Anda di halaman 1dari 12

Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) + sayuran.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang



Assalamualaikum wbh

Kebelakangan ini saya begitu sibuk sekali dan cabaran dari syaitan cukup mencabar. Memang
begitulah peranan syaitan untuk menggagalkan usaha saya untuk memerangi perbuatan syirik di
kalangan umat Islam di Malaysia. Akibatnya Laman Emjay sudah agak lama tidak diupdate.

Pada hari Khamis minggu lepas iaitu hari cuti sempena hari keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Seorang pelajar saya mengambil kesempatan hari cuti ini untuk mengadakan majlis perkahwinannya.
Oleh kerana saya juga dijemput ke majlis ini, maka saya dan isteri mengambil kesempatan
berkunjung ke majlis ini.

Di dalam majlis ini saya perhatikan seorang wanita mungkin sebaya saya sedang duduk di
wheelchair. Saya namakan wanita ini sebagai puan Limah. Saya teringatkan seorang kakak ipar saya
juga menggunakan wheelchair sudah sekian lama. Semoga dengan azab dari Allah ini segala dosa
beliau diampunkan Allah SWT.

Di dalam kesibukan tetamu yang datang menjamu selera, saya mengambil kesempatan untuk
menyiasat masalah puan Limah sehingga beliau duduk di wheelchair. Saya memang begitu suka
sekali bertanya masalah orang manalah tahu saya dapat membantu dengan mengongsikan ilmu saya
kepada beliau. Puan Limah tidak begitu selesa dengan tindakan saya namun dengan sikap kedegilan,
saya terus mengasak Puan Limah dengan beberapa soalan untuk menyiasat punca masalah beliau.

Setelah mengajukan beberapa soalan, akhirnya fahamlah saya kes Puan Limah ini. Puan Limah ini
sebenarnya menghadapi masalah lutut kanan yang kehausan tulang rawan akibat dari penghakisan
oleh garam kristal yang terbentuk di dalam sendi lutut tersebut. Pembaca boleh membaca artikel
saya sebelumnya iaitu GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://laman-
emjay.blogspot.com/2007/03/ingin-mengetahui-tahap-kesihatan-kidney.html .

Penyakit yang dihadapi oleh Puan Limah ini adalah mungkin penyakit gout atau penyakit yang mirip
penyakit gout.

Setelah mengetahui penyakitnya, saya terus mengajukan soalan untuk mengetahui punca penyakit
Puan Limah ini. Dari sesi soal jawab ini saya dapat memantapkan lagi ilmu saya. Punca penyakit Puan
Limah adalah sebenarnya kerana gaya pemakanannya yang cukup pelik. Mungkin Puan Limah adalah
satu-satunya sampel tunggal di dalam dunia ini yang mengamalkan amalan yang pelik ini.

Puan Limah tidak makan nasi dan makanan asasi Puan Limah adalah buah-buahan dan sayuran
semata-mata. Buah yang kerap diambil ialah buah limau sunkist. Puan Limah dengan bangga
menceritakan bahawa di rumahnya terdapat berpeti-peti buah limau sunkist.Untuk apa tujuan
amalan pelik sebegini saya pun tidak tahu kerana tidak sempat menyoal oleh kerana pelbagai
gangguan tambahan pula Puan Limah seakan tidak selesa dengan pertanyaan saya.

Madu adalah baik untuk tubuh tetapi sekiranya memakan madu melebihi 4 sudu besar insyaAllah
akan mengalami kesan buruknya iaitu ceret beret. Telur juga adalah baik tetapi memakan telur
setiap hari adalah buruk dan memberikan kesan negatif yang amat buruk terhadap jantung dan
bakal menyebabkan pelbagai masalah lain. Bertambah buruk lagi sekiranya mengambil telur sekali
makan dua biji. Kesan buruknya lebih parah. Begitu juga apel hijau adalah baik dan merupakan
sebahagian rawatan semula jadi keatas pelbagai penyakit tetapi pengambilan apel hijau ini tidak
boleh melebihi 2 atau 3 biji seminggu. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah oren sunkist adalah
baik tetapi dengan mengambilnya secara keterlaluan dan diambil setiap hari adalah sangat
mendatangkan mudarat terutama sekali kepada buah pinggang.

