Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SK GANGSA BIL 2/2022

TARIKH : 21 September 2022


MASA : 2.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK. Gangsa
KEHADIRAN :1. En. Andieka B. Fadzil - Guru Besar
2. En Azhar B. Ayob - GPK Pentadbiran
3. Pn Hjh Halizah Bt. Md Ali - GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn Norazlina Bt. Jamaluddin - GPK Kokurikulum
5. Pn. Hjh Rozita Bt. Abdul Ghani- GPK Pend. Khas
5. Kehadiran Guru: 46 orang ( Senarai kehadiran- lampiran)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI - EN. ANDIEKA B FADZIL


1.1 Laporan lawatan pemantauan penguatkuasa Aedes ke sekolah telah
mengenalpasti tiga lokasi tempat pembiakan nyamuk yang perlu diberi
perhatian oleh sekolah iaitu di kawasan belakang PRA sekolah
bersebelahan kelas PPKI, takungan air di dalam tanki pam tandas yang
mana penutup tanki telah hilang, sampah yang tidak dibuang disekitar
kawasan padang.
1.2 Pihak sekolah telah mengambil tindakan pembersihan segera terhadap
kawasan yang dilaporan oleh penguatkuasa Aedes dan juga menambah
jaring pada tangka air.
1.3 Takungan air di depan Bilik Sains perlu diurus dengan baik bagi
mengelakkan pembiakan nyamuk.

Tindakan : Guru
Sains

1
1.4 Kebersihan tandas guru perlu dijaga dan diberi perhatian agar dapat
memberi keselesaan pada semua guru yang menggunakannya.
Tindakan : Semua
Guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan : Pn. Nurul Afidah
Disokong untuk pengesahan : Semua guru menyokong sebulat suara

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada.

4.0 UCAPAN GPK HEM – PN. HJH HALIZAH BT MD ALI


4.1 Pengisian APDM
 Maklumat peribadi murid seperti alamat dan gaji dan nombor telefon
Staff SK Gangsa perlu dikemaskini dan slip gaji perlu diserahkan.
Diharapkan guru kelas tidak membiarkan perkara ini berlarutan.
 Isi kehadiran dalam APDM pada setiap hari. Jika guru kelas tidak hadir
kerana sakit dan sebagainya automatik guru pembantu perlu mengambil
alih tugas guru kelas.
 Laporan kehadiran kelas pada setiap hujung bulan perlu disahkan.

Tindakan : Guru kelas dan guru


pembantu

4.2 Portal Anti Buli


 KPM akan melancarkan Portal Anti Buli bagi memudahkan ibubapa
dan murid terlibat membuat aduan. Aduan ini akan sampai terus ke
KPM dan JPN. Tindakan seterusnya, JPN akan turun menyiasat
perkara yang diadukan oleh ibubapa.
 Sekolah perlu membuka seluas-luasnya ruang untuk murid
membuat aduan.
 Jika murid mengadu kepada guru A, guru tidak ambil tindakan lanjut
maka guru A boleh dikenakan tindakan kerana mengabaikan
2
tanggungjawab (semua guru adalah guru disiplin).
 Unit Hem akan merombak AJK unit Disiplin dan Pengawas. Setiap
tahun akan diuruskan oleh 2 orang guru. Guru yang menerima
aduan perlu bertindak bersama-sama guru disiplin tahun berkenaan.
 Setiap hari guru bertugas WAJIB ingatkan murid tentang
pencegahan buli serta mengamalkan sikap baik dikalangan murid.
Perkara ini mesti direkod setiap hari sebagai salah satu cara
melindungi guru dari dituduh tidak cakna dengan masalah disiplin
sekolah.
 Sila rekod aduan (yang telah disiasat kenebarannya ) dalam system
SSDM

Tindakan :
Semua guru

4.3 SSDM — Amalan Baik.


 Sasaran SSDM yang ditetapkan oleh Guru Besar adalah 1000 amalan baik
setahun bagi setiap guru. Walau bagaimanapun, masih ada guru yang
belum merekod apa-apa amalan baik sehingga kini.
Tindakan : Semua
guru dan staff

4.4 Jawatankuasa Pengurusan Bencana SKG 2022

Jawatankuasa Bencana telah diedarkan kepada semua guru dan


staff.
 AJK terbahagi kepada 3 kumpulan kerana setiap masa perlu ada guru bertugas.

 Liazon Officer bermaksud Pegawai Perhubungan yang menyelaras kerja buat


bersama JKM.

 Guru data sediakan tapak dalam Google sheet yang mana semua guru data boleh
akses maklumat dan memasukkan senarai nama baru.

