (Yang Maha Perkasa),
Al-’Aliyyu Atau Muta’al (Yang Maha Luhur),
Al-Qawiyyu (Yang Maha Kuat),
Al-Qahhar (Yang Maha Unggul,
Al-Jabbar (Yang Memperbaiki Segala Sesuatu Dengan Kekuatanyang Luar Biasa),
Al-Mutakabbir (Yang Memiliki Kebesaran),
Al-Kabir (Yang Maha-Besar),
Al-Karim (Yang Maha-Mulia),
Al-Hamid (Yang Maha-Terpuji),

19
Al-Majid (Yang Maha Jaya),
Al-Matin (Yang Maha-Kuat),
Azh-Zhahir (Yang Menang),
Dhul-Jalali Wal-Ikram (Yang Mempunyai Keagungan Dan Kemuliaan).

 Nama yang berhubungan dengan ilmu Allah ialah;

Al-’Alim (Yang Maha Tahu),


Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana),
As-Sami’ (Yamg Maha Melihat),
Asy-Syahid (Yang Maha Menyaksikan),
Ar-Raqib (Yang Maha Mengawasi),
Al-Bathin (Yang Maha Tahu Segala Sesuatu Yang Tersembunyi),
Al-Muhaimin (Yang Menjaga Semuanya).

 Nama yang berhubungan dengan penguasaan Allah terhadap makhluk ialah

Al-Qadir Atau Muqtadir (Yang Maha-Kuasa),


Al-Wakil (Yang Mengurus Segala Sesuatu),
Al-Waliyyu (Yang Melindungi),
Al-Hafizh (Yang Memelihara),
Al-Maalik (Raja),
Al-Malik (Yang Memiliki),
Al-Fattah (Yang Memutus Perkara),
Al-Haasib Atau Al-Hasiib (Yang Menghitung),
Al-Mutaqim Atau Dhun Tiqam (Yang Menimpakan Pembalasan),
Al-Muqith (Yang Menguasai Segala Sesuatu).

 Nama Allah yang di ambil dari beberapa perbuatan atau sifat Allah yang
disebutkan dalam al-Qur’an ialah
20
Al-Qabidlu (Yang Menyempitkan),
Al-Basithu (Yang Melapangkan),
Al-Rafi’u (Yang Meninggikan),
Al-Muizzu (Yang Memberi Kehormatan),
Al-Mudhillu (Yang Mendatangkan Kehinaan),
Al-Mujib (Yang Mengabulkan Do’a),
Al-Baits (Yang Membangkitkan Dari Kubur),
Al-Muhsyi (Yang Mencatat Segala Sesuatu),
Al-Mubdi (Yang Memulai),
Al-Mu’id (Yang Mengulangi),
Al-Muhyi (Yang Memberi Hidup),
Al-Mumit (Yang Menyebabkan Mati),
Malikul-Mulk (Yang Memiliki Kerajaan),
Al-Jami (Yang Menghimpun)
Al-Mughni (Yang Memperkaya),
Al-Mu’thi (Yang Memberi),
Al-Mani’ (Yang Menahan Atau Mencegah),
Al-Hadi (Yang Memberi Petunjuk),
Al-Baqi (Yang Kekal),
Al-Waris (Yang Mewariskan Segala Sesuatu).

 Adapun tambahan dari 99 asma’ul-husna ialah

An-Nur (Cahaya). Allah Ta’ala Di Sebut Nur Dalam Arti Yang Memberi Cahaya
(QS.24:35);
Ash-Shabur (Yang Maha-Sabar),
Ar-Rasyid (Yang Menunjukkan),
Al-Muqsith (Yang Tak Berat Sebelah),
Al-Wali (Yang Memerintah),
Al-Jalil (Yang Penuh Kebesaran),

21
Al-’Adlu (Yang Maha Adil),
Al-Khafidlu (Yang Memelihara),
Al-Wajid (Yang Maujud),
Al-Muqaddim (Yang Terdahulu),
Al-Muakhir (Yang Terakhir),
Adl-Diarr (Yang Mendatangkan Kemalangan),
An-Nafi’u (Yang Memberi Faedah)

 Masih ada dua sifat Allah yang berhubungan dengan kalam (firman) dan iradah
(kehendak).

o Sifat cinta kasih Allah dalam al-Qur’an lebih ditonjolkan ketimbang Kitab
Suci yang lain.
o Bukan saja setiap surat diawali dengan dua sifat Rahman dan Rahim, ini
menunjukkan bahwa kasih sayang Allah itu amat menonjol, bahkan al-Qur’an
melangkah lebih jauh lagi, dengan memberi tekanan berat kepada Maha-
luasnya rahmat (kemurahan) Allah yang tak terhingga.