Mengambil oren sunkist sebagaimana Puan Limah ini menyebabkan fungsi buah pinggang rosak.
Apabila buah pinggang rosak, banyak bahan toksik yang sepatutnya disingkirkan dari tubuh masih
kekal berada di dalam darah. Apabila bahan toksik ini semakin bertambah kepekatannya, ia akan
menyebabkan penghasilan berbagai garam kristal di dalam sendi sama ada di ibu jari kaki, tapak kaki
atau pada sendi lutut. Dalam kes Puan Limah ini, banyak sekali garam kristal terbentuk di sendi kaki
kanan. Ini menjelaskan kegagalan buah pinggang sebelah kanan. Pembentukan garam kristal di
dalam sendi lutut ini akan menyebabkan sakit yang amat sangat dan menyukarkan perjalanan.
Doktor kerap memberikan painkiller dalam preskripsi mereka disamping pelbagai ubat lain. Painkiller
ini akan menyebabkan tubuh tidak mengalami sakit (walau pun sebenarnya sakit itu tetap wujud)
dan memudahkan pergerakan Puan Limah tetapi ini akan menyebabkan kerosakan serius pada
tulang rawan di dalam sendi lutut Puan Limah menyebabkan lapisan tulang rawan ini akhirnya
terhakis habis. Inilah yang sedang dialami oleh Puan Limah.

Situasi Puan Limah ini menyebabkan darah beliau bersifat asid dan antara puncanya ialah paras asid
urik dan asid-asid lain di dalam darah yang semakin tinggi. Darah yang normal adalah sedikit bersifat
alkali dan perubahan pH pada darah menjadi asid ini sebenarnya mengundang pelbagai masalah
sampingan lain.

Puan Limah sempat memberitahu saya bahawa didalam masa terdekat ini beliau akan dibedah oleh
doktor. Beliau menyatakan perkara ini kepada saya dengan perasaan begitu ceria seolah-olah
pembedahan ini akan menyelesaikan segala masalah beliau. Pembedahan ini sebenarnya akan
menambahkan masalah beliau. Apa yang patut Puan Limah lakukan ialah menyiasat apa punca
segala permasalahan ini lalu menyelesaikannya da mencari ubat secara alamiah semoga tulang
rawan yang terhakis dapat tumbuh semula. Perkara ini kelihatan mudah tetapi ini akan menjadi
teramat sukar apabila Allah SWT mengazab seseorang.

Apa yang Puan Limah perlu lakukan sebenarnya ialah kembali dengan tabiat permakanan
sebagaimana orang normal lainya iaitu makan nasi berlaukkan ikan, daging atau ayam disamping
memakan sayur-sayuran yang berkhasiat seperti daun ubi, daun keledek dan sebagainya disamping
memakan pelbagai buah berkhasiat secara mengikut kadar yang sesuai. Bagi Memulihkan keadaan
buah pinggang pula, Puan Limah perlu memakan ubat tradisional untuk memulihkan kesihatan buah
pinggang. Apabila buah pinggang sihat, segala bahan toksik di dalam darah dapat disingkirkan dan
darah akan bersih dari segala asid urik dan asid lain dan dengan ini mengelakkan pembentukan
garam kristal di dalam sendi.

Apa yang saya jelaskan di atas nampak mudah namun apabila Allah SWT ingin mengazab hambanya
kerana dosa-dosanya, lazimnya Allah mengubahkan selera hamba Allah ini terlebih dahulu. Kalau
Allah nak memberikan penyakit jantung, mungkin Allah SWT mengubah selera hamba Allah ini
kepada gemar makan kentang goreng, ais krim, creamer, burger, naget, potato chip, Pringle potato
chip dan segala yang sewaktu dengannya. Apabila cukup tempuhnya lalu Allah SWT memberikan
penyakit jantung.