3
 Guru boleh bertukar tukar tugas/masa namun perlu memaklumkan kepada ketua
dan GPK Hem.

 Guru agama pula bertanggungjawab menyusun program/tempat ibadat sama ada


dewasa atau kanak-kanak. Cikgu Lim untuk murid Moral. Pastikan setiap khemah
ada sejadah yang disediakan. Maklumkan mereka agar memulangkan semula
sejadah yang digunakan. Ajak anak-anak untuk bersolat berjemaah. Boleh
mengadakan sesi tazkirah selama 3-5 minit setiap hari.

 Pendidikan — Sediakan dan kendalikan bahan aktiviti untuk murid mengikut


umur. Mohon bantuan Pn shikin yang merupakan JU Negeri dalam perkara
terlibat.

 Makanan- Memastikan kawasan kantin tempat makan dibersihkan, makanan


diedar secukupnya, ada minuman dan sebagainya.

 Persiapan tempat- sebaik sahaja sekolah diumumkan sebagai PPS, makan kerja
buat utama ialah menyusun kerusi meja kelas di tepi dinding. Memastikan ada
ruang mencukupi untuk khemah didirikan. Ada bakul sampah, lampu dan kipas di
setiap kelas. Jika JKM mula mengedarkan khemah mudah alih, maka guru terlibat
perlu mengambil dan bantu edarkan khemah tersebut mengikut bilangan yang
ditetapkan JKM.

 Kecemasan — AJK kecemasan ini lebih kepada membantu LO atau AJK lain bagi
kerja-kerja yang agak rencam seperti menukar lampu yang terbakar, masalah
paip air, ada mangsa yang sakit dan perlukan rawatan (lapor kepada JKM untuk
tindakan selanjutnya) dan sebagainya.

 Kebajikan — AJK Kebajikan akan menyantuni mangsa dan mendapatkan


maklumat apa keperluan mereka pada masa tersebut. Jika perlu dilancarkan
tabung, maka kita akan membeli barangan keperluan tersebut atau jika barang
sudah ada, kita bantu edarkan kepada mangsa.

 Kebersihan- Sepanjang sekolah menjadi PPS, ramai orang akan menggunakan


4
fasiliti sekolah. Maka keadaan akan menjadi sedikit tidak terkawal. Beri
pendedahan kepada mangsa supaya sama-sama membantu membersihkan
kawasan yang telah digunakan.

4.5 Pelaporan Program


 Bagi setiap program yang telah dijalankan, Ajk terlibat hendaklah menghantar
laporan program terlibat dalam jangkamasa 1 minggu dari tarikh program.
 Masih ada AJK yang belum hantar laporan program.
Tindakan : Semua
guru

5
5.0 Hal-hal lain.
5.1 Guru Besar
 Penggunaan Buku Aktiviti setiap subjek secara maksimum.
 Carta dinding utama bagi setiap unit perlu dikemaskini mengikut tahun semasa.
Tindakan : Semua Guru
5.2 En. Asyraf
 Kenal pasti aset lama yang perlu dilupuskan bagi tujuan penggatian aset baru.
Makluman : Semua Guru
5.3 Pn. Azalina (GPK Kokurikulum)
 Pertandingan bola sepak secara liga anjuran Kementerian Belia Sukan (KBS)
pada 4 Oktober 2022 di SK Lesong Batu.
 Sukan Negara akan dijalankan pada bulan Oktober
Tindakan : Penyelaras Sukan
 Lawatan Penanda aras dan lawatan ke Cameron Highland dalam perancangan.
 Perkhemahan Perdana bagi Unit Beruniform
Tindakan : En. Arif
 Hari Graduasi Tahun 6 pada 2 Februari 2023 Tindakan: Pn. Afidah dan En.
Jasni
 Setiap program yang dijalankan perlu dibuat laporan dan dihantar kepada En. Jasni.
Tindakan : Semua guru

5.4 Pn. Rozita (GPK PPKI)


 Ucapan takziah kepada Pn. Aiza atas kehilangan insan tersayang dan juga takziah
kepada salah seorang murid PPKI yang telah meninggal dunia, Divya.
 Program amal anjuran unit PPkI – Penjualan makanan pada setiap hari Selasa.
 Minggu Pendidikan Khas pada bulan 10.
 Menaik taraf keceriaan PPKI dan keceriaan PPKI sedang dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh

6
……………………………………..
(Siti Noor Hafizah Bt. Jumud-Din)
Setiausaha Hem
SK Gangsa

Anda mungkin juga menyukai