Anda di halaman 1dari 138

1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

1I1 - MENJELASKAN TAUHID RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH

Rujuk :

A. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan. Cetakan Keenam 1998.


B. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal. Cetakan Pertama 1998.

PENGENALAN

1. Mempelajari Tauhid Rubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah merupakan tunjang untuk


mengenali Allah SWT, di samping, mengimani kalimah tauhid yang agung.
Sebenarnya, secara tidak sedar setiap orang muslim sentiasa menyebut, melihat dan
memikirkan tentang kejadian dan kebesaran Allah SWT di sekelilingnya. Oleh yang
demikian, dengan menjuruskan pengajian terhadap konsep ini akan menambahkan lagi
ilmu pengetahuan mengenali ketuhanan yang tidak terhenti pada melafazkan dan
menyakini kalimah tauhid itu sahaja.

MAKNA KALIMAH TAUHID

2. Kalimah tauhid ‘La ilaha illallah’ bermaksud tiada Tuhan selain Allah.
Sungguhpun ringkas, kalimah ini mempunyai pengertian yang luas dan mendalam bagi
kehidupan seorang muslim. Kalimah ini sebenarnya bererti ‘aku mengetahui, berikrar,
mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak
disembah ialah Allah SWT sahaja manakala selain daripadaNya sama sekali tidak
benar dan tidak berhak disembah. Aku berikrar dengan hatiku, menyatakan dengan
lidahku dan aku membuktikan dengan perbuatanku.’

TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN TAUHID AL-ULUHIYYAH

3. Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beriktiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa,


Pencipta, Pemelihara dan Tuan bagi sekelian alam manakala Tauhid al-Uluhiyyah pula
bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan.

TAUHID AR-RUBUBIYYAH

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

4. Antara pengertian kalimah Rabb ialah as-Sayyid (Tuan), al-Malik (Yang


Memiliki sesuatu), Pencipta sesuatu, Penguasa terhadap sesuatu, Pendidik serta
Pengasuh makhlukNya, Penjaga maslahat makhlukNya serta Penguatkuasa perintah-
Nya terhadap makhlukNya.Oleh itu, Tauhid al-Rububiyyah ialah iktiqad atau
keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat yang sempurna. Segala sesuatu yang
ada di alam ini adalah kepunyaan Allah SWT. Dialah Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian
alam). Dialah yang berkuasa, menjadi, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa
memberikan manfaat dan mudarat.

5. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, maka
tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan
mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, maka tiada siapa
dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’
(berkuasa) untuk memberikan manfaat atau mudarat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada


yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia
mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa
atas segala sesuatu."
(Al-An’am: 17)

6. Dengan itu, semua makhluk bergantung kepadaNya, memerlukan


pertolonganNya serta berharap kepadaNya. Apa yang dimiliki makhluk hanya bersifat
sementara dan pinjaman. Oleh itu jika manusia bersifat seperti memiliki dan berkuasa,
maka sifat itu hanya sementara kerana segala sesuatu di alam ini adalah kepunyaan
Allah.

7. Begitu juga dengan kecerdikan, kebijaksanaan dan kepandaian yang dimiliki


manusia, semuanya datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia
sebenarnya bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah.

8. Ini kerana hakikat sebenarnya ialah manusia dijadikan hanya sebagai makhluk.
Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk serta gerak nafasnya
datang daripada Allah.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


2
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

9. Dengan keyakinan itu, maka timbullah kesan tauhid dalam diri seorang muslim.
Dia hanya takut kepada Allah dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu juga
kerana keyakinannya kepada Allah.

10. Kesan keyakinan sedemikian terbukti dalam kehidupan Rasulullah dan


sahabatnya. Sebelum keluar berhijrah ke Madiah, Rasulullah SAW memerintahkan
Saidina Ali RA tidur di atas katilnya sedangkan ketikaitu musuh Islam sedang
mengintip untuk membunuh Rasulullah. Bagaimanapun, Saidina Ali sanggup mengikut
perintah Rasulullah SAW kerana yakin dengan kehendak dan kekuasaan Allah.
11. Keyakinan yang sama juga pernah dapat kita lihat pada Khalid al-Walid RA.
Beliau pernah mendapat luka yang banyak kerana berperang di jalan Allah. Namun
keyakinannya dengan kekuasaan Allah menyebabkan dia meneruskan pertempuran
melawan musuh.

12. Saidina Bilal bin Rabah RA pula sanggup diheret di padang pasir, dijemur di
bawah matahari yang terik serta diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya.
Bagaimanapun dia tetap mempertahankan keimanannya.

13. Kini ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka yakin kepada yang
lain daripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi pendakwah-pendakwah Islam untuk mengembalikan
manusia kepada keyakinan tersebut.

MAKHLUK BERSIFAT FAKIR

14. Manusia sebenarnya bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa
memerlukan pertolongan Allah. Begitu juga dengan makhluk lain seperti haiwan dan
tumbuhan. Semuanya bersifat fakir kerana mereka adalah makhluk dan berhajatkan
sesuatu adalah sifat semua makhluk. Firman Allah SWT di dalam Hadith Qudsi yang
bermaksud:

"Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali


mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepada-nya. Oleh itu

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


3
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

mintalah hidayah daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua lapar


kecuali mereka yang aku berikan makan. Oleh itu mintalah rezeki
daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka
yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian
daripadaKu."

15. Sebaliknya Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia
memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Firman
Allah SWT yang bermaksud:

"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah,


Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi
Maha Terpuji."
(Fathir: 15)

Fakir adalah sifat setiap makhluk ciptaan Allah manakala kaya adalah sifat al-
Khaliq (Pencipta).

DALIL-DALIL TAUHID AR-RUBUBIYYAH

16. Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu wujud, Maha Esa dan tiada sesuatu
menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Jika mahu dibuat analogi kita lihat pada tulisan
di papan hitam, maka sudah pasti ada yang menulisnya. Orang berakal waras akan
mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.

17. Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah
Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya
ialah makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini
dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal
waras menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri. Begitulah
hebatnya ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa
rapi dan seni ciptaanNya.

18. Sebenarnya terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang
berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Rabb kita adalah
Allah.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


4
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

FITRAH MENGAKUI RUBUBIYYAH ALLAH

19. Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat
diterima akal. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu
kafir, jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah
SWT yang bermaksud:

"Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta


mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah."
(Az-Zukhruf: 87)

"Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit


dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan
oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui."
(Az-Zukhruf: 9)

20. Tidak sukar untuk membuktikan hakikat Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap
insan menjadi buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga
mengakui ketuhanan Allah yang bersifat Maha Pencipta.

TAUHID AR-RUBUBIYYAH DI DALAM JIWA MANUSIA

21. Al-Quran mengingatkan bahawa fitrah atau jiwa manusia memang telah
memiliki perasaan mahu mengakui Allah sebagai Rabb al-’Alamin. Firman Allah SWT
yang bermaksud:

"Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan


terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi?"
(Ibrahim: 10)

"Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan


kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini
(kebenaran)nya".
(An-Naml: 14)

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


5
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

22. Keengganan dan keingkaran sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan


Allah sebagai al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), sebenarnya didorong oleh perasaan
sombong, degil (‘inad) dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia memiliki perasaan
mendalam yang mengakui kewujudan al-Khaliq.

23. Jika fitrah manusia bersih daripada rasa sombong, degil, keras hati dan selaput-
selaput yang menutupinya, maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada
Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan sebarang pilihan. Lidahnya akan
menyebut Allah dan meminta pertolongan daripadaNya.

24. Telatah manusia, apabila berada pada saat-saat genting, tidak akan terfikir dan
terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah sahaja. Ketika itu segenap perasaan dan
fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata. Benarlah Firman Allah SWT yang
bermaksud:

"Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti


gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya,
maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian
daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang
mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi
ingkar."
(Luqman: 32)

25. Sesungguhnya permasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah, jelas,


terang dan nyata. Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai.

TAUHID AL-ULUHIYAH

26. Tauhid al-Uluhiyah bermaksud mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau


persembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan rasul iaitu menyeru manusia
menerima Tauhid al-Uluhiyah. Firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal
tersebut:
"Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu,
melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasa-nya tiada tuhan
melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku."
(Al-Anbiya’: 25)

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


6
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

"Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu


seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah
taghut."
(An-Nahl: 36)

"Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada


kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah
kamu menyembah Allah (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan
Dia."
(Al-Mu’minun: 23)

"Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka


Hud (nabi): Hai kaumku, sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan
bagi kamu selain dari-Nya."
(Al-A’raf: 65)

CETUSAN RASA CINTA KEPADA ALLAH

27. Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus
rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-
rendahnya kepadaNya. Seseorang hamba disifatkan sedang menyembah Allah apabila
dia menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah, bertawakkal kepada Allah,
berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Allah, berpaut pada ketentuan Allah, meminta
atau berharap serta berserah hanya kepada Allah, mendekati Allah dengan cara sentiasa
mengingatiNya, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan
(akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara yang diredhai Allah.

‘UBUDIYAH SEMAKIN BERTAMBAH

28. Pengertian ‘Ubudiyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah mendalam,


sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam
pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia terlalu fakir di hadapan
Allah, manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah, manusia tidak boleh
terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


7
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

29. Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah serta rasa
rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah bertambah teguh apabila semakin mantap
makrifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, asma Allah al-husna (sifat-sifat
Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah.

30. Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyah terhadap Allah
maka semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyah kepada yang lain daripada
Allah. Dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh
seseorang insan.

31. Allah telah menggambarkan di dalam al-Quran keadaan para rasulNya yang
mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyah pada peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan
rasa ‘ubudiyah Rasulullah SAW pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika
baginda berdakwah dan semasa baginda mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman
Allah SWT yang bermaksud:

"Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa


yang telah Allah wahyukan."
(An-Najm: 10)

"Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembah-


Nya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak
mengerumuninya."
(Al-Jin: 19)

"Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya (Muhammad)


pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa."
(Al-Isra’: 1)

TAUHID AL-RUBUBIYAH MENGHUBUNGKAN TAUHID AL-ULUHIYAH

32. Seperti yang telah dinyatakan, Tauhid al-Rububiyah ialah mengakui keesaan
Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada
sekutu bagiNya di dalam Rububiyah.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


8
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

33. Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari


segi Rububiyah dengan segala pengertiannya, akan menghubung atau menyebabkan
manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian.
Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja yang layak
disembah, makanala selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk
sekalipun.
34. Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy agar
mengakui Tauhid al-Rububiyah. Apabila mereka menerima Tauhid al-Rububiyah dan
bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan
mereka dengan Tauhid al-Uluhiyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau
diselindungkan lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala


yang tidak dapat menciptakan sesuatu apa pun? Sedangkan
berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia."
(Al-A’raf: 191)

"Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama


dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka
mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?"
(An-Nahl: 17)

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah


olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang
kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan
seekor lalat walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan
jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka
dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang
menyembah dan amat lemah pula yang disembah."
(Al-Hajj: 73)

35. Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu


hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak
berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika seekor lalat mengambil
atau merampas sesuatu, mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali.
Ternyata yang meminta bersifat lemah dan yang dipinta juga bersifat lemah. Oleh itu
akal yang sejahtera tidak akan menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam
peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah
al-Khaliq Yang Esa. Selain daripadaNya adalah lemah dan daif belaka.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


9
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

36. Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orang musyrikin bahawa apa


yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memiliki sebutir atom pun sama ada
di bumi mahupun di langit. Malah sembahan mereka sama sekali tidak menyamai Allah
walaupun sebesar zarah sama ada di bumi mahupun di langit. Allah tidak mempunyai
apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhan palsu yang mereka sembah. Jika mereka
menyedari hakikat ini, maka mereka akan rasa kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas
kepada Allah semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan)


selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun
di langit dan di bumi, dan mereka tidak memiliki satu saham pun
dalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di
antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya."
(Saba’: 22)

37. Al-Quran menceritakan bahawa orang-orang musyrikin sebenarnya mengiktiraf


sebahagian daripada Rububiyah Allah seperti Allah adalah Pemilik langit serta bumi
dan Pengurus kejadian-kejadian di langit serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan
mereka, maka mereka sepatutnya beriman dan menyembah Allah tanpa
mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan


semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan
menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka):
Apakah kamu tidak ingat?Katakanlah (kepada mereka): Siapakah
yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang
besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah
(kepada mereka): Apakah kamu tidak bertakwa?Katakanlah
(kepada mereka): Siapakah yang di tangan-Nya berada segala
kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang
dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?
Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada
mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu?
Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan
sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta."
(Al-Mu’minun: 84-90)

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


10
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

SAINS DAN AQIDAH TAUHID

38. Penemuan-penemuan dalam bidang sains dan teknologi mengenai alam buana,
atom, manusia, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidang industri telah berjaya
menyingkap keindahan dan ketelitian ciptaan Allah. Penemuan-penemuan dan rekaan-
rekaan baru itu menguatkan lagi ajaran aqidah tauhid dan meneguhkan lagi keimanan
orang-orang mukmin. Hasil-hasil kajian itu menunjukkan kebesaran dan keluasan
kudrat serta ilmu Allah. Sesungguhnya di sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan
sistem sejagat ini pasti ada Penciptanya Yang Maha Besar dan Maha Berkuasa.

KEDUDUKAN TAUHID DALAM ISLAM

39. Seluruh ajaran Islam adalah berasaskan tauhid. Seluruh kandungan al-Quran
berlegar mengenai tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi perkhabaran tentang
Allah, sifat Allah, kejadian Allah, perbuatan Allah dan pentadbiran Allah.

40. Al-Quran membincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbiya’ Allah (nabi-
nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah
terhadap makhlukNya.

41. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka yang
mentaati Allah, Rasul dan syariatNya. Semua ini untuk mengajak mereka menegakkan
Tauhid al-Uluhiyah dan Tauhid al-Rububiyah.

42. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang
tidak mematuhi syariat-Nya, menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu
yang telah menderhakai Allah. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu
kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah.

PENUTUP

43. Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar segala
sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


11
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I1

untuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati
orang-orang mukmin.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


12
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2

1I2 - MENERANGKAN KONSEP NUBUWWAH

Rujuk:

A. Manusia dan Islam, Prof. Dato’ Harun Din, 1985.


B. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pengukuhan.
C. Akidah Islam (Menurut al-Quran al-Karim), Muhammad Abu Zahrah, 1989.

PENGENALAN

1. Mempercayai Nabi dan Rasul adalah salah satu daripada rukun Iman yang wajib
diimani oleh setiap muslim yang mukallaf. Andai kata gugur keimanan terhadap rukun
ini maka ia boleh menjadi kufur dan batal keimanan seseorang itu.

PENGERTIAN NABI DAN RASUL

2. Rasul ialah manusia lelaki dari pilihan Allah yang diberikan syariat kepadanya
dan diperintah supaya disampaikan kepada umatnya.

3. Nabi ialah manusia lelaki dari pilihan Allah yang diberikan wahyu kepadanya
dan tidak diperintahkan supaya disampaikan kepada orang lain.

4. Setiap rasul adalah nabi kerana mereka dilantik dari kalangan para nabi, tetapi
tidak semua nabi itu rasul.

IKTIKAD

5. Wajib diiktikadkan dengan sepenuh yakin bahawa Allah telah memilih dan
melantik beberapa orang hambaNya yang lelaki menjadi pesuruh untuk menyampaikan
syariatNya kepada sekelian umat manusia.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


13
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2

TUGAS-TUGAS RASUL

6. Antara tugas-tugas rasul ialah:

a. Menyeru manusia supaya menyembah Allah dan patuh kepada arahanNya.


b. Menunjukkan manusia kepada agama yang benar dan diakui Allah.
c. Menyampaikan segala perintah Allah kepada manusia.
d. Menyeru manusia supaya berakhlak mulia.

SIFAT-SIFAT RASUL

7. Sifat wajib bagi rasul:

a. Siddiq ertinya benar.


b. Amanah ertinya kepercayaan.
c. Tabligh ertinya menyampaikan.
d. Fatonah ertinya bijaksana.

8. Sifat mustahil bagi Rasul:

a. Kazib ertinya dusta.


b. Khianat ertinya belok.
c. Kitman ertinya menyembunyikan.
d. Baladah ertinya bodoh.

9. Sifat harus bagi Rasul ada satu sahaja iaitu bersifat dengan kelakuan manusia
biasa yang tidak menjejaskan martabat mereka disisi Allah dan masyarakat seperti
makan minum berkahwin dan sebagainya. Perlu juga diketahui bahawa para Rasul itu
maksum ertinya mereka tidak terlibat dengan perkara-perkara dosa.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


14
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2

RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

10. Rasul-rasul yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam yang mukallaf secara
terperinci hanya 25 orang Rasul:

a. Nabi Adam
b. Nabi Idris
c. Nabi Nuh
d. Nabi Hud
e. Nabi Soleh
f. Nabi Ibrahim
g. Nabi Luth
h. Nabi Ismail
i. Nabi Ishak
j. Nabi Yaakob
k. Nabi Yusof
l. Nabi Ayob
m. Nabi Shuaib
n. Nabi Harun
o. Nabi Musa
p. Nabi Ilyasak
q. Nabi Zulkifli
r. Nabi Daud
s. Nabi Sulaiman
t. Nabi Ilyas
u. Nabi Yunus
v. Nabi Zakaria
w. Nabi Yahya
x. Nabi Isa
y. Nabi Muhammad SAW

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


15
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2

HIKMAT PERUTUSAN RASUL

11. Orang yang menerima wahyu daripada Allah disebut nabi. Nabi yang disuruh
Allah menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut Rasul Allah. Sebab itu
seseorang Rasul Allah adalah nabi. Tetapi seorang nabi belum tentu menjadi Rasul. Di
dalam agama Nasrani Paulus, Mathew, Marcos, dan John serta lain-lain disebut juga
Rasul.

12. Tetapi dalam agama Islam mereka ini bukan Rasul sebab Rasul Tuhan ialah
nabi Isa a.s. Rasul-rasul Allah yang disebut dalam al-Quran seramia 25 orang.
Sedangkan jumlah nabi yang disebut dalam satu riwayat marduyah berjumlah 124,000
orang.

13. Kepercayaan kepada rasul-rasul adalah salah satu rukun iman dalam Islam.
Maka tiap-tiap orang muslim percaya bahawa Allah Taala telah mengutus Rasul-rasul
dari kalangan manusia untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang
melakukan kebaikan dan ancaman buruk terhadap mereka yang melakukan kejahatan.

14. Para Rasul telah menjalankan tugas mereka untuk memperkenalkan Allah Yang
Maha Esa Yang Penuh Berkuasa di atas semua makhlukNya dan mereka telah
menyampaikan segala hukum dan undang-undang Allah yang wajib dipatuhi dan segala
larangan mesti dijauhi dan wajiblah dipercayai bahawa mereka semua telah
menyampaikan seruan Allah dengan penuh kejujuran.

15. Allah Taala telah menyokong mereka dengan berbagai mukjizat supaya
manusia membenarkan seruan masing-masing. Mukjizat itu ialah perkara luar biasa
yang menakjubkan akal fikiran manusia, kerana ia terjadi di luar kekuasaan manusia
tanpa mengikut undang-undang logikal dan undang-undang ilmu.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


16
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2

SETIAP UMAT ADA MEMPUNYAI RASUL

16. Undang-undang Allah bagi manusia memerlukan pengutusan Rasul kepada


tiap-tiap umat di kalangan mereka sendiri untuk memandu mereka itu ke arah jalan
yang benar. Di antara lainnya memperkenalkan Allah Yang Maha Esa dan
menggariskan cara-cara hidup yang baik demi merialisasikan keamanan dan
kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami telah mengutus dari kalangan taip-tiap


umat seorang rasul (dengan memerintahkandia menyeru mereka):
hendakklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taaghut”.

(An-Nahl: 36)

17. Ayat di atas menjelaskan bahawa tiap-tiap satu umat itu telah diutuskan seorang
Rasul untuk memberi bimbingan supaya mereka itu menentukan garis-garis yang telah
ditetapkan. Allah mengutuskan Rasul untuk manusia demi kepentingan mereka itu
sendiri supaya terselamat dari gejala-gejala buruk dan kesenangan yang paling tinggi di
akahirat kelak. Al-Quran ada menyatakan nama 25 Rasul pilihan yang telah diutuskan
kepada umat manusia. Di samping itu ada nabi-nabi yang tidak diceritakan dalam al-
Quran seperti mana yang diterangkan dahulu.

HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DAN RASUL-RASUL

18. Hubungan seorang muslim dengan Rasul-rasul Allah hendaklah berdasarkan


tabait mereka itu yang selaras pula dengan tugas mereka. Maka jangankah manusia
melampaui batas hingga membesarkan mereka dengan taraf Tuhan atau anak-anakNya
kerana mereka sebenarnya golongan manusia yang juga dipilih oleh Allah Taala.