Begitu jugalah kalau Allah SWT ingin mengazab seorang hambaNya agar duduk di wheel chair,
mungkin dimulakan dengan seleranya berubah gemar makan makanan yang pelik-pelik sebagaimana
di dalam kes Puan Limah ini beliau menjadikan makanan asasinya sebagai buah (oren sunkist)
dengan sayuran semata-mata. Selagi Allah ingin mengazab Puan Limah ini, segala nasihat yang baik
akan tidak didengarinya dan segala nasihat buruk pula akan diikutinya, begitulah sunnatullahnya.

Manusia tidak boleh memberikan rahmat kepada manusia lain sebagaimana Nabi Muhamad tidak
mampu memberikan rahmat kepada pakcik tersayangnya Abu Talib yang mati kafir. Saya juga tidak
mampu memberikan rahmat kepada Puan Limah.

Di dalam kes Puan Limah ini, seandainya beliau bersungguh-sungguh bertaubat di atas segala
kesalahannya dan tidak mengulangi kesilapan serta memohon doa agar sembuh, insya-Allah Allah
akan mendatangkan seseorang yang bakal memberikan nasihat yang tepat lalu sembuhlah beliau
kerana rahmat Allah SWT.

Marilah doakan Puan Limah semoga beliau sembuh dari azab pedih dari Allah SWT ini.

Sekian untuk kali ini.

Emjay.
Posted by Emjay Jb at 23:08
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Share to Pinterest

25 comments:

maya cantik25 March 2008 23:30
assalamu'alaikum pak.. boleh numpang tanya?
makan telur sehari cuma boleh 1 butir ya?

Reply

em jay26 March 2008 02:20
Waalaikumussalam wbh

Elakkan makan telur berterusan sehari sebiji. Lebih parah kalau berterusan makan telur 2 biji sehari.
Kesan buruknya bukan dapat dilihat pada keesokan harinya tetapi adalah selepas tempuh yang lama.
Ia adalah merusak jantung dan merusak banyak organ lain.


Saya ada sampel yang semenjak kecil makan telur berterusan 2 biji sehari sedang menjadi bahan
kajian para doktor di Johor Bahru. Pelajar ini sedang dalam tingkatan 5. Kulitnya rosak, tidak boleh
bersila kerana ototnya tegang dan sukar menulis kerana otot di tapak tangan dan jarinya
bermasalah. Tubuhnya kecil dan kurus. Ibu bapa perempuan ini menjangkakan dengan terus
menerus memberikan telur akan menjadikan anak perempuan ini semakin sehat tetapi sebaliknya
pelajar ini semakin tidak sihat.

Seorang pelajar saya pula makan telur berterusan sehari sebiji sudah mempunyai tanda-tanda kulit
yang tidak sihat sebagaimana pelajar tingkatan 5 di atas selain badan yang kurus dan kecil dan
jantung yang sudah bermasalah.

Kalau makan telur dengan daging secara serentak, ini lebih parah lagi. Elakkan makan telur dengan
daging serentak.

Sekian terima kasih

Emjay

Reply

maya cantik26 March 2008 02:27
terimakasih banyak pak. kadang kala kalau malas masak kita suka cari yang praktis. salah satu bahan
makanan yang praktis dan sehat adalah telur, tinggal digoreng atau direbus bisa langsung dimakan
dengan nasi. kalau saya sih jarang makan telur lebih dari 1 dalam sehari karena sudah tau kalau itu
tidak baik hanya saja saya tidak tau bahwa efek nya separah ini. sekali lagi terima kasih.

Reply

Lagenda rock26 March 2008 07:29
semua jenis telur rebus, goreng ke ? kalau telur ayam kampung ? kalau kuning telur + madu lebah
termasuk juga ?

susah juga ni. ayam daging banyak antibiotik, sayur banyak racun, buahan banyak racun, telur
bahaya.

