Anda di halaman 1dari 2

ADAB MENUNTUT ILMU

Cari tempat yang paling hadapan berdekatan dengan guru kerana dapat
memberikan tumpuan, serius dalam mendapatkan pelajarannya, dapat menhalang
daripada perkara yang dapat melalaikannya- segan dengan guru dan tumpuan
tidak terganggu seperti duduk di belakang.

HR MUSLIM 1389. HR AT TIRMIZI 2682, HR IBN MAJAH 219

Siapapun yang menyiapkan dirinya menempuh satu jalan untuk belajar ilmu agama
walaupun untuk belajar sedikit sahaja, setiap langkah yang laluinya akan dibalas oleh
ALLAH dengan kemudahan langkah menuju syurga.

Para malaikat pasti akan menaunginya dengan membentangkan sayapnya


memberikan redha kepada para penuntut ilmu. Redha para malaikat adalah
memohon pengampunan bagi pihak kita.

Jadi sepanjang perjalanan itu isilah dengan zikir, istighfar dan perkara-perkara yang
baik. Syaitan itu tidak mahu kita diampunkan, oleh itu akan cuba menyesatkan kita
dengan perkara-perkara jahat.

HR MUSLIM 2700: Dari Abu Hurairah: Rasulullah bersabda, tidak pernah akan
berkumpul suatu komuniti Islam yang belajar dan berbincang mengenai ilmu
ALLAH, kecuali akan diberi ketenteraman dalam hati mereka.

Taklim yang baik menghadirkan ketenteraman jiwa dan diberikan rahmat ALLAH.

Rahmat merujuk kepada tiga makna iaitu ampunan dari dosa yang sudah sangat
banyak-israf: jadi banyakkan istighfar dan minta ampun daripada ALLAH.
Kedua rahmat itu juga bermaksud-penyelesaian bagi masalah yang dihadapi (QS
2:155-157): Setiap yang hidup pasti akan diuji dengan pelbagai masalah, dan ALLAH
akan memberikan khabar gembira kepada orang yang bersabar. Jangan mengeluh
keran tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya jika kita bersabar kita akan
diberikan ketenteraman.

Cara bersabar yang baik adalah jika kita diuji dengan masalah katakanlah daripada
ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali. Terima setiap perkara dengan
Qanaah sebagai ketentuan ALLAH: ALLAH yang menjadikan semua dan semua
pasti akan selesai berdasarkan ketentuan-MU. Orang-orang yang bersabar itu di puji
ALLAH dan akan ditenangkan hatinya untuk jalan keluar.

Rahmat juga bererti pemberian dunia tanpa batas: sifat ALLAH AR RAHMAN
dan rahmat pemberian akhirat tanpa batas iaitu sifat ALLAH AR RAHIM.

Semasa kita duduk dalam majlis ilmu, ALLAH SWT akan menyanjung-yanjung
penuntut ilmu itu disekitar malaikat yang berada bersamanya. Jika ilmu itu
diamalkan oleh penuntut itu: pahalanya seperti minimum 1000 bulan dan ALLAH
akan memudahkan hidupnya (QS16:97).

Siapa yang mengerjakan walaupun satu sahaja amal soleh dan amalnya dilakukan
dengan betul-betul yakin dan ikhlas kerana ALLAH (beriman) melakukannya kerana
ALLAH, maka ALLAH akan terus memberikan kepadanya kebaikan-kebaikan di
dunia. Ikhlaskan diri kita dalam menuntut dan lakukan kerana ALLAH mudah-
mudahan kita mendapat rahmat ALLAH.

Anda mungkin juga menyukai