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan


kepadanya kitab (agama) dan hikmat, serta pangkat nabi kemudian ia
mengatakan kepada orang ramai: hendaklah kamu menjadi orang-orang
yang menyembahKu dengan meninggalkan penyembahan Allah. (Ali-
Imran:79)

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


17
1E1 Mengaplikasi Akidah Islamiah 1I2

19. Ayat ini dengan tegas menentang sebarang pengabdian sesama manusia.
Sebaliknya jangan pula memandang Rasul-rasul itu sebagai manusia biasa malah
hendaklah kita memuliakan mereka sebab tugas mereka menyampaikan seruan suci
daripada Allah Taala. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang


sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau
terbunuh)”. (Al-Imran:144)

Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) sesungguhnya aku hanyalah


seorang manusia seperti kamu diwahyukan kepadaku bahawa tuhan kamu
hanyalah tuhan yang satu.
(Al-Kahfi:110)

20. Menurut kenyataan ayat-ayat di atas ternyatalah hubungan atau pertalian kaum
muslimin dan Rasul-rasul ialah pertalian menerima penyampaian dan ketaatan. Sebab
tiap-tiap perkara yang terkeluar daripada Rasul bererti terkeluar daripada suruhan Allah
dan Allah sahaja yang kita beriman kepadaNya.

PENUTUP

21. Keimanan yang teguh kepada nabi dan rasul akan membentuk, mendidik dan
mampu mentarbiyah jiwa mukmin supaya patuh kepada setiap ajaran para nabi dan
rasul. Hanya hati nurani yang suci bersih sahaja yang boleh mendokong rukun ini
hingga ke akhir hayat. Natijahnya satu umat yang bermutu dapat dihasilkan dari acuan
sebenar berlandaskan kepada ajaran yang benar.

Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


18
1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

1I3 – MEMPELAJARI PERKARA SAM’IYYAT

Rujuk:

A. Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Mazhab Salaf As-Soleh, Ust


Rasul B. Dahri, Perniagaan Jahabesra, 2001.
B. Manusia dan Islam, Prof. Dato’ Dr. Harun Din, 1989.
C. Benteng Akidah Islam, Husein Muhammad Al-Jasr Al-Tarabulsi, DBP, 1977.
D. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pengukuhan, Kor Agama ATM.
E. Akidah Islam Menurut (Menurut Al-Quran Al-Karim), Muhammad Abu Zahrah,
Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1989.

PENGENALAN

1. Perkara sam’iyyat ialah perkara yang berlaku di luar batas akal fikiran
manusia yang wajib diimani sepenuhnya oleh umat Islam. Kepercayaan berkaitan dengan
perkara sam’iyyah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

HARI QIAMAT

2. Perkataan qiamat adalah diambil dari bahasa Arab iaitu al-Qiamah yang bererti
berdiri atau berbangkit. Dalam ilmu Tauhid qiamat diertikan dengan kebangkitan semula
di alam baru setelah hancurnya alam semesta ini. Kebangkitan tersebut adalah bertujuan
untuk dikira segala amalan manusia di dunia ini dengan perkiraan yang sangat adil dari
Allah. Di hari itu manusia akan dipisahkan kepada dua golongan, yang buruk akan
menerima sebesar-besar azab manakala golongan yang baik pula akan menerima nikmat
kebahagian yang kekal abadi.

19 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

PERCAYA KEPADA HARI QIAMAT

3. Mempercayai akan berlakunya qiamat adalah merupakan salah satu dari rukun
iman yang termasuk di dalam mempercayai hari akhirat sebagaimana yang telah
dijelaskan oleh al-Quran yang bermaksud:

“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat….”

(Al-Baqarah:62)

4. Dari maksud hadith pula dijelaskan bahawa erti iman itu ialah mempercayai
Allah, malaikatNya dan rasulNya serta percaya pula dengan adanya kebangkitan di Hari
Akhirat. Termasuk juga dalam pengertian hari akhirat ialah mempercayai kehidupan di
alam barzakh, penyoalan di alam kubur, pengadilan di Padang Mahsyar, pembalasan
syurga dan neraka terhadap iman dan amalan yang telah dilakukan oleh manusia semasa
hidupnya di dunia, syafaat nabi, mizan serta sirat al-mustaqim.

ALAM BERZAKH

5. Kematian adalah titik yang memisahkah seseorang manusia dengan alam dunia
dan permulaan hidup di akhirat. Alam yang memisahkan manusia di alam kubur.
Kehidupan manusia di alam ini akan kekal sehingga hari kebangkitan, sebagaimana
firman Allah yang bermaksud:

“Dan dari hadapan mereka ada alam berzakh (ada dinding) sampai
mereka dibangkitkan”.
(Al-Mukminum: 100)

6. Kehidupan mereka di alam ini secara ruh. Di alam ini mereka akan mengalami
pengadilan peringkat pertama. Mereka juga akan menghadapi soalan Munkar dan Nakir
dan mereka juga akan menerima keazaban dan kebahagian kubur. Bagi mereka yang baik

20 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

amalannya semasa di dunia akan mendapat balasan yang baik dan bagi mereka yang
kurang baik perbuatannya semasa di dunia akan menerima azab.

SOALAN MUNKAR DAN NAKIR

7. Setiap manusia yang mati, dengan apa cara sekali pun kematiannya akan
menghadapi soalan Munkar dan Nakir. Mereka yang mati itu akan ditanya mengenai
kepercayaannya terhadap Nabi Muhamad SAW. Mengikut keterangan dari hadis
mengatakan, setelah diletakkan di dalam kubur dan ditinggalkan oleh orang-orang yang
menghantarnya kira-kira masih terdengar bunyi terompah mereka, maka datanglah dua
malaikat menyuruh ia duduk. Mereka berkata kepadanya “Apa kata engkau mengenai
lelaki ini iaitu Muhamad s.a.w” maka katanya “Aku bersaksi sesungguhnya ia adalah
hamba Allah dan rasulNya” Maka kedua-dua malaikat itu berkata: “Lihatlah kepada
tempat kediaman engkau di dalam neraka, sekarang telah digantikan oleh Allah di dalam
syurga”.

SIKSAAN DAN KEBAHAGIAN KUBUR

8. Sebagaimana yang telah dijelaskan, bahawa selepas seseorang manusia itu


memasuki alam kubur ia akan di soal oleh malaikat Munkar dan Nakir tentang amal dan
imannya. Bagi seorang beriman ia akan menjawab soalan itu dengan tepat dan jujur.
Dengan itu ia akan mendapat kebahagian di dalam kubur. Keadaan mereka ini telah
dijelaskan oleh hadis daripada Abi Hatim bahawa apabila simati itu seorang yang
beriman, maka semua amal ibadat dan kebajikannya akan datang kepadanya menemani
dan menghiburkannya di alam kuburnya. Sembahyang berdiri dekat kepalanya, puasa di
kanannya, zakat di kirinya, lain-lain kebajikan yang merupakan sedekah, silaturahim,
amal makruf, nahi mungkar dan ihsannya berada dekat kakinya. Kuburnya disinari
seakan-akan matahari terbit di dalamnya. Sesudah kedua malaikat bertanya kepadanya
dan ia menjawab dengan benar, lalu dari kuburnya itu dibukakan sebuah pintu dan dari
pintu itu ia dapat melihat syurga. Dikatakan kepadanya itulah syurga yang telah

21 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

disediakan untukmu. Ruhnya itu terbang melayang-layang di atas dahan-dahan kayu


syurga dengan riang gembira sampai hari qiamat.

9. Sebaliknya bagi orang kafir, mereka akan menerima keazaban dan siksaan.
Mereka akan dipukul dengan pemukul besi sebagaimana yang telah dijelaskan oleh hadis
riwayat daripada Bukhari dan Muslim bahawa akan ditanya: “Apakah yang kamu ketahui
tentang Muhamad?” Orang kafir dan munafik itu menjawab: “Aku tidak kenal dia dan
aku hanya mengatakan akan apa yang dikatakan orang ramai.” Orang kafir dan munafik
itu dipukul dengan pemukul besi sehingga teriakan mereka didengar oleh semua makhluk
melainkan jin dan manusia.

10. Selain daripada itu, terdapat pula mereka yang disiksa di dalam lubang yang
panas dan sungai darah. Mereka sentiasa berada di tempat siksaan tersebut hingga hari
qiamat. Itulah siksaan bagi orang yang berzina dan makan riba.

11. Ada pula yang disiksa dengan dimasukkan besi panas ke mulut hingga tembus
ke tengkuk. Kemudian besi itu dicabut dan dimasukkan lagi, begitulah keadaannya
berulang-ulang sehingga hari qiamat. Itulah siksaan bagi orang yang berdusta.

12. Demikian keadaan kehidupan manusia di alam barzakh, penuh dengan kebahagian
dan keazaban. Kebahagiaan bagi mereka yang beriman dan siksaan bagi mereka yang
kafir dan munafik.

KEBANGKITAN SEMULA

13. Sebagaimana yang telah dijelaskan, setelah sangkakala pertama dibunyikan maka
terjadilah qiamat besar, di mana semua jin, manusia dan malaikat mati serentak kecuali
Malaikat Israfil. Bumi, matahari, bulan dan bintang turut hancur semuanya dan diganti
dengan alam baru. Sejak itu bumi menjadi sunyi sepi tanpa kedengaran sebarang suara.

22 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

14. Setelah beberapa lama alam ini sunyi sepi, maka Allah pun memerintah Malaikat
Israfil meniupkan sangkakala kedua. Tiupan kedua ini adalah untuk membangkitkan
semula semua manusia, malaikat, jin dan iblis untuk menerima hukuman Allah. Firman
Allah dalam surah Azzumar ayat 68 bermaksud:

“Kemudian ditiup pula sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka
itu berdiri menanti hukuman Allah.”

Allah berfirman lagi dalam Surah Yasin ayat 51 yang bermaksud:

“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan


segera dari kuburnya menuju kepada Tuhan mereka.”

15. Orang yang mula-mula dibangkitkan dari kuburnya ialah Nabi Muhamad SAW.
Kemudian barulah diikuti oleh orang-orang lain. Semua manusia yang dibangkitkan pada
hari itu dalam keadaan tidak berpakaian kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah.
Masing-masing berduyun-duyun menuju hala yang tidak diketahui. Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:

“Dihimpunkan manusia di hari qiamat berkaki ayam, bertelanjang dan


tidak berkhatan. Kata Aisyah: Wahai Rasulullah, lelaki dan perempuan
sekeliannya melihat satu sama lain? Jawab Rasulullah: Wahai Aisyah,
keadaan lebih dasyat daripada melihat satu sama lain.”
(Riwayat Muslim daripada Aisyah)
MAHSYAR

16. Mahsyar ialah tempat manusia berhimpun setelah dibangkitkan dari kubur. Ianya
sangat luas dan mendatar, tidak berbukit dan berlurah. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

23 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

“Dihimpunkan manusia pada hari qiamat di atas tanah yang putih melepak,
seperti sekeping roti yang bersih, tiada padanya sebarang tanda bagi
seseorang.”
(Riwayat Muslim daripada Sahal bin Saad)

17. Berhimpunnya manusia di sana adalah untuk menunggu perhitungan amalan dari
Tuhan. Semua manusia akan dibangkitkan di Mahsyar. Maksud firman Allah dalam
surah al-Kahfi ayat 47:

“Dan kami kumpulkan mereka, maka tidak kami tinggalkan barang


seorang pun dari mereka”.

18. Seluruh manusia yang dibangkitkan itu dalam keadaan bertelanjang kecuali
mereka yang dikehendaki Allah, sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis yang lalu.

19. Dalam suasana perhimpunan yang dahsyat itu manusia penuh sesak sehingga
tidak ada setapak pun tanah yang kosong. Semuanya terpaku kebingungan, kemudian
suasana yang tersangat panas mula dirasai, kerana pada ketika itu matahari didekatkan
pada mereka dalam jarak beberapa hasta sahaja, sebagaimana gambaran yang telah
dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa:

“Apabila datang hari qiamat didekatkan matahari kepada manusia


sehingga beberapa hasta. Hampirlah mereka itu dicairkan oleh
matahari dan berpeluhan menurut kadar amal mereka masing-masing.
Diantara mereka berpeluh sampai ke buku lali, sebahagiannya sampai
ke bahu dan sebahagian lagi sampai tenggelam dalam peluh.”

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Berpeluh manusia pada hari qiamat sehingga mengalir peluh mereka di


atas tanah tujuh puluh hasta dan melimpah sampai ke telinga mereka.”
(Riwayat al-Bukhari daripada Abi Hurairah)

24 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

20. Lamanya manusia dalam keadaan demikian ialah 25 ribu tahun. Sabda
Rasulullah SAW:

“Dihari itu berdiri manusia untuk Tuhan seluruh alam lamanya setengah
hari dari sehari yang lamanya 50 ribu tahun, tetapi diringankan bagi
orang-orang yang beriman seperti lamanya matahari mulai tenggelam
sampai tenggelam sama sekali”.
(Hadis riwayat Abu Ya’la dengan sanad-sanad yang sahih dari Ibnu
Hibban dan Abu Hurairah.)

21. Dari keterangan hadith yang telah disebutkan dapatlah digambarkan bahawa
manusia di hari itu akan berada dalam keadaan sulit dan letih lesu. Keadaan mereka
penuh sengsara. Tetapi tidak ada seorang pun yang dapat mengatakan apa-apa terhadap
keadaan tersebut. Firman Allah dalam surah an-Naba’ ayat 40 bermaksud:

“Kami memperingatkan kepadamu akan siksaan yang sudah dekat.Di


hari itu setiap manusia akan melihat sendiri akibat perbuatannya”. Dan
dihari itu orang kafir akan merintih: “Alangkah baiknya kalau aku
menjadi tanah sahaja”.

PEMBALASAN

22. Apabila manusia dibangkitkan di Padang Masyar, mereka akan dihimpun untuk
diberi pembalasan mengikut amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia. Bagi
orang-orang yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan syurga sebaliknya bagi yang
melakukan keburukan akan dibalas dengan neraka.

SYURGA

23. Syurga adalah merupakan tempat kenikmatan dan kebahagiaan yang disediakan
bagi orang-orang soleh. Syurga dalam bahasa Arab ialah ‘Jannah’ yang bererti kebun.
Dalam istilah ilmu Tauhid ialah tempat manusia yang mendapat anugerah dari Tuhan atas
bakti serta kebaikan yang telah dilakukan oleh mereka ketika di dunia. Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud:

25 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

“Di dalamnya (syurga) terdapat perkara-perkara dan benda-benda yang


tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan
tidak pernah terlintas oleh hati manusia”

(Hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah)

NERAKA

24. Neraka dalam bahasa Arab ialah ‘an-Nar’. Dalam istilah ilmu Tauhid ialah tempat
menerima azab sensara dari Tuhan. Tempat menerima balasan azab dan siksaan dari
Tuhan yang akan diberikan kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang engkar
kepada perintah Allah. Azab yang mereka terima adalah lebih pedih dan lebih dahsyat
daripada apa yang dirasai di dunia. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya seringan-ringan azab penduduk neraka ialah Abu


Talib, ia dibakar menerusi sepasang selipar yang menyebabkan
menggelegak otaknya”
(Hadis riwayat Muslim)

DOSA DAN PAHALA

25. Dosa bermakna ganjaran keburukan yang akan diterima oleh orang-orang yang
engkar perintah Allah. Keingkaran ini kadang-kadang dilakukan secara lahir atau terang-
terangan dan kadang-kadang secara tersembunyi. Keingkaran secara lahir ialah
meninggalkan suruhan-suruhan yang wajib seperti meninggalkan sembahyang, puasa,
zakat dan sebagainya. Keingkaran tersembunyi pula ialah keingkaran yang dilakukan
oleh hati dengan melakukan sifat-sifat hasad dengki, sombong, riak dan sebagainya.

26. Manakala pahala pula merupakan imbuhan atau ganjaran yang baik akibat dari
melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan ia merupakan ganjaran Allah terhadap
orang-orang yang taat mengerjakan perintahNya.

27. Bagi mereka yang berdosa mereka akan menerima azab dan siksaan yang pedih
dari Allah di dalam neraka dan bagi mereka yang banyak melakukan amal baik dan
pahala mereka akan beroleh nikmat di syurga.

26 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

TITIAN (AS-SIRAT)

28. Kita wajib percaya bahawa ada titian yang bernama as-Sirat. Ianya merupakan
jambatan yang merintangi permukaan neraka menuju ke syurga. Panjangnya titian
tersebut ialah 15,000 tahun perjalanan sebagai mana yang disebutkan oleh hadith oleh
al-Fudhail bin ‘Iyad, katanya: “Disampaikan kepada kami bahawa titian itu panjangnya
15000 tahun perjalanan padanya 5,000 pendakian dan 5,000 menurun dan 5,000 tempat
yang mendatar. Ianya pula sangat halus dan amat tajam serta amat licin sekali”.

HISAB

29. Ialah perhitungan dari amal-amal perbuatan yang akan dibalas dengan kebaikan
atas perbuatan yang baik dan akan dibalas kejahatan atas perbuatan jahat. Selain dari itu,
ianya merupakan pemberitahuan Allah kepada hambaNya tentang amal mereka dan apa
yang harus diterima oleh mereka tentang hasil amal tersebut.

MIZAN

30. Setelah selesai urusan perkiraan barulah dilakukan timbangan terhadap segala
amalan manusia. Tujuan ditimbang dengan amal mereka adalah untuk menampakkan
kepada manusia kadar tiap-tiap amalan secara terperinci dan adil. Untuk melaksanakan
timbangan ini Tuhan telah mendirikan sebuah neraca penimbang yang dipanggil Mizan.

BUKU AMALAN

31. Setiap hamba memiliki buku masing-masing yang tercatat di dalamnya amalan
baik atau buruk samada yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak, dari sekecil-kecil
hinggalah sebesar-besar amal tersebut. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Allah
SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8.

Allah juga telah berfirman dalam surah al-Buruj ayat 7-11 yang bermaksud:

27 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Mempelajari Konsep Sam’iyyat 1I3

“Adapun orang yang diberikan kitab dengan tangan kanannya, maka dia
akan dihisab dengan perhitungan yang mudah. Dan dia akan kembali
kepada ahlinya dalam keadaan gembira. Dan adapun orang yang
diberikan kitabnya di bahagian belakangnya, maka dia akan diseru
dengan buruk”.

32. Maka amalan-amalan tersebut dicatatkan di dalam kitab masing-masing oleh


Malaikat Raqib dan Atid dan kemudiannya dibawa mengadap Allah SWT.

KESIMPULAN

33. Sebagai kesimpulannya, beriman kepada perkara-perkara syami’yyat ini


memerlukan tahap keimanan yang kukuh kerana ia membicarakan tentang perkara yang
di luar batas pemikiran manusia untuk mengkajinya dan di luar kemampuan manusia
untuk membuktikannya secara zahiriyah.

28 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

1I4 - MELAKSANAKAN TOHARAH

Rujuk:

A. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan. Cetakan Keenam 1998.


B. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal. Cetakan Pertama 1998.

PENGENALAN

1. Bersuci merupakan suatu tugas yang sangat mustahak dalam kehidupan seseorang
Islam kerana itulah punca segala amalan ibadat. Andainya seseorang itu mengerjakan
ibadat sembahyang tetapi belum bersuci sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat
ia mengerjakan ibadat dan sebagainya maka sembahyang tidak dikira sah. Apabila
sembahyang yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut
tidak mendapat perhatian dari Allah. Apabila tiang sudah rosak, maka dinding dan atap
menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya. Sabda Rasullah S.A.W
maksudnya: “Sembahyang iatu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti ia
mendirikan agama dan sesiapa yang meruntuhkannya bererti ia meruntuhkan agama”.

MENGENAL JENIS AIR

2. Sebelum diperbincangkan lebih lanjut lagi mengenai bab bersuci ini terlebih
dahulu dimulakan dengan menerangkan tentang pembahagian air yang boleh dan yang
tidak boleh dibuat bersuci begitu juga air yang harus diminum dan sebaliknya.
Sebagaimana diketahui bahawa punca-punca air itu ada tujuh.

a. Air Sungai.

b. Air Laut.

c. Air Hujan.

d. Air Perigi.

e. Air Embun.

29 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

f. Air Mata Air.

g. Air Beku/Salji.

3. Air terbahagi kepada 4 bahagian:

a. Air Yang Suci Dan Menyucikan (Mutlak). Iaitu air yang boleh
diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada untuk beristinjak, berwuduk,
mandi hadas, membasuh najis dan sebagainya. Air Mutlak ialah air yang benar-
benar tulin yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih
seperti minyak wangi, kopi, susu atau lainnya atau bercampur dengan benda-
benda najis.

Apabila air tulin yang lebih dari dua kolah (10 tin minyak tanah) dimasuki
oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubahkan nama air itu, maka air itu masih
lagi dianggap mutlak, tetapi sekiranya berubah samada bau, rasa atau warnanya,
maka air itu tidak boleh lagi dibuat bersuci seperti memasukkan kopi tetapi hanya
boleh diminum sahaja. Sekiranya air tersebut kurang dari dua kolah dimasukkan
sesuatu sama ada berubah atau tidak, maka air tersebut tidak lagi boleh dibuat
bersuci apabila nama air itu telah berubah, air teh umpamanya.

b. Air Yang Suci Tetapi Tidak Menyucikan (Musta’mal). Iaitu air yang
telah digunakan untuk mengangkat hadas yang kecil (berwuduk) atau hadas besar
(mandu wajib) dalam erti kata bahawa air telah dibasuhkan kepada anggota wajib,
sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua kolah, maka air itu dikira
sebagai air yang musta’mal iaitu tidak boleh dibuat bersuci tetapi hanya boleh
dibuat minum atau makan sahaja atau boleh membasuh benda-benda yang bukan
najis, begitu juga sekiranya air basuh wajib menitik ke dalam air yang tidak
sampai dua kolah.