Reply

em jay26 March 2008 23:40
Semua telur termasuk ayam kampung dan ayam daging.

Seminggu makan 2 atau 3 biji telur tu menasabah.

Kalau buat ubat pun hanya sekadar digunakan bahagian kuning telur sahaja bukan keseluruhan telur.

Emjay

Reply

Y Roslan4 April 2008 01:48
saya amat mengenali pn limah yang emjayjb critakan ni. sayangnya emjayjb tak cukup maklumat.
apa yang saya dapat beritahu di sini ialah pn limah mengubah gaya pemakanannya setelah dia
diberitahu bahawa di perlu dibedah dan perlu menurunkan berat badannya sebanyak 40kg.jadi dia
memulakan dietnya sejak januari lalu,oren sunkist,sayuran yang di celur bersama salad dressing
(yang macam mayonis tu..). Memang steroid menjadi hidangannya setiap kali selepas makan nasi
dan lauk beberapa tahun dulu sehingga disember tahun lepas. kakinya mula parah selepas dia
menguruskan kenduri kawin salah seorang anak angkatnya di rumahnya.disamping itu dia
mempunyai penyakit hep B...kalau ada lagi maklumat penting yang saya ingat, Insya-Allah saya akan
beritahu...

Reply

em jay6 April 2008 20:56
Terima kasih qusyairy.

Berilah lebih banyak data semoga saya boleh menganalisis

Emjay

Reply

aris alwi23 December 2008 07:51
asalamualaikum,saya ingin tau ramuan tradisional uyk menguatkan buah pinggang,t kasih

Reply

em jay23 December 2008 15:39
Waalaikumussalam wbh

Segala-galanya telah saya jelaskan di dalam artikel saya GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh
puleh, TIPs di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75

Sekian wassalam


Emjay

Reply

sakina shariff26 March 2009 05:34
kata orang minum air rebusan barli elok cuci buah pinggang tapi dapatkan dari kedai senseh cina
buka kedai mamak. betulke macam tu?

Reply

kc kenanga31 December 2009 05:21
apakah khasiat air rebusan halba? benarkan ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah?

Reply

em jay31 December 2009 17:35
Saya tidak mengkaji ke tahap ini. Saya hanya mengetahui halba ini baik dimakan untuk merawat
jantung.


Emjay

Reply

kc kenanga31 December 2009 18:04
Terima kasih banyak2.
Buah-buahan manakah yang bebas dimakan untuk pesakit kencing manis? Adakah buah-buahan
yang masam sahaja dibolehkan?

Reply

kc kenanga31 December 2009 18:04
Terima kasih banyak2.
Buah-buahan manakah yang bebas dimakan untuk pesakit kencing manis? Adakah buah-buahan
yang masam sahaja dibolehkan?

Reply

mohd hasan farid13 October 2010 01:53
salam tuan, minta komen berkenaan penapis air...TQ

Reply

em jay13 October 2010 05:21
Penapis air biasa adalah baik. Ia dapat mengeluarkan bendasing yang tidak diperlukan dan
meninggalkan mineral yang diperlukan.

Namun elakkan penapis air yang menapis terlampau halus seperti reverse osmosis sehingga semua
mineral dalam air dikeluarkan dari air minuman. Ini adalah merugikan kerana mineral amat
diperlukan oleh tubuh badan.

Penapis air yang kononnya memasukkan tenaga tu elakkanlah kerana macam menggunakan tangkal
kemenyan yang dimasukkan ke dalam air untuk diminum dengan alasan memasukkan tenaga.

Emjay

Reply

hitam putih17 May 2011 04:23
salam tuan, saya ni menghidp penyakit psoriasis sejak 2005, dah mcm2 ubat dari yagg hospital smpai
yang tradisional saya cuba, tetapi kesannya hanya sedikit sahaja dan kemudian merebak semula.
banyak duit dah dihabiskan semata-mata untuk merawat tetapi masih menemui jalan buntu. harap
tuan boleh membantu saya...terima kasih..

