Anda di halaman 1dari 26

KONSEP KEJADIAN MANUSIA

1
MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU
PENGETAHUAN – ILMU BIOLOGI

Secara biologi, manusia diklasifikasikan


sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk
manusia), sebuah spesies primate dari
LEMUR golongan mamalia yang dilengkapi otak
berkemampuan tinggi. Spesies primate ini
terdiri dari seluruh lemur, monyet dan
manusia. Primate berasal dari kata Latin
Primates, yang bererti "salah satu yang
pertama, terbaik, noble".

2
MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU
PENGETAHUAN – ILMU LOGIK

Manusia adalah binatang. Kelebihan


manusia berbanding binatang-binatang lain
adalah kebolehannya berkata-kata dan
berfikir.

3
MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU
PENGETAHUAN – ILMU JIWA

Manusia adalah sama sifat hidupnya dengan


haiwan. Dalam erti kata sama keinginan
Ngantuk
mahu makan, berketurunan, merasai sakit,
sihat, merasai tua dan mati dan sebagainya.

Seronok

Marah Beranak Makan Sakit


4
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SARJANA BARAT
TEORI
EVOLUSI

5
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SARJANA BARAT
Darwin berpendapat bahawa manusia berasal dari
TEORI
perkembangan makhluk sejenis kera yang sederhana
EVOLUSI kemudian berkembang menjadi haiwan kera tingkat
tinggi sampai akhirnya menjadi manusia. Makhluk
yang tertua yang ditemukan dengan bentuk mirip
manusia adalah Australopithecus yang diperkirakan
umurnya antara 350.000 - 1.000.000 tahun dengan
ukuran otak sekitar 450-1450cm3.Perkembangan
dengan perubahan volume otak ini besar pengaruhnya
bagi kecerdasan otak manusia. Australopithecus yang
mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi
menjadi manusia kera (Neandertal) yang mempunyai
volume otak 1450 cm3. Dari penelitian ini diperkirakan
dalam waktu antara 400.000-500.000 tahun volume otak
itu bertambah 1000 cm3.
Tetapi anehnya perkembangan dari Neandertal ke manusia modern
sekarang ini selama ± 100.000 tahun volume otaknya tidak berkembang.
6
Teori ini tidak mengemukakan alasannya.
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SARJANA BARAT
Darwin berpendapat bahwa orang-orang kulit
hitam dan orang Aborigin Australia sama
dengan gorila, dan berkesimpulan bahwa
mereka lambat laun akan "disingkirkan" oleh
"ras-ras beradab". Ia berkata: Di masa
mendatang, tidak sampai berabad-abad lagi,
ras-ras manusia beradab hampir dipastikan
akan memusnahkan dan menggantikan ras-ras
biadab di seluruh dunia. Pada saat yang sama,
kera-kera antropomorfus (menyerupai
manusia)... tak diragukan lagi akan musnah.

TEORI EVOLUSI
Darwinisme Sosial berpendapat bahwa ras-ras manusia berada pada peringkat
berbeza pada "tangga evolusi", dan ras-ras Eropah adalah yang paling "maju"
di antara semua ras, sedangkan ras-ras lain masih memiliki ciri-ciri "kera".

7
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SARJANA BARAT
GOLONGAN MATERIALIS

8
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF SARJANA BARAT
GOLONGAN MATERIALIS

Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat, sistem saraf, kelenjar dan
tisu-tisu. Manusia hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah
peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan
kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan
daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan
air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil
kesempatan untuk merasai kenikmatan sepenuhnya sebelum mati.
Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput,
maka selamat tinggallah dunia.
Dengan masa, lama kelamaan manusia akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi
selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah
hancur luluh. Firman Allah SWT:

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia
sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita
melainkan masa.”- Surah al-Jaathiyah: ayat 24.
9
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka,


Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi ini terdiri dari air dan
gelap gelita. Segala makhluk tidak dapat dibezakan
jantan betinanya, namun, semuanya memiliki tubuh yang
bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa.
Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama, tanah dengan
sarinya telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu. Segala makhluk
yang tamak dan serakah mula menduduki bumi, dan semuanya tergiur kepada
sari tersebut. Akibat kelakuan para makhluk tersebut, maka cahaya tubuh
mereka telah lenyap dan terus menghilang, dan timbullah matahari, bulan dan
bintang. Setelah sekian masa yang sangat lama, tubuh para makhluk menjadi
padat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang hodoh sesuai dengan
acuan sari tanah yang mereka makan.
10
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

Mereka yang indah memandang rendah mereka yang


hodoh. Lama-kelamaan sari tanah telah menghilang
dan lenyap, maka muncullah tumbuhan dari tanah.
Setelah tumbuhan ini lenyap, muncul tumbuhan
menjalar, setelah tumbuhan menjalar lenyap,
muncullah tanaman padi.
Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh
mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas.
Yang lelaki jelas kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan
kewanitaannya. Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara
satu sama lain, dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam,
keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya.