30 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

c. Air Yang Makruh Digunakan (Air Musyammas). Iaitu air yang


mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai
karat dan digunakan pula ketika air masih panas. Walau bagaimanapun, di negara
kita, Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak sebegitu
tinggi.

d. Air Yang Mengandungi Najis. Iaitu air yang kurang dari dua kolah
dimasuki najis sama ada air itu berubah ataupun tidak. Begitu juga sekiranya air
yang lebih dari dua kolah dimasuki najis dan air itu berubah rasa, bau atau
warnanya, maka air ini tidak boleh dibuat bersuci ataupun diminum.

4. Suatu kesilapan yang sering berlaku di dalam masyarakat kita orang Melayu
khasnya yang menganggap bahawa tiap-tiap air yang lebih daripada dua kolah tidak
mengandungi najis berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: “Apabila air sampai dua
kolah, maka ia tidak mengandungi sebarang kekotoran najis”. Dengan hadis ini mereka
fahamkan boleh mencelupkan kaki ke dalam kolah. Sebenarnya fahaman seumpamanya
ini adalah keterlaluan. Hadis tersebut menerangkan supaya kalau sekiranya najis
termasuk ke dalamnya dan air itu tidak berubah maka itu masih lagi dianggap suci dan
menyucikan. Maka kebiasaan seumpama ini sewajarnya ditinggalkan oleh masyarakat
Islam.

MENGENAL NAJIS

5. Pembahagian Najis dan Cara Menyucikannya. Najis secara umumnya


bolehlah dibahagikan kepada 3 bahagian :

a. Najis Mukhaffafah (Ringan). Iaitu kencing kanak-kanak lelaki


yang yang masih belum berumur 2 tahun yang tidak makan kecuali susu ibunya
sahaja. Cara membasuhnya, memadailah dengan memercikkan sahaja air ke atas
najis tersebut.

31 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

b. Najis Mutawassitah (Pertengahan). Najis Mutawassitah ialah


seperti berikut :
(1) Darah.
(2) Nanah.
(3) Muntah.
(4) Air Kencing.
(5) Wadi (air yang keluar dari kemaluan kerana berkerja berat).
(6) Bangkai.
(7) Mazi (air keluar dari kemaluan lelaki semasa naik syahwat)
(8) Cecair yang memabukkan.
(9) Susu binatang yang tidak halal dimakan dan juga mani binatang.

Cara menyucinya : Najis Mutawassitah hendaklah dicuci dengan air


yang mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti berikut :

(1) Ainnya/zatnya/warnanya.
(2) Baunya.
(3) Rasanya.

Ketiga-tiga hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya setelah diusahakan


dengan bersungguh-sungguh masih lagi tidak hilang, maka tidaklah diwajibkan
meneruskannya lagi kerana Allah S.W.T. tidak memberati seseorang, kecuali
sekadar kuasanya.

Darah yang terdapat di dalam daging yang dianggap najis ialah darah yang
mengalir, sekiranya tidak mengalir darah itu tidak dikira sebagai najis. Umpama
darah binatang yang disembelih iaitu darah yang masih berada di atas daging
tidak mengalir tidak dikira najis.

c. Najis Mughallazah (Berat). Najis Mughallazah ialah babi, anjing dan


keturunan keduanya termasuk tahi, kencing, daging dan kulit dalam erti segala

32 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

perkara yang ada hubungannya dengan kedua binatang tersebut maka dikira
sebagai najis mughallazah.

Cara Menyucinya. Apabila seseorang terkena tahi atau tersentuh dengan


kulit binatang tersebut maka hendaklah ia membasuhnya sebanyak 7 kali. Salah
satu daripada tujuh itu hendaklah dicampurkan dengan tanah dan hendaklah
dihilangkan tiga perkara sebagaimana yang telah diterangkan dahulu iaitu zatnya,
baunya, dan rasanya.

Menyentuh kulit anjing yang kering dan tangan yang menyentuh pun
kering maka tidaklah dikira najis tetapi sekiranya salah satu di antara keduanya
basah atau kedua-duanya basah maka dikira najis. Kulit babi yang disentuh sama
ada yang kering ataupun basah dikira sebagai najis.

ISTINJAK

6. Erti Istinjak ialah menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas
membuang air kecil atau air besar. Beristinjak hukumnya wajib sama ada dengan air atau
dengan batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih afdhal (Baik).

7. Beristinjak dengan batu. Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain
yang keras seperti kulit kayu atau sebagainya sangat jarang digunakan kerana
memandangkan air di Malaysia adalah banyak. Walau bagaimanapun, kadang kala
terpaksa digunakan untuk beristinjak. Menggunakan batu untuk beristinjak diwajibkan
mengikut syarat-syarat seperti berikut:

a. Najis itu tidak beralih daripada tempat asal.


b. Najis masing belum kering.
c. Tidak ada benda-benda asing yang melekat tempat buang air.

33 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

8. Beristinjak dengan batu hendaklah wajib dengan cara tiga kali sapu walaupun
dengan menggunakan satu batu tetapi tiga penjuru. Sekiranya masing belum bersih
wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih.

9. Sunat beristinjak . Di antara perkara sunat beristinjak seperti berikut:

a. Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada tiga, lima, tujuh
kali dan seterusnya.
b. Disunatkan juga supaya menggunakan tangan kiri.

10. Beristinjak dengan air. Beristinjak dengan air serupalah dengan batu tadi
iaitu hendaklah dibersihkan sehingga hilang tiga perkara iaitu bau, rasa dan warnanya.
Dengan hal ini memang menjadi masalah untuk mengetahuinya. Jadi untuk mempastikan
ialah dengan rasa sahaja, apabila merasai kesat bermakna najis yang terdapat di dubur
(kemaluan belakang) itu telah bersih. Sebaik-baik sahaja selesai daripada beristinjak,
maka disunatkan membaca:

Maksudnya:
“Ya Allah, bersihkan hati ku daripada sifat munafik dan peliharalah
kemaluanku daripada kekotoran”

PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

11. Perkara-perkara yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan ialah :
a. Bersetubuh.
b. Keluar mani secara sengaja ataupun tidak.
c. Mati.

Adapun perkara-perkara yang mewajibkan mandi bagi kaum perempuan sahaja


ialah :
a. Haidh.

34 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

b. Nifas.
c. Wiladah (bersalin).

12. Bersetubuh maksudnya ialah apabila bertemu dua khitan iaitu dengan memasukan
hasyafah, sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Apabila bertemu dua khitan maka
sesungguhnya wajib mandi”.

MANDI WAJIB

13. Rukun mandi ada dua perkara :

a. Niat. Mengangkat hadas besar seperti junub, haidh atau nifas


Maksudnya :

“Sahaja aku mengangkat hadas yang besar kerana Allah Taala”.

Atau boleh juga diniatkan sebagai,

“ Sahaja aku mengangkat hadas junub haidh/nifaskerana Allah taala”.

b. Membasuh Seluruh Anggota Yang Zahir. Wajib meratakan air


keseluruh anggota seperti rambut, bulu-bulu yang terdapat pada anggota, kulit,
telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk
membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang
yang zahir semasa membuang air besar, rambut yang terikat hendaklah
dihuraikan.

14. Sunat Semasa Mandi. Sunat semasa mandi adalah seperti berikut :

a. Membaca Basmalah.
b. Berwuduk terlebih dahulu.

35 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

c. Mengadap ke arah kiblat.


d. Menggosok badan.
e. Mendahulukan bahagian kanan daripada yang kiri.
f. Menyelati rambut dengan anak jari.
g. Muwalat (berturut).
h. Membaca doa yang disunatkan sesudah daripada wuduk.

15. Makruh Semasa Mandi. Makruh semasa mandi adalah seperti berikut :

a. Meninggalkan (tidak) menyelati janggut yang tebal.


b. Mendahulukan yang kiri dari yang kanan.
c. Meninggalkan (tidak) berkumur dan hisap air ke hidung.
d. Menggunakan air yang berlebihan dari keperluan.

16. Cara-cara Mandi Yang Baik. Segala amalan ibadat yang baik hendaklah
dilakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
sebagaimana sebuah Hadith yang telah diriwayatkan oleh Aisah R.A. yang bermaksud :

Bahawa ketika Nabi SAW mandi junub baginda memulakan


membasuh tangan, kamudian beliau mencurah air dan membasuh
kemaluannya dengan tangan kirinya seterusnya mengambil wuduk.
Kamudian baginda mengambil air menjiruskan di kepala serta
menyelat-nyelati pangkal rambut setelah air telah meresap keseluruh
pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak tiga kali
kamudian meratakan air ke seluruh badannya.

17. Perempuan yang mandi haid sunat mengunakan sedikit kasturi atau benda yang
lain yang agak wangi sedikit untuk membasuhi dan membersihkan kesan-kesan darah dan
bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangi-wangian itu di atas kapas dan
memasukkannya kedalam faraj (kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah SAW di
dalam sebuah hadis yang bermaksud:

36 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

“ Ambillah sedikit daripada kasturi kamudian bersihkan dengannya”.

Peringatan:

a. Sekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh


najis terlebih dahulu.
b. Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali.
c. Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil
wuduk apabila hendak mengerjakan sembahyang.

TAYAMMUM

18. Ta’rif Tayammum. Tayammun adalah mengantikan air sembahyang atau


wuduk dan juga mandi junub untuk mengharuskan sembahyang, tawaf atau menyentuh
al-Quran. Tayammum hanya diharuskan apabila ketiadaan air atau tidak boleh
mengunakan air sebab uzur.

19. Syarat Tayammum. Syarat Tayammum adalah seperti berikut:

a. Kerana uzur, seperti sakit kuat tidak boleh kena air atau lainnya.
b. Masuk waktu sembahyang. Tayammum tidak seperti wuduk, ia tidak
boleh dilakukan melainkan setelah masuk waktu sembahyang.
c. Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya, atau ada air yang sedikit hanya
cukup untuk minum sahaja.
d. Uzur mengunakan air pada anggota-anggota wuduk seperti tangannya
berbalut atau simen sebab patah.
e. Tanah yang suci dan berdebu.

20. Fardhu Tayammum. Fardhu Tayammum adalah seperti berikut:

a. Niat seperti berikut :

37 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan sembahyang kerana


Allah Taala”.

Tidak memadai dengan mengakat hadas kerana tayammum itu tiada mengangkat )1(

hadas dan tidak memadai niat fardhu tayammum kerana tayammum itu thoharah

.dharurah (tertentu)

(2) Wajib disertakan dengan niat ketika mula menyapu tanah pada
muka kerana ia permulaan rukun dan wajib mengekalkan niat hingga
sampai satu suku daripada muka. Dikira sah apabila tangan sampai kepada
muka.

b. Memindahkan tanah (debu) kepada anggota yang hendak disapu iaitu


muka dengan debu yang bersih.
c. Menyapu sekalian (yang zahir) muka dengan tanah.
d. Menyapu kedua tangan hingga ke siku.
e. Tertib. Iaitu didahulukan dengan menyapu muka kamudian dua tangan
sekalipun hadas besar.

21. Sunat-sunat Tayammum. Sunat-sunat Tayammum adalah seperti berikut :

a. Membaca Basmalah walapun orang yang junub.


b. Menipiskan tanah dari dua tapak tangan.
c. Mengadap Kiblat.
d. Menyapu muka bermula dari bahagian atas. Manakala dua tangan daripada
anak jari.
e. Sunat melebihkan sapuan.

38 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E1 Melaksanakan Toharah 1I4

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

22. Perkara-perkara yang membatalkan tayammum adalah seperti berikut :

a. Semua perkara yang membatalkan wuduk.


b. Mendapati air sebelum sembahyang atau menduga ada air di suatu tempat
yang dekat (tidak berjauhan).
c. Sembuh penyakit yang dikhuatiri (memudharatkan) jika terkena air.
d. Murtad.

PENUTUP

23. Bagi menyempunakan ibadah seseorang muslim mestilah memahami dan


mengaplikasi secara betul dan mendalam perihal bersuci kerana ia akan menentukan
ibadah itu sempurna atau sebaliknya. Malah, perkara ini menjadi suatu tuntutan Fardhu
Ain bagi setiap muslim mukallaf mempelajarinya hingga ke liang lahad.

39 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I5

1I5 - MELAFAZKAN AZAN DAN IQAMAH

Rujuk:

A. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan, Cetakan 1998.


B. Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1, Wahbah al-Zuhaili, DBP, 1997.

PENGENALAN

1. Sembahyang itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan.
Ia juga merupakan penghulu dari segala amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah
Taala. Azan dan iqamah merupakan sunat muakkad dan dilakukan bagi
melengkapkan kesempurnaan dalam ibadat sembahyang. Ianya memberi maksud
kepada orang ramai tentang masuk waktu sembahyang dan tuntutan menunaikannya.

2. Azan adalah salah satu dari syiar Islam. Sunat melakukannya sebelum
mengerjakan sembahyang fardhu yang lima sesudah masuk waktunya, samada ketika
sembahyang seorang diri atau berjamaah lebih-lebih lagi di masjid atau di surau
khususnya pada hari Jumaat. Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman apabila diseru/azan


untuk bersembahyang pada hari Jumaat, maka hendaklah bersegera
pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan sembahyang
jumaat) dan tinggalkan berjual beli (pada ketika itu).”

(Surah Jumaah: 9)

Firman Allah Taala lagi yang bermaksud:

“Dan apabila diseru azan untuk bersembahyang, mereka


(musuh Islam) menjadikan seruan azan itu sebagai ejekan dan
permainan, yang demikian itu mereka adalah dari kaum yang tidak
berakal.”

(Surah al Maidah: 58)

3. Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat yang perlu dilakukan sebelum
sembahyang, untuk memberitahu waktu sembahyang telah masuk.

40
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I5

PENGERTIAN AZAN

4. Azan dari sudut bahasa bermakna memberitahu manakala dari segi syarak
bermakna memberitahu waktu sembahyang telah masuk dengan lafaz yang tertentu.

SYARAT AZAN

5. Syarat-syarat azan adalah seperti berikut:

a. Hendaklah tertib antara keduanya (Mualat).


b. Hendaklah berturut-turut (mualat kalimah keduanya) dengan
meninggikan suara azan.
c. Islam.
d. Mumaiyiz.
e. Masuk waktu kecuali subuh.
f. Lafaz azan dalam bahasa arab.

SUNAT-SUNAT AZAN

6. Sunat-sunat azan adalah seperti berikut:


a. Tarji’/mengulang kalimah syahadah sebelum melafazkannya dengan
kuat.
b. Selepas lafaz “Haiya ‘ala falah” sunat ditambah “As solatu khairum
minan naum” (2 Kali) bagi azan subuh.
c. Mengadap arah qiblat.
d. Berdiri.
e. Di tempat yang tinggi.
f. Orang yang nyaring suaranya.
g. Elok suara, merdu dan sedap didengar.
h. Suci dari hadas dan najis.
i. Meletakkan kedua jari pada kedua tekinga.
j. Mengucap selawat selepas azan.
k. Sunat berdoa (Doa azan).
l. Berdoa antara azan dan iqamah.
KELEBIHAN AZAN
41
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I5

7. Orang yang menjadi bilal, semakin lantang suaranya, semakin didengar oleh
orang yang jauh, semakin bertambah rahmat dan pahala yang diperolihi, semakin
lama menjadi bilal semakin banyak pahalanya, kerana semua makhluk yang
mendengar azan samada manusia, jin, binatang dan tumbuhan berdoa dan beristighfar
memohon ampun untuknya dan ianya menjadi saksi di akhirat kelak.

8. Mengikut keterangan hadis, bilal akan mendapat pahala sama seperti orang
yang mengerjakan sembahyang yang sama dengannya. Oleh itu bilal hendaklah
bersuara kuat dan merdu disamping berlaku adil dan amanah kepada orang ramai,
kerana orang percaya dengan waktu yang diberitahu oleh bilal.

FAEDAH DAN WAKTU AZAN YANG LAIN

9. Selain sunat azan semasa masuk waktu sembahyang, sunat juga azan pada
waktu-waktu yang tertentu:

a. Ketika anak baru lahir, iaitu sunat diazankan pada telinga kanan dan
diiqamahkan pada telinga kiri.
b. Untuk orang yang dirasuk hantu atau jin.
C. Ketika hujan lebat/ribut.

IQAMAH

10. Iqamah dari sudut bahasa bermakna peringatan yang tertentu yang kerananya
didirikan sembahyang. Dari segi syarak ialah memberi ingatan kepada yang hadir
supaya mendirikan sembahyang dengan lafaz yang tertentu.

11. Menurut jumhur iqamah adalah sunat muakkad bagi sembahyang fardhu
samada bagi lelaki atau perempuan.

HUKUM IQAMAH

42
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I5

12. Hukum melafazkan iqamah adalah seperti berikut:

a. Sunat dipercepatkan iqamah.


b. Afdal dilafazkan oleh orang yang melaungkan azan.
c. Sunat dilafazkan di tempat lain daripada tempat azan.
d. Suara yang rendah.
e. Sunat jamaah bangun setelah selesai iqamah.
f. Dalam keadaan berdiri.

PENUTUP

13. Walaupun azan dan iqamah merupakan sunat muakkad sahaja, namun ianya
merupakan pelengkap kepada kesempurnaan sembahyang yang didirikan. Adalah
diharapkan amalan azan dan iqamah ini dilakukan mengikut keperluan dan tatacara
yang telah ditentukan oleh syarak.

43
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

1I6 - MENUNAIKAN SOLAT

Rujuk :

A. Pengentahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan. Cetakan Keenam 1998.


B. Syeikh Mustafa Mansur, Bagaimana Memiliki Khusyuk Dalam Solat,
Perniagaan Jahabersa 1998.

MUQADDIMAH

1. Solat merupakan suatu ibadah yang diterima secara langsung oleh Rasulullah
SAW ketika bertemu dengan Allah S.W.T. di dalam peristiwa Mi’raj, malah ianya
merupakan kepala bagi Ibadah. Solat juga merupakan tiang agama dan sebagai
pendinding (yakni dapat mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran) bagi
seseorang yang menunaikan solatnya secara sempurna.

2. Solat juga menyatakan taat dan kehendak kepada Allah melalui perkataan dan
perbuatan. Sesungguhnya Allah mewajibkan solat ke atas hambaNya untuk Allah
mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai kewajipan dan supaya mereka
bergantung kepada solat itu bagi meringankan apa-apa kesusahan dan bencan hidup
yang mereka tempuhi. Maka solat juga merupakan pujian yang patut dilaksanakan
oleh makhluk kepada Allah.

TA’RIF SOLAT DAN SIFAT-SIFATNYA

3. Pengertian solat pada bahasa ialah: doa. Manakala dari segi istilah pula ialah :

a. Feqah - Ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan


takbir dan disudahi dengan salam, yang disertakan niat dengan beberapa-
beberapa syarat yang ditentukan.

b. Hakikat - Ialah berhadap hati kepada Allah secara yang mendatangkan


takut kepadaNya serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan,
kebesaraNya dan kesempurnaan kekuasaanNya.

44
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

c. Makrifah - Roh solat ialah berhadap kepada Allah SWT dengan


sepenuh jiwa, dengan segala khusyu’ di hadapanNya dan berikhlas untukNya
serta wujud hati dalam keadaan berzikir, berdoa atau memuji. Ringkasnya, roh
solat itu ialah berhadap hati kepada Allah SWT dengan khusyu’, ikhlas wujud
hati, samaada dalam berzikir, berdoa atau memuji. Apa yang dikehendaki
dengan peribadi ialah karektor diri kita dengan tanggapan hidup kita sendiri.

4. Sifat-sifat Solat. Di antara sifat-sifat solat adalah seperti berikut:

a. Takbir. Takbir dilakukan sebagai memaklumkan bahawa kita telah


meninggalkan masyarakat buat sementara waktu untuk memasuki ke dalam
upacara munajat kepada Allah serta mengingatkan diri kita bahawa kita telah
meninggalkan segala perbuatan yang bertentangan.

b. Salam. Salam dilakukan sebagai memaklumkan bahawa kita telah


selesai dari upucara munajat dan kembali kepada masyarakat.

c. Mengadap Kiblat. Tujuannya untuk menyatakan khusyuk kepada


Allah dan menghadap dengan sepenuh hati kepada Allah. Kerana ta’zim, kasih
dan takwa kepada Allah adalah urusan yang tersembunyi yang perlu
dibuktikan dengan kenyataan, maka dibuktikan melalui:

(1) Berdiri menghadap qiblat dengan muka dan badan.

(2) Membaca “ Allahu Akbar ” dengan lisan.

Tabiat manusia lazimnya apabila tersenarai di dalam jiwanya sesuatu perkara


yang dicita-citakan, maka cita-cita itu perlu dilahirkan dalam bentuk
perlaksanaan melalui lidah dan anggota-anggotanya.

KONSEP SOLAT DAN PENGHAYATANNYA

5. Perbuatan solat menghendaki satu ikatan kukuh antara badan, fikiran dan hati,

yang bererti saling mempunyai peranan yang tersendiri, tanpa boleh dipisah-
pisahkan.

45
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

a. Peranan Tubuh Badan. Iaitu berdiri, rukuk dan sujud, seperti firman
Allah dalam Surah Al-Haj ayat 77.

Ertinya :

“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu,


sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat
kemenangan”.

b. Peranan ‘Aqal Fikiran. Ialah berfikir, memberi perhatian dan


memahami sepertimana Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 43 :

Ertinya :

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu


solat dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu
ucapkan”.

c. Peranan Hati. Ialah khusyu’ kehalusan hati dan rasa lazat dalam
mendirikan solat. Khusyu’ bererti tunduk, patuh, merendah diri serta
bertenang hati, dan anggota semata-mata kerana Allah, manakala ikhlas pula
bererti membulatkan ta’at semata-mata untuk Tuhan yang hak sahaja. Seperti
firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 – 2 :

Ertinya :

“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-


orang yang khusyu’ di dalam solatnya”.

SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH SOLAT

6. Syarat wajib sembahyang maksudnya apabila seseorang itu mempunyai


syarat-syarat yang akan disebutkan nanti wajiblah mereka itu mendirikan
sembahyang. Dalam erti kata bahawa seorang itu apabila cukup syaratnya akan
disiksa dengan api neraka jahanam sekiranya tidak mengerjakan ibadat sembahyang
ini. Di antara syaratnya adalah seperti berikut :

a. Islam.

b. Baligh.

46
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

c. Berakal.

Tetapi kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah disuruh mengerjakan
sembahyang dan setelah berumur sepuluh tahun bolehlah di pukul sekiranya masih
belum bersembahyang. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :

“Suruhlah kanak-kanak mengerjakan sembahyang apabila berumur tujuh


tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidak
bersembahyang).”

7. Syarat sah sembahyang maksudnya hendaklah ada syarat-syarat yang akan


diterangkan barulah sembahyang itu sah. Dalam erti kata sekiranya salah satu di
antara syarat ini tiada maka sembahyang itu tidak sah. Syarat sah sembahyang ada 5
perkara diantaranya :

a. Mengetahui masuknya waktu dengan yakin dan dzan tetapi sekiranya


seseorang itu sembahyang tanpa meyakini masuknya waktu masa
sembahyangnya tidak sah walapun tepat pada waktunya.

b. Mengadap Qiblat – (Semasa mengerjakan sembahyang) – bagi orang


yang boleh melakukannya, sekiranya orang yang uzur sakit yang tidak
terdaya melakukan demikian, maka diberi kelonggaran ke atasnya menghadap
ke arah yang ia boleh tetapi hendaklah mengulangi sembahyang tersebut
apabila ia terlah sembuh dari penyakitnya. Mengadap qiblat yang
dimaksudkan ialah dengan dada sahaja oleh itu berpaling muka semasa
sembahyang tidak membatalkan sembahyang cuma makruh sahaja. Tetapi
kalau digerakkan kepada tiga kali berturut-turut maka batal sembahyang.

c. Menutup aurat adalah wajib sama ada sembahyang di tempat yang


sunyi atau di tempat-tempat ramai, aurat lelaki ialah dari lutut hingga pusat
manakala aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan pergelangan
tangan.

d. Suci daripada najis baik dari segi pakaian mahupun anggota badan dan
juga tempat. Maksud tempat ialah tempat berdiri dua kaki, tempat sujud,
tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut.

47
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

e. Suci daripada hadas. Ertinya ia telah pun berwuduk dan juga telah
mandi hadas.

Kesimpulan apabila terdapat lima-lima syarat yang telah disebutkan tadi maka
sembahyang itu dikira sah.

PRA SYARAT KHUSYU’ SOLAT

8. Pra syarat khusyu’ adalah merupakan kehalusan hati dan rasa lazat dalam
mendirikan solat. Perbahasan yang patut mendapat penekanan khusus yang dapat
memberi kebahagiaan dalam kehidupan hati di dalam solat :

a. Sesungguhnya yang terpenting adalah kuatnya motivasi hati kita yang


mendorong pada “kehidupan pada solat” yang merupakan kehendak kita untuk
mengaggungkan Allah dengan penuh perasaan, kita bersimpuh di bawah
kehibatan kekuasaanNya. Yang demikian ini menjadi perasan kita menyedari
akan segala kelemahan kita, kefakiran kita yang berada di bawah naungan
keagunganNya. Berdasarkan kriteria pemahaman tersebut, diharapkan bagi
setiap yang melakukan solat hatinya turut hadir dan mengerakkan segala
perasaannya, ingatannya segala isi hati tertuju pada Allah SWT dan pada
waktu penghayatan total terhadap apa yang dibaca serta didengar dari
kalamNya, dari yang dilafazkan lisan, sejak mulai takbir atau tasbih atau
pujian ataupun doa dan juga apa-apa yang menyertai rukuk dan sujud.

b. Sebelum mengucapkan takbiratul ihram, menyedari bahawa Allah itu


mengawasi hatinya dan mengentahui segala rahsia, maka tidaklah sah
seseorang itu memulakan solatnya dengan doa-doa palsu, lisannya
mengatakan kalimah “Allahu Akbar” sedangkan hatinya berbuat tidak kerana
Allah. Maka kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengosongkan
isi hati dari segala kesibukan sebagaimana layaknya mengadap Allah di dalam
solat dengan hati dan akal fikiran.

c. Hendaklah selalu ingat kriteria tersebut yang diumpamakan sebagai


bahagian ibrah dan Allah-lah sebagai puncak keteladanan yang mempunyai

48
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

sifat Maha Tinggi. Oleh kerana itu, paling utama yang harus dilakukan oleh
setiap yang solat adalah bersimpuh di bawah naungan kebesaran Allah dengan
menyingkirkan kepentingan lain selain kepentingan Allah.

d. Berusaha mencegah beralihnya perhatian, pendengaran, alat


penglihatan atau yang lain di pertengahan solat, dengan memilih tempat yang
tenang dan kita membatasi arah pandangan iaitu dengan menjadikan solatnya
dekat dinding atau penghalang lain, dan memejamkan penglihatan serta
memfokuskan pandangan ke tempat sujud. Demikianlah juga jangan solat di
dalam keadaan menahan kencing dan buang air besar.

e. Berusaha untuk memahami dan menekuni kandungan makna yang


dibaca atau yang di dengar dari kalam Allah, serta yang menjadi bacaan di
dalam zikir, takbir, tasbih, dan doa di celah-celah solat.

f. Hakikat yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat sedang


kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti tentang apa yang kamu
katakan”. Surah An-Nisa 43.

Solat, harus dalam keadaan sihat akal dan penuh perasaan.

g. Haruslah mengetahui bahawa syaitan itu selalu berusaha untuk


mempengaruhinya agar di dalam solatnya tidak khusyu’. Oleh kerana itu
menjadi keharusan bagi yang melakukan solat agar selalu berjaga-jaga
mengamankan solatnya berserta segala kebaikan yang terkandung di
dalamnya, agar jangan sampai syaitan itu menembus dan mengikis kebaikan-
kebaikan tersebut walau sebahagian kecil sekalipun.

Dari Ammar bin Yasin r.a. berkata : “ Aku mendengar Rasulullah


SAW bersabda : “ Sesungguhnya seseorang itu boleh jadi tertolak pahala
solatnya serta sesuatu yang seharusnya ia dapatkan, kecuali sepersepuluh

49
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

dari solatnya, sepersembilannyan, seperlapannya, sepertujuhnya,


seperenamnya, seperlimanya, seperempatnya, sepertiganya, setengahnya”.
(Dari Daud, Nasa’I dan Ibnu Hibban).

h. Harus mampu melampaui kepentingan akhirat dari kepentingan


dunianya. Dengan demikain solat akan menjadi jalan menuju kebahagian
akhirat jika itu benar-benar dilakukannya dengan khusyu’ disertai kehadiran
hati, dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya, maka akan
menghasilkan buah untuk kepentingan kita di Akhirat.

Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud :


Khusyu’ hati seseorang lelaki itu (termasuk wanita) nescaya diikutu pula
khusyu’ anggotanya  “.

PERBEZAAN SOLAT LELAKI DAN WANITA

9. Perbezaan solat lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

a. Solat lelaki  :

(1) Hendaklah merenggangkan kedua tangannya daripada lambung


ketiaknya ketika takbir.

(2) Hendaklah pehanya direnggangkan dari perut ketika sujud.

(3) Boleh menyaringkan bacaanya di waktu-waktu yang


dibolehkan.

(4) Apabila berlaku dalam sembahyang seperti imam terlupa, maka


makmum lelaki boleh mengatakan “ Subhanallah”.

(5) Aurat lelaki antara pusat dan lutut.

b. Solat perempuan :

(1) Hendaklah merapatkan kedua tangannya daripada lambung


ketiaknya ketika takbir.

50
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

(2) Hendaklah pehanya dirapatkan ke perut ketika sujud.

(3) Tidak boleh menyaringkan bacaanya.

(4) Apabila berlaku dalam sembahyang seperti imam terlupa, maka


makmum perempuan hanya boleh menepuk tangan kiri sahaja.

(5) Aurat perempuan keseluruhan badan kecuali muka dan dua


pergelangan tapak tangan.

RUKUN SOLAT

10. Rukun solat ialah tiga belas perkara:

a. Niat dalam hati.

b. Takbiratul Ihram.

c. Berdiri betul.

d. Membaca Fatihah.

e. Ruku’.

f. Iktidal.

g. Sujud.

h. Duduk antara dua sujud.

i. Membaca tahiyat akhir.

j. Selawat keatas nabi dalam tahiyat akhir.

k. Duduk membaca tahiyat akhir.

l. Memberi salam yang pertama.

m. Tertib.

11. Rukun Qauli. Tertakluk kepada sifat sama’ ia mengandungi lima rukun
yang terbit dari lidah iaitu ;

a. Takbirratul Ihram.

51
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

b. Al-Fatihah.

c. Tahiyat Akhir.

d. Selawat.

e. Salam.

12. Rukun Qalbi. Tertakluk kepada sifat ilmu, ianya tertib dari hati Qasad,
Takrid dan takyin.

a. Niat.

b. Tertib.

13. Rukun Fe’li. Ia mengandungi enam rukun yang terbit dari anggota iaitu.

a. Berdiri dengan betul.

b. Rukuk.

c. Iktidal.

d. Sujud.

e. Duduk antara dua sujud.

f. Duduk Tahiyat Akhir.

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

14. Perkara yang membatalkan sembahyang ada sebelas perkara. Oleh itu perkara-
perkara yang tidak termasuk dalam sebelas perkara ini tidak membatalkan
sembahyang. Maksud batal ialah sembahyang yang sedang dilakukannya itu sudah
dikira putus/berhenti dan ia wajib mengulangi semula sembahyang tersebut.
a. Berkata-kata dengan sengaja lain dari al Quran, zikir atau doa baik satu
huruf sekalipun yang boleh memberi makna. Seperti ( ) ertinya
“peliharalah” ataupun perkataan yang tidak mendatangkan sebarang makna.

52
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

b. Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) banyak


melakukan perbuatan yang tidak di suruh melakukannya didalam
sembahyang.

c. Kedatangan hadas kecil/besar, umpamanya keluar sesuatu daripada


kemaluan seperti kencing ataupun mani dan sebagainya.

d. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan samada pada badan atau


pakaian. Sekiranya jatuh pada pakaiannya najis yang kering dan boleh dibuang
semasa itu juga maka tidaklah batas sembahyang. Tetapi najis itu tidak boleh
disentuh dengan tangannya. Jika disentuh maka batal sembahyangnya. Kalau
songkok dijatuhi najis maka bolehlah ditanggalkan songkok tersebut.

e. Terbuka aurat walaupun dengan tidak sengaja seperti ditiup angin,


tetapi sekiranya ditutup dengan segera maka tidaklah membatalkan
sembahyang.

f. Membelakangkan qiblat dengan dadanya.

g. Mengubah niat, umpamanya ia sembahyang zohor kemudian ditukar


niatnya kepada sembahyang sunat zohor maka batal sembahyangnya.

h. Makan walaupun sedikit seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya


kecuali ia terlupa.

i. Minum seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.

j. Ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf begitu


juga menangis.
k. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam.

PERINGATAN
53
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

a. Melangakah dua langkah berturut-turut tidak membatalkan


sembahyang, tetapi sekiranya bergerak/melangkah tiga kali berturut-turut
dikira batal.

b. Menambah rukun seperti sujud atau rukuk yang berlebihan maka batal
sembahyangnya.

c. Mendongak muka ke atas hukumnya makruh.

d. Makruh sembahyang dengan menahan buang air kecil/besar/angin.

e. Makruh sembahyang sekiranya makanan sudah terhidang.

f. Medahului imam atau terkemudian daripada imam dengan dua rukun


fi’li tanpa uzur boleh membatalkan sembahyang.

PERKARA-PERKARA SUNAT DAN MAKRUH DALAM SEMBAHYANG

15. Sunat dalam sembahyang terbahagi kepada dua:

a. Sunat Haiah.
b. Sunat Ab’ad.

Sunat haiah kalau ditinggalkan tidak menjadi apa-apa sebaliknya kalau sunat ab’ad
ditinggalkan maka dikenakan sujud sahwi.

16. Sunat Haiah mengandungi 14 perkara :

a. Mengangkat tangan:
(1) Ketika takbiratul ihram.
(2) Ketika rukuk.
(3) Ketika I’tidal.
(4) Ketika bangun dari rakaat kedua.

54
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

b. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri dan


memegangnya dan meletakkannya dibawah dada atau di pusat.
c. Membaca doa iftitah.
d. Membaca ta’awuz.
e. Membaca Fatihah dan surah pada tempat-tempat yang ditentukan.
f. Membaca amin selepas fatihah.
g. Membaca surah selepas fatihah pada dua rakaat yang pertama.
h. Membaca takbir pada setiap perpindahan rukun.
i. Membaca tasbih ketika rukuk.
j. Membaca tasbih ketika sujud.
k. Meletakkan tangan di atas peha dan melepaskan jari ketika duduk
antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir serta duduk istirahah.
l. Duduk iftirasy.
m. Duduk tawaruk.
n. Salam yang kedua.

17. Sunat Ab’ad ada 7 perkara. Sunat ab’ad atau sunat yang dikuatkan yang
andainya terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi.

a. Tahiyat awal.
b. Selawat dalam tahiyat awal.
c. Duduk tahiyat.
d. Doa qunut
e. Selawat dalam doa qunut.
f. Berdiri semasa qunut.
g. Selawat ke atas keluarga nabi dalam tahiyat akhir.

MAKRUH DI DALAM SEMBAHYANG

18. Makruh melakukan perkara-perkara berikut semasa sembahyang:

a. Berpaling ke kanan dan ke kiri.


b. Menguap tidak berbatas didalam sembahyang.

55
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I6

c. Berdiri sebelah kaki tanpa uzur.


d. Meludah ke sebelah kanan.
e. Merendahkan kepala dari tulang belakang ketika rukuk atau
meninggikan kepala dari tulang belakang.
f. Mengerjakan sembahyang sambil menahan air besar/air kecil.
g. Tidak membaca surah selepas fatihah pada rakaat yang pertama dan ke
dua.
h. Melanjutkan duduk istirahah lebih lama dari duduk antara dua sujud.
i. Makruh bersamaan dengan imam pada semua perbuatan (serentak).
j. Berdiri sendirian diluar saf atau membiarkan saf di hadapan kosong.
k. Menyaringkan bacaan pada tempat yang perlu di perlahankan.
l. Makmum membaca doa dengan suara yang nyaring di belakang imam
menyalahi ikutan.
m. Sembahyang di atas tempat yang terlukis diatasnya atau mengadap
lukisan yang bergambar.
n. Sembahyang diatas ka’bah kerana melanggar adab.
o. Sembahyang mendongak ke langit.

56
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

1I7 - MENGAPLIKASI KONSEP SOLAT JAMAAH

Rujuk:

A. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan, Cetakan Keenam 1998.


B. Bengkel Penghayatan Imam & Bilal, Kor Agama ATM, 1998.
C. Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu, Mohd Uzair Taufik, Jahabesra, 2001.

PENDAHULUAN

1. Sembahyang jemaah adalah satu ibadat yang sangat dituntut di dalam Islam
kerana ia menunjukkan kesatuan hati orang-orang mukmin. Ikatan hati terjalin secara
batin apabila lafaz-lafaz ilahi diucapkan di lidah dan diserapkan ke sanubari tanpa
disedari oleh sesiapa pun. Penyatuan antara mukmin dengan yang lain diibaratkan
ikatan batu bata yang utuh tidak boleh dipisahkan dengan sewenang-wenangnya.

DEFINISI JAMAAH

2. Jamaah merupakan perhubungan yang terhasil daripada solat antara imam dan
makmum. Islam telah mensyari’atkan beberapa upacara dan perhimpunan antara umat
Islam untuk menunaikan ibadah di dalam masa-masa yang tertentu. Antaranya ialah
pelaksanaan solat lima waktu siang dan malam, solat Juma’at seminggu sekali, solat
dua hari raya untuk penduduk setiap negeri dan pertemuan umum setahun sekali iaitu
wukuf di Padang Arafah yang bertujuan berkomunikasi, mempereratkan kasih sayang
dan persefahaman sesama muslim.

PENSYARI’ATAN SOLAT BERJAMAAH.

3. Solat berjamaah telah disyari’atkan di dalam al-Quran, Hadis dan Ijma’.


Pensyari’atan melalui al-Quran adalah sepertimana firman Allah SWT dalam Surah
an-Nisa ayat 102 :-

َ‫الصـالَ َة َف ْلتَـ ُق ْـم طـآئِـ َفـةٌ ِمْن ُه ْـم َم َعـك‬ ِ ‫َوإِ َذا كـْن‬
َ ‫ت فْيـ ِه ْـم فَـأَقَ ْم‬
َّ ‫ـت هَلُ ُـم‬ َ ُ
: ‫ النسـاء‬102

“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan


mereka (semasa perang) lalu engkau mendirikan solat dengan
(menjadi imam) mereka, maka hendak segolongan daripada mereka
berdiri (solat) bersama-samamu”.

57
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

4. Melalui ayat di atas, Allah SWT telah memerintahkan supaya berjamaah


walaupun ketika dalam ketakutan sewaktu berjihad, oleh itu di dalam keadaan aman
perintah berjamaah adalah lebih dituntut. Sekiranya berjamaah itu bukan satu perintah
atau tuntutan, nescaya Allah SWT akan memberikan kemudahan pada masa ketakutan
malah tidak harus meninggalkan kewajipan solat kerana ketakutan.

5. Pensyari’atan melalui Sunnah adalah sepertima sabda Rasulullah SAW:-

ً‫صـالَ ِة الْ َف ِّـذ بِ َس ْـب ٍع َو ِع ْشـ ِريْ َن َد َر َجـة‬ ِ ْ‫صـالَ ةُ اجْل مـاع ِـة أَف‬
َ ‫ـض ُل م ْن‬
َ َََ َ

“Solat berjamaah adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian


sebanyak 27 darjat.”

6. Pensyari’atan melalui ijma’ pula ialah terdapat ijma’ (kesepakatan) para


sahabat tentang pensyari’atan berjamaah selepas berlakunya hijrah. Dinyatakan di
dalam Kitab Ihya (Imam Ghazali) daripada Abi Sulaiman ad-Darani katanya:

“Jangan ada salah seorang daripada kamu yang sengaja meluputkan


solat berjamaah kecuali dengan dosa yang boleh menyebabkan ianya
berdosa.” Katanya, “Orang-orang yang terdahulu berdukacita
selama tiga hari jika mereka terlepas takbir yang pertama dan
dukanya berpanjangan sehingga tujuh hari sekiranya terluput solat
berjamaah.”

HUKUM SOLAT BERJAMAAH

7. Secara umumnya terdapat beberapa hukum solat berjamaah iaitu:

a. Fardhu Ain iaitu pada solat Jumaat. Wajib atas tiap-tiap seoramg
muslim lelaki yang baligh, berakal, merdeka, bermukim yang sihat dan tiada
keuzuran. Firman Allah SWT:

‫يـآأيها الذين آمنـوا إذا نـودي للصـالة من يـوم اجلمعـة فـاسـعوا‬


9 : ‫جلمعـة‬ . ‫إىل ذكـراهلل وذروا البـيع‬

58
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru solat pada

hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah

dan tinggalkanlah perniagaan (jual-beli)”

b. Fardhu Kifayah iaitu pada solat fardhu lima waktu bagi lelaki muslim
dalam sesebuah kampung atau desa. Sabda Nabi SAW:

‫مـا من ثالثـة يف قـريـة وال بدو ال تـقـام فيهـم اجلمـاعـة إال اسـتحوذ‬

‫الشـيطـان عليـك باجلمـاعـة فـإمنـا يـأكـل الـذئب من الغنم القـاصية‬


“Tiada dari tiga orang dalam satu kampung atau dalam satu
desa yang tidak mendirikan solat berjamaah melainkan syaitan
mempermainkan mereka. Hendaklahkamu berjamaah kerana
sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang
terpisah”.

c. Sunat iaitu pada solat yang disunatkan berjamaah padanya seperti


solat eid (hari raya), solat gerhana matahari atau bulan, solat tarawikh dan
sebagainya.

d. Makruh iaitu solat tunai mengikut orang solat qadha atau sebaliknya.

HIKMAT SOLAT BERJAMAAH

8. Antara hikmah solat berjamaah adalah:

a. Mewujudkan rasa kemesraan dan saling berkenalan serta bekerjasama


antara umat Islam.
b. Menanamkan asas kecintaan dan kasih sayang di dalam hati sesama umat

Islam.

c. Menimbulkan perasaan persaudaraan dan persamaan taraf serta saling


bersatu hati semasa senang dan susah tanpa ada perbezaan darjat, pangkat,
pekerjaan, harta dan kemuliaan atau kaya dan miskin.

59
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

d. Melatih supaya berdisiplin dan cintakan ketaatan pada perkara-perkara


yang baik dan makruf.

e. Mengikat anggota masyarakat dengan ikatan yang kuat kerana Allah


dimana imam, matlamat dan jalan mereka adalah satu.

f. Mewujudkan rasa persahabatan dan orang jahil boleh mempelajari


daripada orang alim. Persahabatan wujud dengan berlakunya kekerapan
pertemuan di kalangan jiran tetangga pada waktu-waktu solat.

