Anda di halaman 1dari 2

PANITIA BIOLOGI

1. TAJUK : Laporan Panitia Biologi


2. BIL/ TAHUN : 1/2017
3. TARIKH : 29/12/2016
4. HARI : Khamis
5. AGENDA :

Laporan ini berkisarkan mengenai perancangan awal tahun panitia Biologi untuk
keseluruhan tahun 2017.
Pelajar yang disasarkan sebagai kelompok cemerlang adalah Azimah bt Shaiful
Emran dan Natrah bt Hassan. Pelajar ini akan dipantau pencapaian mereka demi
mencapai GPMP yang dikehendaki.
Sesi PDPc akan diteruskan dengan lebih penekanan kaedah PA21 iaitu lebih
menekankan kemenjadian murid dan penglibatan murid dalam kelas. Para
pelajar akan lebih didedahkan dengan teknik penyoalan KBAT dalam soalan-
soalan latihan.
Akan ada perubahan jadual waktu kerana sekolah mematuhi kehendak KSSM,
iaitu setiap 2 unit sesi PDPc Biologi adalah selama 1 jam sahaja dan
Perancangan kewangan panitia juga diselaraskan mengikut perangkaan
peruntukan pelajar terkini. Manakala pembelian untuk panitia akan menyusul
selepas perancangan panitia disahkan oleh Puan Pengetua.
Kaedah pemantapan akademik termasuklah mengadakan kelas tambahan
petang dan tusyen hujung minggu.
Penggunaan modul PDP akan diteruskan untuk tahun ini bagi menampung
kecukupan latihan yang diperlukan. Semakan secara berkala terhadap modul ini
akan dilakukan oleh guru. Kos modul ini ditampung oleh yuran modul.
6. KESIMPULAN
Usaha berterusan Panitia akan sia-sia jika pelajar tidak menaruh hati terhadap
subjek ini. Dari semasa ke semasa, guru akan sentiasa memotivasi dan memudahkan
jalan kepada pelajar untuk mencapai markah yang lebih tinggi dalam peperiksaan.
Peningkatan kualiti dalam menjawab soalan akan sentiasa ditekankan. Manakala
sahsiah pelajar akan sentiasa dipupuk.

Disediakan oleh :

...................................................
(AHMAD NIZAM BIN ABDULLAH)
Ketua Panitia Biologi SMK Rompin Permai

Anda mungkin juga menyukai