11
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA
AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA

1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran,


menjadi tua, penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang
dibenci, perpisahan, tidak memperolehi yang dikehendaki
dan lain-lain.
2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia
3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan
perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan,
melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita.
4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh
perbuatan-perbuatannya dimasa kehidupan yang lalu.
5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai
nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak
ada lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali
setelah tercapai nirwana. 12
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA HINDU

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam


suatu proses yang sangat panjang. Pada mulanya alam ini
kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut sebagai
zaman: “duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung”
yang bermaksud: “ketika itu belum ada apa-apa dan
semuanya belum menentu.”

Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang


disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan
segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud mahupun
yang mujarad. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta;
iaitu akasa – angkasa, bayu – angin, teja – cahaya, apah -
zat cair dan pretiwi - zat padat .
13
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA HINDU
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk


Paramanu atom. Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan
wujud baru yang disebut Brahmanda, iaitu segala planet dan bintang
sebagai sebahagian dari isi alam semesta. Brahmanda maknanya
benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman.

Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya,


seperti haiwan, tumbuhan dan manusia.Proses penciptaan manusia
adalah sari dari panca maha bhuta, iaitu enam jenis rasa, seperti
manis, pahit, masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini telah
berpadu dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria,
panca tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian kesemua unsur ini
telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla - benih
lelaki dan swanita - benih perempuan. Yang demikian, maka
terciptalah manusia. 14
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA HINDU
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah


Syayambhumanu, yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan
dirinya sendiri. Manu maknanya berfikir. Dari akar kata Manu timbul kata
manusia yang bermaksud keturunan Manu. Selanjutnya, setelah manusia
pertama tercipta atas kehendak Tuhan, maka manusia itu sendirilah yang
berkembang. “Dahulu kala Prajapati mencipta manusia bersama Bhakti
persembahannya dan berkata dengan ini engkau akan berkembang biak dan
biarlah dunia ini menjadi sapi perahanmu.” (Bhagavad-Gita iii Sloka 10).

15
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA HINDU
AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA

1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka


dan penderitaan.
2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf
sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa
manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu
dengan Tuhan.
3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf
bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita tertinggi
manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda (material).
4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan Syudra).
5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.

16
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA
Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan
segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia
dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta
dan beristirehat serta disucikannya hari itu.

Manusia pertama, Adam dijadikanNya dari tanah dan


ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam
diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah
menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini
mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya
dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh
kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi
nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini.

17
KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF
AGAMA YAHUDI (SAMAWI)
AJARAN YAHUDI MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara


tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak
maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak
perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.

5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah putera-


putera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.

18
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada


perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi
kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis
dalam Perjanjian Lama.
Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam
Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan
sebagai berikut:
“Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu
tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam
hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk
yang hidup.” (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang
perempuan. Ia adalah manusia pertama. “seperti ada
tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang
hidup.” (1 korintus 15:45) 19
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)
Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan
dosa dengan melanggar perintah Tuhan. Sejak itu, tidak
ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia
sepanjang zaman, bahkan semua manusia memiliki
dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau
diwariskan dalam keturunan manusia.

“sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam


dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut,
demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang,
kerana semua orang telah berbuat dosa.” (Roma 5:12)

20
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM


KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk
menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun
ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai
peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal
telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi
manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna.
Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan
yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia
biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan
Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung
dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di
Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi
menebus dosa Adam.
21
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN
AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali sebagai dosa
warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam.

5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan


manusia dari dosa warisan tersebut.

6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-


paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.

22
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan bahawa manusia


pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari
kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.
Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan
Adam a.s. iaitu:
- Dari air
- Dari tanah (at-turab)
- Dari pati tanah (at-tin)
- Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib)
- Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun)
- Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar)
23
- Meniupkan roh
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Zuriat keturunan Adam pula dijelaskan oleh Allah


melalui proses berikut:
- Nutfah
- ‘Alaqah
- Mudghah
- Tulang
- Membalut tulang dengan daging
- Menjadikan rupa bentuk manusia
- Meniupkan roh

24
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati.

3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan
manusia.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah).

5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan hak untuk


mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT.

25
KEJADIAN MANUSIA DARI
PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA (samb…)

6. Manusia memikul dua tanggungjawab iaitu sebagai hamba Allah dan Khalifah
Allah.

7. Kenikmatan dunia adalah untuk digunakan oleh manusia dan menjadi bahan
ujian untuk menentukan siapakah yang paling tinggi takwanya kepada Allah
SWT.

8. Manusia yang terbaik adalah yang paling tinggi takwanya kepada Allah.

9. Allah SWT menyediakan potensi dan kelengkapan material dan spiritual


kepada manusia untuk mencapai tingkat insan kamil. Sebaliknya manusia juga
boleh turun darjatnya sama bahkan lebih rendah dari haiwan.

26

Anda mungkin juga menyukai