BILANGAN MINIMUM JAMAAH

9. Mengikut Mazhab Syafe’i, bilangan minimum untuk berjamaah ialah dua


orang iaitu imam dan seorang makmum walaupun dengan seorang kanak-kanak
kecuali pada solat Jumaat.

MENDAPAT PAHALA BERJAMAAH

10. Pahala yang paling sempurna diperolehi oleh orang yang


dapat solat bersama imam dari awal hingga akhirnya. Sesungguhnya
dapat melakukan takbiratul-ihram bersama imam adalah satu fadhilat
berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Anas RA yang diriwayatkan
oleh at-Tirmizi:

‫ براءة من النـار‬:‫من صلى هلل أربعـني يومـا يدرك التكبريةـ األوىل كتب لـه براءتـان‬
‫وبراءة من النفـاق‬
“Seseiapa yang solat kerana Allah selama empat puluh hari secara
berjemaah dengan mendapat takbiratul-ihram yang pertama, ditulis baginya
dua kelepasan; kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada
nifaq.”

11. Takbiratul-ihram bersama imam bermakna makmum melakukan takbiratul-

ihram setelah imam sempurna melakukan takbiratul-ihram. Sabda Nabi SAW:

60
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

‫إمنا جعـل اإلمـام ليـؤمت بـه فـإذا ركـع فـاركعـوا وإذا سـجد فـاسـجدوا‬

“Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti, maka apabila ia rukuk,


rukuklah kamu dan apabila ia sujud maka sujudlah kamu”

12. Menurut pendapat yang sahih Mazhab Syafe’i, fadhilat jamaah dapat

diperolehi selama imam belum memberi salam meskipun tidak sempat duduk

bersamanya seperti imam menamatkan salamnya sebelumnya sebaik sahaja makmum

selesai bertakbiratul-ihram, sekalipun imam memulakan salam sebelum takbir

makmum kerana ia telah mendapat satu rukun bersama imam tetapi fadhilatnya

tidaklah sama dengan fadhilat orang yang dapat bersama dengan imam dari awal. Hal

ini tidak berlaku pada solat Jumaat kerana fadhilat jamaah solat Jumaat tidak dapat

diperolehi kecuali dengan mendapat satu rakaat yang lengkap bersama imam.

SYARAT-SYARAT BERJAMAAH

13. Syarat-syarat berjamaah di dalam sembahyang adalah seperti berikut:

a. Berniat mengikut imam. Hendaklah makmum berniat mengikut


(menjadi makmum) kerana mengikut itu satu amalan. Adapun imam tidak
disyaratkan berniat menjadi imam kecuali pada solat Jumaat. Walau
bagaimanapun imam disunatkan berniat menjadi imam untuk mandapat
fadhilat jamaah. Jika imam tidak berniat menjadi imam, dia tidak mendapat
fadhilat jamaah.

b. Takbiratul-ihram makmum setelah selesai takbiratul-ihram imam.


Makmum mengikut imam dengan mentakkhirkan segala takbirnya dari segala
takbir imam dan mentakhirkan melakukan perbuatan daripada perbuatan
imam. Sabda Nabi SAW:

‫إمنـا جعـل اإلمـام ليـؤتـم بـه فـإذا كـرب فكـربوا وإذا سـجد فـاسـجدوا‬

61
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

“Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti, maka


apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir dan apabila
ia rukuk maka hendaklah ia rukuk.”

‫إمنـا اإلمـام ليـؤتـم بـه فـإذا كـرب فكـربوا وال تكـربوا حىت يكـرب وإذا ركـع فـاركعـوا‬
‫وال تركعـوا حىت يركـع وإذا سـجد فـاسـجدوا وال تسـجدوا حىت يسـجد‬
“Sesungguhnya imam itu untuk diikuti, maka apabila ia takbir
hendaklah kamu takbir dan janganlah kamu takbir sebelum ia
takbir, dan apabila ia rukuk maka hendaklah kamu rukuk dan
janganlah kamu rukuk sebelum ia rukuk, dan apabila ia sujud
maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu sujud sebelum ia
sujud.”

Hadis ini menerangkan bahawa makmum tidak boleh takbir melainkan

setelah sempurna takbir imamnya. Demikian juga dalam rukuk, bangun

daripadanya dan sujud.

‫امـا خيشـى احدكم إذا رفـع رأسـه قبـل اإلمـام أن حيـول اهلل رأسـه رأس حـمـار‬
“Tiadalah ditakuti seorang kamu, iaitu apabila ia mengangkat
kepalanya mendahului imam, bahawa ia akan diubah kepalanya
menjadi kepala keldai.”

Nabi SAW telah menyatakan bahawa sesiapa yang mendahului imam pada

rukuknya dan sujudnya maka akan dijadikan kapalanya kepala keldai (himar) pada

hari kiamat kelak. Oleh yang demikian sesiapa yang menyalahi peraturan-

peraturan tersebut seseungguhnya telah berdosa tetapi solat tetap sah tidak batal.

c. Mengetahui pergerakan imamnya dengan melihatnya atau mendengarnya atau

melihat perpindahan makmum yang di hadapannya atau mendengar suara

muballigh.

62
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

d. Makmum dan imam berhimpun pada satu tempat. Jika solat dalam sebuah

masjid hendaklah antara makmum dengan imam tidak dinding yang menghalangi

makmum sampai kepada imam. Jika solat di luar masjid hendaklah antara

makmum dengan imam atau antara makmum dengan makmum yang terakhir tidak

lebih daripada tiga ratus hasta dan tidak ada dinding yang menghalangi.

e. Tidak terkehadapan tempat makmum dari tempat imam iaitu tumit makmum

tidak lebih kehadapan dari tumit imam. Jika makmum seorang lelaki berdiri ia di

kanan imam dan jika datang seorang lagi hendaklah ia berdiri di kiri imam.

Kemudian hendaklah imam itu maju kehadapan atau makmum undur kebelakang

dan mengundur ke belakang adalah lebih afdal.

Makmum dua orang lelaki atau lebih atau makmum seorang perempuan

atau lebih hendaklah berdiri di belakang imam lelaki. Jika beberapa orang

makmum kanak-kanak, saf mereka ialah di belakang makmum lelaki dan di

hadapan makmum perempuan.

f. Tidak terdahulu makmum daripada perbuatan imam dengan dua rukun

perbuatan (fi’li).

g. Tidak terkemudian makmum daripada imam dengan dua rukun perbuatan

tanpa keuzuran.

h. Imam bukan seorang yang kafir. Tidak sah solat berimamkan seorang kafir.

Apabila seseorang yang solat meragui imamnya tentang keislamannya, solatnya

adalah sah selama kekufurannya tidak terbukti kerana telah menjadi anggapan

bahawa orang yang solat itu adalah Islam lebih-lebih lagi ia menjadi imam.

Sekiranya nyata selepas solat bahawa imam itu adalah seorang yang kafir maka

wajiblah makmum mengulangi solatnya.

63
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

i. Imam hendaklah seorang yang baligh dan berakal yakni tidak gila atau mabuk.

j. Martabat imam tidak kurang daripada makmum seperti perempuan atau

khunsa. Makmum lelaki tidak boleh berimamkam khunsa atau perempuan.

Makmum khunsa tidak boleh berimamkan khunsa atau perempuan. Makmum

perempuan boleh berimam kepada lelaki, perempuan dan khunsa.

k. Imam bukan seorang yang ‘ummi yakni cedera bacaannya. Seorang yang qari

(bagus bacaan al-fatihahnya tidak boleh berimam kepada seorang yang ummi

(yang cacat bacaan al-fatihahnya). Seorang yang ummi boleh berimam kepada

orang yang ummi jika huruf yang cacat pada bacaan mereka serupa. Jika kecacatan

bacaan itu berbeza maka tidak boleh yang seorang mengikut kepada yang lain.

l. Bersamaan solat imam dan makmum. Jika cara solat mereka berbeza seperti

solat fardhu di belakang orang yang solat gerhana atau solat jenazah maka ikutan

kedua-duanya tidak sah disebabkan kelainan perbuatan antara kedua-dua solat itu.

14. Orang yang solat tunai sah mengikut orang yang solat qadha’ dan sebaliknya,

orang yang solat Zuhur mengikut orang yang solat Asar dan sebaliknya, begitu juga

orang yang solat subuh mengikut orang yang solat Maghrib, pada ketika itu jadilah

makmum orang yang masbuq. Dalam hal ini tidak mengapa mengikut imam dalam

bacaan qunut dan duduk tahiyyat akhir dalam solat maghrib. Makmum boleh

mufaraqah daripada imam apabila imam sibuk membaca qunut atau dudu demi

menjaga susunan-susunan solat.

15. Harus solat subuh di belakang orang yang solat zuhur. Apabila imam bangun

pada rakaat ketiga, jika mahu makmum boleh mufaraqah dan memberi salam atau

menunggu imam untuk melakukan salam bersamanya. Menunggu imam adalah lebih

64
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

afdal. Jika makmum sempat melakukan qunut pada rakaat kedua maka hendaklah ia

berqunut jika tidak sempat hendaklah tinggalkan. Makmum juga boleh mufaraqah

kerana hendak membaca qunut.

BERNIAT MUFARAQAH DARIPADA IMAM

16. Jika seseorang telah melakukan takbiratul-ihram sebagai makmum kemudian

ia berniat mufaraqah daripada imam dan menyempurnakan solatnya bersendirian,

maka perbuatan itu harus menurut golongan Syafe’i samada dengan keuzuran atau

tanpa keuzuran tetapi ia makruh kerana terpisah daripada jamaah yang dituntut (sunat

muakkad). Walau bagaimanapun hal ini terdapat pengecualian di mana tidak sah

berniat mufaraqah dalam rakaat pertama solat Jumaat. Demikian juga dalam solat

yang hendak diulangi oleh seorang secara berjamaah dan solat yang dijama’ taqdim

maka tidak sah berniat mufaraqah dalam solat-solat itu.

17. Termasuk dalam keuzuran ialah seperti pemanjangan solat oleh imam atau

meninggalkan sunat seperti tasyahhud awal atau qunut. Dalam hal demikian makmum

boleh bermufaraqah untuk melakukan sunat-sunat tersebut. Termasuk keuzuran juga

ialah seperti sakit atau bimbang dikuasai rasa mengantuk atau sesuatu yang

membatalkan solat atau takut kehilangan atau kerosakan hartanya atau takut

kehilangan teman musafirnya atau seorang yang keluar dari saf kemudian didapatinya

tidak ada orang yang bersamanya dalam saf baru.

PENUTUP

18. Setiap insan yang mengaku dirinya muslim, mikmin dan muhsin, maka
hendaklah merealisasikan konsep berjemaah dalam apa jua aktiviti hariannya,

65
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah
1I7

samada dengan ahli keluarga, kawan-kawan atau masyarakat. Lantaran ia amat


ditekankan dalam aspek ibadah dan ganjarannya sangat besar ibaratkan
maksud Hadith Nabi SAW:

“Wajib ke atas kamu berjamaah, kerana serigala akan makan


kambing yang bersendirian.......”.

66
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8

1I8 - MENGAPLIKASI SOLAT JUMAAT

Rujuk :

A. Pengentahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan, Cetakan Keenam 1998.


B. Al Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, Panduan Fardhu ’Ain, Cetakan keempat
Oktober 1996.

MUQADDIMAH

1. Sembahyang Jumaat ialah sembahyang beramai-ramai di masjid sebagai ganti


sembahyang zohor, hukumnya ialah fardhu ain bagi tiap-tiap lelaki yang mukallaf,
muslim, merdeka, berakal, baligh dan bermukim kecuali orang yang uzur serta orang
yang dalam musafir.

SYARAT WAJIB JUMAAT

2. Syarat-syarat wajib Jumaat tujuh perkara :


a. Islam.
b. Baligh.
c. Berakal.
d. Merdeka (Hamba tidak wajib sembahyang Jumaat).
e. Lelaki (Perempuan dan khunsa tidak wajib).
f. Sihat (Orang sakit dimaafkan).
g. Mastautin (Bagi yang bermukim tinggal di suatu tempat lebih dari tiga
hari perjalanan dengan niat bermastautin).

SYARAT SAH JUMAAT

3. Syarat-syarat sah Jumaat adalah seperti berikut :


a. Hendaklah didirikan sembahyang Jumaat di dalam waktu zohor.
b. Bilangan ahli jamaah seramai 40 orang lelaki yang bermastautin.
c. Dikerjakan dengan berjamaah.

67
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8

d. Di dalam bangunan yang tertentu (Masjid).


e. Didahulukan dengan dua khutbah sebelum mendirikan sembahyang.
f. Tidak ada dua Jumaat di tempat itu.

SUNAT-SUNAT JUMAAT

4. Diantara perkara-perkara sunat berkaitan dengan jumaat diantaranya :


a. Perkara-perkara sunat pada hari Jumaat.
b. Perkara-perkara sunat berhubung dengan khutbah.

5. Perkara-perkara sunat pada hari Jumaat. Diantara perkara-perkara sunat


tersebut ialah :

a. Mandi sunat Jumaat.


b. Berpakaian elok, kemas dan bersih.
c. Memakai bau-bauan yang harum.
d. Memotong kuku, menggunting rambut dan mencukur janggut.
e. Pergi awal ke masjid.
f. Sunat sembahyang tahaiyatul masjid dan berniat iktikaf.
g. Berzikir, berselawat atau membaca al-Quran.

6. Perkara-perkara sunat berhubung dengan khutbah. Perkara-perkara sunat


berhubung denga khutbah ialah :

a. Khutbah dibaca oleh khatib di atas mimbar di sebelah kanan mihrab


dan tinggi.
b. Semasa khatib hendak naik hendaklah memberi salam kepada orang
yang hampir dengan mimbar.
c. Memberi salam di atas mimbar dan duduk menunggu bilal azan.
d. Memegang tongkat dengan tangan kiri.
e. Khutbah hendaklah dibaca dengan betul, jelas, fasih dan mudah
difahami, sederhana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek serta tidak
menyinggung hati atau perasaan orang yang hadir.

68
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8

f. Berkhutbah dalam keadaan berdiri, tidak mendongak atau memandang


sekeliling.
g. Jangan memuji secara berlebihan semasa berdoa untuk ‘ulil amri’.
h. Khatib hendaklah mentertibkan tiga rukun bermula dari memuji Allah,
selawat dan berwasiat. Manakala rukun lain tidak perlu tertib.
i. Jamaah hendaklah mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib
dengan teliti serta diam.
j. Khatib hendaklah mengakhiri khutbah yang pertama dengan
beristighfar untuk dirinya dan jamaah.
k. Sebaik sahaja selesai khutbah yang kedua, khatib hendaklah turun dari
mimbar serentak dengan bilal beriqamah.

UZUR (HALANGAN) JUMAAT

7. Keuzuran yang diharuskan meninggalkan solat Jumaat adalah seperti berikut :

a. Terlampau sejuk.
b. Hujan.
c. Terpaksa buang air.
d. Lapar ataupun dahaga.
e. Takut kepada piutang kalau-kalau diminta di tengah jalan sedangkan ia
benar-benar tidak mampu.
f. Takut kepada orang zalim.
g. Siap sedia untuk bermusafir takut kalau-kalau terlewat atau
ditinggalkan oleh kawan-kawan.

HIKMAT JUMAAT

8. Diantara hikmat Jumaat ialah:

a. Dapat mengeratkan tali persaudaraan Islam dalam sesebuah


masyarakat.

b. Dapat mendengar nasihat dan pengajaran yang disampaikan di dalam


khutbah.

69
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I8

c. Meninggikan syiar Islam di mana umat Islam berkumpul


seminggu sekali untuk beribadah kepada Allah.

d. Melambangkan kesatuan Islam, dimana semua orang yang hadir hanya


mengikut seorang imam sahaja.

PENUTUP

9. Solat Jumaat wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat-
syaratnya. Barang siapa yang meninggalkannya tanpa uzur maka ia dikira berdosa
kecuali dengan keuzuran syarak tidak lebih dari tiga kali sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dari Abi Al-Ja’di katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang


meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan sengaja meringan-
ringankannya maka Allah menutup hatinya dari menerima petunjuk”.

(Riwayat Abu Daud)

70
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9

1I9 - MELAKSANAKAN SOLAT JAMA’ DAN QASAR

Rujuk:

A. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan, Cetakan Keenam 1998.


B. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal, Kor Agama Angkatan Tentera, 1998.

PENDAHULUAN

1. Allah SWT telah menganugerahkan kepada orang-orang Islam dalam


pelaksanaan sembahyang fardhu dalam beberapa keadaan tertentu. Oleh yang
demikian, harus bagi sesiapa sahaja untuk mengaplikasikan konsep sembahyang ini
yang dikenali sebagai sembahyang jamak dan qasar.

PENGERTIAN JAMA’

2. Solat jama’ ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu misalnya
menghimpunkan solat zuhur kepada asar atau sebaliknya, maghrib pada waktu ‘isyak
atau sebaliknya.

HUKUM SOLAT JAMA’

3. Hukum solat jama’ adalah harus bagi orang-orang yang dalam perjalanan
(musafir) mengikut perjalanan yang diharuskan qasar.

BAHAGIAN SOLAT JAMA’.

4. Solat jama’ terbahagi kepada dua iaitu jama’ taqdim dan jama’ ta’khir. Jama’
taqdim ialah menghimpukan dua solat dan menunaikannya pada waktu solat yang
pertama seperti menghimpunkan solat zuhur dengan ‘asar pada waktu zuhur atau solat
maghrib dengan ‘isyak pada waktu maghrib. Jama’ ta’khir pula ialah
menghimpunkan dua solat dan menunaikannya pada waktu yang kedua seperti
menghimpunkan solat zuhur dengan ‘asar dan menunaikannya pada waktu ‘asar atau
solat maghrib dengan ‘syak pada waktu ‘isyak.

71
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9

SOLAT YANG BOLEH DIJAMA’.

5. Solat yang boleh dijama’ ialah solat zuhur dengan ‘asar atau sebaliknya dan
solat maghrib dengan ‘isyak atau sebaliknya. Solat subuh tidak boleh dijama’ dengan
mana-mana solat fardhu. Begitu juga solat maghrib tidak boleh dijama’ dengan solat
asar atau sebaliknya.

JENIS-JENIS SEMBAHYANG JAMA’

6. Jenis-jenis sembahyang jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan


jamak ta’khir :

a. Jama’ Taqdim:

(1) Hendaklah dimulai solat yang empunya waktu, ertinya


lakukan zuhur dari ‘asar dan maghrib dari ‘isyak.

(2) Niat jama’ pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul-
ihram atau di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi
salam.

(3) Mualat iaitu berturut-turut di antara solat yang pertama dan


yang kedua. Tidak boleh diselangi di antara keduanya oleh pekerjaan
atau perbuatan lain. Sekiranya diselangi dengan pekerjaan-pekerjaan
lain yang memakan masa dua rakaat, maka hendaklah ia solat pada
waktunya nanti. Sekiranya diselangi dengan iqamah dan mengambil
wuduk, maka jama’nya tidak batal.

(4) Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua tetapi


tidak disyaratkan sehingga selesai solat yang kedua.

72
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9

b. Jama’Ta’khir: Solat jama’ ta’khir ini tidak disyaratkan tertib (yang


mana dahulu dan yang mana kemudian). Oleh itu apabila tiba waktu untuk
melakukan solat jama’ ta’khir, maka boleh didahulukan solat Zuhur atau Asar,
demikian juga pada solat Maghrib dan ‘Isyak. Syarat-syaratnya adalah seperti
berikut:

(1) Niat untuk menta’khir solat yang pertama pada waktu yang
kedua dalam waktu yang pertama seperti niat menta’khirkan solat
Zuhur ke waktu ‘Asar dalam waktu Zuhur.

(2) Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.

c. Solat Jama’ Kerana Hujan. Solat jama’ kerana hujan tidaklah


diharuskan melainkan solat jama’ taqdim sahaja. Bagi orang yang solat
berseorangan atau berjemaah di rumah tidak diharuskan solat jama’. Selain
daripada musafir solat jama’ boleh dilakukan kerana hujan dengan syarat
seperti berikut:-

(1) Hujan yang menyebabkan susah berjalan ke masjid.


(2) Solat itu dikerjakan secara berjamaah.
(3) Rumahnya jauh daripada masjid.
(4) Hujan itu hendaklah ada pada permulaan takbiratul-ihram solat
pertama dan terus hujan pada penghabisan solat yang pertama dan
masih hujan permulaan solat yang kedua.

PENGERTIAN QASAR

7. Solat qasar ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat ‘isyak, zuhur dan ‘asar.
Ia hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60
batu).

8. Hukum Solat Qasar. Harus mengqasarkan solat bagi seseorang yang dalam
perjalanan melebihi dua marhalah (60 batu).

73
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9

9. Syarat-syarat Qasar:

a. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.


b. Perjalanannya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah.
c. Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat zuhur, ‘asar atau ‘isyak
sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak boleh melakukan qasar
solat qadha dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam
kawasan tempat kediamannya. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh
diqasar apabila diqadha di dalam musafir.
d. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul-ihram.
e. Tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam.
f. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju
itu tidak tentu maka tidak boleh qasar.

g. Berkekalan perjalanannya hingga sempurna solat.

h. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

HAL-HAL YANG BERKAITAN DENGAN JAMA’ DAN QASAR

10. Seseorang yang bermusafir melebihi dua marhalah harus bagi melakukan
solat jama’ dan qasar sekali. Walau bagaimanapun ia boleh melakukan salah satu
daripada berikut:

a. Menjama’kan dua solat fardhu tanpa qasar.

b. Menjama’kan dua solat fardhu dengan qasar.

c. Mengqasarkan solat fardhu tanpa jama’.