Reply

ana ahmad28 January 2012 06:56
salam ustaz........saya selalu mengah apabila naik tangga dan apabila bgn dri solat selepas ddk antra 2
sujud...saya selalu tido dgn kelajuan kipas 1 dan pasang aircon......kalau x sy xblh tido....apa komen
ustaz...

Reply

em jay29 January 2012 20:23
Waalaikumussalam wbt

Sekiranya sdr mudah kalah sejuk iaitu tidak tahan apabila berada dalam pejabat ber aircond, maka
sahih paru-paru sdr sudah bermasalah. Cuba lihat hujung jari sdr adakah ia berwarna merah atau
merah kebiruan? Bandingkan dengan hujung jari orang lain. Kalau merah kebiruan tu menandakan
paru-paru sdr bermasalah dan ini boleh menyebabkan mudah mengah bila naik tangga.

Emjay

Reply

alma rihana5 May 2012 17:25
salam ustaz. harap ustaz dpt beri panduan rawatan sakit strok.

Reply

alma rihana5 May 2012 17:26
salam... harap ustaz dpt beri panduan untuk rawatan sakit strok.

Reply

alma rihana5 May 2012 17:26
salam... harap ustaz dpt beri panduan untuk rawatan sakit strok.

Reply

nolie nolie10 October 2012 00:22
salam, sy suka mengamalkan teh misai kucing dicampur sedikit serbuk mascotet. kedua herba ini sy
tanam sendiri dilaman rumah. campurannya sejemput daun misai kucing yg dah di racik halus
bersama batang + setengah sudu kecil daun mascotet yg dah diblender halus. sy bancuh dgn air
panas, biar seketika n minum segelas setiap hari pagi n malam. sy adalah pengidap lemah sendi n
saraf sy juga prnah di bedah dilutut. sy pengidap sakit tulang belakang yg agak kuat. sy dah buat
pemeriksaan doc. n dptkan ubt tp xberubah..semenjak sy amalkan teh ini ia kurang menyerang sy.
cuma jika sy kerap mkn daging merah ia jd semula tp xkuatlah mcm sebelum ni. apa pendapat
tuan...adakah remidi ini sy gunakan melampau? apakah betul cara pemakanan sy. pohon bantu. tq
pn nolie kp.

Reply

em jay10 October 2012 20:16
Waalaikumussalam wbh
Boleh teruskan. Ambil juga minyak kelapa dara satu camca teh pagi dan satu camca teh petang.
Selain tu, perbaikilah agama semoga Allah ampunkan dosa dan sembuhkan penyakit.

Emjay

Reply

nolie nolie10 October 2012 22:44
salam, tq atas nasihat. utk pengetahuan tuan sy sblm ini pernah disantau dan kerana xnak
berpegang sangat dgn dukun sy g hospital pakar, tp hospital xdpt kesan kuman n penyakit.so
nasihatkan sya guna perubatan altenatif. sy gi berubat ngan ustad dan dibg zikir allah sy mmg
amalkan hingga kini. n berubat buang racun diklinik hemopaty n dlm setiap kahak sy akan keluar spt
garam berkeping2 selepas menjalani rawatan. alhamdulillah sehingga kini sy taklah merana mcm
dulu. tp sy jd mcm kena asma yg minimal, malah alah sejuk,dan mudah mencungap dan sakit2 badan
dan saraf. sy mmg jenis xsuka pd perubatan hospital klu blh dielak.. tp klu terpaksa sy guna gak.
kerana itu sy mula berjinak dgn remedi.memandangkan dgn daun misai kucing n mascotet ini
nampaknya ia agak mujarap cuma kena byk kurangkan mkn berlemak n protin.minyak kelapa dara tu
kena buat sendiri ke beli yg dah ada? anak sy 20thn lelaki juga rajin amalkan misai kucing sahaja
untuk minumannya. adakah ia ok utk remaja begini.

Anda mungkin juga menyukai