 Gambaran sifat Allah yang dilukiskan dalam al-Qur’an dari awal hingga akhir,
semuanya berupa cinta dan kasih sayang; dan sementara sifat kasih sayang Allah
diuraikan dengan berbagai nama dan diulang beratus kali,
 Sifat Allah menimpakan siksaan – Yang menimpakan pembalasan – hanya
tercantum empat kali saja di seluruh al-Qur’an.

"Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan


(dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau
kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah
memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya.”
(QS.3:30),

22
”Karena itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-
Nya kepada rasul-raaul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi
mempunyai pembalasan.”
(QS.14:47),
”Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorangpun
yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai
(kekuasaan untuk) mengazab?”
(QS.39:37)
”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan,
ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan
sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang
dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil diantara
kamu sebagai had-yad yang dibawa sampai ke Ka'bah atau (dendanya) membayar
kaffarat dengan memberi makan orang-orang miskin atau berpuasa seimbang
dengan makanan yang dikeluarkan itu, supaya dia merasakan akibat buruk dari
perbuatannya. Allah telah memaafkan apa yang telah lalu. Dan barangsiapa yang
kembali mengerjakannya, niscaya Allah akan menyiksanya.
Allah Maha Kuasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) menyiksa.”
(QS.5:95)

 Tambahan Asma-Ul-Husna Menurut Versi Thabrani

o 1. Ar-Raab = Maha Memelihara 2. Al-Ilah = Tuhan 3. Al-Hannan = Maha


Kasih 4. Al-Mannan = Maha Pemberi Anugerah 5. Al-Bari’ = Maha Menjadikan
6. Al-Qaimul Fard = Maha Berdiri Sendiri 7. Al-Qadir = Maha Menentukan 8.
Al-Farad = Maha Sendiri 9. Al-Mughits = Maha Membantu 10. Ad-Da’im =
Maha Kekal 11. Al-Hamid = Maha Terpuji 12. Al-Jamil = Maha Indah 13. As-
Shadiq = Maha Benar 14. Al-Muwalli = Maha Memimpin 15. An-Nashir =
Maha Penolong 16. Al-Qadim = Maha Dahulu 17. Al-Witru = Maha Esa 18. Al-
Fathir = Maha Pencipta 19. Al-Allam = Maha Mengetahui 20. Al-Malik = Maha

23
Raja 21. Al-Ikram = Maha Mulia 22. Al-Mudabbir = Maha Mengatur 23. Al-
Maalik = Maha Memiliki 24. As-Syakur = Maha Mensyukuri 25. Ar-Rafi’ =
Maha Tinggi 26. Zul Thawil = Maha Mempunyai Kekuasaan 27. Zul Ma’arij =
Maha Mempunyai Jenjang/ Tahapan 28. Zul Fadhlil = Khalaq Maha Mempunyai
Kelebihan Makhluk 29. Al-Mun’im = Maha Pemberi Nikmat 30. Al-Mutafadhal
= Maha Utama 31. As-Sari’ = Maha Cepat

 Tambahan Asma-Ul-Husna Versi Ibnu Hazmi

o 1. Al-Khafi = Maha Tersembunyi 2. Al-Ghallab = Maha Menang 3. Al-


Musta’an = Maha Penolong

 Tambahan Asma-Ul-Husna versi Ibnu Majah Dari Al-Araj

o 1. Al-Bari’ = Maha Pemelihara 2. Al-Rasyid = Maha Cendikiawan 3. Al-Burhan


= Maha Pembukti 4. As-Syadid = Maha Keras 5. Al-Waqi = Maha Pemelihara 6.
Al-Qaim = Maha Berdiri 7. Al-Hafiz = Maha Menjaga 8. An-Nazhir = Maha
Melihat 9. As-Sami’ = Maha Mendengar 10. Al-Mu’thi = Maha Pemberi 11. Al-
Abad = Maha Abadi 12. Al-Munir = Maha Menerangi 13. At-Taam = Maha
Sempurna 14. Al-Qadim = Maha Kekal 15. Al-Witru = Maha Esa

24

Anda mungkin juga menyukai