11. Solat jama’ dan qasar adalah satu keringanan yang diberikan Allah SWT
kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan
dalam musafir yang melebihi dua marhalah.

74
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9

12. Permulaan musafir dikira setelah keluar kawasan samada melalui sungai, parit,
kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

13. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir.
Apabila sampai di tempat permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah masa keharusan
untuk melakukan solat jama’ dan qasar yakni tidak boleh melakukan jama’ dan qasar
lagi.

14. Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat
tamam (sempurna).

15. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti di suatu tempat selama 4 hari
atau lebih, maka putuslah safarnya. Jika ia berhenti di situ selama 3 hari, maka
bolehlah ia solat jama’ atau qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari
keluar.

16. Apabila seseorang yang musafir itu berniat untuk berhenti di suatu tempat
selama tiga hari, tetapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka
diharuskan jama’ atau qasar sehingga 18 hari.

17. Orang yang bermusafir kerana sesuatu maksiat maka ia tidak diharuskan solat
jama’ dan qasar.

18. Seorang yang musafir melebihi dua marhalah afdal mengerjakan solat secara
jama’ dan qasar. Musafir yang kurang daripada dua marhalah (60 batu) afdal
mengerjakan solat sebagaimana biasa.

75
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I9

PENUTUP

19. Adalah tidak menjadi kesalahan atau dikira berdosa jika sesorang itu tidak
melakukan sembahyang jamak dan sembahyang qasar, andai kata ia telah menepati
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak seperti di atas. Pun begitu, menjadi
suatu kelebihan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa menyahut ’rukhsah’ atau
keringanan yang merupakan satu kurniaan khusus daripada Azza Wa Jalla. Hanya
orang-orang yang mengetahui akan kelebihannya sahaja akan menyahut seruan ilahi.

76
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10

1I10 - MELAKSANAKAN SOLAT JENAZAH

77 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10

78 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10

79 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I10

80 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

1I11 - MELAKSANAKAN SOLAT-SOLAT SUNAT

Rujuk :

A. Bengkel Penghayatan Imam dan Bilal. Cetakan Pertama 1998.

Muqaddimah

1. Perkara sunat adalah merupakan peluang meraih ganjaran bagi meningkatkan


ketakwaan seseorang kepada Allah SWT, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya
mengerjakan berbagai-bagai jenis solat sunat yang mana baginda sendiri
mengamalkannya. Solat-solat sunat itu boleh diamalkan mengikut waktu-waktu tertentu
atau pun diamalkan bila-bila masa.

MENERANGKAN BAHAGIAN SOLAT SUNAT

2. Solat sunat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu solat sunat yang
disunatkan berjemaah dan solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah umpamanya:

a. Solat sunat yang disunatkan berjamaah.

(1) Sunat Muakkad. Ialah sunat yang dituntut mengerjakannya


secara berjamaah diantaranya ialah:
(a) Solat Sunat Dua Hari Raya.
(b) Solat Sunat Istisqa’.
(c) Solat Sunat Dua Gerhana.

(2) Sunat Ghairul Muakkad. Ialah sunat yang tidak dituntut


mengerjakannya secara berjamaah diantaranya ialah:
(a) Solat Sunat Tahajjud.
(b) Solat Sunat Witir.
(c) Solat Sunat Taubat.
b. Solat sunat yang tidak di sunatkan berjamaah.

81 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

(1) Sunat Muakkad. Ialah sunat yang dituntut mengerjakannya


tidak secara berjamaah diantaranya ialah:
(a) 2 rakaat sebelum Solat Subuh.
(b) 2 rakaat sebelum dan selepas Solat Zuhur.
(c) 2 rakaat selepas Solat Maghrib dan Isya’.

(2) Sunat Ghairul Muakkad. Ialah sunat yang tidak dituntut,


mengerjakannya tidak secara berjamaah diantaranya ialah:
(a) 2 rakaat ditambah sebelum dan selepas Solat
Zuhur.
(b) 4 rakaat sebelum Solat Asar.
(c) 2 rakaat selepas Solat Isya’.
(d) 2 rakaat sebelum Solat Jumaat.

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT

3. Jenis-jenis solat sunat diantaranya ialah:

a. Solat Hajat. Solat Hajat ialah sembahyang yang dikerjakan kerana


mempunyai hajat agar diperkenankan hajatnya oleh Tuhan. Solat sunat hajat
dikerjakan dua rakaat, kemudian berdoa memohon sesuatu yang menjadi
hajatnya.

b. Solat Terawih. Solat Terawih ialah solat malam yang dikerjakan


pada bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya sunat Muakkad, boleh dikerjakan
secara bersendirian atau berjamaah. Solat ini dilakukan sesudah solat Isyak
hingga waktu fajar. Bilangan rakaat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah
SAW ialah lapan rakaat. Umar bin al-Khattab mengerjakannya sebanyak 20
rakaat. Amalan Umar al Khattab ini disepakati oleh Ijma’.

c. Solat Witir. Waktunya sesudah solat Isyak sampai terbit fajar, dan
biasanya solat witir itu dirangkaikan dengan solat Terawih. Bilangan rakaatnya
satu atau tiga, lima, tujuh, sembilan dan sebelas rakaat. Kalau solat witir itu
banyak boleh dikerjakan dua rakaat satu salam. Kemudian yang terakhir satu

82 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

rakaat dengan satu salam. Jumlah sebelas rakaat itu telah cukup dan inilah yang
dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana dinyatakan oleh Aisyah r.a
yang ertinya:

“Tidaklah pernah Nabi SAW melebihi solat malam (witir) melebihi dari
sebelas rakaat”.

Pada bulan Ramadhan selepas 15 haribulan, Ramadhan pada


rakaat yang terakhir solat witir, sesudah I’tidal pada rakaat terakhir,
disunatkan membaca qunut.

d. Solat Dua Hari Raya. Solat hari raya ada dua iaitu Hari Raya
Fitrah pada 1 Syawal dan Hari Raya Adha pada 10 Zulhijjah. Waktu solat ini
dimulai dari terbit matahari sampai gelincir matahari. Kedua-dua solat ini
hukumnya sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan, mukim atau musafir.

e. Solat Istisqa’. Solat Istisqa’ adalah solat sunat untuk memohon


hujan dan disunatkan bagi orang-orang yang bermukim atau musafir, ketika
sangat memerlukan air kerana tidak ada hujan atau keputusan air.

f. Solat Gerhana. Solat Khusufain ialah solat dua gerhana


iaitu solat kerana gerhana bulan atau gerhana matahari, kalau gerhana
bulan kita lakukan solat khusus dan kalau gerhana matahari kita lakukan
solat kusus. Kedua solat ini hukumnya sunat muakkad, waktu
melakukan solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai
matahari kembali seperti biasa atau sampai terbenam, sedangkan solat
gerhana bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit
kembali atau sampai bulan nampak penuh.

MENERANGKAN KAIFIAT PERLAKSANAAN

4. Solat Hajat. Solat ini banyak cara mengerjakannya. Pada dasarnya solat Hajat
itu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua rakaat, sebanyak-banyak 12 rakaat, dengan
tiap-tiap dua rakaat satu salam, ayat-ayatnya terserah kepada yang mengerjakannya dan

83 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

tunaikan dua rakaat sehingga 12 rakaat jumlahnya, samalah seperti sembahyang-


sembahyang yang lain.

Lafaz niatnya ialah:

Ertinya : “Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allat Taala”.

Setelah selesai solat hajat duduklah dengan khusyu’ sambil membaca istighfar
100 kali iaitu:

Ertinya : “Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar”.

Setelah selesai membaca istighfar bacalah selawat ke atas nabi s.a.w 100 kali

iaitu:

Ertinya: “Ya Allah berilah kesempurnaan atas junjungan kami nabi

Muhammad SAW kesejahteraan yang diredhai dan redhailah daripada sahabat-

sahabat sekalian”.

Sesudah itu bacalah doa berikut:

Ertinya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha
Pemurah, Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘arasy yang mulia. Segala piji
bagi Allah Tuhan sekalian alam. Wahai Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu
segala yang mewajibkan rahmatMu dan segala yang meneguhkan keampunan
Mu dan mendapat keuntungan dari segala kebajikan dan selamat daripada
segala dosa. Janganlah engkau biarkan dosa pada diriku dan tiada engkau
ampuni dan jangan biarkan kesusahan yang tiada jalan keluarnya dan sesuatu
hajat yang engkau redhai melainkan engkau makbulkannya wahai Tuhan Yang
Maha Pengasih”.

84 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


‫‪1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah‬‬ ‫‪1I11‬‬

‫‪5.‬‬ ‫‪Solat Terawih.‬‬ ‫‪Cara mengerjakan Solat Terawih ialah tiap-tiap dua‬‬
‫‪rakaat diakhiri dengan satu salam. Setelah selesai solat itu hendaklah diteruskan‬‬
‫‪dengan solat Witir.‬‬
‫‪Lafaz niatnya :‬‬

‫‪Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat terawih dua rakaat (makmum/imam) kerana‬‬

‫‪Allat Taala.‬‬

‫‪Setelah selesai solat Isyak Bilal membaca:‬‬

‫صالة الرتاويح جامعة رمحكم اهلل الصالة ال اله اال اهلل وحده الشريك له‪ ،‬له امللك وله احلمد حييي‬
‫ومييت وهوعلى كل شىء قدير‪،‬‬
‫‪Bilal……….‬‬
‫اللهم صل على سيدنا حممد‬
‫اللهم صل على سيدنا وموالنا محمد‬

‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا وموالنا محمد‬

‫………‪Selepas rakaat pertama dan kedua , bilal membaca‬‬


‫فضال من اهلل ونعمة ومغفرة ورمحة‪ ،‬ال اله اال اهلل وحده ال شريك له‪ ،‬له امللك وله‬
‫احلمد حييي ومييت وهوعلى كل شىء قدير‪،‬‬
‫‪Bilal……….‬‬
‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا وموالنا محمد‬

‫‪Selepas rakaat ketiga dan keempat, bilal membaca..........‬‬

‫ســبحان امللك املعبــود ســبحان امللك املوجــود ســبحان امللك احلي الــذى ال ينــام وال ميوت وال‬
‫يفوت ابدا ‪ ،‬سبوح قـدوس ربنا ورب املالئكةـ والـروح ‪،‬سـبحان اهلل واحلمدهلل وال اله اال اهلل‬
‫واهلل اكرب‪ ،‬وال حول وال قوة اال باهلل العلى العظيم‪.‬‬
‫………‪Bilal‬‬

‫‪85‬‬ ‫‪Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1‬‬


‫‪1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah‬‬ ‫‪1I11‬‬

‫اللهم صل على سيدنا حممد‬


‫اللهم صل على سيدنا وموالنا حممد‬
‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا وموالنا محمد‬

‫‪Imam berdoa:‬‬

‫…‪Selepas rakaat kelima dan keenam, bilal membaca‬‬

‫فضال من اهلل ونعمة ومغف ــرة ورمحة‪ ،‬ال اله اال اهلل وح ــده ال ش ــريك لـ ــه‪ ،‬له امللك وله احلمد‬
‫حييي ومييت وهوعلى كل شىء قدير‪،‬‬
‫………‪Bilal‬‬
‫اللهم صل على سيدنا ونبيناـ وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا وموالنا حممد‬
‫‪Selepas rakaat ketujuh dan kelapan, bilal membaca...‬‬

‫سبحان امللك املعبود سبحان امللك املوجود سبحان امللك احلي الذى ال ينام وال ميوت وال يفوت ابدا‬
‫‪ ،‬سبوح قدوس ربنا ورب املالئكة والروح ‪،‬سبحان اهلل واحلمدهلل وال اله اال اهلل واهلل اكرب‪ ،‬وال حول‬
‫وال قوة اال باهلل العلى العظيم‪.‬‬

‫)‪Bilal…. (Bacaan selawat ini dibaca juga sebelum solat witir‬‬


‫اللهم صل على سيدنا حممد‬
‫اللهم صل على سيدنا وموالنا محمد‬

‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا وموالنا محمد‬


‫‪Imam berdoa:‬‬

‫‪Kemudian bilal membaca sebelum sembahyang witir‬‬ ‫‪(bila masuk‬وقنتوا‬


‫)‪malam 16 haribulan tambah bacaan‬‬

‫‪86‬‬ ‫‪Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1‬‬


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

‫ الصالة ال اله اال اهلل وحده ال‬، ‫ شهركم شهر الصيام رحمكم اهلل‬/ ‫أوتروا ومجدوا وعظموا‬
،‫ له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهوعلى كل شىء قدير‬،‫شريك له‬

Bilal baca sama seperti yang di atas sebanyak tiga kali (3x)
‫اللهم صل على سيدنا حممد‬
‫اللهم صل على سيدنا وموالنا محمد‬

‫اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وذخرنا وموالنا محمد‬


6. Solat Witir. Cara mengerjakan solat sunat witir dua rakaat:
Lafaz niatnya :

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala”.

Cara mengerjakan sunat witir satu rakaat :


Lafaz niatnya : “ Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala”.
Setelah selesai solat witir boleh dibaca sebarang doa.

7. Solat dua Hari Raya. Cara mengerjakannya:

a. Dilakukan samada di Masjid atau di padang dan diperbanyakkan takbir.


b. Dua rakaat pada hari raya Aidil Fitri/Aidil Adha dengan berjamaah.
Rakaat pertama tujuh kali takbir dan rakaat kedua lima kali takbir. Diantara satu
takbir dengan takbir yang lain hendaklah membaca tasbih berikut :

‫سبحان هللا والحمد هلل والاله اال هللا و هللا اكبر‬

c. Lafaz niat Aidil Adha :

‫أصلى سنة عيد االضحى ركعتين مأموما هلل تعالى‬

“Sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala”

Lafaz niat solat Aidil Fitri:

87 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

‫صلى سنة عيد االضحى ركعتين مأموما هلل تعالى‬

“Sahaja aku sembahyang sunat hari raya Adha dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala”

d. Solat Istisqa’. Cara melaksanakannya ada tiga cara iaitu:

(1) Berdoa sahaja di mana-mana tempat dan waktu dengan suara


yang nyaring atau perlahan.

(2) Menambah doa Istisqa’ (mohon turun hujan) pada khutbah


Jumaat.

(3) Solat dua rakaat yang disertai dengan dua khutbah dan itulah
yang sebaik-baiknya.

Lafaz Niatnya:

Ertinya: “Sahaja Aku sembahyang sunat Istisqa’ dua rakaat


(makmum/imam) kerana Allah Taala”.

Cara melaksanakan solat ini ada tiga cara iaitu:

(1) Tiga hari sebelum melakukan solat Istisqa’ imam atau ulama’
serta penduduk kampung hendaklah berpuasa tiga hari dan menasihati
mereka supaya beramal baik, seperti bersedekah, bertaubat dari segala
dosa, mengusahakan pendamaian dengan orang yang dianggap lawan
dan menghindarkan kezaliman.
(2) Pada hari keempatnya, semua penduduk/kaum termasuklah
binatang ternakan mereka dikehendaki berkumpul di kawasan tanah
lapang. Sebaiknya dengan pakaian yang sederhana tanpa memakai bauan
dan perhiasan. Duduklah dengan khusyu’ serta banyakkanlah istighfar
memohon keampunan dari Allah.

88 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

(3) Setelah salam, Khatib hendaklah membaca dua khutbah. Pada


khutbah yang pertama dimulai dengan membaca istighfar 9 kali dan
pada khutbah yang kedua dimulai dengan membaca istighfar 7 kali.

e. Khutbah Istisqa’. Cara melaksanakannya berbeza sedikit dengan


khutbah lainnya.

(1) Khatib disunatkan memakai selendang.

(2) Isi khutbah menganjurkan supaya beristighfar dan merendahkan


diri kepada Allah serta berkeyakinan, bahawa Allah akan mengabulkan
doa mereka.

(3) Ketika berdoa hendaknya mengangkat semua tangan lebih tinggi


hingga terbuka antara lengan dan badannya.

(4) Pada khutbah yang kedua ketika berdoa hendaknya khatib


berpaling ke kiblat ertinya membelakangi makmum dan bersama-sama
semuanya berdoa terus. Ketika berdoa khatib hendaklah berdoa yang
lemah lembut menurut tekanan irama memohon. Manakala khatib
berdoa dengan suara nyaring makmumnya pula dianjurkan mengikuti
dengan doa suara yang nyaring pula.

(5) Ketika berpaling ke kiblat khatib hendaklah merubah


selendangnya yang kanan ke kiri dan yang atas ke bawah. Lafaz istighfar
dan doa istisqa’ ialah:

Doa Istisqa’ yang sering dibaca dalam solat istisqa’ baik dalam
khutbah mahupun di luar khutbah ialah :

Ertinya : “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami dan janganlah


engkau jadikan orang-orang yang putus asa”.

f. Solat Gerhana. Cara mengerjakannya:

89 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

(1) Solat dua rakaat sebagaimana solat biasa, boleh dilakukan secara

bersendirian tetapi lebih utama secara berjamaah.

(2) Solat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Pada

rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal bacalah surah Al-Fatihah lagi,

kemudian terus rukuk sekali lagi dan I’tidal. Kemudian terus sujud

sebagaimana biasa.

(a) Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti rakaat pertama.

Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali

membaca Al-Fatihah dan dan 4 kali sujud.

(b) Bacaan al-fatihah dan surah dalam solat gerhana bulan

dinyaringkan, sedangkan dalam gerhana matahari tidak

dinyaringkan. Pada tiap-tiap rakaat disunatkan membaca surah-

surah panjang.

(c) Solat gerhana boleh dikerjakan seperti solat biasa iaitu

dua rakaat dengan dua ruku’ maka sah solatnya.

Lafaz niat Gerhana Bulan:

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang gerhana bulan dua rakaat kerana Allah

Taala”.

Lafaz niat gerhana Matahari :

90 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I11

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang gerhana matahari dua rakaat kerana Allah

Taala”.

MENERANGKAN HIKMAT DAN KELEBIHAN

8. Di antara hikmat dan kelebihan solat-solat sunat adalah:

a. Diangkat oleh Allah kedudukan yang terpuji.


b. Melahirkan kecekalan hati dalam menghadapi pancaroba dunia.
(Aghiyar Dunia)
c. Menimbulkan muraqabah, muhasabah dan mua’qabah dalam jiwa.
d. Murah rezeki zahir dan batin.
e. Diampuni dosa dan dirahmati oleh Allah dalam kehidupan.
f. Ganjaran pahalanya adalah lebih baik dari dunia dan isinya.

PENUTUP

9. Setiap orang Islam digalakkan melaksanakan sembahyang-sembahyang sunat


kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah SWT. Sembahyang ini bukan rekaan
semata-mata tetapi semuanya berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan
hingga ke hari ini.

91 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I12

1I12 - MENGAPLIKASI SOLAT DALAM KEUZURAN

Rujuk:

A. Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu, Mohd Uzair Taufik, Perniagaan


Jahabesra, 2001.

PENDAHULUAN

1. Kewajipan mengerjakan sembahyang fardhu tidak luput walaupun seseorang


itu sakit atau uzur, dikecuali jika dia hilang akal atau gila. Tiap-tiap seorang Islam
wajib mengerjakan fardhu yang lima waktu dalam apa keadaan jua pun. Jika tidak
berdaya bersembahyang dengan berdiri, maka dia wajib sembahyang dengan duduk.
Kiranya tidak berdaya dengan duduk, dia wajib menyempurnakan sembahyangnya
dengan berbaring mengiring mengadap kiblat. Jika tidak berdaya juga maka dengan
berbaring terlentang dan mukanya mengadap kiblat.

2. Selalunya, waris-waris, suami atau isteri atau anak-anak dan sesiapa jua boleh
menolong orang yang sakit atau uzur itu untuk mengambil wudhuk terlebih dahulu
setelah itu tentukan pesakit atau orang yang uzur itu mengadap kiblat mengikut
keadaan dan kemampuannya seperti berikut:

a. Sembahyang secara duduk iftirasyi (seperti duduk antara dua sujud)

(1) Kedudukan tangan semasa takbiratul ihram, membaca doa


Iftitah/Fatihah/Surah adalah sama dengan sembahyang yang sempurna,
iaitu di antara dada dan perut.

(2) Semasa rukuk, badan dibongkokkan sedikit.

(3) Semasa sujud, lakukan seperti sujud biasa.

b. Sembahyang secara berbaring mengiring mengadap kiblat

92
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I12

(1) Kedua tangan diletakkan diantara dada dan perut ketika


berbaring mengiring (iaitu tangan kanan memegang tangan kiri)

(2) Rukuk memadai dengan menggerakkan kepala ke bawah


sedikit (seperti mengangguk).

(3) Sujud memadai dengan menggerakkan kepala lebih


rendah daripada kedudukan rukuk.

c. Sembahyang secara berbaring terlentang mengadap kiblat

(1) Tinggikan kepala dengan bantal atau seumpamanya agar


mukanya seolah-olah mengadap kiblat.

(2) Kedua tangan diletakan diantara dada dan perut ketika


berbaring mengiring (iaitu tangan kanan memegang tangan kiri).

(3) Rukuk memadai dengan menggerakkan kepala kebawah


sedikit (seperti mengangguk).

(4) Sujud memadai dengan menggerakkan kepala lebih


rendah daripada kedudukan rukuk.

d. Tidak dapat mengerjakan sembahyang dengan berbaring

(1) Apabila tidak dapat mengerjakan sembahyang secara


berbaring (mungkin kerana cedera dan terpaksa duduk dalam
kedudukan yang tertentu atau seumpamanya), maka memadai
bersembahyang dengan isyarat kepala dan mata.

(2) Sekiranya tidak mampu menggerakan kepala, memadailah


dengan isyarat mata.

93
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I12

(3) Sekiranya tidak dapat juga dengan isyarat, maka memadai


dikerjakan sembahyang di dalam hati.

KESIMPULAN

3. Oleh kerana sembahyang fardhu lima waktu itu merupakan tiang agama maka
kewajiban mengerjakannya tidak terbatas untuk dikerjakan oleh manusia yang
dianugerahkan kesihatan sahaja, sebaliknya Allah Taala telah menggariskan tatacara
untuk hamba-hambaNya yang sedang mengalami kesakitan untuk menjalankan
kewajiban tersebut sebagaimana yang telah diterangkan. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud “Sembahyang itu tiang agama, barang siapa yang mendirikan
sembahyang ia menegakkan agama, barang siapa meninggalkan sembahyang ia
meruntuhkan agama”.

94
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13

1I13 - MENGHAFAZ WIRID DAN DOA PILIHAN

95
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13

96
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13

97
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13

98
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13

99
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E2 Menghuraikan Fiqh Islamiah 1I13

100
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

1I14 - MENGAPLIKASI AKHLAK ISLAMIAH

:Rujuk

A. Pengetahuan Agama Islam ATM, Edisi Pemantapan , Kor Agama Angktan Tentera,
1998.
B. Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim, Zakaria Mustafa, 1999.

PENDAHULUAN

1. Akhlak merupakan suatu perkara yang amat penting bagi memimpin seseorang
mencapai keredhaan ilahi. Tanpa akhlak, seseorang yang bernama insan tidak dipanggil
sempurna, lantaran keistimewaan yang telah diberikan Allah kepada manusia sangat berbeza
jika dibandingkan dengan makhluk-maklukNya yang lain.

PENGERTIAN AKHLAK

2. Akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh
seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan
sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan
perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang
kehidupan yang dipegang dan diyakininya.

3. Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak
dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang palsu, akan
memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi
pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti dibina di atas
kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai
fahaman palsu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi
pembentukan akhlak yang buruk.

4. Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang
berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi
kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat
yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu
dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang

101 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau.
Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.

5. Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan


bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur
kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya
hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu,
akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara
kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan
sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia”


(Riwayat al-
Baihaqi)

6. Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina
keluhuran peribadi dan tamadun manusia. Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada
kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang
berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di
bumi ini.

7. Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam al-Ouran


menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Quran sebagai sumber pengetahuan
mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran dalam
menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk
konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam
perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Quran
diturunkan.

8. Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka


yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia.
Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan.
Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia
sepanjang sejarah. al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para Rasul untuk

102 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka
ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya
dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.

AQIDAH MENCORAKKAN AKHLAK

9. Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nilai akhlak yang dipegang oleh
seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang
kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia
memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang
mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan
apakah tujuan dan matlamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas
mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh
seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jawapan kepada
persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang
mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.

10. Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza
kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah
mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir,
aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-orang munafiqin.

11. Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Quran sebagai orang-orang yang
beriman kepada Allah SWT, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan
memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian Allah tidak
terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan
yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang
ghaib, seperti malaikat, syurga, neraka dan adanya makhluk-makhluk Allah yang lain yang
tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi
menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah SWT bebas mengikut
kehendakNya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmuNya.

103 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

12. Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada
Allah SWT dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripadaNya. Tujuan hidup
manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah SWT. dan setiap tindak tanduk dan
kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Keredhaan
Allah dan beribadat kepada Allah SWT menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek
kegiatannya.

13. Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu
kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah SWT. Daripada
perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa "Tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah SWT".

14. Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain
daripada Allah SWT, tidak mempeluangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa
selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah SWT. Allah SWT bagi mereka adalah
Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan
segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas, tegas
dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika
berhadapan dengan Raja Rum, yang bermaksud:

'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang


dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah
hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan
keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”.

15. Seorang mukmin berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara.
Kebebasan seorang mukmin sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak
berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang
menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk
Allah dan berpandu kepadanya.

16. Seorang mukmin berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa
ia adalah hamba kepada Allah SWT. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta
diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata
untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran

104 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

di akhirat adalah lebih baik daripada di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan
kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

17. Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni
dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhlas untuk Allah SWT dan tidak tunduk
beribadah melainkan kepada Allah SWT adalah merupakan nilai yang agung yang
membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman.
Ia membentuk akhlak terhadap Allah SWT dan akhlak terhadap sesama manusia.

18. Hubungan manusia dengan Allah SWT dan kelakuannya terhadap Allah SWT
ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia
dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-
Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah SWT Pergaulan manusia dengan
manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.

19. Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang
kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quran memaparkan aqidah dan
pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai bentuk
kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku
disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan
mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan


bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak
menonjolkan diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan
utusan, Dia akan turunkan malaikat Kita tidak mendengar dari bapa
-bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan
manusia). (al-Mu'minun: 24)

20. Kekufuran juga berlaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya
bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa
memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran
"kehidupan ini cuma di dunia". Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak
dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:

105 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

"Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada


tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.

Maksudnya:

"Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan


mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam
kehidupan mereka di dunia, orang ini, hanyalah seorang manusia seperti
kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang
kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)

21. Kekufuran juga berlaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada
perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang
bermaksud:

"Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudlah kepada Adam. Mereka
pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-
orang kafir.
(al-Baqarah: 34)

22. Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya
kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak
percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar
kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang menjurus ke
arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:

"Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan dan idunia serta


mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan
minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.'
(Muhammad: 12)

23. Mereka tidak mempunyai matlamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka.
Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata
untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain daripada itu, tiada matlamat
yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah tentu
mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.

106 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

24. Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang "pepat di luar
rencung di dalam,' "telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat
kerana sikap permusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman.
Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka
mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya
kepada Nabi SAW yang diutus oleh Allah SWT tetapi dalam hati mereka benci dan
memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi SAW dan sering
mempertikaikan ajaran itu. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah
dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman”.
(al-Baqarah : 8)

25 Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakili


akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan
kebenaran, memungkiri janji dan mengkhianati amanah. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:

"Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia


adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji tidak
dikotakan apabila diberi amanah ia khianat.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

NILAI-NILAI MUTLAK DAN RELATIF

26. Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan
praktikal dan membezakan antara akhlak orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir
berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Quran menghuraikan pengertian akhlak
Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan
berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam diri Rasuluilah SAW yang telah
merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w.
dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah RA berkata: 'Adapun akhlak baginda
ialah al-Quran'. Kerana itu, nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai
mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk
akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada
masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran

107 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa
yang dianggap tidak baik, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik
adalah halal dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Perkara halal dan yang haram
diterangkan dengan jelas.

27. Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang
menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang
mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum
itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke
dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk
dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.

28. Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata
bergantung kepada akal dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu,
kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan
sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang
buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan
Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan
dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan perlindungan perundangan.
Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan
kepincangan akhlak.

29. Rasuluilah SAW adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh
berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah SWT lni berasaskan kepada
peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang
ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah


dengan ikhias serta mempunyai sistem agama”
(al-Bayyinah: 5)

30. Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah SWT
adalah manusia yang tidak berakhlak dan berlaku biadab terhadap Allah SWT Abu Lahab,
Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab
terhadap Allah SWT. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan

108 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap
Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhluk
perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.

MODEL AKHLAK AL-QURAN

31. Akhlak Rasuluilah SAW adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan
dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran,
bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan
kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah SAW.

32. Rasulullah SAW seorang mukmin yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan
dipelihara akhlaknya oleh Allah SWT untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil
yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung".


(al-Qalam: 4)

Juga firman-Nya yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh
ikutan yang baik".
(al-
Ahzaab; 21)

33. Rasulullah SAW dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba
Allah SWT yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah
SWT takut dan mengharap kepadaNya, bertawakal serta bersyukur kepadaNya. Wajah
mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah
membela agama Allah SWT. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang
kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Al-Quran menggambarkan
pengabdian mereka kepada Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud:

" Nabi Muhammad s.a.w. ialah Rasulullah dan mereka yang bersama
dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih
sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat
mereka ruku' dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala)

109 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang


menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada
muka mereka dari kesan sujud".
(al-Fath: 29)

34. Rasulullah SAW paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan
tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana
baginda begitu tekun beribadah kepada Allah SWT. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya:
“Mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia
mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab,
yang bermaksud:
"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur."
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)

35. Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah SWT.
Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah SW, kemuncak daripada tujuan beribadah.
Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha
membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu,
menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah
S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi


ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabku amatlah keras".
(Ibrahim: 7)

Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah SWT dan .36
kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnya kepada Allah SWT. lni ditambahi
pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh

.kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata

Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan .37


kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara

110 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Allah SWT menekankan
hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakanNya dalam

:al-Quran yang bermaksud

"Mereka ditimpakan kehinaan di mana-mana sahaja mereka berada


kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia".
(ali'lmraan: 112)

38. Justeru itu, al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang
mengatur hubungan dengan Allah SW menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang
mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan
yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat
meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.

39. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat
mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat
yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak
berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasulullah SAW mendengar perbualan
mereka lantas berkata, "Kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang
paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku
berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita".

40. Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak
seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga
merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah
dan arahannya.

AKHLAK TERHADAP SESAMA ISLAM

41. Al-Quran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Quran ke dalam realiti
kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang
beriman, secara terperinci. Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada

111 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan


diperkukuhkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka


damaikaniah diantara dua saudara kamu'.
(al-Hujuraat..
10)

42. Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama
lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih


sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota
mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'.

(RiwayatAhmad)

43. Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat Islam adalah komponen yang
membentuk iman. Beriman kepada Allah dan RasulNya mestilah mengandungi perasaan
kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

”Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih


dikasihinya daripada yang lain dari keduanya”.
(RiwayatAhmad)

44. Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan
kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam
kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah SAW. bersabda yang
bermaksud:
”'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya”
(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-
Hakim)

45. Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mukmin sebagai menyambut arahan
Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasulullah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina
dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara
sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan
wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:

112 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

"Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah."


(Riwayat At-
Tirmizi)

46. lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan
hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'...Sebarkantah salam di kalangan kamu".
(Riwayat
Muslim)
47. Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam
secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis. Bagi memupuk perasaan
kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang
tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada
terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman.
Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang
beriman.

48. Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan
yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran
melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di
mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang
teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan
keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan


dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi".

(al-
Nisaa'.. 148)

49. Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mukmin hendaklah disembunyikan. Jika
keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di
mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun, berita mengenai
kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan
bahan perbualan orang ramai. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup


keaibannya didunia dan diakhirat".

113 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu


Daud)

Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka .50


menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka

melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda

:yang bermaksud

"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa


sahaja yang didengarnya".
(Riwayat
Muslim)

51. Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:

"Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka


melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat".
(Riwayat Bukhari dan
Ahmad)

52. Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka
hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara


muslimnya”
(RiwayatAt-
Tirmizi)

53. Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan
kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah SWT setelah
dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah SAW bersabda yang
bermaksud:
”Agama itu ialah nasihat".Ada yang berkata "untuk siapa ya Rasulullah.
Sabdanya "untukku dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang
Islam dan orang ramai di kalangan mereka”

114 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

(Riwayat
Bukhari)

AL-QURAN SUMBER AKHLAK MULIA

54. Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun


tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa
yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quran menentukan bagaimana
sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik.
Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

55. Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia
melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh
dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang
pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat
mengenai perkara-perkara keji.

56. Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa


kepadaNya, mempunyai sangkaan baik terhadapNya. Al-Quran juga mengajak manusia
berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia
supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

57. Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun,
berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya
bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

58. Jelaslah bahawa al-Quran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan
akhlak mulia dalam al-Quran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal
berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang
kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.

PENUTUP

115 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I14

59. Memang jelas bahawa akhlak memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
seseorang manusia, masyarakat dan negara. Dengan kayakinan yang penuh bahawa pangkal
atau tunjang kepada permasalahan atau kemelut moral masa kini adalah berada pada
kekontangan nilai dalam pegangan akidah. Maka itu kita juga yakin bahawa apabila kita
dapat menyelesaikan masalah tersebut persoalan yang muncul ekoran daripada itu akan juga
dapat diselesaikan secara muktamad, asalkan saja kita sanggup bekerja keras dan serius
dalam pelaksanaan.

116 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1


1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

1I15- MENGAPLIKASIKAN SIFAT MAHMUDAH DAN MAZMUMAH

Rujuk:

A. Pengetahuan Islam ATM, Edisi Pemantapan

PENGENALAN

1. Setiap orang Islam yang mukallaf mesti memiliki sifat-sifat mahmudah dan
menjauhi sifat-sifat mazmumah. Sifat Mahmudah bermaksud sifat terpuji yang
dituntut di dalam Islam manakala sifat mazmumah pula ialah sifat-sifat tercela yang
dibenci oleh Islam. Dengan menggarap kedua-dua sifat tersebut maka akan tergolong
di dalam golongan orang-orang bertaqwa.

2. Antara sifat-sifat yang dipuji oleh syarak bagi seseorang itu ialah:

a. At-Taubah - Ertinya meninggalkan maksiat yang dikerjakan dengan


ikhtiar, kerana membesarkan Allah swt. Firman Allah dalam surah al-Baqarah
ayat 222 yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang bertaubat dan mereka yang


suci”.

(1) Orang-orang yang bertaubat hendaklah memenuhi syarat-syarat


berikut;

(a) Meninggalkan maksiat dengan ikhtiar


(b) Menyesal dengan maksiat yang dikerjakan.
(c) Berazam tidak akan melakukan maksiat itu lagi.
(d) Hendaklah dikembalikan atau m,enggantikan atau
membayar harganya atau minta halal dari tuan atau warisnya
jika kesalahan berhubung dengan harta memohon kemaafan
dari orang yang dizalimi jika berhubung dengan perbuatan atau
perkataan.

116
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

(2) Memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang


olehNya sama ada di hadapan manusia atau bersendirian. Maksud
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 150 yang bermaksud:

(3) Di antara kelebihan taubat ialah:


(a) Mendapat taufik untuk mengerjakan ketaatan.
(b) Diterima ibadatnya disisi Allah SWT.

b. Al-Khaufh - Ertinya takutkan Allah, iaitu takut kepada kemurkaanya


dengan”Maka jangan kamu takut kepada mereka melainkan hendaklah kamu
takut kepadaKu.”

(1) Cara untuk menimbulkan rasa takut itu ialah dengan


membanyakan bacaan hadith yang berhubung dengan dosa dan balasannya
serta cerita-cerita yang berkaitan dengan akibat yang diterima oleh mereka
yang melakukan maksiat.

(2) Di antara faedah Khaufh ialah:


(a) Mendapat taufiq
(b) Mendapat Hidayah
(c) Mendapat Ilmu.
(d) Mendapat Keredhaan.

c. Al-Zuhd - Ertinya bersih atau suci hati daripada


berkehendakan yang lebih daripada kadar hajad daripada dunia yang halal dan
tidak bergantung kepada mahluk serta berharap kepadanya, hati sentiasa
mengingati bahawa harta yang ada adalah milik Allah dan dibelanjakan harta
itu sebagai wakil sahaja. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 46 yang
bermaksud:

”Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi


amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu
serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

117
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

(1) Kerajinan orang zahid berusaha bukan untuk dinikmati oleh


dirinya sendiri, kerajinan dalam zuhud ialah untuk memenuhi
keperluan asas dan tuntutan amal soleh yang tujuannya mendekatkan
diri kepada Allah swt.

(2) Di antara faedah zuhud ialah:


a. Dikasihi Allah.
b. Dikasihi manusia.
c. Tidak tamak kepada harta dunia.

d. Al Sabr - Ertinya kuat menahan diri atau tahan menghadapi


sesuatu hal yang menyusahkan. Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah
ayat 153 yang bermaksud:

”Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan


sabar
dan mengerjakan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama orang-orang
yang sabar”.

(1) Sabar terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:


(a) Sabar mengerjakan taat, iaitu tidak malas
menunaikannya kerana tabiat diri selalu merasa malas dan berat
untuk mengerjakan amal ibadat, oleh itu, diri mesti dipaksa
untuk melawan segala rintangan dengan perasaan penuh sabar
dan teguh hati.
(b) Sabar daripada maksiat, iaitu menghalang diri dari
melakukan maksiat dan menceburkan diri kedalam larangan-
larangan Allah, kerana nafsu kerap mengajak seseorang untuk
melakukan dosa-dosa dan mengangan-angankan maksiat, maka
ketika itu hendaklah ditahan ajakan itu dengan penuh
kesabaran.
(c) Sabar di atas bala’, iaitu tidak segera berputus asa,
malah hendaklah bertenang dan berlapang dada dan tidak pula
mengadu kesana sini.

118
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

(2) Sabar mempunyai faedah yang banyak, diantaranya:

(a) Menguatkan keimanan seseorang kepada Tuhan.


(b) Memperoleh keuntungan yang banyak.

e. Al Syukr - Ertinya mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri
seseorang baik yang lahir mahupun yang batin semuanya dari Allah, ia merasa
gembira dengan nikmat itu serta tanggungjawab kepada Allah sebagai tanda
terima kasih keatas segala matlamat-matlamatnya. Firman Allah dalam surah
al Nahl ayat 114 yang bermaksud:

”Syukurilah nikmat Allah, jika kamu sungguh-sungguh beribadah


kepadaNya”.

(1) Cara bersyukur:


(a) Syukur dalam hati iaitu merasa dalam hati bahawa
nikmat yang dirasainya itu adalah semata-mata dengan kurnia
Allah.
(b) Syukur dengan lidah iaitu dengan sentiasa mengucap
Alhamdulillah.
(c) Syukur dengan amal perbuatan iaitu dengan jalan
menempatkan nikmat itu pada tempat yang diredhai Allah.

f. Al Ikhlas - Ertinya: Mengerjakan amal ibadat dengan ketaatan serta


semua perbuatan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana
tujuan yang lain. Firman Allah didalam surah al Bayyinah ayat 5 yang
bermaksud:

”Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah


dalam keadaan, mengikhlaskan agama kepadanya dan berkeadaan lurus serta
mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, yang demikian itu adalah
agama yang betul”.

(1) Ikhlas perlu diterapkan pada setiap segi dan medan kehidupan,
baik yang berkaitan dengan masalah ibadat ataupun yang berhubung
dengan masalah muamalat, kerana pada prinsipnya hidup mati

119
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

seseorang muslim selalu diarahkan kepada mendapatkan keredhaan


Allah.

(2) Ikhlas menjadikan seseorang itu mendapat pahala yang berlipat


ganda dan tidak dapat dipengaruhi oleh syaitan, kerana amalan yang
ikhlas sahaja yang terselamat dari pengaruhnya.

g. Al-Tawakkal - Ertinya menyerahkan diri kepada Allah dalam


melaksanakan asesuatu rencana, bersandar kepada kekuatannya dalam
melakukan sesuatu pekerjaan, berserah diri dibawah perlindunganNya pada
waktu menghadapi bencana. Firman Allah di dalam surah Ibrahim ayat 11
yang bermaksud:

”Dan kepada Allahlah hendaknya berserah diri orang-orang yang


beriman”.

(1) Bertawakkal tidak semestinya sepi dari sebab keduniaan atau


berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali, tetapi berlaku atau berhasilnya
sesuatu urusan itu mestilah bergantung sepenuhnya kepada Allah swt.
Orang yang bertawakkal mendapat jaminan perlindungan dan
pertolongan Allah dan tawakkal juga membuahkan sikap keberanian
yang menghasilkan kemenangan.

h. Al Mahabbah - Ertinya kasihkan Allah dengan sentiasa cenderung


hati kepada berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh
menjaga diri dari melakukan maksiat. Firman Allah yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang beriman itu berlebih kasih kepada Allah”.

(1) Di antara bukti kasihkan Allah itu dengan kesediaan bahkan


pengorbanan. Orang yang kasihkan Allah siap sedia melakukan sesuatu
untuk menghayati kasihNya, yang paling asas ialah mematuhi perintah-
perintahNya dan menjauhi laranganNya, menyintai apa yang
dicintaiNya dan benci apa yang dibenciNya. Kesemuanya itu

120
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

disalurkan dengan jalan mengikuti Petunjuk yang digariskan oleh


pesuruhNya.

i. Al Ridha bi al Qadha’ wa al Qadar - Ertinya lapang hati atau merasa


senang menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah samada yang
berupa nikmat atau misibah. Sabda rasulullah saw yang bermaksud:

”Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum mereka diuji. Barangsiapa


redha menerima ujian itu, Allah redha kepadanya dan sesiapa yang marah
maka Allah pun marah kepadanya”.
(Riwayat at-
Tirmizi)

(1) Kedudukan redha dipandang lebih tinggi dari sabar kerana


sabar pada umumnya dapat dilakukan oleh seseorang asalkan ia tabah
menerima musibah, sedangkan redha ialah senang dan tenang
menerimanya, ia lebih susah dan sulit untuk dicapai berbanding dengan
sabar. Redha dengan qadha’ dan qadar mendapat keredhaan Allah.

j. Zikru al Maut - Ertinya ingat kepada kematian. Firman Allah dalam


surah al-Jumaah ayat 8 yang bermaksud:

“Katakanlah bahawa: Wahai kematian yang engkau lari daripadanya


itu pasti akan menemui kamu”.

(1) Orang yang tidak lalai hatinya daripada mengingati kematian


dipandang sebagai orang yang bijaksana kerana kematian adalah
kenyataan yang tidak dapat dielakan oleh setiap manusia.

(2) Mengingati kematian mendorong persiapan bekal sebanyak


yang mungkin untuk menghadapi alam baqa’ dengan bekerja keras
memperbanyakan amal soleh setiap masa. Sebaliknya orang yang
kurang mingingati kepada kematian akan bersikap sebaliknya.
Mengingatkan kematian memendekan angan-angan terhadap dunia dan
benci kepada apa yang tidak berguna kepada akhirat.

121
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

SIFAT-SIFAT TERCELA

3. Di antara sifat-sifat dicela oleh syara’ iaitu:

a. Syarhu al Ta’am - Ertinya gemar dan tamak kepada makan, iaitu


sentiasa ingat dan mereka-reka apa yang hendak dimakan sedap hari ini atau
esok, maka sentiasalah perut dipenuhi dengan makanan dan minuman. Firman
Allah dalam surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud:

”Makanlah dan minumlah kamu tetapi jangan kamu melampaui batas,


sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampai batas”

(a) Tujuan makan pada syara’ ialah kerana hidup iaitu makan
sekadar untuk membolehkan beribadat kepada Allah. Di antara
keburukan banyak makan itu ialah berkehendakan banyak minum
kerana kepanasan jentera yang bekerja keras menghadamkan makanan,
maka banyak minum membawa kapada berat tubuh badan, berat tubuh
badanmembawa kepada banyak tidur, apabila banyak tidur kuranglah
ibadat.

(2) Orang yang kurang kurang ibadat tidak akan mendapat


kemuliaan disisi Allah, kerana kurang ibadat dikhuatiri kurang pula
imannya, sedangkan iman seseorang mukmin itu bertambah
disebabkan bertambah taat dan berkurangan kerana kurang ibadat.

b. Syarhu al Kalam - Ertinya suka dan gemar kepada banyak bercakap


yang sia-sia, tidak berguna kepada dunia dan akhiratnya. Firaman Allah dalam
surah an-Nisa’ ayat 114 yang bermaksud:

”Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka melainkan


bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat
kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia”.

122
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

(1) Banyak perkataan itu jalannya ke neraka, kerana orang yang


banyak bercakap banyak salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya
banyak pula dosanya maka nerakalah yang lebih utama baginya.

(2) Sebaliknya banyak perkataan kerana mamberi nasihat atau


mengajak manusia kepada kebaikan atau mendamaikan orang yang
berkelahi tidak dicela oleh syarak, kerana ianya akan mengubah
masyarakat kearah yang lebih baik seperti yang dikehendaki Islam.

c. Al-Ghadhab - Ertinya marah, iaitu bersifat pemarah dengan perkara


yang tidak sebenar. Marah kepada apa yang disuruh marah oleh Allah
merupakan sifat yang dipuji dan kemarahan pada perkara yang tidak sebenar
boleh menimbulkan sifat takabbur dan hasad. Kerana Rasulullah SAW
memarahi orang yang melakukan maksiat. Firman Allah dalam surah Ali
Imran ayat 133 hingga 134 yang bermaksud:

”Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan


kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk
orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya
samada diwaktu lapang atau kesempitan dan orang-orang yang menahan
kemarahannya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-
orang yang berbuat kebaikan”.

d. Al-Hasad - Ertinya dengki iaitu sukakan nikmat yang ada pada orang
lain hilang atau suka diturunkan bala’ keatas seseorang atau merasa sempit
dada apabila orang lain beroleh nikmat atau merasa lapang dada apabila
seseorang itu ditimpa bala’. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 54 yang
bermaksud:

”Apakah mereka dengkikan manusia lantaran kurniaan yang Allah


telah berikan kepada mereka”.

(1) Hasad merupakan satu sifat yang sangat besar kebinasaannya


kerana hasad itu menghilang dan menggugurkan pahala seluruh ibadat,
itu juga membawa kepada melakukan kezaliman. Orang yang

123
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

mempunyai sifat hasad akan diturunkan bala’ ke atasnya di dunia ini


dengan sempit dada dan perasaan dukacita.

e. Al-Bukhl - Ertinya kikir atau kedekut, iaitu merasa sayang untuk


menggunakan nikmat tuhan kepada apa yang disuruhNya. Firman Allah dalam
surah Ali Imran dalam ayat 180 yang bermaksud:

”Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah


berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka bahawa kebakhilannya itu
adalah baik bagi mereka, sebenranya apa yang mereka bakhilkan itu akan
dikalungkan dileher mereka di hari kiamat kelak”.

(1) Penyakit bakhil merugikan diri sendiri, kerana dia tidak


mendapat kebajikan daripada hartanya dan bahayanya ialah harta yang
sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan umum ditahan untuk
kepentingan sendiri.

f. Hubbu al-Jah - Ertinya kasihkan kemegahan dalam dunia dan


berkehendakan kepadanya serta suka kepada kemasyuran. Maksud firman
Allah dalam surah al-Qasas ayat 93 yang bermaksud:

”Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin kepada
ketinggian dan kemegahan dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi dan
kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa”.

(1) Sifat ini menyebabkan seseorang itu mudah dihinggapi oleh


sifat-sifat takbur, riak, hairankan diri sendiri dan lain-lain. Kemasyuran
kerana mengembangkan agama dan menaburkan ilmu pengetahuan
tanpa diusahakan dan dipaksa-paksa mencarinya, serta menginsafi
kemasyuran itu semata-mata anugerah Allah, iaitu tidak dicela.

g. Hubbu al-Dunia - Ertinya kasihkan dunia, iaitu menyintainya dengan


cara yang melampaui batas sehingga melalaikan ibadat serta berzikir kepada
Allah swt. Firman Allah dalam surah al Isra’ ayat 18 yang bermaksud:

124
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

”Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia) maka


Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang
yang Kami kehendaki, dan Kami tetapkan baginya neraka Jahannam, dan
akan memasukinya dengan keadaan tercela dan terusir”.

(1) Dunia ialah segala yang terdapat di atas muka bumi dari
berbagai benda, ia terbahagi kepada dunia yang dipuji dan yang dicela.
Dunia yang dipuji ialah dunia yang berupa apapun yang dapat menjadi
teman setelah berada di akhirat dan dapat dirasakan hasilnya setelah
meninggal dunia.

(2) Dunia yang dikeji ialah dunia yang apapun yang hanya dapat
dirasakan kemanfaatannya ketika hanya berada di dunia sahaja, tidak
menghasilkan sesuatu yang dapat dinikmati di akhirat malah
menambahkan lagi beban di akhirat dan tanggungan waktu hisab.

h. Al Kibr - Ertinya bongkak atau sombong, iaitu merasa diri mempunyai


kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain dan melihat orang lain
dengan mata kerendahan. Firman Allah dalam surah al A’raf ayat 146 yang
bermaksud:

”Akan Aku pesongkan dari tanda-tanda kebesaranKu orang-orang


yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar”.

(1) Al Kibr sifat khas bagi Allah swt. Dia sahajalah yang layak
bersifat dengannya, kerana Dialah yang menjadikan alam dan
memberikan segala nikmat kepada seseorang. Sifat al Kibr sangat
besar bahayanya, kerana ia boleh membawa kepada kufur dan dilaknat
oleh Allah seperti iblis.

i. Al Ujub - Ertinya hairankan diri, iaitu memandang diri banyak ibadat


atau banyak harta serta membesarkan diri dan ia lupa keadaannya itu adalah
nikmat dari Allah swt. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

”Sekiranya kamu tidak pernah berdosa, tentulah aku takut kalau kamu
ditimpa oleh dosa yang lebih besar, iaitu ujub, ujub”.

125
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E3 Melaksanakan Akhlak Islamiah 1I15

(Hadith riwayat al
Bukhari)

(1) Sifat ujub ini amat merbahaya, kerana ia menjadikan seseorang


itu tidak lagi berusaha untuk memperbaiki agamanya dan
menambahkan lagi ilmunya, lebih-lebih lagi ia membawa kepada sifat
takabbur.

j. Al Riya’ - Ertinya menunjuk-nunjuk dengan ibadat, iaitu mengerjakan


ibadat kerana yang lain daripada Allah; beramal untuk mendapat pujian dan
sanjungan serta dipandang mulia oleh manusia. Firman Allah dalam surah al
Maa’un ayat 4 – 6 yang bermaksud:

”Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-


orang yang lalai dari sembahyang lagi menunjuk”.

(1) Riya’ dalam Islam dipandang sebagai syirik kecil, iaitu


menyengutukan Tuhan dalam ibadat, kerana itu sifat ini sangat ditakuti
oleh Rasulullah SAW. Riya’ merupakan satu sifat yang senang berlaku
tanpa disedari dania sangat disukai oleh nafsu, namun demikian
meninggalkan ketaatan kerana takutkan riya’ tidak dibenarkan sama
sekali, apa yang diperlukan ialah bersungguh-sungguh beramal dengan
memelihar diri dari sifat riya’ ini, iaitu beramal dengan ikhlas semata-
mata.

PENUTUP

4. Bagi mencapai kesejahteraan kehidupan dalam bermasyarakat maka adalah


wajib bagi setiap umat Islam mengenali dan mempelajari serta mengamalkan sifat
mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah dengan berpegang kepada nilai-nilai
positif dan meninggalkan nilai-nilai nagetif akan mendorong umat mencapai redha
Ilahi.

126
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

1I16 - MENJELASKAN ASAS ILMU AL QURAN

Rujuk:

A. Bengkel Penghayatan Islam & Bilal, Kor Agama ATM, 1998.


B. Kaedah Tajwid Rasm Uthmani dalam al-Quran, JAKIM, 1996.

PENDAHULUAN

1. Ilmu Tajwid merupakan panduan dalam pembacaan al-Quran agar sebutan dan
bacaan menepati kaedah dan ilmunya. Bacaan yang sempurna akan mendapat
ganjaran daripada Allah SWT dan kesalahan pada bacaannya akan mengakibatkan
perubahan makna dan menyebabkan seseorang itu berdosa jika kekal dalam
kesalahannya.

CARA-CARA MEMBACA HURUF HIJAIYAH MENGIKUT EJAAN YANG BETUL

‫س ش‬ ‫ز‬ ‫ر‬ ‫ذ‬ ‫د‬ ‫خ‬ ‫ح‬ ‫ج‬ ‫ث‬ ‫ت‬ ‫ب‬ ‫ا‬

‫شني‬ ‫سني‬ ‫زاي‬ ‫ذال رأ‬ ‫دال‬ ‫خأ‬ ‫حأ‬ ‫جيم‬ ‫ثأ‬ ‫تأ‬ ‫بأ‬ ‫الف‬

‫ه‬ ‫و‬ ‫ن‬ ‫ل م‬ ‫ك‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫غ‬ ‫ظ ع‬ ‫ط‬ ‫ص ض‬

‫واو‬ ‫قاف كاف الم ميم نون‬ ‫فأ‬ ‫عني غني‬ ‫ظأ‬ ‫ضا د طأ‬ ‫صاد‬

‫هأ‬

127
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

‫ي‬ ‫ء‬ ‫ال‬

‫الم الف همزة يأ‬

PENGERTIAN

2. Pengertian Ilmu Tajwid adalah seperti berikut:

a. Disegi bahasa - Memperelokkan.

b. Disegi istilah - Suatu ilmu yang


membicarakan tentang cara
membaca Al Quran menurut hukum yang tertentu dengan pengucapan
huruf menurut hak yang asli atau sebutan huruf yang diucapkan pada
makhrajnya yang betul kadar panjang pendek bacaan, dengung dan
sebagainya.

HUKUM MEMPELAJARI TAJWID

3. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud

“Siapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang atau


fasih adalah ia memperolehi 20 kebajikan pahala dengan setiap huruf
yang dibacanya, dan siapa membaca al-Quran dengan sebutan bukan
bahasa Arab adalah ia memperolehi 10 kebajikan pahala dengan setiap
huruf yang dibacanya”.

4. Berpandukan kepada hadith di atas, kita dapati mempelajari


Ilmu Tajwid amat penting kerana setiap hari kita membaca ayat-ayat suci Al
Quran sama ada di dalam sembahyang ataupun untuk mengajar anak-anak di
samping untuk menambahkan pahala.

128
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

5. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid menjadi Fardu Kifayah


kepada bagi umat Islam seluruhnya dan hukum menggunakannya menjadi
Fardu Ain bagi setiap orang Islam tidak kira lelaki atau perempuan yang
baligh. Bacaan Al- Fatihah yang menjadi salah satu rukun sembahyang itu,
adalah tidak sah jika tidak dibaca secara bertajwid. Mengikut kata Imam Al
Shamsi Bin Al Jazari:

“Al Quran wajib dibaca secara bertajwid. Sesiapa membaca Al-


Quran tanpa tajwid hukumnya berdosa kerana Al Quran itu diturunkan
beserta tajwid. Bagaimana ia diturunkan, begitulah ia disampaikan”.

HUKUM NUN MATI ( ‫ن‬


ْ ) DAN TANWIN ( ً ٌٍ )

6. Apabila Nun Mati atau Tanwin (huruf yang berbaris dua) bertemu dengan
salah satu huruf-huruf Hija-Iyah maka ia terbahagi kepada 5 bahagian dan dikenali
juga dengan hukum 5 iaitu :

a. Izhar Halqi. b. Idgham Maal-Ghunnah.

c. Idgham Bila-Ghunnah. d. Ikhfa’.

e. Iqlab.

7. Huraian satu persatu:

a. Izhar Halqi:

(1) Huruf-huruf Izhar ada enam iaitu:

)ُ‫(اَ ْغ ٍح َخ َعه‬ ‫ـ‬ ‫ ه‬، ‫ ع‬، ‫ خ‬، ‫ ح‬، ‫ غ‬، ‫ء‬/‫ا‬


(2) Cara-cara membaca Izhar - Apabila Nun Mati atau Tanwin
bertemu dengan salah satu huruf yang enam (Izhar), maka dua huruf
yang bertemu itu hendaklah dinyatakan/disebut dengan terang
sebutannya tanpa dengung.

‫ا‬
129
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

Contohnya:

‫ا‬
)‫(ء‬ ‫نء ْو َن‬ ‫لى ِحي ٍن َمن َء َام َن‬ِ
َ َ‫َوي‬ َ ‫َو َمتَ ٌـع ا‬

)‫(ه‬ ٍ ‫ِمن َه‬


‫اد يَ َنه ْو َن‬ ‫ِعل ٍْم ُه ًدى‬

ِ‫ي‬ ِ
)‫(ح‬ ‫نحتُو َن‬َ ‫فَ َمن َح َّج‬ ٌ ‫َع ِز ٌيز َحك‬
‫يم‬

b. Idgham Maal-Ghunnah

(1) Huruf-huruf Idgham Maal Ghunnah ada empat iaitu :

‫ ن‬، ‫ م‬، ‫ و‬, ‫ي‬


(2) Cara-cara membaca Idgham Maal Ghunnah - Apabila Nun
Mati atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham Maal-
Ghunnah maka hendaklah dibaca dengan cara memasukkan huruf
pertama ke dalam huruf yang kedua seakan-akan terjadi satu huruf
yang bertashdid serta lidah terangkat menyebut keduanya. Bacaannya
hendaklah didengungkan.

130
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

Contohnya:

)‫(ي‬ ُ‫شآء‬
َ َ‫َمن ي‬ ‫اَُّمةٌ يَ ْدعُو َن‬

)‫(و‬ ٍ ‫ِمن و‬
‫اق‬ َ ‫اِ ْس َرافًا َوبِ َد ًارا‬

)‫(م‬ ~ ‫اض ِع ِه‬


ِ ‫َعن مو‬
ََ ً‫كِتَـبًاا ُم َؤ َّجال‬
ِ ِ
)‫(ن‬ َ ‫من نَّاـص ِر‬
‫ين‬ ‫َق ْو ًما نَّ َكثُوآ‬

c. Idgham Bila-Ghunnah :

(1) Huruf-huruf Idgham Bila-Ghunnah ada dua iaitu :

) ‫ ر‬، ‫(ل‬
(2) Cara-cara membaca Idgham Bila Ghunnah - Apabila Nun Mati
atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham Bila
Ghunnah hendaklah dibaca dengan cara memasukkan huruf
yang pertama ke dalam huruf yang kedua seakan-akan terjadi
satu huruf yang bertashdid serta lidah terangkat menyebut
keduanya. Bacaannya tidak didengungkan.
Contohnya:

)‫(ل‬ ‫ُيَبيِّن لَّنَا‬ ‫ث لَّ ُك ْم‬


ٌ ‫َح ْر‬

)‫(ر‬ ~‫ِمن َّربِِّه‬ ‫يما‬ ِ


ً ‫ورا َّرح‬
ً ‫غَ ُف‬

d. Ikhfa’

(1) Huruf-huruf Ikhfa’ adalah yang paling banyak iaitu 15 huruf


iaitu :

131
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

، ‫ ث‬، ‫ ف‬، ‫ ك‬، ‫ د‬، ‫ ص‬، ‫ ز‬، ‫ ج‬، ‫ ت‬، ‫س‬

‫ ذ‬، ‫ ش‬، ‫ ظ‬، ‫ ط‬، ‫ض‬، ‫ق‬

dan jika dihimpunkan kedalam satu rangkaikata untuk


menyenangkan kita mengingatinya iaitu :

) ‫ضطَ ٍظ َش َّذ‬
َ ‫ص َّد َك فَثِ ْق‬
َ ‫( َستُ ْج َز‬
(2) Cara-cara membaca Ikhfa’:

Ikhfa’ ertinya menyembunyikan. Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan
salah satu huruf Ikhfa’ yang 15 maka Nun Mati atau Tanwin tersebut hendaklah
.diikhfa’kan (disembunyikan) secara sederhana dan dibaca dengan dengung

‫ا‬

Contoh :

)‫(ت‬ ‫ُكنتُ ْم‬ ‫َولَن َت ْف َعلُوا‬ ٍ َّ‫جن‬


‫ـت تَ ْج ِرى‬ َ

)‫(ج‬ ‫َنج ْي َن ا‬ ِ
َ ‫َوأ‬ ‫آء َك‬
َ ‫َمن َج‬ ‫يل‬
ٌ ‫ص ْب ٌر َجم‬
َ َ‫ف‬

)‫(ص‬ ‫نص ُر ُك ْم‬


ُ َ‫ي‬ ‫ْص اٍـل‬
َ ‫صل‬
ِ
َ ‫من‬ ‫صالِ ًحا‬
َ ً‫َع َمال‬

e. Iqlab

132
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

(1) Huruf Iqlab ada satu sahaja iaitu Ba’ ( ‫) ب‬.

(2) Iqlab ertinya “menukarkan” iaitu menukarkan bunyi huruf yang


lain. Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab ( ‫ب‬
) maka hendaklah Nun Mati itu atau Tanwin ditukarkan bunyinya
kepada huruf Mim ( ‫ ) م‬yang ringan dan bacaannya hendaklah
didengungkan.

Contoh:

‫م‬
‫مِن َبعْ ِد َها‬
‫م‬
‫َسمِيعًابَصِ يرً ا‬

)‫(ب‬
‫ت لَ ُك ْم‬ ‫م‬
ُ ُ‫يَنب‬ ‫ص ٌّمم بُ ْك ٌم‬
ُ

Carta Tajwid

TANWIN ATAU NUN MATI

)‫ ْن‬/ٍ ٌ ً(

133
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi Al Quran 1I16

IZHAR IDGHAM MAAL-GHUNNAH

)‫ه‬.‫ ع‬.‫ خ‬.‫ ح‬.‫ غ‬. ‫ء‬/‫(ا‬ ) ‫ن‬.‫م‬.‫و‬.‫(ي‬

IDGHAM BILA-GHUNNAH IQLAB

) ‫ ر‬.‫( ل‬ )‫(ب‬

IKHFA’
(‫ز‬ .‫ش‬.‫ظ‬.‫ط‬.‫ض‬.‫ق‬.‫ث‬.‫ف‬.‫ك‬.‫د‬.‫ص‬.‫ز‬.‫ج‬.‫ت‬.‫)س‬

PENUTUP

8. Apabila dapat menguasai ilmu tajwid yang asas (5 hukum), maka seseorang
itu dapat membaca al-Quran dengan baik sepertimana yang dianjurkan oleh
Rasulullah SAW. Namun begitu, ilmu tajwid yang asas ini masih perlu ditambah
dalam mempelajari bab-bab tajwid yang lebij mendalam.

134
Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap 1
1E4 Mengaplikasi al-Quran 1I17 dan 1I18

1I17 DAN 1I18 – MENGAPLIKASI BACAAN DAN MENGHAFAZ

SURAH AL-FATIHAH

136 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap12


1E4 Mengaplikasi al-Quran 1I17 dan 1I18

SURAH AL-MASAD

SURAH AL-IKHLAS

137 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap12


1E4 Mengaplikasi al-Quran 1I17 dan 1I18

SURAH AL AL-FALAQ

SURAH AN-NAS

138 Pendidikan Islam Fardhu Ain Tahap12

Anda mungkin juga menyukai